Fenomena 'buncit tengah' merebak di Kelantan?
DUA hari lepas saya ke Sekolah Kebangsaan Chekok (Pasir Mas) kerana temankan Deraman Botak (pembekal alat tulis dan peralatan pejabat) hantar barangan yang dipesan oleh sekolah berkenaan sebelum kami ke lokasi memancing ikan bbuluh.
Secara kebetulan saya bertemu teman lama (Nik Man) yang bertugas di unit pentadbiran sekolah berkenaan. Beliau adalah seorang aktivitis masyarakat yang aktif. Sudah lama kami tidak jumpa dan banyak perkara yang kami bualkan.
Dalam banyak-banyak cakap tentang pelbagai hal, secara tidak sengaja beliau menyebut tentang beliau kena bantu seorang budak sekolah yang 'buncit tengah' (mengandung) yang kononnya satu fenomena yang sedang melanda Kelantan sekarang.
Saya ingatkan beliau main-main dengan menganggap budak sekolah dan remaja mengandung anak luar nikah sebagai suatu fenomena di Kelantan sekarang. Maklumlah di Kelantan ibubapa pada umumnya lebai-lebai belaka.
Bagi saya kes yang beliau bantu itu barangkali hanya merupakan kes terpencil, yang mungkin boleh berlaku hanya sekitar satu atau dua kes sahaja untuk tempoh 10 atau 20 tahun sekali
Tetapi bila membaca laporan akhbar yang melaporkan Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhah Sakinah Kelantan menerima lebih 150 panggilan sebulan daripada ibubapa di Kelantan yang ingin menempatkan anak-anak gadis mereka di pusat berkenaan yang sebahagian besarnya hamil luar nikah, membuatkan saya tersentak dan tergamam.
Laporan itu tidak boleh diragukan kerana ianya bukan pakai sumber atau jurucakap untuk dicurigakan akan kesahihan faktanya kerana laporan dibuat berdasarkan kepada kenyataan pengerusi pusat berkenaan, Dr Zaharah Sulaiman, kecuali jika orang yang menjadi sumber laporan itu memberi fakta yang tidak tepat.
Menurut Dr Zaharah, secara purata lebih lima panggilan sehari diterima bagi tujuan penempatan di pusat berkenaan kerana kes salah laku moral, termasuk liar, sukar dikawal dan kerana kehamilan.
Ibubapa yang membuat panggilan meminta anak-anak mereka ditempatkan di pusat berkenaan bagi menjalani program pemulihan termasuk dalam tempoh hamil hingga melahirkan anak.
Di samping itu terdapat remaja sendiri yang memohon untuk ditempatkan di pusat berkenaan untuk mengelak daripada menanggung malu jika kehamilan mereka diketahui jiran tetangga atau rakan, sekaligus langkah itu boleh menyelamatkan dari kemungkinan berlaku kes membuang bayi.
Soalnya kenapa hal seperti itu berlaku di Kelantan yang kerajaan dan rakyatnya bangga dengan timan-timangan negeri Serambi Mekkah?. Apakah kerana bagi menepati kata orang bahawa semakin kita berusaha untuk jadi baik, alim dan warak, semakin hebat syaitan dan iblis membuat godaan supaya memilih jalan jahat.
Atau apakah kerana kecuaian kita sebagai ibubapa dalam mengawasi anak-anak kerana masa terlalu banyak dihabiskan untuk ikuti ceramah-ceramah politik menyebabkan kita tidak ada 'celah' (masa) langsung untuk pedulikan dan perhatikan tingkah laku serta tindak tanduk anak-anak?.
Rasanya dalam keghairahan kita berjemaah dengan bertukar-tukar masjid untuk memburu pahala yang lebih banyak kerana tidak tinggal sembahyang berjemaah, perlu juga sekali sekala kita imamkan anak bini (terutama anak anak-anak perempuan) berjemaah di rumah.
