Bukan nak glamour atau nak tunjuk lawa
Witarawati Gangga Negara said...
Para pengomen, terutama yang kotra patut bersikap gentleman dab gantlewoman dalam membuat komen dengan mempamerkan nama sebenar dan semoleknya digarapkan latar belakang sebagai tanda sanggup bertanggungjawab terhadap komen yang dihantar. Lagi komen yang diberikan adalah bagi tujuan berbahas untuk menyelesaikan kekeliruan dan pembaca dapat menumpang ilmu dan maklumatSaya tabik dengan saudara Meli, dalam memberi komen dalam blog MSO dan juga blog penawarrindu, beliau catat nama sebenar, malah seringkali menggarapkan identiti diri dalam posting-posting dalam blognya.Pengomen atau pengendali blog yang berselindung di sebalik nama bukan nama sebenar bagi saya boleh dipertikaikan kewibawaannya. Rata-rata mereka yang berpengalaman sebagai wartawan dalam pengendalian blog tidak menyembunyikan nama sebenar mereka. Selain dari saudara Meli dan MSO, Datuk Kadir Jasin, Hambali Latiff, Datuk Ruhanie Ahmad, Nuraina Samad dan bekas wartawan dari akhbar arus perdana menzahirkan nama sebenar mereka, malah mencatatkan latarbelakang mereka. Dengan itu hujah mereka meyakinkan dan membuktikan bahawa mereka bertanggungajawab terhadap apa yang ditulis dan postingkan.
July 22, 2009 8:21 AM
Banyak sangat kita berblog fasal perkara berat-berat, terutama yang berkaitan dengan politik, kali ini saya memilih untuk mengulas mengenai komen di atas, bahannya cukup santai.
Sebenarnya saya dan pengendali blog yang asalnya wartawan guna nama penuh dan tidak berselindung di sebalik nama-nama samaran kerana kami mahu bertanggungjawab terhadap apa yang kami tulis.
Bukan kerana mahu persohorkan nama, gila glamour atau kerana nak tunjuk lawa dengan mempamerkan gambar kami. Penjenguk bukan sahaja boleh menilai sendiri tahap ilmu dan maklumat bagi setiap patah yang ditulis, tetapi boleh menilai kredibiliti kami apabila identiti kami diketahui sepenuhnya.
Sebenarnya bidang kewartawanan itu sendiri ada etikanya, malah laporan sama ada berita, laporan khas, analisis, rencana berita mahu pun rencana akan ada kelas sesuku sahih, setengah sahih dan memang sahih berdasarkan sumbernya.
Misalnya kalau disebut sumber maknanya laporan itu cuma sesuku sahih, kalau disebut jurucakap maknanya laporan itu separuh sahih dan bila disebut nama sumbernya (misalnya disebut Ketua Polis Negara dengan namanya sekali), maka sesuatu laporan itu adalah sahih.
Walaupun ditulis sumber atau jurucakap, lazimnya pelapor akan mencatat nama sumber berkenaan (untuk makluman pihak atasan) tetapi bukan untuk siaran, malah ianya hanya boleh didedahkan di mahkamah.
Jurucakap adalah merupakan pihak yang ditauliahkan untuk bercakap bagi sesebuah kementerian, jabatan atau puak manakala sumber boleh saja diambil sesiapa sahaja di sesebuah kementerian atau jabatan.
Penggunaan nama samaran digunakan oleh penulis/wartawan kerana mahu menyembunyikan identiti sebenar dan ia menjadi amalan oleh para penulis/pemberita/wartawan pada zaman penjajah.
Antaranya Hantu Raya atau Pak Sako oleh Ishak Muhammad, Keris Mas oleh Kamaluddin Muhammad, Tongkat Warrant oleh Usman Awang dan banyak lagi. Pengguaan nama-nama samaran itu untuk mengelak kemungkinan mereka ditangkap dan dipenjarakan jika identiti mereka diketahui.
Saya pula menggunakan banyak nama samaran kerana saya menulis ke banyak akhbar dan majalah sebagai pemberita/penulis sambilan bagi tulisan-tulisan dalam bentuk berita dan rencana yakni tulisan-tulisan yang bukan karya kreatif.
Kalau guna nama yang sama, pihak akhbar lazimnya tidak akan layan (tidak siar) kerana dibimbangi bahan yang sama dihantar ke akhbar yang belainan yang bersaing di pasaran. Tetapi apabila saya bekerja tetap dengan Harian Nasional dan kemudian dengan Harian Watan, saya guna nama penuh dalam tulisan-tulisan saya.
