Umno tidak sesat?
ORANG Umno tidak sesat?. Penyamaannya dan menserupakan Umno dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin hanya keceluparan mulut tak lekat unjat dari tokoh besar Pas? Mana nak letak muka berjumpa dengan orang Umno?
Kenapa kami diwayangkan?. Masa pilihanraya kecil Manek Urai, kalau saya tidak sempat mengelak, muka saya mungkin dah jadi muka 'pak bbunga Ali' kena penumbuk penyokong Umno bila saya mempertahankan apa yang Tok Guru kata bahawa Umno sama dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin.
Itu kata Setapo Mat Jusoh (yang mendakwa beliau penyokong tegar Pas dari Kuala Krai) yang call saya dengan nada marah kerana mendakwa sehari suntuk call tapi tak berjawab, disuruhnya saya tahok telefon ke dalam Sungai Kelantan.
Sebenarnya saya ke Pasir Mas kerana ada sedikit urusan, telefon tertinggal di rumah. Beberapa minit sebelum azan Maghrib saya baru sampai ke rumah dan semasa menyambut terkaman dua cucu sebaya (satu lelaki dan satu lagi perempuan, minta didukung) di muka pintu, telefon berdering.
"Macam mana pula Tok Guru boleh sedia menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik kerajaan negeri di bawah PAS dengan kerajaan pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam?" solanya. Dengar pada suara dan nada cakapnya, Setopa ni jenis bengkeng orangnya.
Yang pelik lagi ajaibnya, tokok Setapo, bila Tok Guru kata sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah pun menganggap kerajaan pusat sebagai musuh, tetapi hanya sebagai lawan dalam mempertahankan perjuangan dan ideologi politik masing-masing.
Tok Guru menyambut baik usaha kerajaan pusat yang akan mengadakan usahasama untuk menganjurkan Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur tidak lama lagi. Boleh ke orang Islam tulen (Pas) bekerjasama dengan orang (Umno) yang kononnya tolak Islam?.
Tok Guru juga kata perselisihan pendapat yang timbul di kalangan pemimpin politik terutama antara Umno dan PAS sewaktu kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai baru-baru ini perlu dilupakan. Kedua-dua pihak kena kembali semula kepada semangat persaudaraan sesama Islam.
"Susahlah macam ni Encik Meli, Umno yang disamakan dengan komunis dan sama dengan ajaran sesat Ayah Pin, sekarang Umno yang sama diminta bersama Pas kembali kepada semangat Islam. Dah Umno dikatakan tolak Islam, macam mana pula disuruh kembali kepada semangat perpaduan sesama Islam yang merujuk kepada kerjasama Umno-Pas?"
"Tok Guru ni peliklah, Encik Meli, cakapnya tidak boleh pegang buku. Sekali ajak ahli dan penyokong Pas tolak Umno, sekarang disuruh kembali kepada semangat perpaduan Islam. Tindak tanduk Tok Guru mengelirukan, meragukan"
"Lepas jumpa Datuk Mustapa Mohamed dan kerana kerajaan pusat sudi menganjurkan program bersama ke arah menarik pelancong ke negeri Kelantan, penilaian Tok Guru terhadap Umno dan kerajaan pusat begitu cepat berubah. Saya yakin parti-parti dalam Pakatan Rakyat boleh terkeduh hati kerananya"
Selepas Setopa (yang asalnya bunyi bengis tetapi semakin lembut bila saya sahut cakap-cakpanya dengan ketawa kecil) habis bercakap, saya mengambil kesempatan memberi pandangan saya pula.
Itulah cara saya, membiarkan orang yang sedang marah luahkan dulu segala kemarahan, barulah saya akan mula bercakap. Saya kata kepadanya Tok Guru Nik Aziz hanya manusia biasa, dia bukan cerdik, pintar dan alim dalam semua perkara, beliau tidak perfect.
Kerana itu beliau perlu sentiasa ditegur dan diperingatkan supaya beliau tidak terus dalam kesilapan, dalam keadaan merasa dia betul sedangkan dia sebenarnya dalam keadaan tidak betul. Beliau tidak akan bebas dari godaan syaitan dan iblis laknatullah.