Dengan cara itu kita ada masa, ruang dan peluang untuk bertanya khabar tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak dan boleh pula diambil peluang untuk menasihatkan anak-anak jika nampak keadaannya'lain macam'.
Paling menyedihkan, saya diberitahu antara budak-budak sekolah yang 'buncit tengah' itu adalah pelajar sekolah agama dan yang menjadi regu zinanya terdiri dari kalangan lelaki yang bukan sahaja sudah dewasa dan banyak tahu tentang agama, tetapi sudah beristeri dan beranak pinak.
Apakah kerana berlambak-lambaknya kopi kuat tenaga batin di pasaran, menjadikan lelaki yang sudah beranak isteri boleh menzinai anak-anak gadis yang mungkin sebahaya atau lebih muda dari anak-anak sendiri yang sepatutnya dinasihati supaya dijaga moral dan akhlak. Yang dibuntingi oleh ayah, datuk dan abang sendiri pun ada.
Ada rakan saya kata keadaan itu berlaku mungkin kesan kepada kerana ada tokoh besar dan berpengaruh yang cakap-cakapnya diyakini ramai menyuruh wanita yang berpakaian tidak tutup aurat dirogol 'biar padan muka toksir tutup aurat sangat'.
Kalau benarlah itu kesannya, maka fenomena 'buncit tengah' yang melanda Kelantan sekarang patut dijadikan pengajaran supaya pada masa-masa akan datang, walau dengan apa niat dan tujuan sekali pun, dorongan supaya dilakukan apa yang tidak patut dilakukan jangan cuba dibuat seloroh supaya ia tidak menjadi SELORO BEWOK.
Ini adalah kerana bukan semua orang mengaji lughah untuk mudah faham dengan apa yang dimaksudkan terhadap apa yang dicakapkan yang kononnya bunyinya mungkin busuk tetapi tujuan dan maksud yang tersiratnya lebih wangi dari kasturi.
Imej Kelantan sebagai Negeri Serambi Mekah Tadahan Wahyu kena dipelihara dan jangan dipunahkan oleh kalangan yang tidak mengaji lughah gara-gara gurauan, kiasan dan seloro bewok oleh tokoh yang mengaji lughah!
Sunday, July 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Ini bukan berlaku di Kelantan sahaja, di mana mana pun perkara ini berlaku. Ia tidak ada kena mengena dengan ibu bapa yang pergi mendengar ceramah. Kalau di negeri yang ibu bapa kurang pergi ceramah pun perkara ini berlaku.
Pernah dengar pemimpin wanita dari sebuah parti di katakan punya hubungan asmara dengan salah seorang pemimpin dari parti yang sama hinggakan suami wanita itu membawa kes ke mahkamah?
Kapak bukan sebarang kapak,
Kapak ini kapak haprak,
Ia hanya makan sebelah.
Luar Kelantan tak masuk book muga diperintah oleh kerajaan yang partinya kononnya tolak Islam. Kalau dah tolak Islam gat, maknanya ahli neraka belaka dah la, hak kata tolak Islam tu orang Pas. Yang menjadi kisah kerana ianya berlaku di Kelantan, di negeri yang berslogankan Membangun Bersama Islam, seoatutnya tak berlaku. Kalau dah berlaku kena cari puncanya, jangan dok biar. Acu try cuba gi tengok restoran pelik jalan Zainal Abidin tu getek. Bila orang tolong royat patut diambil positif, bukan ambil yang neatif.
Kuat bedo'oh duk tutuh orang tak pakai tudung la...tujuannya nak jahilkan orang, puak kita jah lebainya Padahnya anak gadis Kelantan banyak 'buncit tengah'. Mengata dulang paku srpih, nak jahilkan orang...kita pula yang lebih.....
Saya amat terharu bila membaca artikel ini. Sekiranya kita orang Islam, fenomena ini tidak seharusnya dipandang ringan. Apa akan jadi pada anak gadis Islam seperti ini. Kerana turutkan nafsu yang dihasuti syaitan manusia sanggup buat apa saja walaupun ia satu dosa yang amat besar.
