Monday, July 20, 2009

MUNCUL KEMBALI (283)

Sejauh mana nikmat kemerdekaan dinilai?

PADA 31 Ogos nanti, rakyat dan negara ini akan menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-52. Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara merdeka akan diedarkan kepada orang ramai dan pemilik premis untuk dikibarkan sempena sambutan Hari Kemerdekaan nanti bermula 1 Ogos ini.

Yang menimbulkan persoalan kenapa bila setiap kali tibanya musim perayaan kemerdekaan negara, maka setiap rakyat mengharapkan penagihan Jalur Gemilang percuma. Bagi saya pengagihan Jalur Gemilang percuma secara tidak langsung merendahkan mertabat Jalur Gemilang dan kedaulatan negara meredeka.

Tahun ini sahaja misalnya 3.1 juta Jalur Gemilang bernilai antara RM15 juta hingga RM19 juta akan diagih-agihkan secara percuma. Kepada orang ramai barangkali boleh diterima Jalur Gemilang diagih-agihkan secara percuma tetapi untuk premis perniagaan rasanya tidak wajar.

Walaupun agihan kepada orang ramai barangkali wajar, namun sepatutnya ianya tidak diagihkan demi mertabat Jalur Gemilang dan nilai kedaulatan negara. Kalau sekotak rokok boleh dibeli setiap hari, masakan seunit jalur gemilang sekali dalam setahun tidak boleh dibeli untuk dikibarkan sebagai tanda menghargai kedaulatan kemerdekaan negara.

Lagiu pun apa pun yang diberi percuma tidak akan diberi penilaian yang tinggi oleh penerimanya. Tidak hairanlah kalau ada pihak yang mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik sebagai tanda tidak hormat, malah paling menyedihkan ada yang mengibarkan Jalur Gemilang di reban ayam.

Rata-rata yang sanggup berbuat demikian adalah kalangan yang lahir selepas merdeka, membesar dalam keaadaan umpama tikus tejatuh dalam simpanan beras, umpama semut berkampung dalam gula.

Ini adalah kerana mereka tidak penah mengalami betapa terhina dan sengsaranya hidup di bawah cengkaman penjajah sebagaimana yang dialmi oleh para pejuang kemerdekaan, seseengahnya terpaksa masuk hutan menyertai pasukan bersenjata melawan penjajah.

Kalaulah rakyat Palestin, Iraq, Aftghanistan dan negara-negara yang masih dijajah menikmati hidup sebagaimana yang dinikmati oleh rakyat Malaysia, pasti mereka akan merasa amat bertuah dan berdaulat, Jalur Gemilang bukan hanya akan dikibar pada dalam edah perayaan bagi mengingati hari kemerdekaan tetapi akan dikibar sepanjang tahun sambil Jalur Gemilang itu pula akan dijaga dengan cermat dan hormat.

Mereka juga bukan sahaja akan merasa malu dan terhina menerima agihan Jalur Gemilang secara percuma, apatah lagi mengibarkannya dalam keadaan terbalik atau digantung pada reban ayam bagi tujuan menghina, sebaliknya mereka pasti akan merasa suatu pengkhianatan kepada negara jika melakukan sesuatu tidak sopan kepada Jalur Gemilang.

Apatah lagi untuk menyertai demontrasi dan perhimpunan haram sebagaimana yang dilakukan oleh rakyat Malaysyia yang kemaruk dan ketagihkan pengalaman hidup dalam keadaan huru hara, rakyat Palestin, Afghanistan, Iraq dan dan negara-negara yang masih dijajah pasti tidak akan menyertainya kerana erti dan nikmat kemerdekaan akan hanya benar-benar dapat dihayati oleh mereka yang pernah merasai kepayahan hidup apabila negara dijajah.

Tentunya bagi mereka, daripada membelanjakan antara RM15 juta hingga RM19 bagi membiayai kos pengagihan Jalur Gemilang yang sepatutnya lebih dibanggai jika dibeli sendiri oleh rakyat negara ini digunakan bagi mengatasi masalah air berkarat yang masih melanda Kota Bahru atau mengatsi masalah buka kepala paip keluar angin bukannya air sebagaimana yang dihadapi sejak sekian lama oleh penduduk sekitar Kuala Besar dan Tumpat serta banyak kawasan pinggir bandar, pekan-pekan kecil dan kawasan pedalaman di Kelantan.

Untuk makluman di rumah saya di Jalan Sultanah Zainab, bekalan air paip masi berkeladak dan tidak sesuai diminum. Bagi memenuhi keperluan air minum dan memasak, sejak tiga tahun yang lampau saya sekeluarga terpaksa membeli air mineral pada jumlah tujuh botol seminggu yang setiap satu berharga antara RM4 hingga RM5 sebotol.

4 comments:

penawarrindu said...

Soalnya abang Meli ialah dalam Islam setiap pertuduhan mesti ada pendakwaan sebelum dihukum mestilah dibuktikan dulu bersalah.
Bukannya pakai tangkap dan muat terus.
Bila sesuatu yang bercanggah dgn islam maka hukumnya haram.

Anonymous said...

assalamualaikum buat mkj n semua
saya tak tau nak komen kat mana, just letak kat sini kerana ini posting terbaru abe li. tulisan abg li ni kekadang just tulisan la, kalu buleh nak juga tgk gambar2 abe li ker, atau apa2 gambar ker yang berkaitan posting ker, mana tau kalu jumpa kat kb mall boleh minta sain autograf. really wajah abe li yang ada dalam kepala saya masih seperti di tahun 90 an. dengan kurus n bermisai macam halim yazid(anak tupai) skang. kalu ada gambar2 baru n lama kan menarik.

a.m

Anonymous said...

Nilai 52 tahun Melayu Merdeka :

Berapa peratus melayu miskin?
Berapa peratus melayu kaya?
Berapa ribuan hektar tanah rezab melayu hilang?
Berapa ramai penagih dadah dadah & pengidap HIV?
Berapa ramai melayu Islam murtad?
Berapa ramai melayu kena ISA?
Barapa banyak budaya murni melayu lenyap?
Berepa ramai melayu kaki rasuah, kaki judi, kaki arak, kaki zina, kaki tipu, .......?
Bagaimana dengan bahasa Melayu dan jawi?
Bagaimana equity orang melayu?
Pulau Singapura, Batu Putih lesap selepas merdeka?
....
....

tambah lah sendiri jika larat ....

pemudacakna said...

Sayang seribu kali sayang,
masih ada lagi manusia yang tidak kenal erti kemerdekaan.
Masih ada lagi yang tidak tahu membezakan kesalahan diri sendiri dengan kesalahan orang lain.
Patutlah Allah mengingatkan kita bahawa Allah tidak mengubah nasib seseorang itu melainkan orang itu sendiri mengubahnya!