Thursday, July 30, 2009

MUNCUL KEMBALI (298) - DIKEMASKNI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

1 Ogos akan catatkan kegagalan

MAHU tidak mahu, berat atau ringan, sakit atau sedap, pahit atau manis kena diperakukan bahawa 1 Ogos akan merekodkan catatan kegagalan dalam sejarah negara. (Baca dulu sampai akhir catatan saya ini sebelum cebik bibir, kerutkan dahi atau geleng kepala).

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dengan sokongan padu barisan pembangkang dan NGO's berhaluan kiri menjanjikan tidak kurang dari sejuta orang (ada laporan blog mencatatkan 50,000 orang) akan menyertai perarakan dan perhimpunan itu.

Hebat dan kuat bunyinya. Kalau Perdana Menteri, anggota kabinet dan anggota polis jenis darah gemuruh, masing-masing boleh terberak dan terkencing dalam seluar dibuatnya.

Mungkin keyakinan itu didigantung kepada usaha yang dilakukan oleh pengendali blog yang juga berhaluan kiri dan akhbar alterantif pro pembangkang yang membuat hebahan, seruan dan provokasi supaya perarakan dan perhimpunan hapus ISA diteruskan dan orang ramai pakat-pakat menyertainya walau pun polis kata JANGAN.

Kata JANGAN itu pun dah menyeronokkan mereka kerana dianggap kemenangan moral buat mereka, sekali gus boleh diwarwarkan ke setiap pelosok dunia betapa mereka ditakuti dan digeruni.

Sejuta ke atas jumlah manusia akan menyertai perarakan dan perhimpunan itu adalah satu jumlah yang besar, kalau dikira biji matanya akan berjumlah dua juta, bilangan dua juta biji mata hanya tidak akan genap kalau yang sertainya ada yang keceng sebelah mata atau buta kedua-dua belah mata. Jumlah 50,000 juga sdah bila dikira ramai, biji matanya dah berjumlah 10,0000.

Barangkali kepada penganjur perarakan dan perhimpunan oleh sejuta orang itu adalah satu jumlah yang pastinya dianggap sukar untuk polis bertindak, apatah lagi jika mahu memenjarakan mereka yang menyertainya, jadi apa yang perlu ditakutkan.

Jadim marilah ramai-ramai sertainya, polis tidak boleh buat apa-apa, kalau pakat-pakat kentut serentak pun ketua polis negara yang diharap oleh pembangkang pekhidmatannya tidak disambung, boleh pengsan 40 hari 40 malam oleh terkejut akan kuat bunyinya.

Kononnya pemimpin utama PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Musyidul Am Pas, dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat akan ikut sama mencukupkan jumlah lebih sejuta di samping para pemimpin utama part-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

Kalau ikutkan besarnya pengaruh mereka berdua, bukan sejuta tetapi mungkin lebih 20 juta rakyat negara ini akan ikut serta. Anak isteri, anggota keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga bekas tahanan ISA dan mereka yang anti ISA kononnya akan ikut serta.

Bagaimanapun saya tidak yakin semua anak isteri, anggota keluarga, sahabat handai dan jiran tetangga bekas tahanan ISA akan sertai GMI untuk berarak dan berhimpoun sebagaimana yang didakwa.

Ini terbukti apabila bekas tahanan ISA sebanyak dua kali, Datuk Ibrahim Ali akan memimpin dan mengepalai kumpulan yang mahukan ISA dikekalkan tetapi berserta dengan pindaan akan ikut berarak ke destinasi yang sama jika GMI terus berarak walaupun polis melarang atas sebab-sebab keselamatan.

GMI tidak mohon permit, saya yakin kumpulan yang dipimpin oleh Ibrahim yang kalau tak silap saya MAGARAN namanya pasti tidak pohon permit juga. Baru belaga dan an padan 'gu' kata orang Kelantan, bertemu buku dengan ruas, bertemu ulu dengan gobek dan kata sahabat saya Mat pauh, baso ayoh pandai pilih dan faham jiwa, pilih bini ko anak jantan sedang molek saiz, sendat molek macam ukur-ukur.

Kalau GMI berjaya dengan missinya, maka dengan sendirinya polis, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Kerajaan dan Yang Dipertuan Agong gagal kerana yang paling berkauasa terhadap ISA adalah Yang Dipertuan Gong, lepas itu baru Menteri Keselamatan Dalam Negeri manakala polis selaku pihak pelaksana. Menentang dan menentang ISA bermakna menentang dan melawan Yang Dipetuan Agong.