Salah siapa sebenarnya bila berlaku perkara seperti ini? Sebelum menyalahkan orang lain, baiklah kita menyalahkan diri sendiri kerana selagi kita tidak mengaku kesalahan kita maka perkara seperti ini akan terus berlaku.
Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin oleh Tok Guru harus memikirkan mengapa berlakunya sedemikian? Jangan kita menjadi seperti Pak Pandir yang mengendong anaknya yang mati tidak sedar anaknya tercicir dan kemudian berjumpanya lalu berkata "bukan anakku saja yang mati, anak orang lain mati juga".
Perkara ini bukan main-main. Jangan biarkan maksiat bermaharaja lela dalam negeri yang diuar-uarkan serambi mekah ini.
Menteri besar Kelantan pernah bagi perbandingan tentang apa yg berlaku di Kelantan sebagai tanah padi yg subur, comel, berkat, tapi terlampau banyk tikus2 dari luar hok bowo penyakit hingga merebak penyakit dan hampir menghancurkan tanah subur berkat tersebut.
SOALAN saya: tanah tu tak bertuan ker, hingga boleh tikus2 bowo penyakit, ko tuan dia sibuk dengan hal perihal tanah org lain hingga tanah sendiri keno wabak.
Soalan kedua: Tak rasa malukah para pemimpin PAS yang selalu mengata UMNO penyebar maksiat dan jenayah, bila melihat hal perihal negatif ini berleluasa di negeri sendiri? Apa tindakan mereka?
Itulah kifarah tuhan ni tak mengenal siapa.
hello bro semua..mikir biar paka palo otok bukan palo lutut.kalu g kelate hok pesen rambut meroh baju ketat tulong cek mok bapok dio sapo, ambo jamin 99.9% UUUUMNOO! puok-puok ni soh ko dengar kuliah agamo (nyo kato ceramoh politik!) smayae pun belum tentu cukup..kalu ore bui nasihat kato nok ngepen..hok lagu ni tok guru kato tikus-tikus (makhluk perosak kelate) sedarlah umno tra kecing dalae purung pah tilik muko sediri betul dok hok ambo kato!
Tak kirolah budah betino tu hak 'buncit tengah' tu anak orang Pas ke Umno. Pokoknya kena bendung. Jangan nak tegak benang basah kata anak orang Pas takdok hak bekok perut kes belajar main surung tarik ni. Ketua pemuda Pas dan Ketua Dewan muslimat Pas satu bahagian di Kelantan pernah kena tangkap khalwat di Cherating.Mugo-mugo lagu ni tak kita parti, weh, Tak berapa lekat taha nafsu serakah, alamat belengas jadinya.
yo la,..memang keno bendung tapi mace hok ambo royak la...kalu ore bui nasihat tok se denga...tok guru buke buleh pakso sapo2 anok sapo2..pas kelate dok pesan sokmo (buat bule smaye..bule taddarus..bule jagokebersihae..pesae jago anok2) tp doh suko tgk ko tv lebih pada nok ngaji..hok tu yg jadi masalah tu. ore umno tolok tepi doh bab2 agamo ni janji duit masyuk..anok tunggae langgae tak po asal peruk kenye....
Kesah buncit tengah ni tak kena mengena dengan parti, ia berkaitan dengan ugama Islam. Jadi, semua parti yang ahlinya orang Islam patut mengambil perhatian tentang hal ini.
Parti yang memerentah dan berkuasa mesti melakukan tanggung jawab masing masing2. Mereka yang memerentah di kerajaan pusat harus perihatin dengan apa yang di sajikan olih TV. Ini kerana TV amat besar pengaruhnya. Kerajaan negeri juga harus berbuat sesuatu. Penulis pula,tak kira surat khabar atau blog juga harus menulis sesuatu yang membena, jangan cuma cari kesalahan tetapi tidak dapat menunjukkan jalan keluar.
Post a Comment