Lagi pun dia orang politik. Kalau tidak berani berbohong, bermuslihat, bertaktik dan tidak sanggup melanyak lawan dan menjulang diri sendiri serta puak sendiri, awal-awal lagi seseorang itu tidak akan jadi orang politik.
Saya perhatikan Tok Guru acap kali berbohong, bermuslihat dan bertaktik dalam berpolitik. Beliau juga sering silap perhitungan sama ada sebagai pemimpin pasrti atau atas nama Menteri Besar. Ramai yang sedar tentang itu, termasuk di kalangan orang Pas sendiri tetapi tidak ada yang berani membuat teguran atau memberi peringatan.
Saya yakin kalau ramai yang memberanikan diri membuat teguran dan memperingatkan beliau, pasti beliau tidak akan kata Umno sama dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin, beliau tidak akan suruh wanita yang tidak tutup aurat dirogol 'biar padan dengan muka toksir tutup aurat sangat'.
Kalau betul nasihat orang di sekelilingnya, beliau tidak akan menolak gagasan kerajaan perpaduan dan tidak akan menyeranah Timbalan Presiden Pas dengan menyamakan Ustaz Nasaruddin Mat Isa sebagai pembawa sampah sarap dalam Pas, malah disuruh letak jawatan dalam parti dan sebagai Ahli Parlimen Bachok kerana menyokong gagasan Presiden Pas.
Pada saya apabila Tok Guru Nik Aziz mahu orang Umno-Pas kembali kepada semangat Islam, apa yang dimahukannya itu menyamai ciri-ciri yang terkandung dalam gagasan kerajaan perpaduan, yakni kembali kepada semangat ukhuwah Islamiah.
Rugi besar kepada orang Melayu dan umat Islam kerana gagasan kerajaan perpaduan tidak direalisasikan. Lambat atau bangat saya yakin Tok Guru akan kesali kerana beliau yang tidak cukup faham dengan apa yang digagaskan oleh presiden, maka gagasan itu tidak direalisasikan.
Dengan kata lain, dalam melanyak lawan dan menjulang diri sendiri dan puak sendiri dalam berpolitik, kena dipastikan bahasa dan perbandingan serta penyamaan dan perumpamaan yang digunaan tidak sampai kepada peringkat melampaui batas hukum hakam dan menyinggung perasaan sekalian makhluk di langit dan di bumi.
Semolek-moleknya jangan berpolitiking dalam semua perkara dan pada sepanjang masa. Berbalahlah semasa pilihanraya, bila selesai lupakan perbalahan dan kecam mengecam, jadilah macam carik-carik bulu ayam atau air yang dicincang yang akan kembali bertaut.
Mana mungkin segala apa-apa keperluan untuk Kelantan dari pusat akan dilaksanakan atau dipercepatkan pelaksanaannya kalau Kelantan asyik cincang dan kecam pusat, seolah-olah mahu menafikan apa sumbangan pusat kepada kerajaan negeri kerana kalau ibarat susunan keluarga, kerajaan pusat adalah bapa manakala kerajaan negeri adalah anak.
Bapa boleh marahkan anak tetapi anak mana halal kalau marah dan memperhodohkan bapa. Untuk menjadi anak yang disayangi bapa, anak mesti kena pandai ambil hati bapa, bukan buat balah, bukan tunjuk samseng dan gedebe.
Kalau berlaga angin, bapa boleh serahkan tanah berelung-relung pada anak tetapi kalau anak asyik sakitkan hati bapa, ulu gobek patah, parang puting dan kopiah berpetit lalat birat tepi pun tidak akan diberikan sama sekali walaupun ditagis dengan iringan linangan air mata darah.
Justeru kalau Kelantan yang umpama anak tiri kepada pusat (kerana partinya tidak sama) mahu kerajaan pusat sentiasa bermurah hati kepadanya, pimpinan kerajaan dan pimpinan Pas Kelantan kena pastikan tidak ada wabak busuk mulut dan busuk perut dalam Kerajaan Membangun Bersama Islam.
Semuga apa yang dimulakan oleh Mustapa-Tok Guru Nik Aziz akan diteladani oleh orang Pas dan Umno semua peringkat atas semangat Melayu dan Islam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Saturday, July 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Sdr MKJ,
Apa nak dihairankan, atau nak dibelitkan isu nik aziz bersama mustafa mohamad dlm majlis feista kelantan tu.. ?
