Saturday, July 18, 2009

MUNCUL KEMBALI (278)

ISA diperlukan bagi tujuan pencegahan

ORANG tua-tua mempesakakan pintalan untaian kata-kata: mencegah lebih baik dari berubat, beringat-ingat sebelum kena, berjimat-jimat sebelum habis, jangan sudah terantuk baru mahu tengadah.

Oleh itu pada pendapat saya, bagi menjaga keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan negara supaya di negara ini tidak akan berlaku sebagaimana yang berlaku di Indonesia dan Thailand, pintalan dan untaian kata pesaka orang tua-tua itu kena direnung secara mendalam untuk digapai apa yang tersirat.

Akta Keselamatan Dalam Negeri atau Internal Security Act dan lebih tersohor dengan ISA yang mula diperkenalkan pada tahun 1960 secara tidak langsung merupakan antara alat, saluran dan perkakas untuk merealisasikan pintalan dan untaian kata orang tua-tua itu.

Dalam keadaan banyak pihak di negara ini , khususnya pada akhir-akhir ini yang semacam pelahap dan kemarukkan negara menjadi huru hara sehingga sering dianjurkan demonstrasi dan perhimpunan haram, ISA menjadi satu keperluan kepada negara.

ISA boleh dijadikan pencegah daripada bibit yang mendatangkan bencana kepada negara menjadi lebih parah, ISA boleh jadi signal untuk beringat-ingat sebelum kena, ISA boleh menjadi siren peringatan supaya berjimat-jimat sebelum habis dan ISA boleh jadi semboyan untuk menyedarkan semua piahk supaya jangan sudah terantuk baru nak tengadah.

Walaupun ISA pada umumnya untuk menghadang dan mencegah kegiatan bersenjata komunis yang kini telah menamatkan perjuangan bersenjata ekoran dari termentrainya perjanjian damai Kerajaan Malaysia-PKM-Kerajaan Diraja Thai di Hotel Lee Garden di Haadyai pada 2 Disember 1989, namun tidak bermakna negara sudah bersih dari sebarang ancaman.

Pada saya ada pihak yang kemaruk dan ketagihkankeadaan huru hara berlaku di negara ini merasa cukup sukar untuk melaksana dan menjayakan misi mereka kerana ISA. Kerana itu desakan dibuat supaya ISA dimansuhkan supaya mereka lebih mudah bergerak menjayakan misi mereka.

Kalau pun barangkali kerana ISA ada pihak yang teraniaya oleh beberapa kelemahan dalam pelaksanaannya akta itu yang mana yang melaksanakannya adalah manusia yang mustahil akan bersih dari melakukan salah dan silap, akta itu tidak pataut dimansuhkan tetapi barangkali hanya perlu kepada pemindaan sahaja agar tidak ada pihak yang teraniaya kerananya.

ISA mahu pun pelaksanaan apa-apa bentuk perundangan sekalipun bukannya menjadi musuh kepada orang biasa, orang yang tidak berbuat apa-apa kesalahan dan tidak ada niat melakukannya. Segala bentuk perundangan, termasuk ISA menjadi lawan penjenayah dan pengacau ketenteraman awam.

Kerana itu orang kampung biasa, malah majoriti rakyat negara ini tidak rasa takut dan gerun kepada ISA, malah ramai yang tidak tahu pun apa itu ISA, apatah lagi untuk menentang dan menyertai gerakan menghapuskan ISA.

Rakyat negara ini, terutma pihak polis sebagai pemelihara keamaan boleh nampak tokoh dan golongan yang macam mana jenisnya yang menentang ISA dan mahu akta itu dimansuhkan.

Justeru bagi saya ISA tidak patut dimansuhkan kerana tanpa ISA kejadian-kejadian sebagaimana yang berlaku di Indonesia, Thailand dan banyak negara yang tidak pernah seaman Malaysia akan turut menimpa Malaysia.

Ianya hanya perlukan pindaan jika benar-benar terdesak, semolek-mpleknya ianya dikekalkan seperti sekarang kerana ISA bukan musuh seluruh rakyat Malaysia, ia hanya memasalahkan sebilangan kecil rakyat yang jemu hidup dalam keadaan aman makmur yang berkekalan.

13 comments:

Anonymous said...

