Friday, July 17, 2009

MUNCUL KEMBALI (277) - KEMASKINI DENGAN TAMBAHAN MAKLUMAT DAN PEMBETULAN EJAAN

Pas panjang angan-angan

PANJANG angan-angan adalah terlarang dalam Islam tetapi ianya umpama sudah terang lagi bersuluh sedang, telah dan semacam pasti akan terus berlaku dalam Pas yang mengaku dan semacam mahu diperakukan kononnya ianya adalah satu-satunya parti politik yang berjuang berlandaskan hukum hakam di muka bumi ini.

Ini adalah kerana Mursyidul Am Pas sendiri yang boleh menganggap Timbalan Presiden Pas yang menyokong gagasan kerajaan perpaduan yang digagaskan oleh Presiden, sebagai pembawa sampah sarap dalam Pas berkata, selain dari Pas, yang lain karut belaka.

Saya mungkin akan dianggap jahil dan tidak 'padan dengan kerako' kalau melabelkan beliau sebagai angkuh, sombong, bongkak dan riak. Entah atas kapasiti, landasan serta hujjah apa, maka beliau begitu yakin bahawa hanya Pas yang betul benar dengan Islam, yang kain karut belaka.

Oleh kerana rata-rata orang Pas pakar al-Quran dan Hadis, rasanya tidak perlulah saya mengutarakan ayat al-Quran dan hadis Jujungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. tentang larangan berpanjang angan-angan.

Juga tentang anggapan bahawa Pas sahaja yang betul benar dengan Islam kerana bagi saya, semua orang Pas (terutama pemimpinnya) , boleh dikatakan al-Quran dan hadis menjadi nasi makan air minum mereka belaka.

Dalil kenapa saya kata umpama sudah terang lagi bersuluh Pas panjang angan-angan ialah apabila jumlah kerusi parlimen di negara ini pada waktu ini sebanyak 222, Pas hanya bertanding 66 kerusi sahaja.

Dengan jumlah kerusi yang ditandingi pada jumlah yang begitu kecil tetapi berangan-angan mahu mengambil alih pemerintahan negara, kononnya pada pilihanraya ke-13 Kerajaan BN berleaderkan Umno akan tumbang, siapa boleh yakin.

Padahal kalau menang kesemua 66 kerusi pun, Pas paling kurang pun perlukan 46 kerusi lagi untuk melayakkannya membentuk kerajaan bermajoriti rapuh. Itu hakikatnya.

Dengan kerusi yang ditandingi tidak sampai pun angka membolehkan Pas membentuk kerajaan bermajoriti rapuh, boleh 'berak besar' mahu tumbangkan kerajaan, tidak ke panjang angan-angan namanya?

Dengan hanya bertanding 66 kerusi dan berak besar nak tumbangkan kerajaan juga, jangankan kalangan yang memliki Ph D dalam bidang hisab (zaman saya sekolah dulu matematik dipanggil hisab), tetapi budak-budak pra-sekolah pun akan ketawa terkekeh-kekeh dibuatnya kerana keinginan menjadi kerajaan Pas itu lebih bersifat mengigau siang, malam, pagi dan petang hari.

Ketidak-yakinan Pas untuk menjadi leader kepada pemerintahan negara supaya negara akan diperintah menggunakan acuan Pas terbukti apabila bukan sahaja Pas tidak mempertaruhkan calon untuk semua 222 kerusi tetapi juga tidak meletakkan calon melebihi jumlah yang ditandingi oleh parti-parti lain dalam ikatan tidak rasmi Pakatan Rakyat (PR).

Ini terbukti apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula yang bertanding lebih banyak kerusi dari Pas yakni sebanyak 97 kerusi, 31 lebih banyak dari kerusi yang ditandingi Pas walaupun berbanding dengan parti-parti lain dalam PR, Pas adalah parti politik yang jauh lebih dewasa. DAP pula bertanding sebanyak 47 kerusi.

