Kenapa tidak guna ISA perangi kongsi gelap?
BILA pelbagai pihak menggesa agar operasi besar-besaran dijalankan untuk menggempur dan melumpuhkan kegiatan kongsi gelap yang semakin berleluasa di negara ini khususnya di Lembah Klang, bermakna kegiatan itu benar-benar sudah cukup kritikal.
Memang wajar ianya diperangi habis-habisan kerana kebelakangan ini banyak kes menunjukkan kumpulan kongsi gelap yang lazimnya terbabit dalam pengendalian perniagaan dadah, perjudian, senjata api, pusat hiburan, pelacuran, ceti haram dan pelbagai kegiatan jenayah lagi sudah tidak takut, malah berani mencabar undang-undang.
Paling malang kerana ada di kalangan kumpulan kongsi gelap dilindungi 'orang politik', menjadikan mereka kebal dan tidak mudah diambil tindakan undang-undang kerana selain dari dinaungi kuasa politik, mereka juga menggunnakan kuasa wang untuk melancarkan kegiatan mereka.
Justeru itu pada pendapat saya, tindakan tegas tanpa kompromi perlu dilakukan bagi menghadang dan membanteras kegiatan kongsi gelap yang kerananya merebak dan berleluasanya segala bentuk kegiatan jenayah sama ada yang melanggar undang-undang sivil mahu pun syariah.
Tidak kira pelindungnya seorang exco, menteri atau mereka yang bergelar 'datuk', 'tan seri' atau sebagainaya, tindakan tegas kena diambil dan antara tindakan yang pastinya berkeasan, pada pendapat saya, antaranya adalah dengan ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam pada itu pihak polis perlu diberi kuasa khas untuk menembak mati anggota kongsi gelap melalui tagline 'satu peluru satu anggota kumpulan gengstar/kongsi gelap' dan pihak polis hendaklah dikebalkan dari dipersoalkan tentang cara, pendekatan, taktik dan teknik penghadangan dan pembanterasan, termasuk tindakan menembak mati.
Untuk menghadapi rasa hebat dan dan kekejaman yang tergamak dilakukan ahli kumpulan kongsi gelap tanpa belas kesian, pihak polis perlu mempunyai anggota atau unit penghadangan dan pembanterasan kegiatan kongsi gelap yang jauh lebih hebat dan mampu bertindak lebih kejam dalam menghadapi keganasan kegiatan kumpulan sasaran.
Saya yakin jika diberi kuasa khas dan kebal dari tindakan mereka dipertikaikan sebagai kejam dan diluar kewajaran, tanpa boleh didakwa atau dibantah melalui demonstrasi dan perhimpunan haram, pihak polis sebenarnya mampu membanteras kegiatan kongsi gelap.
Ini berdasarkan kepada kejayaan pihak polis membongkar dan menghapuskan 15 kumpulan gengster yang bergiat aktif di Sarawak termasuk dua yang mempunyai rangkaian dengan penjenayah antarabangsa dikenali sebagai Kumpulan Wah Kee dan Ang Beng Hui pada tahun 2007.
Kegiatan kongsi gelap tidak boleh dikompromi atau mahu diadili mengikut lunas undang-undang kerana mereka yang terlibat dalam kegiatan berkenaan adalah pengancam keselamatan masyarakat dan negara yang tidak menghormati undang-undang.
Jika tindakan tegas dan keras tidak diambil bagi membanteras kegiatan kongsi gelap dengan tagline 'negara sifar kongsi gelap' ia akan memberi kesan buruk, terutama kepada generasi muda yang mana di sekolah-sekolah pun sudah mula menampakkan adanya bibit gengsterisme.
Pun begitu, walau sehebat mana sekali pun pihak polis, mereka tetap akan menghadapi kesukaran untuk menghapuskan kergiatan kongsi gelap seandainya tanpa penglibatan orang ramai kerana jumlah keanggotaan, terutama bilangan yang terlibat secara khusus untuk menghadang dan memanteras kegiatan kongsi gelap hanya kecil.
Sehubungan dengan itu kena diwujudkan budaya antijenayah dalam masyarakat. Sebagai langkah permulaan, ahli masyarakat boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti polis untuk memerangi jenayah, malah imbuhan patut disediakan. Jika ada imbuhan, ahli kongsi gelap sendiri pun akan bantu polis.
Sebenarnya bukan semua ahli kongsi gelap suka jadi kongsi gelap, ada di antaranya yang terjebak tanpa dirancang tetapi setelah terjebak sukar untuk lepaskan diri sebagaimana mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Untuk banteras kongsi gelap, umpamnya kena guna ahli kumpulan kongsi gelap sendiri dan ISA adalah senjata paling ampuh bagi tujuan pembendungan dan pembanterasan kerana idak ada proses hukuman yang lebih cepat mampu dijatuhkan slain dari ISA.
Sunday, July 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Ni bahaya ni adik li, bila negara aman, maka polis tadak kija, jel akan katup, polis kija bedil tupai atau pun cuci longkang.
Seandaikan ISA tiada lagi, bagaimana nak menghapuskan kumpulan kongsi gelap ini? Patutkah kita membiarkan kumpulan ini bebas bermaharajalela?
"Ini berdasarkan kepada kejayaan pihak polis membongkar dan menghapuskan 15 kumpulan gengster yang bergiat aktif di Sarawak termasuk dua yang mempunyai rangkaian dengan penjenayah antarabangsa dikenali sebagai Kumpulan Wah Kee dan Ang Beng Hui pada tahun 2007"
Kenapakah kejayaan seperti itu tidak dapat di laku kan di negeri-negeri lain terutama sekali di Kuala Lumpur yang kegiatan mereka berleluasa sekali? Kita tidak mahu kumpulan2 ini bermaharajalela sehingga dapat menyelinap kedalam badan berkuasa dan parti-parti politik. Bahaya besar jika tidak dibendung sebelum terlambat.
http://www.tranungkite.net/v9/modules.php?name=News&file=article&sid=1520
asal aku naik nyampah baca blog dia ni
Post a Comment