ASM: milik bumiputera berpindah tangan lagi
PELUANG untuk bumiputera kaya dan merapatkan jurang pencapaian ekonomi dengan bukan bumiputeraseringkali, termasuk yang terbauru apabila sebanyak 1.6 bilion unit Amanah Saham Malaysia ASM telah diperuntukkan kepada bumiputera.
Bagaimanapun jumlah unit saham yang disediakan tidak habis dilanggan berbanding dengan yang diperuntukkan kepada bukan bumiputera telah habis dijual dalam tempoh 21 hari sahaja, menyebabkan unit-unit saham khusus untuk bumiputera dibuka tawaran kepada semua kaum.
Soalnya kenapa unit ASM khusus untuk bumiputera tidak habis dilanggan. Mungkin benar keupayaan ekonomi bumiputera tidak sama dengan bukan bumiputera. Ianya terbukti apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak mencapai matlamat sehingga sekarang. Barangkali faktor ketidak-mampuan untuk membeli unit-unit saham, maka ASM khusus untuk bumiputera tidak habis dilanggan.
Tetapi pada pendapat saya ada faktor lain lain yang lebih besar, yakni kerana timbul keraguan tentang halal haramnya kerana rata-rata bumiputera adalah beragama Islam. Ramai yang khuatir kalau-kalau perniagaan saham tidak halal dari segi hukum hakam.
Kalau pun para mufti atau majlis fatwa katakan halal, akan ada pihak yang menentangnya kerana mufti dan majlis fatwa yang memberi fatwa mungkin dilabel sebagai 'ulamak terompoh kayu' yakni yang membuat fatwa berteraskan kepentingan tuannya (kerajaan).
Sebenarnya halangan-halangan inilah yang menyebabkan bumiputera sering kalah dalam persaingan pencapaian ekonomi. Bila bumiputera dan diri sendiri hidup susah, maka akan ditohmah kononnya wujud amalan kronisme dan nepotisme dalam pengagihan kekayaan negara. Ketika peluang untuk kaya dibuka, tidak direbut dengan pelbagai alasan oleh sempitnya pemikiran dan penafsiran hukum hakam.
Pembelian unit-unit saham dan perniagaan saham itu sendiri akan dianggap haram, malah diragukan pastinya kerana ianya tidak pernah ada pada zaman Rasulullah s.a.w. sebagaimana Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dianggap haram pelaksanaannya kerana tidak akta itu tidak ada pada zaman Rasulullah s,a.w. dan pada era pemerintahan sahabat.
Yang pelik dan anihnya, menyertai pilihanraya bagi membolehkan pemimpin parti politik yang meragui tentang kehalalan perniagaan saham dan yang menghukumkan ISA sebagai haram boleh jadi halal pula walaupun membabitkan wang pertaruhan (deposit)untuik bertanding dalam pilihanraya bagi mendapat jawatan sebagai pemimpin.
Walhal bertanding untuk jadi wakil rakyat, seterusnya akan dilantik sebagai perdana menteri, timbala perdana menteri, menteri, menteri besar, timbalan menteri besar, anggota exco mahu bertanding mahu menjawat jawatan dalam parti politik bersifat menawarkan diri supaya dilantik ke sesuatu jawatan.
Menwarkan diri atau berhajat kepada sesuatu jawatan tidak disukai oleh Rasulullah s.a.w., malah melalui hadis baginda, Rasulullah s.a.w. menegaskan tidak akan dilantik ke jawatan pemerintah bagi sesiapa yang berhajatnya.
Bukankah perniagaan saham dan ISA dianggap haram tetapi bertanding pilihanraya boleh pula itu tidak termasuk dalam melakukan amalan boleh bila labakan diri tetapi tidak boleh kalau dirasakan boleh menjejaskkan kepentingan politik.
Alim ulamak, khususnya para mufti dan majlis fatwa kena mengambil langkah-langkah proaktif dalam memberi fatwa supaya bumiputera selaku penganut Islam tidak terus tertinggal dalam pencapaian ekonomi kerana menjadi mangsa permainan politik yang manipulasikan Islam.
Juga tolong betulkan saya jika pandangan saya ini tergelincir dari landasan hukum hakam!
Tuesday, July 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam bang Meli
Kalaulah para pemimpin dan alim ulama PAS, yang punyai pengikut yg taksub, boleh menepikan hal politik seketika dan meminta para pengikut mereka utk melabur dalam peluang perniagaan ini, maka secara tidak langsung skim ini akan dapat mengajar org melayu Islam menyimpan dan manabung. Tapi sayang, mereka hanya mahir mengutuk kerajaan.
Pilihanraya di M'sia haram .... ke halal?