Macam mana pun untuk pilihanraya umum ke-12, kerusi parlimen yang dimenangi oleh DAP yang bertanding sebanyak 47 kerusi lebih banyak dari Pas yakni sebanyak 28 kerusi manakala Pas hanya menang 23 kerusi manakala PKR yang memenangi 31 kerusi, bukan semua ahli parlimen PKR berbangsa Melayu beragama Islam.

Dari sudut pengagihan jumlah kerusi, malah jika diambil kira dari jumlah kerusi yang dimenangi, jelas lagi jilah membuktikan bahawa Pas bukan leader kepada kerajaan yang bakal ditubuh jika BN berjaya ditumbangkan oleh PR, kerana dari sudut penjumlahan kerusi, Pas menduduki tangga ketiga dalam PR.

Jika dilihat dari sudut bilangan kerusi, PKR 'lah yang akan jadi leader. Pokknya apakah ianya akan menguntungkan Melayu dan Islam kerana PKR bukan sahaja bukan parti Islam, tetapi parti Melayu pun bukan, PKR adalah parti bersifat cacamarba yang tidak boleh digantung harapan untuk melaksanakan pemerintahan secara Islam sebagaimana yang dimahukan oleh Pas.

Orang Pas kena sedar tentang hal itu, tentang kemustahilan untuk mewujudkan kerajaan Islam tulen jika PR berjaya tumbangkan BN, sebaliknya apa yang Pas ceramah, kuliah dan rapat-umumkan hanya bersifat panjang angan-angan dan retorik semata-mata. Pas cuba untuk berak taik gajah dengan berjubur napuh sahaja.

Dengan berleaderkan PKR, apakah boleh diyakini (kecuali oleh pimpinan, ahli dan penyokong Pas yang taksub) kalau kerajaan BN bertukar dengan PR, ianya akan mampu membentuk kerajaan yang setanding dengan era pemerintahan Umar bin Abdul Aziz kalau pun tidak setanding dengan pemerintahan khalifah-khalifah ar- Rasyidin, apatah lagi untuk menyamai kerajaan berleaderkan Rasulullah s.a.w.

Persoalannya juga apakah kerajaan PR akan bersih daripada gejala rasuah, tidak menular wabak dan sindrom mabuk kuasa, tidak akan menular virus mengejar dunia dan akan wujudnya pemimpin akan lebih miskin dari yang dipimpin sebagaimana yang dilakukan oleh Umar bin Abdul Aziz?.

Paling penting, apakah kerajaan PR berleaderkan PRK (apatah lagi kalau berleaderkan DAP macam kerajaan Pulau Pinang sekarang misalnya - mohon dijauhi Allah) lebih baik daripada kerajaan BN yang berleaderkan UMNO, apakah ekonomi negara akan lebih maju, apakah negara lebih maju dan makmur?

Juga apakah boleh dijamin tidak akan merebaknya pelbagai penyakit termasuk selsema babi, akan bersih dari ancaman dadah, kegiatan ah long, boleh dijamin tiada penindasan, tiadanya bangunan runtuh, tanah jerlus, tiada rakyat miskin, tidak berlaku kenaikan tambang pengangkutan awam dan tiada segala apa yang ada pada era pemerintahan BN berleaderkan Umno yang menjadikan Pas amat menentanginya tetapi boleh bersollu dengan DAP.

Bukankah dengan hanya bertanding 66 kerusi untuk sepatutnya Pas kena ada 112 kerusi bagi melayakkannya membentuk kerajaan, Pas tidak termasuk dalam perlakuan membohongi dan mengkelentongi rakyat, terutama ahli dan penyokong Pas yang ditaksubkan dengan Islam yang diretoriskmekan?.

Saya nampak Presiden dan Timbalan Presiden lebih telus dan tulus, lebih celik politik, lebih advance dalam perjuangan serta lebih sedar diri dengan keupayaan sebenar Pas dan di mana letak dan tempat duduk Pas kalau kerajaan BN tumbang dan digantikan dengan PR, lantas digagaskan kerajaan perpaduan.

