Bolehkah orang Islam sertai perkabungan kematian bukan Islam?
SAYA menerima banyak pertanyaan melalui email apakah Islam membolehkan penganutnya menyertai perkabungan ekoran kematian bukan Islam. Kalau dibolehkan saya diminta mengemukakan petikan ayat al-Quran dan Hadis sebagai rujukan mutlak.
Pertanyaan itu dikemukakan adalah bagi merujuk kepada penyertaan bekas Menteri Besar PR dari Pas bagi Negeri Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin yang ikut serta bersama bukan Islam memegang lilin kononnya simbolik kepada kematian Teoh Beng Hock yang kini cuba disensasikan oleh kalangan tertentu yang ada kepentingan tertentu pula.
Kepada mereka yang mengemukakan pertanyaan ingin saya tegaskan bahawa saya tidak ada authoriti untuk kata sama ada Islam membolehkannya atau tidak kerana walaupun lepasan sekolah agama, tetapi saya tidak belajar sampai ke timur tenganh. Lagi pun jangankan ijazah, diploma pun saya tak ada.
Namun bagi saya dan untuk diguna-pakai oleh diri saya sendiri dan anak isteri saya sahaja, (penjenguk blog saya patut merujuk kepada mereka yang pakar) apa yang dilakukan oleh Muhammad Nizar itu tidak dibolehkan oleh Islam, bukan kerana beliau orang Pas tetapi asalkan ianya seorang yang beragama Islam, tanpa mengira dari parti mana, semua umat Islam tidak dibolehkan.
Kalau ditanya kepada Mufti Perak, Tan Sri Harunsani Zakaria serta mufti-muftin yang lain dan majlis fatwa pun, saya yakin mereka juga akan kata tidak boleh. Pun demikian dengan jika ditanya kepada bekas Mufti Perlis, Dr Mohd. Asri Zainalabidin, apatah lagi kalau ditanya aktivitis berlatarbelakangkan pendidik agama tetapi tidak pro Pas, pasti akan dikatakan perbuatam itu bercanggah dengan Islam.
Tapi kalau tanya tokoh-tokoh seperti Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, mungkin beliau ada alasan yang akan diberikan bahawa apa yang dilakukan oleh Muhammad Nizar itu dibolehkan.Oang Pas akan terima kerana bagi mereka tidak ada yang lebih berilmu dan lebih suci dari setiap patah yang keluar dari mulut Mursyidul Am Pas yang juga Mnteri Besar Kelantan itu.
Saya akan cuba teliti terjemahan al-Quran dan Hadis sama ada apa yang Muhhammad Nizar lakukan itu dibolehkan dalam Islam atau sebaliknya. Bila jumpa nanti saya akan postingkan melalui blog saya ini. Dalam pada itu kita tunggu apa kata alim ulamak pro Pas!
Monday, July 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Rujuk sinar harian/Utara 20 jul 2009...Timbalan mufti Negeri Kedah darulaman Sheikh Marwazi Dziyauddin kata selagi tindakan itu bukan amalan agama tertentu, ia dibolehkan. Beliau juga berkata "Lilin bukannya alat keagamaan. Majlis memperingati yang diadakan itu pun tiada unsurx keagamaan. Oleh itu tidak salah sekiranya rakanx islam turut hadir memberi sokongan atau penghormatan terakhir." Jadi yang mana yang betul pak Chik meli...
x de isu lain ke meli janggut...burit lu lah
Bagaimana pula dengan kata-kata ini.
“Kehadiran orang Islam di situ hanyalah sebagai menyokong rakan-rakan mereka dalam politik sahaja, dan sekiranya boleh menimbulkan fitnah, eloklah sekiranya mengelak daripada hadir dalam perjumpaan seumpama itu,” katanya.
Soalnya, mana lebih baik? Sama ada hadir atau tidak!
Bagi saya, jika menimbulkan fitnah lebih baik tidak hadir.
Subhanallah! Orang Pas ke bermulut huduh dan sopan ni. Nampaknya gara-gara keceluparan, carutan kelucahan Musryidul Am Pas telah ada pengikut.
Saya tidak yakin pengasas Pas yang rata-rata sudah berada di alam barzakh tidak merelakan parti yang mereka asas dianggotai oleh pemimpin, ahli dan penyokong mulut huduh, suka mencarut dan lucah. Pas bukan parti pornosme.
BACA.....Saya tidak yakin pengasas Pas yang rata-rata sudah berada di alam barzakh MEREKALAN....diulang....MERELAKAN parti yang mereka asas dianggotai oleh pemimpin, ahli dan penyokong mulut huduh, suka mencarut dan lucah. Pas bukan parti pornosme....
kita lihat siapa yang lebih sudu dari kuah...
PAS celupar tu TNGA halalkan...
back up ada, dia nak carut apa pun ada yang back up
Maksud hadis: Rasulullah pernah bangkit berdiri menghormati jenazah yang lalu dihadapanya. Lalu sahabat kata: Itu mayat yahudi yang kafir & musuh Allah. Rasul SAW jawab: Diakan juaga seorang manusia. ....sila rujuk matan yang sohih. ..... dan cari syarah hadis ini dari ulamak muktabar....
Post a Comment