Thursday, July 16, 2009

MUNCUL KEMBALI (276)

Siapa rugi, siapa untung dengan kematian Teo Beng Hock?

HENDAKNYA, tragedi kematian pegawai Exco Selangor, Teo Beng Hock, 30, yang ditemui mati di atas bumbung bersebelahan pejabat SPRM Selangor di Wisma Masalam tengah hari semalam bukan kerana dibunuh atau pun kerana bunuh diri.

Mudah-mudahan ianya hanya suatu kemalangan atau ketidak-sengajaan kerana sukar untuk dipastikan punca sebenar kematian kerana yang lebih tahu punca kematiannya adalah Teo Beng Hock sendiri yang sudah mati.

Mereka yang masih hidup hanya boleh buat andaian dan pelbagai persepsi, terutama orang politik kerana Teo Beng Hock dan sebagaimana yang diketahui umum orang politik sentiasa ada kepentingan dan akan seboleh mungkin cuba kaitkan apa-apa kes pun dengan pihak lawan dalam bentuk buruknya manakala yang moleknya adalah untuk parti sendiri.

Bagi saya seandainya Teo Beng Hock terjunkan diri membunuh diri, barangkali kerana dirasakan beliau tidak dapat mengelak dari memberi bukti yang diperlukan oleh SPRM apabila beliau diminta membawa bahan bukti lagi kepada SPRM. Dengan berbuat demikian beliau bebas dari masalah tetapi mereka yang hidup akan tambah bermasalah kerana tragedi itu.

Kalau beliau diterjunkan (dibunuh) maka siapa yang perlu membunuhnya dan atas keperluan apa dia dibunuh. Nak kata orang SPRM tak mungkin samasekali kerana Teo Beng Hock sangat perlu kepada SPRM.

Orang Barisan Nasional (BN) nak bunuh, Teo Beng Hock bukan orang BN dan yang disiasat oleh SPRM bukan orang BN untuk menutup dari segala bukti boleh terbongkar oleh kerjasama yang diberikan oleh Teo Beng Hock dalam siasatan SPRM.

Justeru bagi saya, adalah menjadi harapan umum supaya kematian Teo Beng Hock adalah kerana kemalangan yang tidak disengajakan, bukan kerana bunuh diri atau dibunuh supaya tidak ada yang menghadapi pelbagai masalah kerana kematiannya.

11 comments:

Anonymous said...

salam abg li,
saya sokong tulise abe li,kpd ore ramai terutama ore politik tu xyahlah nak demo2 nga andaian buke...tguu jela siasatan selesai....kalu ore politik nak tuduh sprm buat..apo cite kalu ore sprm kato ore politik buat....sama jah..xhabih jgk....cuma pada ahli politik yg masih hidup ni...tunaillah tanggungjawab yg diberi oleh rakyat kpd anda dgn amanah...

aku said...

Itu harapan saudara yg boleh bersikap rasional....

Tapi byk yg di luar sana tak berfikiran seperti saudara... bg yg berkepentingan.... ini adalah peluang keemasan yg MAHA hebat....

Ya Allah... lindungilah negeri Selangor ku ini......

Abuzar said...

Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan derhakanya, dan menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian yang besar.
(Surah At-Talaaq, Ayat 9)

manikurai said...

hanya ALLAH yang tahu segala punca kejadiaan...... cuma pihak tertentu diharap tidak menjadikan kes budak tu untuk adakan..... perhimpunan....perarakan....perarakan mayat budak tu secara besar besaran yang boleh menganggu gugat keamanan orang lain....,

pemudacakna said...

Yang pastinya Pakatan Rakyat akan menggunakan isu ini untuk kepentingan politiknya.

Malaysia said...

semoga malaysia dipelihara dari tangan2 yang akan merosakan segala angugerah allah.... tak ramai penulis yang ikhlas memberi pandangan seperti abe li...kebanyakkan bias kepada parti politik.

Anonymous said...

Moga2 Allah mendedah dan membongkar, Dia Maha Kuasa

pahlawan said...

Moga2 Allah mendedah dan membongkar, Dia Maha Kuasa

Anonymous said...

Ore Tuo2 Kato..

BIAR PECAH PERUT, JANGE PECAH DI MULUT..

Teringat kat cerita Gengster di Hong Kong, pengikut yang belot dimasukkan kedalam mesin pengisar kayu (Kayu -> habuk kayu)..

Ngeri...

Gemulah Abang Ya Daging said...

Mati? tak apa ... bertambah 1 orang lagi ahlil kubur macam abang ya. Buwi no telefon adik li biar abg ya tanya dia dan adik li akan dapat jawapan esok. Kalu hari ni tak dan sebab dia sibuk. Harap adik li sabar. ok

Baboo Samuel said...

kalau yang jatuh tu budak Melayu...abe lie mungkin tak fikir sama sekali yang menulis seumpama rupa