Tetapi sukar untuk difahami macam mana gagasan itu boleh ditolak dan ditentang. Barangkali semua orang boleh bayangkan betapa harapan untuk mengislamikkan pemerintahan negara ini akan lebih cepat tercapai seandainya gagasan itu direalitikan kerana kuasa Melayu dan Islam akan jadi kuat, besar dan mantap.

Tetapi nampaknya syaitan-syaitan berskala besar dalam menjalankan kerja-kerja godaan telah berjaya menjadikan ada pihak dalam Pas melihat gagasan yang boleh kukuhkan umat dan mantapkan kekuatan umat Islam di negara ini itu sebagai sesuatu yang lebih hina dari anjing kurap buruk kepala berulat nyunyak-nyunyak.

Saya tidak nampak di mana Islamiknya penentangan terhadap gagasan kerajaan perpaduan yang lebih bersifat sollu-ta'ala nabiy dan menjalin silatur-rahim jika ia direalisasikan.

Kerananya, kerana penolakkan itu menjadikan kecenderungan saya terhadap Pas semakin menipis dan terkikis walaupun bagi pimpinan, ahli dan penyokong Pas barangkali orang macam saya tak ada nilai apa-apa, kalau tidak cenderung kepada Pas pun Pas tidak akan rugi apa-apa.

Supaya orang Pas berhenti dari panjang angan-angan, ada baiknya saya perturunkan statistik jumlah penyokong parti-parti yang bertanding pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu;

BN berleaderkan Umno = 4,081,115 undi
PR = 3,797,752 undi (Pas: 1,140,598), (PKR: 1,529,256) & (DAP: 1,097,752
SNAP = 8,615
PRM = 19,126
BERSEKUTU = 9,412
Bebas = 65,399
Jumlah Pemilih = 10,740,227
Keluar mengundi = 8,161,039
Kertas Undi yang tidak dikembalikan = 40,980
Kertas Undi Rosak/Ditolak = 0

Tambahan maklumat

Undi yang diperolehi di negeri-negeri (berdasarkan kerusi dewan undangan negeri untuk BN dan PR sahaja) bagi negeri-negeri di Semanjung. Undi di Sabah dan Sarawak tidak dicatat kerana Pas tidak laku di kedua-dua negeri;

Perlis: (BN 58,459), (PR 35,007), (PAS 29,698), (PKR 5,309 ), (DAP -) Kedah: (BN 322,358), (PR 341,701), (PAS 249,968), (PKR 85,223), DAP 7,510)
Kelantan: (BN 260,399), (PR 337,350), (PAS 313,675), (PKR 23,035), (DAP - )
Pahang: (BN222,462), (PR 321,759), (PAS 33,818), (PKR 110,872), (DAP 175,069)
Terengganu: (BN 240,178), (PR 196,268), (PAS 173,072), (PKR 23,196), (DAP -)
Perak: (BN400,682), (PR 443,354), (PAS 136,046), (PKR 118,824), (DAP188,484)
Selangor: (BN508,851), (PR 649,945), (PAS 216,339), (PKR 234,552), (DAP199,054)
Negeri Sembilan: (BN183,472), (PR 160,504), (PAS 43,647), (PKR 44,738), (DAP 72,119)
Melaka: (BN162,280), (PR 126,850), (PAS 40,629), (PKR 21,986), (DAP 63,235)
Johor: (BN327,270), (PR 166,121), (PAS 1,007), (PKR 138,995), (DAP 26,119).

12 comments:

Pemikir Ore Kelate said...

Salam ABe Meli
Satu analisa yg sepatutnya para pemimpin PAS menilai kekuatan diri sebelum mengeluarkan kenyataan retorik yang mengelirukan rakyat bawahan.
PAS mungkin masih buta hati tentang perihal dirinya yang ditunggang DAP, PKR bagi megukuhkan PR. Mursyidul AM PAS mungkin juga sudah terhijab pandangan Bashirah beliau akibat kuat mengata kepada UMNO, sehingga tidak mampu melihat hal ini.
Kalaulah PR memerintah, selepas PRU 13, kita lihat macamana Islam akan didaulatkan di negara ini.Takut2 nak azan kuat di masjid pun DAP tak bagi. So berfikirlah wahai org2 PAS, dan pemimpin mereka.