1. Mengapa pilihanraya perlu deposit?
.. kerajaan UMNO kata: .. bayaran cagaran pentadbiran jika mana2 parti tak bersihkan poster2 yg bergayut selepas pihanraya, .. bayaran rendah pula takut orang nak bertanding ramai sangat .. atau elak org bertanding secara main2 saja .. kerana merumitkan tadbiran kena senarai kertas yang besar & panjang ..kos tinggi ..
rugi.. ...bla2 ... bukanlah WANG PERTARUHAN SAMA SEPERTI JUDI ... saya syor kalau boleh HAPUSKAN WANG PERTARUHAN ini ... beri saja saman yang tinggi kepada mereka yg tak patuhi peraturan PRU/K.
2. Mengapa pilihanraya perlu PAS ikut percalunan diri? .... umno kata .. satu proses pendabiran setiap urusan/deemokrasi ...tp tak jadi masaalah kerana Abu Bakar (dari kaum muhajirin) dicalunkan oleh Umar disokong oleh Abu Ubaidah aljarrah. Saad bin Ubadah (dari puak Ansor) dicalunkan oleh kaumnya semasa pemilihan/ pengundian/ pihanraya khalifah pertama dulu. Tak syariekah dengan sistem percalunan ini?
3. Mengapa dalam pilihanraya perlu PAS berkempen? .... Semasa proses pemilihan khalifah pertama, ... kaum ansor berkempen untuk Saad .. manakala kaum Muhajirin berkempen untuk Abu Bakar ..wakil calunnya adalah Umar sendiri ... haramkah pekerjaan para sahabat mulia ini? Kalau UMNO tak nak berkempen pun bagus jugak, tak le rugi orang TV, Surat khabar dok kehulu, kehilir cari bahan kempen. Kena pulak belanja besar kerana nak siarkan berita2 bagus umno dan kutuk PAS untuk berkempen ...
Mengapa sdr MKJ bandingkan bila PAS tolak ISA dengan PAS sertai sistem pilihanraya?
Apakah MKJ nak pertahankan ISA bersifat zulum & begitu jugak Pelaburan yang tidak syarie....
Renungilah .....1
Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.
QS. an-Nisa' (4) : 135
Renungilah .....2
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.
QS. Hud (11) : 113
Renungilah .....3
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.
QS. an-Nisa' (4) : 29
Abu Bakar dicadangkan, bukan melalui proses pertandingan, apatah lagi saampai kena sedaikan wang pertaruhan. Saya yakin kalau ada pertandingan macam Pas lawan Umno, awal-awal lagi Abu Bakar akan tolak.
Abu Bakar dicadangkan supaya jadi pemimpin, bukan mencadangkan diri sendiri atau menjalankan pelbagai gerakan untuk boleh jadi pemimpin. Orang Pas jangan nak samakan diri dengan pemilihan khalifah. Orang Pas bertanding rebut jawatan dalam parti supaya ada peluang jadi calon. Maknya orang Pas bekendendakan jawatan, bukannya kerana dicadang dan diangkat, sebaliknya memainkan pelbagai gerakan supaya diri diangkat.Jarang benar orang yang tak ada jawatan dalam parti dipilih bertanding.
Para pengomen, terutama yang kotra patut bersikap gentleman dab gantlewoman dalam membuat komen dengan mempamerkan nama sebenar dan semoleknya digarapkan latar belakang sebagai tanda sanggup bertanggungjawab terhadap komen yang dihantar. Lagi komen yang diberikan adalah bagi tujuan berbahas untuk menyelesaikan kekeliruan dan pembaca dapat menumpang ilmu dan maklumat
Saya tabik dengan saudara Meli, dalam memberi komen dalam blog MSO dan juga blog penawarrindu, beliau catat nama sebenar, malah seringkali menggarapkan identiti diri dalam posting-posting dalam blognya.
Pengomen atau pengendali blog yang berselindung di sebalik nama bukan nama sebenar bagi saya boleh dipertikaikan kewibawaannya. Rata-rata mereka yang berpengalaman sebagai wartawan dalam pengendalian blog tidak menyembunyikan nama sebenar mereka. Selain dari saudara Meli dan MSO, Datuk Kadir Jasin, Hambali Latiff, Datuk Ruhanie Ahmad, Nuraina Samad dan bekas wartawan dari akhbar arus perdana menzahirkan nama sebenar mereka, malah mencatatkan latarbelakang mereka. Dengan itu hujah mereka meyakinkan dan membuktikan bahawa mereka bertanggungajawab terhadap apa yang ditulis dan postingkan.
SALAM
saya harap walaupu tanpa nama tp isinya dan pemikiran yang kita nak lihat bukan nama saja gah tapi tak leh pakai.Keberkatan bukan hanya terletak pada pangkat,harta atau darjat tetapi tanpa semua itu pun keberkatan dapat dicari.Jadi carilah rahsia keberkatan didalam setiap bidang...dasar berpolitik adalah teras untuk kita meneruskan kehidupan yang baik jadi blog politik pun kena jaga tatasusila juga.jangan biar tenggelam dengan bahasa dan perkataan yang tak elok..dan menyakitkan hati.
Post a Comment