Monday, July 20, 2009

MUNCUL KEMBALI (281)

Saya tak berauthority

Anonymous said...
Assalamualaikum Apa pasal Pak Chik Meli belum jawab adakah Undangx ISA ini berlawanan atau bertepayan dengan perintah Allah. Mana dia alim ulamak khususnya Majlis Fatwa Kebangsaan. Wassalam....


Terima kasih pada penjenguk yang beri komen di atas. Saya tidak ada authority untuk memberi jawapan sama ada ISA bertentangan atau atau bertepatan dengan perintah Allah.

Kalau ikut pandangan peribadi saya, ianya tidak bertentangan (tetapi orang lain jangan terima pandangan saya - sila rujuk alim ulamak) kalau ISA digunakan untuk tujuan pencegahan dari kemungkinan berlaku perkara buruk.

Kalau disalah-gunakan, misalnya ada yang teraniaya kerananya, maka ianya boleh mendatangkan dosa tetapi jika kerana ISA, maka rusuhan yang boleh membawa kepada huru hara, pertumpahan darah, kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda dapat dibendung, ianya akan berpahala.

Saya mohon alim ulamak/cendekiawan Islam tolong betulkan dan saya mohon Allah ampun jika saya pandangan silap kerana kejahilan saya!

5 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Terima kasih banyakx atas jawapan pak chik tu. Saya adalah cucu kepada seorang pejuang kemerdekaan yang pernah dikenakan tahanan pada 30.12.1948 hingga 15.5.1952. wassalam

insan said...

ISA diperlukan di Malaysia

kita akan lihat kepentingannya satu masa nanti..

kita dah lihat bahang ketegangan antara perkauman sekarang...

apa PAS ada cara yang lebih baik untuk meredakan hal ini?

Isu nizar pun berdiam diri, isu DAP pun berdiam diri, isu kematian setausaha tu pun berdiam diri, isu nizar melalak dalam sidang dun pun diam diri

PAS kering isu

Anonymous said...

jika kerajaan ambik tindakan guna ISA kita sebagai rakyat kena terima.

kerana kesalahan menyalahguna kuasa jelas akan dirasai di akhirat.

tetapi bayangkan betapa besar pahala jika ISA diguna bagi mencegah kegiatan komunis atau subversif bagi mengelakkan mudarat lebih besar..

bukankah kaedah fiq mengatakan : mengelakkan mudarat lebih utama dari mendapat manfaat ?

itu pandangan 2 sen saya tq

Jom Jom Inai said...

Setahu saya Meli cucu kepada seorang anggota Angkatan Pemuda Insaf (API) yang terpaksa lari dari kampung halaman dan berkampung di satu kawasan hutan yang akhirnya menjadi perkampungan tempat Meli dilahir, membesar, bermain selut, mandi sungai, mandi dalam kubang kerbau, melastik burung, menanggguk udang, menauk ikan dan sebagainya, malah di sana juga Meli mendapat pendidikan
Ayahnya (arwah) yang merupakan lepasan sekolah pondok juga sering masuk penjara, paling lama 7 tahun. Patut Meli anti polis dan undang-undang.
Pada saya sama ada ISA patut dimansuhkan atau tidak, kena dapatkan tandatangan daripada bekas-bekas tahanan ISA.Barulah lebih tepat berbanding dengan gerakan anti ISA dari kalangan yang tak pernah kena ISA, malah tidak cukup tau pun apa itu ISA.

Anonymous said...

ISA untuk komunis. Yang dok dalam ISA ari ni komunis ke mereka? Ada ke lagi komunis selepas umno berjaya menghapuskannya? ... kalu x komunis .. mereka yang kena ISA sekarang sah dizalimi, sah kerajaan salah guna kuasa ISA untuk kepentingan politik peribadi yang berkuasa! ...apa jenis pemerintah yang tindas rakyat sendiri ni?

DAN apakah puak2 anti-salahguna ISA tuh berdosa?