Apa salahnya nik aziz bekerjasama dengan UMNO ke, Singapura ke, Thailand ke, Cina ke, India ke England ke, ... untuk program ekonomi , muaamalat jika tak bercanggah dengan syarak?... seperti Festa barangan kelantan ini..
Ucapan Tok guru Nik semasa pilihanraya adalah betul & jelas, yang tak bolehnya bila menyokong politik parti/golongan yang dok permain-mainkan/ menolak Islam/ menyesatkan/ menindas/ menipu/ konspirasi umat Islam ...........
Jika ada parti yang mendokong Islam maka pilihlah parti yang mendokong Islam berbanding parti sekular perkauman .... tambah2 yang memesongkan fahaman Islam orang melayu dari yang sebenarnya.
Jika tiada parti yang mendokong Islam, dua2 pilihan itu sekular, maka pilih parti sekular yang lebih cenderung kepada kebenaran dan keadilan sejagat atau yang kurang bercanggahnya dengan prinsip Islam.
Sdr MKJ ...... boleh kita sama2 mentelaahkan maksud ayat berikut ...
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pemusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (alMaidah-2)
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan."(S. Hud : 113)
Apa salahnya nik aziz bekerjasama dengan UMNO ke, Singapura ke, Thailand ke, Cina ke, India ke England ke, ... untuk program ekonomi , muaamalat jika tak bercanggah dengan syarak?... seperti Festa barangan kelantan ini..
MEMANG TAK SALAH. DENGAN SYAITAN PUN BOLEH, KAN. BIASALAH LA MELI, BILA TAK GURU KATA BETUL BELAKA.
MAKHLUK DI LANGIT DAN DI BUMI (PINJME KATA MELI) BELUM LUPA NIK AZIZ KATA UMNO SERUPA DENGAN KOMUNIS DAN AJARAN SESAT AYAH PIN, DAH LAIN PULA NADANYA. KERANA ITU JANGAN DOK CELUPAR DAN LEMBEK MULUT TAK TENTU KALU, PADAHNYA AKAN JADI MACAM LUDAH KE LANGIT, BERBERAI ATAS MUKA SENDIRI. ORANG PAS MUNGKIN MUDAH LUPA, ORANG UMNO PUN BARANGKALI BOLEH BUAT DONT KNOW, TAPI ORANG ATAS PAGAR AKAN BUAT KAJIAN DAN PENELITIAN.
tolong faham baik2..tok guru hendak berkerjasama dengan kerajaan pusat,bukan dengan umno..
biasa laa...antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat perlu ada kerjasama...kerajaan pusat tu termasuk laa..umno,mic,gerakan, ppp dan lain2 lagi....bukan hanya dengan umno sahaja
Ada belit...ada pusing juga kalu.mic,gerakan, ppp dan lain2 lagi tu ada terima Islam ke...Umno saja tolak Islam...sama dengan komunis, dengan ajaran seat ayah pin. Ayoyo banyak pening kalu. Dah ludah ke langit kalu...atas sendiri punya muka juga jatuh. Nik Aziz itu pernah mengaji India...tapi dia punya belit India tulen ada kalah kalu....
CAKAP TUKAR-TUKAR IKUT KEADAAN TU SAMA DENGAN POK'KO....,ADA UNTUNG BOLEH KERJASAMA..... ADA RUGI BOLEH DIHINA DAN DI CACI...... TOK GURU KAH MACAM TU?
HIPOKRIT....
ADA UNTUNG DENGAN SYAITAN PUN BOLEH KERJASAMA.
ADA LAWAN DI LABEL KOMUNIS...AYAH PIN ...APA2 GELARAN YANG TERUK DILAFAZKAN....
Bermaruahkah.... kalau mengata orang lebih-lebih dan kemudian terhegeh-hegeh nak berbaik?
Bagi saya lebih bermaruah menerima dengan baik orang yang terhegeh-hegeh nak berbaik dengan kita walaupun mungkin tidak ikhlas! Kalau ikhlas, kata mengata takkan berlaku selepas ini.
Kita tunggu dan lihat manusia yang ikut syarak ini!
Post a Comment