Friday, July 24, 2009

MUNCUL KEMBALI (288) - KEMASKNI DENGAN PEMBETULAN FAKTA

Berjasa kepada pokok akan ada balasnya

KETIKA menggantikan Tok Guru Nik Aziz memberi kuliah Jumaat pagi tadi, Ustaz Muhammad Mustapha yang pernah masuk Umno, kemudian menyertai PKR dan kini menyertai Pas dan merupakan antara ahli dewan undangan negeri Pas di Kelantan, bercakap tentang bidang pertanian, kononnya beliau diminta bercakap tentang itu.

Ustaz Mat adalah antara aktivitis politik yang saya suka mendengar kuliahnya, terutama yang berkaitan dengan politik kerana beliau berpengalaman sebagai ahli Umno, ahli PKR dan ahli Pas.

Maknanya kalau beliau kata apa tidak baiknya tentang Umno adalah berdasarkan apa yang beliau alami dan demikianlah sebaliknya, bukannya berdasarkan kepada agak-agakan atau persepsi liar.

Tetapi bila bercakap tentang bidang pertanian dan ternakan, saya tidak pasti sama ada beliau ada pengalaman atau sebalinya dalam bidang berkaitan.

Seandainya beliau tidak jadi wakil rayat atau pensyarah, apakah beliau sanggup menjadi petani, peladang atau penternak serta mampukan beliau jadi petani, peladang atau penternak berjaya di samping untuk mendapatkan tasbih dari pokok dan binatang ternakan untuknya.

Sepanjang mengikuti kuliahnya yang khusus mengenai bidang pertanian, perladangan dan ternakan membuatkan saya teringat kepada sahabat lama saya Encik Noor Ibrahim Tendong atau Noor Kayu.

Encik Noor adalah seorang bekas kakitangan Jabatan Perhutanan, aktiviti hebat persatuan perabot dan tukang kayu Melayu Kelantan yang berperanan dalam mendedahkan kes Timber Mine yang menjadikan sebahagian kawasan Selatan Kelantan tergadai dan telah ditebus dengan nilai yang agak tinggi bila Umno/BN berkuasa di Kelantan dulu.

Beliau seorang yang aktif berpolitik pada era Dato' Haji Muhammad Nasir tetapi kini sudah tidak pedulikan bidang politik lagi. Beliau adalah merupakan pemilik Jasbent Plantations yang berfungsi menghasilkan pelbagai benih pokok, termasuk pokok herba.

Hebatnya Encik Noor dalam bidang pokok kayu kayan dan tumbuhan-tumbuhan, kata kawan saya, kononnya tersepak akarnya pun, Encik Noor dah boleh kenal jenis pokoknya. Atas kerana itulah beliau telah menerima tawaran menjadi penysarah jemputan dalam bidang berkenaan di UTM Skudai, Johor.

Sebut nak pokok apa sahaja, dari lada pahit, kacing baju, benih setan, benih depu, benih asam gelugur, beruas, pokok duri tambun taik, pokok bbana, misai kucing, kucing galak, emas secotek, tongkat ali, setunjang bumi, pokok setunduk, pokok bunga kenerak dan macam-macam lagi pasti beliau boleh bekalkannya sama ada dai pusat pembiakannya di Kampung Kasa atau di Kangkong.

Selain dari terlibat dalam pemerosesan teh pokok kacing baju yang mutajab untuk pengubatan kencing manis dan darah tinggi kronik serta masalah seksual lelaki dan wanita, saya seringkali ikut beliau mengumpul benih setan, malah pernah menyertainya dan ahli persatuan terajuannya menamam beribu-ribu anak pokok setan di hutan simpan di Ulu Kelantan supaya pokok itu akhirnya menjadi antara pokok balak.

