Sunday, July 19, 2009

MUNCUL KEMBALI (279)

Ubati tohmahan: ISA paling mujarab

WALAUPUN manusia diberikan dua keperluan untuk hidup sempurna sebagai manusia yakni nafsu dan akal, namun ramai yang lebih tunduk kepada nafsu berbanding dengan akal, tambahan pula dalam nafsu adanya bisikan dan pujuk rayu syaitan.

Kecenderungan pakatan pembangkang membuat tuduhan, tohmahan dan provokasi supaya orang ramai bangkit menyertai demontrasi atau perhimpunan haram adalah kerana mereka terpedaya oleh kserakahan nafsu yang kotor dan dicemari pula oleh bisikan dan pujuk rayu syaitan.

Dari segi lojik akalnya, mana ada manusia yang benar-benar waras sanggup pecah muka, pedih mata kena semburan gas kerana menyertai demonstrasi dan perhimpunan haram sedangkan hakikatnya berbanding dengan negara-negara lain, Malaysia sudah cukup aman dan makmur.

Asalkan rajin gunakan tulang empat kerat, masing-masing bukan sahaja dapat hidup tanpa kebulur di mana-mana sudut sahaja di muka bumi Malaysia ini tetapi juga mampu jadi kaya raya sehinggakan kerana di mana-mana sahaja ada kekayaan di muka bumi negara ini, Malaysia terpaksa berdepan dengan kebanjiran pendatang asing.

Tetapi kenapa masih juga ada yang sanggup buat tohmahan, provokasi dan cuba mengesksploitasi sekecil-kecil peluang yang ada untuk dianjurkan demonstrasi dan perhimpunan, supaya negara huru hara dan imej aman makmur tercalar, malah kalau berlaku huru hara banyak harta benda akan musnah.

Antaranyanya adalah tohmahan dan provokasi terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) gara-gara kematian pembantu kepada anggota exco kerajaan Selangor Teoh Beng Hock, seorang yang sangat penting kepada SPRM sebagai saksi untuk siasatan kes rasuah berskala besar.

Sepatutnya SPRM yang mengamuk kerana kehilangan saksi penting, malah SPRM yang patut buat tohmahan, andaian dan pelbagai persepsi bahawa ada usaha-usaha untuk menyekat suspek didakwa apabila saksi penting mati atau mungkin dimatikan (dibunuh).

Peliknya kenapa ada pihak yang mahu mengambil alih kerja polis atau mendahului pihak polis untuk mencari kata kunci punca kematian Teoh Beng Hock kalau tidak ada apa-apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Juga kenapa ada orang Melayu yang beragama Islam sanggup terlibat dalam amalan terlarang oleh hukum hakamyakni menyertai perhimpunan menyalakan lilin, malah tokoh berserban sanggup untuk jelajah seluruh negara bagi memprovokasi kematian Teoh Beng Hock? Jawabnya kerana nafsu serakah.

Untuk berdepan dengan manusia yang dirasakannya masih waras tetapi hakikatnya sudah tidak normal tahap keintelektulannya itu sebenarnya tidak cukup dengan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan ahli politik mendesak pakatan pembangkang menghentikan segala tohmahan dan tuduhan yang keterlaluan terhadap SPRM.

Sebaliknya mereka yang terlibat perlu diubati dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Bagi saya untuk membendung dan mengubati kesewelan kalangan yang kemaruk dan ketagih kepada keadaan huru hara setelah negara mampu berada pada tahap sekarang, tidak ada yang lebih berkesan dan mujarab lagi mustajab selain dari ISA.

Kepada pengemar huru hara, juga kepada peprovokasi dan penganjur demostrasi dan perhimpunan haram kerana mahu memenuhi mimpi peribadi dan nafsu besar mahu jadi perdana menteri sehingga sanggup memanipulasi dan mengeksploitasi orang ramai, tentulah bagi mereka ISA kejam kerana merekalah yang akan kena ISA, tetapi kepada pencinta kedamaian dan kemakmuran, ianya adalah suatu kewajaran kerana mereka tidak mungkin diISAkan.

Sama jugalah seperti apabila untuk selamatkan nyawa seorang pengidap kencing manis, maka kakinya dikerat untuk mengelak dari merebaknya penyakit, apakah ianya suatu kekejaman?. Bila kita mahukan madu lebah, maka sarangnya disua dengan karak menyebabkan ada ibu lebah yang mati terbakar, apakah ianya suatu perbuatan kejam?.

Bila mahu makan daging seekor lembu, maka kita sembelih dan lapah, apakah ianya suatu kekejaman. Demikian juga bila diketuk kepala babi supaya haiwan itu mampus sebelum boleh dikerat-kerat badannya, apakah perbuatan itu kejam dan tidak ada nilai perikehaiwanan?