Masa saya menjadi stringer Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA), saya banyak guna nama samaran kerana pada masa yang sama saya juga menjadi stringer Berita Harian/Berita Minggu dan banyak menulis ke Utusan Malaysia/Utusan Melayu, Mingguan Malaysia, Bintang Timur, Mingguan Tanahair, Mingguan Bumi, Mingguan Watan dan sebagainya.
Sepanjang mengguna nama samaran (semasa di kampung) tidak ramai yang tahu apa yang keluar di akhbar tentang kampung saya, di daerah serta jajahan saya adalah saya yang tulis kerana tidak ramai yang tahu pengguna nama samaran itu adalah saya.
Arwah ayah saya sendiri pernah tanya keling mana pula ada duduk di Rong Chenak (kampung saya) bila nama samaran saya yang ada sedikit unsur-unsur kekelingan berkumandang di radio mengiringi skrip drama radio yang saya hasilkan yang biasanya saya akan catat sekali nama kampung untuk hebahan.
Selepas kira-kira 15 tahun saya bergiat dalam bidang penulis/pemberitaan/kewartawanan, barulah arwah ayah, orang kampung dan rakan-rakan saya tahu tentang nama-nama samaran saya ada kaitan dengan saya, itu pun apabila biodata saya disiarkan oleh akhbar dan majalah.
Saya guna nama samaran kerana saya tidak mahu orang kenali saya yang serba lekeh dan selekeh. Semasa masih di kampung saya suka berkain pelaikat kilas dirusuk tanpa baju, sama seperti rakan sebaya sekampung.
Kalau nama samaran saya yang berkumandang di radio atau yang tersiar di akhbar atau majalah itu saya katakan nama saya, pasti orang kampung akan kata saya gila. Yang mereka tahu saya suka baca akhbar, majalah, buku dan majalah serta suka dengar radio.
Beberapa sahabat pena dari Johor, Melaka, Pahanag, Terengganu dan Selangor dan Perak yang meminati tulisan saya dan datang khusus ke Kota Bharu untuk berjumpa dengan saya cukup tergamam bila melihat saya yang sebenarnya tidak seindah yang mereka bayangkan.
Bila nama-nama samaran sudah diketahui bahawa ianya milik saya dan bukan menjadi rahsialai, di samping itu saya bukannya menulis pada zaman penjajah, maka saya memilih untuk guna nama sebenar saya dalam tulisamn-tulisan seperti sekarang.
Wednesday, July 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Kalau nak kira ada nama dan identiti ulasan diterima dan dipakai saya salah tafsiran itu.Mengapa seorang hakim yang bijak dan pandai tidak diterima kata-katanya dan keputusannya.Seorang doktor pun bukan semuanya ikhlas dalam mengubat pesakit.Ada juga ilmu kedoktorannya digunakan untuk jalan yang tak sepatutnya.Begitu juga kita lihat pemimpin dunia.Banyak pendapat dan keputusannya ditolak.Kita tak smestinya menerima bulat-bulat apa yang didengar,dikata atau dilihat.Semua yang diutarakan adalah pendapat individu.Kita akan menilainya mengikut pengalaman dan ilmu kita.Saya lihat banyak pendapat yang ditulis hanya mengikut nafsu bukan akal.Saya katakan begitu kerana bagi orang tidak suka kepada sesuatu dia akan menentangnya walaupun perkara itu benar.Hukum karma Allah tetap berjalan seperti biasa.Yang benar akan menenggelamkan yang bathil.Cuma lambat atau cepat sahaja.
Jangan lihat siapa yang berkata, dengar apa yang dia kata.
Allah menganugerahkan nikmat 2 pancaidera yang amat bernilai iaitu mata dan telinga. Oleh itu gunakan kedua-duanya dengan sebaik-baiknya.
Mendengar dan melihat adalah dua kombinasi komunikasi yang baik jika digunakan.
Kita perlu berhati-hati sekiranya komunikasi itu menggunakan pendengaran saja takut-takut suara yang kita dengar itu adalah suara syaitan yang bertopengkan manusia! Teringat masa budak-budak dulu, ketika balik dari mengaji dalam suasana gelap, tiba-tiba terdegar suara, semua lari lintang-pukang.
Takut... suara itu dikatakan hantu!
Post a Comment