Saya pernah tanya beliau kenapa beliau minat bermain dengan pokok, katanya setiap pokok yang ditanam akan nertasbih untuk penanamannya. Ditanam dalam hutan simpan bukan untuknya, tetapi untuk generasi akan datang. Sebatang pokok balak memakan masa berpuluh hingga ratus tahun untuk matang. Baginya tak cerdiklah bagi orang yang tak ambil peluang menanam pokok, sekali gus tidak bertanggungjawab terhadap geneasi akan datang.

Dua malam lepas beliau datang ke rumah dengan kereta Toyota Camry, bukan datang dengan kereta Ford serba guna macam biasa yang kononnya dibeli hasil berjasa kepada pokok. Bila ditanya tentang keretanya itu, beliau berkata keretanya dibawa lari oleh pencuri.

Beliau berhenti untuk membeli barang di tepi jalan di Pasir Mas, bukan sahaja kunci tidak dibuang tetapi enjin keretanya tidak dimatikan. Selesai beli barang dan ketika nak ke kereta semula, didapati keretanya dah lesap.

"Pokok tolong saya" ujarnya. "Saya dah dapat balik kereta saya tiga hari selepas ianya lesapnya. Rasanya hanya kereta saya yang kena curi dapat kembali. Yang lain lesap terus" tokoknya.

Menurut cerita Encik Noor, polis peronda melihat keretanya dalam keadaan mencurigakan apabila berputar-putar di sebuah stesen minyak di Temerloh Pahang (Pembetulan" di PEKAN....ulang....di PEKAN, bukan Temerloh. Encik Mohd. Noor mohon maaf atas kesilapan fakta yang tidak disengajakan). Satu sekatan jalanraya keudiannya dibuat. Ketika melalui sekatan jalanraya kereta itu tidak berhenti dan pihak polis mengejarnya.

Akhirnya kereta itu terbabas dan melanggar pokok menyebabkan ianya tidak boleh bergerak. Walaupun pencurinya dapat meloloskan diri Gagal ditangkap), namun keretanya diperolehi semula. Baginya kalau tidak merempuh pokok, mungkin keretanya gagal dikejar. Pokok terbukti telah membalas jasanya.

"Pokok telah tolong saya kerana saya bukan sahaja mengusahakan tanaman pelbagai pokok tetapi membajanya, malah kalau musim kemarau saya menyiramnya" ujarnya sambil merakamkan ucapan terima kasih kepada polis yang baginya telah bertindak cekap.

Sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan sehinggakan Kuliah Jumaat (Kuliah Mingguan di Pejabat) di bangunan Pas Jalan Dato' Pati dikhususnya mengenainya, berapa pokok sebenarnya pokok yang ditanam untuk tolong tasbihkan kepada Kerajaan Membangun Bersama Islam?.

Encik Noor kata, sepatutnya setiap sepokok balak yang ditebang kena diganti dengan penanaman satu pokok baru oleh para pembalak tidak kira ianya taukeh syarikat pembalakan atau pekerja balak. Juga berapa ladang buah-buahan, herba dan juga ladang ternakan haiwan dan ikan yang telah diusahakan oleh Kerajaan Membangun Bersama Islam untuk diteladani oleh rakyat jelata supaya apa yang dicakap tidak hanya berbentuk retorik semata-mata?

3 comments:

mohd sayuti omar said...

Catatan yang memberi iktibar dan ada roh Islam yang tulen. Satu aplikasi dakwah yang cukup baik yang demo buat Li. Syabas dan tahniah semoga terus melahirkan catatan dan tulisan seperti ini.
Salam, MSO Kl.

Jusoh Klewang said...

Artikel lagu nii la wehh baru orang kuwat pas sedap baca. Kalu demo kritik dan godam memey puwok dia panas ppalaa atas dan bawah. Lagu mana pun kawe ada 2 pokok kenerak utk dijual. 1 pokok RM 20000.00.

pemudacakna said...

Kadang-kadang lebih baik berjasa kepada pokok daripada berjasa kepada manusia yang tidak tahu mengenang jasa!