Bila untuk memastikan keamanan negara terus terpelihara serta demi keharmonian dan persefahaman hidup masyarakat pelbagai kaum dan anutan agama terjaga, apakah suatu kezaliman jika 'kepala pengat' dan mereka yang bersekongkol dengan puak-puak yang menggugat kenteraman awam dan keselamatan negara diISAkan?. Apa gunanya kalau nasi dibiarkan jadi bubur baru ditangisi dan diratapi supaya jadi nasi kembali.

Lagi pun amalan demokrasi telah menyediakan ruang yang cukup luas supaya ianya dieksploitasi dan dimanipulasi dengan bijaksana untuk menukarkan kerajaan jika majoriti rakyat mendapati kerajaan yang ada tidak ada keupayaan untuk mentadbir negara lagi. Kenapa mesti digunakan cara yang membolehkan peruntukkan undang-undang negara bertindak demi kepentingan awam terhadap puak pengacau.

Kalau majoriti rakyat masih terus memberi mandat kepada kerajaan yang sedia ada, maka kena hormati keputusan mereka yang mana mana mereka bukan bodoh dalam membuat penilaian dan pemilihan.

Pembangkang boleh kata ianya lebih mampu, lebih baik dan lebih segala-galanya berbanding dengan kerajaan yang ada, tetapi bagaimana dengan majoriti rakyat, mereka berhak membuat penilaian dengan telus dan tulus. Baik kepada pembangkang belum tentuk baik kepada majoriti rakyat.

Bila majoriti rakyat buat pilihan, maka keputusan mereka kena dihormati. Jika kerajaan pilihan mereka diancam dan diprovokasi oleh pembangkang, maka secara tidak langsung majoriti rakyatlah yang diancam dan diprovokasi sebenarnya.

Juga pada masa yang sama segala jentera kerajaanlah yang menjadi lawan pembangkang, kecuali ada masa yang dibolehkan yakni sewaktu berlangsungnya pilihanraya. Mahu tunjuk hebat dan tunjuk lebih baik dari kerajaan memerintah adalah pada musim pilihanraya. Bila pilihanraya selesai, maka segala keputusan kena terimalah walaupun tidak labakan kita.

Kalau hal-hal begini pun tidak boleh difahami oleh sesiapa yang mendakwa pemimpin dan aktivis politik, maka mereka yang terlibat harus merasa malu untuk terus bergelar pemimpin dan aktivis politik, malah masing-masing patut berhenti jadi pemimpin dan aktivitis politik, sebaliknya boleh ikut saya dalam operasi beli dan kerat kereta buruk untuk dilupuskan.

Kerjanya nampak sangat lekeh tetapi dari sudut falsafahnya ianya merupakan suatu sumbangan besar kepada membersihkan pencemaran kawasan persekitaran di negara ini oleh penempatan kereta buruk di sana sini.

Atau pun kalau kena ISA, patut bersyukurlah supaya kita sedar bahawa hidup ini ada peraturan, adat spoan dan tatasusila supaya sebagai manusia kita akan berbeza dengan binatang yang ada otak tetapi tidak berakal.

5 comments:

Anonymous said...

You are a real haprak.

Anonymous said...

Apa penahanan tanpa bicara dibenarkan dalam islam. Para mufti yang bijaksana spt Tan Sri harussani sila beri komen

Bimbang keliru said...

Semasa memimpin peperangan, setelah mendapat maklumat risikan sohoh tentang kedudukan musuh dan demi untuk memastikan kemenangan tentera Islam, Rasulullah s.a.w. pernah merintahkan supaya kedudukan musuh diserang, membuktikan bahawa langkah-langkah pembendungan dibolehkan.
ISA juga digunakan bagi maksud yang serupa. Jika pimpinan Hindraf tidak diISAkan mislanya, tidak mustahil perhimpunan haram oleh kumpulan itu boleh mebawa kepada pertumpahan darah dan kematian. Bukankah mencegah lebih baik dari berubat? Mohon para mufti dan ahli majlis fatwa beri komen!

Anonymous said...

Assalamualaikum Apa pasal Pak Chik Meli belum jawab adakah Undangx ISA ini berlawanan atau bertepayan dengan perintah Allah. Mana dia alim ulamak khususnya Majlis Fatwa Kebangsaan. Wassalam

Anonymous said...

Penyokong ISA & pemimpin2 sekular UMNO adalah golongan kontang minda & busuk hati, kaki pengampu & pembodek, hubbuddunia,..... materialistik ... janji dapat kuasa & harta .. apa peduli? HALAL ke, HARAM ke, ADIL ke, ZALIM ke, peri kemanusiaan ke, peri kehaiwanan ke, ...?? inilah produk manusia Melayu selepas merdeka hasil dibawah pemerintahan UMNO.

Layakkah lagi UMNO uruskan Melayu & Islam di Malaysia kini?