Monday, July 27, 2009

MUNCUL KEMBALI (293)

Masa beretorik sudah berlalu

SAYA amat bersetuju dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa matlamat dalam Indeks Petunjuk Utama (KPI) hanya akan dicapai lebih awal dan pelaksanaannya pula lebih berkesan jika keseluruhan rakyat Malaysia menerima serta menganggapnya sebahagian daripada kepunyaan mereka.

Tanggungjawab mencapai kesemua saranan dan sasaran yang ditetapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap KPI menjelang 2012 tidak boleh sepenuhnya diletakkan di bahu kerajaan sebaliknya memerlukan kerjasama dan komitmen rakyat tanpa mengira kelas, bangsa, anutan agama dan anutan fahaman politik.

Dalam isu keselamatan awam, kerja-kerja pembendungan dan pembanterasan akan menjadi lebih mudah dan berkesan jika masyarakat setempat ikut sama terbabit kerana mereka lebih tahu dengan lebih tetap akan berlaku di kawasan mereka. Jumlah anggota polis yang patut ditempatkan mereka lebih tahu.

Saya juga bersetuju dengan Muhyiddin, bahawa pengenalan KPI dalam semua peringkat akan membawa Malaysia ke satu tahap kemajuan lebih tinggi apabila pencapaiannya diukur dan dipantau sepanjang masa walaupun ada pihak yang cuba menggugat dan membuat halangan suoaya ia gagal.

Adalah diyakini keenam-enam menteri kanan dilantik menerajui enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi mencapai matlamat indeks Petunjuk Prestasi Utama (KPI) secara lebih berkesan lagi bukan sahaja tidak akan mengecewakan Perdana Menteri juga juga seluruh rakyat jelata.

Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran diberi tanggungjawab bagi NKRA meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diberi tanggungjawab bagi NKRA mengurangi kadar jenayah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz diberi tangunggjawab bagi NKRA memerangi rasuah adalah merupakan tokoh-tokoh yang ada kemampuan berskala tinggi.

Demikian juga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang diberi tanggungjaeab bagi NKRA meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula, Datuk SeriShafie Apdal bagi NKRA memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan Datuk Seri Ong Tee Keat bagi NKRA menambah baik pengangkutan awam adalah merupakan tokoh-tokoh yang mampu menjayakan harapan kerajaan dan rakyat.

Kesemua Menteri dan timbalan menteri juga yang belum belum diberi tanggungjawab menerajui NKRA juga pasti ada kemampuan dalam memikul tugas dan tanggungjawab masing-amsing demi kepentingan negara kerana prestasi, reputasi, kredibiliti dan masa depan mereka yang bergantung kepada undi rakyat yang sentiasa dinilai dan diperhatikan oleh rakyat selaku pemberi mandat.

Masa untuk beretorik sudah berlalu. Sehubungan dengan itu keajaan dan segala jenteranya patut dibantu dalam bentuk sokongan moral, setidak-tidaknnya dalam bentuk doa supaya penggubal dan pelaksana segala dasar kerajaan akan kekal tabah, bersemangat dan dipermudahkan cara bagi menyempurnakan tugas masing-masing demi kepentingan rakyat dan negara, juga demi kejayaan 1Malaysia.

1 comment:

Anonymous said...

Masih beretorik sebenarnya Meli ini. Apa sangat yang tuan tahu pasal kerja-kerja kerajaan UBN ini?
Melainkan retorik sepenuhnya demi mengekalkan kuasa. Saya faham perasaan tuan yang marah sangat dengan Pas bermula dengan Pas Kelantan. Umpama 'ditelah mati mak, diluah mati bapa'. Nak sokong berasa kecil hati, tak nak sokong sebab sayang.