Hanya yang bersalah atau nk buat salah atau sayangkan pesalah sahaja yang tak mau ISA.

Anonymous said...

masalahnya benda tu terlalu luas, cuba la sembang ngan orang undang2 especially pasal constitutional. depa akan cakap...okla saya nak tangkap awak kerana muka awak merbahaya kepada keselamatan negara. walaupun kenyataan ini orang ketawa berguling pecah perut sekalipun...akta tu boleh jadi begitu

Anonymous said...

APA SALAHNYA ISA......ORANG YANG SIBUK DAN TAK SENANG DGNNYA SAHAJA NAK HAPUSKANNYA. MEMANG MEREKA ITU SUDAH ADA AGENDA NAK BUAT KACAU DAN HURU HARA DALAM NEGERI..... KALAU TAK BUAT SALAH APA NAK TAKUT.....

Pas tidak Umno pun bukan said...

Polis tidak sebodoh yang disangka, tangkap orang hanya berdasarkan kepada muka nampak merbahaya kepada negara.
Penahanan dibuat setelah melalui proses risikan, dikenalpasti siapa orang yang bakal ditangkap, apa peranannya.
Cuba tanya Nik Adli anak Nik Aziz yang ditangkap dan ditahan dibawah ISA, siapa dia sebenarnya.
Daripada berpuluh juta rakyat Malaysia, berapa orang sangat yang ditahan bawah ISA. Orang-orang yang ditahan itu sendiri pula memnang tahu siapa sebenarnya mereka dan kenapa dia ditangkap, cuma tak mahu mengaku sahaja.
Kalau tak pernah buat salah dan ada niat nak buat salah, apa nak takut pada ISA, samalah seperti hukuman mati untuk pengedar dadah atau pemilik senjata api, orang yang tak pernah buat kesalahan dan tidak berniat melakukannya tak akan rasa apa-apa pun.
Kalau ISA dimansuhkan, tengoklah nanti hari-hari akan ada rusuhan, demonstrasi dan sebagainya dan amat sukar untuk membendungnya. Barang boleh cuba tapi saya yakin orang yang cadang pemansuhan akan menyesal seumur hidup.

Anonymous said...

saya cadangkan supaya tangkap dulu waris atau anak orang yang menykokong ISA, biar mereka rasa apa yang orang lain rasa. apakah pada masa itu mereka akan berkata, mmg patut anak kami ditangkap sebab merbahaya kepada negara,,,atau pada masa itu mereka akan terhegeh hegeh berjumpa GMI untuk sama2 mansuhkan ISA. mata yang memandangn x sama dengan bahu yg memikul

Anonymous said...

Assalamualaikum. Mohon pak chik meli dapatkan fatwa ISA. masaalahnya sampai hari ini majlis fatwa belum keluarkan fatwa. Pada pendapat sya yang bodohnya, ianya tindakan yang zalim.wassalam.....amego..anak bukit kedah

pemudacakna said...

Manusia bila diberi kebebasan, kadang-kadang jahatnya lebih daripada binatang!
... sampai sanggup merosakkan harta benda awam.
... sampai orang ramai rasa tidak tenteram.
... sampai sanggup bermati-matian.
... hatta mungkin berbunuh-bunuhan.
Binatangpun tak buat benda-benda macam itu!
Apakah itu yang dicari?

Pas tidak Umno pun bukan said said...

Anonymous said...
saya cadangkan supaya tangkap dulu waris atau anak orang yang menykokong ISA, biar mereka rasa apa yang orang lain rasa. apakah pada masa itu mereka akan berkata, mmg patut anak kami ditangkap sebab merbahaya kepada negara,,,atau pada masa itu mereka akan terhegeh hegeh berjumpa GMI untuk sama2 mansuhkan ISA. mata yang memandangn x sama dengan bahu yg memikul.......