Takpanda said...

harap-harap adalah cerdik pandai PAS atau siapa-siapa saja yang boleh menyangkal fakta-fakta dan hujjah Meli ini…bagi ambo..angkat tangan..there’s nothing to say..nothing but the truth.

pemudacakna said...

Hujah saudara Meli tidak boleh dipertikai lagi kerana saudara Meli berpaksikan kepada alam nyata dan bukan angan-angan. Inilah yang dikatakan berfikiran terbuka dan bijak. Kena kaji dan buat analisa nak sokong mana-mana parti politik. Jangan mudah diperdayakan dengan kempen dan kata manis pemimpin. Kita semua orang Islam nak masuk syurga belaka tetapi manusia tak boleh beri pahala dan dosa, manusia tak boleh beri syurga atau neraka. Pahala dan dosa, syurga dan neraka adalah milik Allah dan Dialah yang akan beri pada sesiapa yang berhak mengikut apa yang Allah telah janjikan dalam Al-Quran dan Hadis.
Tidak memadai kalau kita mencari pahala dengan memangkah sesuatu parti sedangkan perkara-perkara lain yang melibatkan pahala kita tidak peduli.
Sudah terang lagi bersuluh kalau Pakatan Rakyat dapat memerintah sudah tentulah PKR jadi leadernya. Maka harapan PAS nak tubuh kerajaan Islam adalah sia-sia. Tetapi mengapa pemimpin PAS beria-ia mengatakan nak tubuh kerajaan Islam sedangkan dia tahu sememangnya tidak dapat? Kalaulah begini, ternyata dia menipu rakyat. Dan apakah hukumnya orang yang menipu? Niat nak tubuh kerajaan Islam memang terpuji tetapi jangan diuar-uar saja lebih tetapi hukum hanya tinggal hukum. Lihatlah apa dah jadi dengan hukum hudud di Kelantan.
Rakyat yang mudah terpedaya juga berangan-angan jika Pakatan menang akan tertubuhlah negara Islam.
Saya rasa amat mustahil. sebab kita sudah kenal siapa DAP dan PKR yang banyak orang bukan Islam di dalamnya. Adakah orang bukan Islam menyokong untuk menubuhkan negara Islam?
Pastinya TIDAK!!!
Kalau PAS nak jadi leader dalam Pakatan, PAS mesti berusaha untuk menjadi calon terbanyak dalam pakatan pada PRU 13 nanti. Apakah PKR dan DAP akan beri kawasannya untuk PAS bertanding?
Saya rasa tentulah TIDAK!!!
Untuk membina negara Islam dengan undang-undang Islam sepenuhnya tidak semudah yang diuar-uarkan. Sebenarnya setiap orang Islam ada hati nak kepada undang-undang Islam tetapi mungkin kita belum mampu lagi berbuat demikian. Jika PAS mampu berbuat demikian dan bukan angan-angan saja, bukan saja saudara Meli sokong PAS, semua orang Islam pun turut sama sokong. Ingatlah untuk teguh, kita kena bersatu sesama Islam bukan dengan orang lain yang tidak seagama dan sebangsa.

Mamat Macang Gocoh said...

Bakpo Meli mu gi ppecah ppayang budu tengah orang ramai. Tapi orang Pas taksub tak akan berganjak dari sokong Pas. Pengundi atas pagar dan pengundi muda tak mungkin sokong Pas lagi.

Anonymous said...

sepatutnya umno la buat negara islam, pas nak hudud, wat hudud, pahtu cari ore pas dulu hak make balok, cara molek jatuh hukum kerat tangan dia.pas nak gapo lagi..buwi belako. acu try tengok setara mana buleh buat. bukan awal2 lagi dok bekeng tak sir wi jadi. biar jadi dulu

Sedih di Kelantan SBJ lebi berkuasa dari kerajaan said...

Hak curi balak tak padan dengan kerat tangan, kena kerat tekok.
Hak makan komisyen jual ladang sungai terah, projek lembah sireh nak kerat begapo heh?

