Thursday, July 16, 2009

MUNCUL KEMBALI (275) - KEMASKINI

Antara faktor saya mula kurang cenderung terhadap Pas
(BAHAGIAN KE-2)

FIRMANALLAH, mafhumnya;
"Allah tidak menyukai ucapan-ucapan buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi maha Mengetahui" - An Nisaa': 148.

Orang Pas kata kepada orang Umno macam-macam. Menate, toghut, sama dengan komunis, sama dengan ajaran Sesat Ayah Pin. Kalau saya terus sokong Pas, apakah wajar sedangkan Allah tidak menyukai ucapan-ucapan yang buruk. Kalau saya belum temui ayat berkenaan, tak apalah kalau saya terus cenderung pun.

Sementara saya bertemu dengan ayat al-Quran lain serta hadis yang membuktikan Allah atau Rasul-Nya sukakan ucapan yang buruk, maka saya kena kekallah berhenti dari cenderung kepada Pas.

"JIka kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atan memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa" - An Nisaa':149.

Saya nampak pemimpin Umno ada ciri-ciri itu. Kalau ikutkan kuasa yang dimiliki sebagai kerajaan, pimpinan Pas dan parti pembangkang lain yang mengecam peribadi pimpinan Umno/kerajaan, malah yang menyebabkan berlaku demonstrasi menyebabkan ketenteraman awam terganggu dan kerosakan harrta awam, pemimpin utama Pas dan parti-parti pembangkang boleh disumbat ke dalam jel.

"Allah berfirman: Apakah yang menghalangmu untuk bersujud (kepada Adam) diwaktu aku menyuruhmu menjawab iblis: saya lebih baik daripadanya. Engkau ciptkan saya dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah" - Al-'Araaf:12.

Riak, sombong, angkuh, bongkak, takbur dengan menganggap kita lebih mulia dari orang lain, dimurkai Allah. Walaupun ayat berkenaan ditujukan kepada iblis tetapi inyaterpakai untuk rujukan serta teladan dan sempadan kita kerana al-Quran releven hingga kiamat.

"Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" - Al-Anfaal:61

Ketika ada gagasan kerajaan perpaduan yang sepatutnya disokong kerana ianya menepati seruan ayat ini, kenapa ada pemimpin Pas mengamuk sakan dan boleh anggap penyokong gagasan itu sebagai pembawa sampah sarap dalam Pas.

"Dan jika mereka bermaksud hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindunganmu), Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mu'min" - Al-Anfaal:63.

Kalau betullah bimbang ditipu oleh Umno berhubung gagasan kerajaan perpaduan (gagasan itu datang dari Presiden Pas, bukannya dari Presiden atau mana-mana pimpinan Umno) kenapa tidak boleh percayakan perlindungan Allah suoaya tidak dikecong?.

Apakah orang Umno lebih bijak dari Allah untuk menipu atau apakah penolakan kerana tokoh Pas berkaitan takutkan bayang-bayang dan bimbang akan pecah tembelang atau bimbang akan kehilangan kepentingan?

"Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran" - Al-Nahl:20.

Bila ada usaha untuk damaikan umat Islam yang tidak sealiran parti politik melalui gagasan kerajaan perpaduan dan meredakan permusuhan, kenapa ditentang, apa tujuan dan maksudnya?

"Janganlah orang-orang mu'min mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang mu'min. Barangsiapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah kecuali kerana (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu)" - Ali 'Imran:28.

Pembentukkan kerajaan dengan Umno ditolak, kerjasama dengan DAP diterima. Kalau kerajaan yang ada ditumbangkan, yang akan jadi leader tokoh Pas atau DAP.

Sejahat-jahat Umno pun tidak ada yang telibat dengan genstar atau pun kegiatan ah long. Bila terbabit dengan kegiatan ah long maknanya terbabit dengan pelbagai kegiatan jenayah, pengedaran dadah dan sebagainya.

Lagi pun Pas ada berapa kerusi untuk jadi leader?. Soalnya betulkah dengan menolak Umno tetapi menerima DAP, perjuangan Pas betul-betul selari dengan Islam. Saya dalam proses mencari jawapannya.

7 comments:

Anonymous said...

mana lebih baik? tok imam yang mengajar, kuat mengata orang dengan paderi besar kristian yang sentiasa menzahirkan kasih sayang dan berderma? demo pilih mana?

Abuzar said...

Dan bukan sedikit negeri-negeri yang penduduknya menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan Rasul-RasulNya, maka Kami hitung amal mereka satu persatu dengan hitungan yang keras rapi, serta Kami seksakan mereka dengan azab yang tidak pernah dikenal dahsyatnya.
(Surah At-Talaaq, Ayat 8)

Bekas penyokong Pas Manek Urai said...

Tok imam apa namanya kalau kuat mengata orang. Paderi besar mana yang banyak menderma? Bolehlah pemberian pederi dinamakan derma?.
Kalau saya tok imam yang kuat mengata orang saya akan tolak, paderi samantelahlah.
Saya akan pilih tok imam yang tidak mengata orang. Paderi tak masuk book awal-awal lagi. kalau tidak saya tak akan pilih Islam sebagai agama. Mungkin Meli boleh setuju dengan saya. Rujukan mutlak adalah al-Quran dan Hadis.

pemudacakna said...

Kalu tok imam suka mengata orang, tok soh dok ikutlah ... cari saja tok imam lain, belanar lagi!
Doakan saja agar dia indaf dan sesal dengan perbuatannya itu. Kan baik tu dari berdoa untuk memburukkan orang.

Anonymous said...

tok imam pun tak maksum jugak kan. kalu tok imam tidak maksum apalah dengan kita kan

Anonymous said...

sila baca http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=1318

Anonymous said...

meliii weiii...kalu ilmu besar tahik kuku, jange duk kecek pasal agamolah....duk kijo copy paste hok ore buat gapo namo???

sedar dirilah sikit...kubur tok lamo doh duk panggil mung nih..

panda sangat duk cerco Pas....mung duk nipu ore sokmo2 tu...takpo pulok?