NAK TANGKAP PUN KENA ADA SEBABNYA, MISALNYA ADA KAITAN DENGAN GERAKAN MILITAN, ANJUR PERHIMPUNAN, BUAT FITNAH YANG BOLEH MENIMBULKAN HURU HARA DAN SEBAGAINYA. ORANG YANG DITAHAN ISA PASTI TAHU KENAPA MEREKA DITANGKAP WALAUPUN ANAK BINI DAN WARIS MAWAH TAK TAHU SEBABNYA. JARANG ORANG NAK MENGAKU SALAH SENDIRI, SEBALIKNYA KERANA PERBUATANNYA, MAKA YANG AMBIL TINDAKAN DIPERSALAHAKAN.
AMBIL CONTOH ANWAR IBRAHIM, KENAPA BELIAU DITANGKAP. DIA TAHU SEBABNYA CUMA ENGGAN MENGAKU APA SALAHANYA DAN KEPERLUAN BELIAU DITANGKAP, DIGUGURKAN DARI JAWATAN TPM DAN DIPECAT DARI UMNO. MEMBELA DIRI HAKNYA DAN TUGAS PIHAK BERKUASA MENAHAN ORANG YANG BOLEH MENDATANGKAN ANCAMAN KEPADA NEGARA. KALAU TAK SALAH APA NAK TAKUT, ALLAH AKAN TOLONG SELAMATKAN ORANG YANG TAK BERSALAH. KENA PERCAYA KEPADA ALLAH. MELI PUN KALAU BOLEH MENGANCAM KESELAMATAN DAN KETENTREAMAN AWAM KERANA BLOGNYA DAN PATUT DIISAKAN, TANGKAPLAH. TAPI KALAU KERANA BLOGNYA BUAT PAS ORANF PAS/PR RESAH GELISAH TAK PATUT DIAMBIL TINDAKAN KERANA PAS BUKAN/PR SEBUAH PARTI POLITIK YANG TERDEDAH KEPADA SOKONGAN DAN TENTANGAN.

Anonymous said...

baca dah ker pasal ISA,
tgk dah ke akta tu,
pas tu pernah ikut semonar akademik ker pasal ISA,
kalau tak, sekat baca suratkabar umno tak payah bincangla, perabih air liur

Pas tidak Umno pun bukan said said...

Tak kira apa pun bentuk penguatkuasaan undang-undang, hanya yang buat salah dan ada niat mahu buat salah sahaja yang resah gelisah kerananya.
Bagi yang ada agama, yang tahu halal haram, yang tidak buat salah, yang tidak ada niat untuk melakukan huru-hara, penguatkuasaan undang-undang, termasuk ISA tak merisau-resahkan langsung.
Bukankah kita disuruh menjauhi dan menecgah kemungkaran. ISA adalah antara pencegah kemungkaran dalam bentuk mencetuskan huru-hara. Mereka yang terlibat dalam demonstrasi atau kempen pemansuhan ISA patut diISAkan. Macam mana Meli, boleh setuju dengan saya? Saya bekas polis ada paku jugalah dan pernah terbabit dalam mengendalikan tahanan ISA. Bahaya besar negara, terutama dalam keadaan sekarang ini jika ISA dimansuhkan.

Anonymous said...

pedang yang tajam tetap bisa membunuh...tetapi pedang itu bergantung kepada tuannya. kalau tuannya jenis kepala masuk air, hanya kerana inginkan buah betik rela dibelah perut perempuan mengandung yang mengidam makan betik dan termakan sekelumit betik. sebaliknya jika pedang berada di tangan orang yang kepala tak masuk air ok la. tapi bukankah msia ada peraturan bertulis... mana yang patut mana yang tak patut. sampai kan 10 tahun ISA tak pernah dibicarakan. cuba tgk sirah nabi ada tak Nabi kurung orang tanpa ada bicara, soal siasat selama itu.

Anonymous said...

Mengapa nak cegah keganasan mesti denga ISA? Ada dalam nas ke? Guna le hukum hudud ke, hukum syariah ke, atau ruang dakwah jangan disekat, majlis ilmu hidupkan setiap surau masjid, kawal/cegah punca maksiat & jenayah denganm cara makruh, tinggalkan pendidikan & budaya sekular, mantap pendidikan & budaya Islam , .... henti amalan zalim & menipu ... rakyat akan amalkan yang makruf ... tak perlu undang2 tanpa mahkamah ..ISA ...manusia benci, Allah pu benci ...

Ahlan Wasahlam Birobbikum said...

Apa yang anda sarankan tu buatlah dulu di Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Kalau terbukti lebih berkesan WHY NOT Datuk Seri Najib ikut buat di peringkat pusat. Jangan cakap saja berdegar-degar, taik lekat celah gelegar