Anonymous said...

tak buleh bang, kena ikut hak tuhan suruh. nak kerat tekok buleh, tapi tengko kesalahan dia. benci setara mana pun kena ikut tuhan suruh. ambo kenan benar kalu umno sendiri berjuang buat benda ni. nak tgk pas bubar ko dok

Sedih di Kelantan SBJ lebih berkuasa said...

Kalau gagasan kerajaan perpaduan direalisasikan, mungkin Umno akan lebih cepat melaksanakan sepenuhnya pemerintahan secara Islam. Sekarang Malaysia memang dah negara Islam pun.

Anonymous said...

Sedih di Kelantan SBJ lebih berkuasa said...

Bagusnya kalau negeri2 dibawah kuasa umno sekarang "melaksanakan sepenuhnya kerajaan perpaduan dengan PAS dan pemerintahan secara Islam" dulu spt Terengganu, Pahang, Johor, Melaka, NSembilan, Perlis, .. jangan dok dolak dalik, tuhan tahu... lidah biawak, bercabang2 cari daleh .....

Ahli Setanding Sampanh Sarap Dalam Pas said...

Umno bukan sahaja bersedia wujudkan kerajaan perpaduan di neger-negeri yang diperintahnya tetapi di peringkat pusat apa PM kata beliau tidak curiga dengan ketulusan Pas ekoran gagasan yang dibuat oleh Presiden Pas. Tapi belum pun perbincangan dibuat Mursyodul Am dah mengamuk sakan. Timbalan Presiden yang sokong gagasan itu bukan sahaja dianggap pembawa sampah dalam Pas tetapi dihina dengan sehina-hinanya. Yang tak mahu Mursyidul Am Pas dan koncu-kocunya.

Anonymous said...

Tuan Ahli Setanding Sampanh Sarap Dalam Pas said...
Apa peduli dengan Mursyodul Am PAS dan koncu-kocunya nak mengamuk ker tidak. Laksanakan dulu kerajaan perpaduan & perlembagaan Islam tuu.. apa nak takut kpd manusia untuk buat taat & ibadat kepada Allah? Kita perlu takut pada Allah saja. Sebab yang beri dosa - pahala, bala-rahmat hanya Allah....

Apa yg tunggu lagi, 52 tahun penjajah kafir dalu belah, yg pegang kuasa Malaysia sekarang UMNO/BN ... takkan kerana sorang dua tak minat Islam seluruh umat melayu Malaysia kena PAKSA ikut undang2 & dasar sekular? UGUT pulak malayu undi puak3 pemimpin sekular. SEKAT pulak rakyat nak ke Islam dari pembangunan, peruntukan, suara Islam, AJK Masjid, JKKK, subsidi, macam2 ... KEKANG suara melayu, rintihan melayu, penderitaan melayu, hak2 melayu tergadai ... dgan ISA, surat khabar, undang2 tu & undang2 ni, ....... pemerintahan ALA GESTAPO & DIKTATOR terhadap melayu .. semakin layu ....layu ...

July 20, 2009 6:10 AM

Ahli Setanding Sampah Sarap said...

Kalau BN tumbang PR ganti tempatnya menggunakan acuan Pas saya yakin seluruh makhluk Melayu di langit dan di bumi akan sokong. Masalahnya macam mana kalau DAP atau PKR yang jadi leader (pinjam) bahasa Meli) ada ke kerajaan pengganti akan lebih baik dari kerajaan ada sekarang. Pas nak jadi leader macam mana, bertanding pun cuma 66 kerusi, PKR parti cacamarba pula yang tanding lebih banyak kerusi. PRK tu apa bezanya dengan Umno.
Yang peliknya pulak, macam Presiden yang buat gagasan boleh mengalah kepada Mursyidul Am yang tentang gagasan tu. Yang tolak gagasan tu bukan Umno tapi Pas, mungkin kerana takutkan kerana dalam PR pun Pas duduk kelas ketiga dari segi pemilikan kerusi parlimen.