Supaya masing-masing tidak takutkan ISA sebagaimana orang takutkan hantu sedangkan hantu yang ditakuti itu tidak pernah pun dilihat macam mana rupanya, adalah lebih baik helaian demi helaian akta itu dibaca dengan tulus dan telus.

Akta yang mengandungi 85 seksyen, 4 bahagian, 12 bab dan 3 jadual dibaca dulu diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1960 dan disemak semula pada 1 Gos 1972. Ianya dipinda beberapa kali bermula dari tahun 1962 dan kali terakhir pada 24 Ogos 1989.

Kejayaan besar ISA ialah kegiatan bersenjata komunis berjaya disekat dan dibendung shingga komunis memberhentikan perjuangan bersenjata, negara tidak menjadi negara yang sering berlaku pertumpahan darah seperti mana negara-negara lain kerana pencegahan awal dibuat dengan penahanan mereka yang berpotensi mencetuskan kekacauan.

Jangan pula kerana dengar orang kata ISA kejam, maka kita pun ikut kata kejam. Apabila ditanya apa kejamnya ISA kita tidak tahu, malah bila ditanya kepada diri kita sendiri apa kejamnya ISA kepada kita, kita sendiri pun tidak tahu, tapi kita tentang ISA macam tentang syaitan dan iblis.

Saya tidak pelik kalau GMI tidak memohon permit untuk perarakan dan perhimpunan kerana selain dari kemungkinan permitnya tidak akan diluluskan oleh pihak polis, perarakkan dan perhimpunan yang dianjurkan juga bersifat menentang dan tidak menghormati undang-undang, polis dan Yang Dipertuan Agong sendiri.

Bagi saya jika GMI gagal kumpul sejuta orang lebih (atau kurang dari 50,000), maka ianya adalah suatu kegagalan dan kehebatan GMI itu sendiri lebih berbentuk retorik dan bersifat sang kuman mahu berak tahi gagah, serta ibarat besar bunyi dari tin.

Kegagalan GMI bermakna kejayaan MAGARAN, polis, kerajaan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Yang Dipertuan Agong. Kejayaan GMI pula bermakna kegagalan MAGARAN, polis, kerajaan, Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan Yang Dipertuan Agong. Dalam soal ini siapa yang mahu dilihat dan dicatat dalam sejarah negara sebagai pihak yang gagal?

Polis ada kuasa untuk menahan mereka yang berarak dan berhimpun kerana itu tugas polis. Lagi pun ISA masih belum dimansuh, malah belum dipinda pun. Ianya hanya boleh dimasuhkan atau dipinda melalui pembentangan di Parlimen.

Ertinya pimpinan GMI, pemimpin parti-parti politik dan NGO's serta mereka yang mendorong secara langsung atau tidak langsung kepada berlaku perarakan dan perhimpunan hapuskan ISA masih boleh ditahan dibawah ISA.

Kenapa tidak cuba diISAkan pimpinan utama GMI dan pimpinan serta tokoh-tokoh yang dianggap besar dan hebat parti-parti pembangkang di samping pimpinan NGO's, malah pengendali blog dan akhbar alternatif yang mendorong orang ramai terpengaruh dengan perarakan dan perhimpunan hapus ISA juga patut diISAkan, sekurang-kurangnya biar mereka ada pengalaman sebagai tahanan ISA dan bukan menggambarkan kekejaman ISA berdasarkan khayalan ekoran dari dengar cerita semata-mata.

Kerajaan tidak perlu takut akan hilang populariti atau hilang sokongan atau akan berlaku kebangkitan penentangan oleh golongan yang taksub bila pimpinan dan tokoh yang mereka taksubi diISAkan. Majoriti rakyat telah memberi mandat dan mandat itu boleh digunakan.

Kalau tidak cukup muat bilik atau ruang tahanan kerana terlalu ramai yang diangkap, jadikan gua-gua yang ada di negara ini, termasuk di pulau-pulau sebagai bilik kurungan atau digari saja pada setiap pokok dalam hutan rimba. Yang penting, ketenteraman awam dan keselamatan negara kena diutamakan.

Pokoknya kerajaan, polis, menteri keselamatan dalam negeri dan Yang Dipertuan Agong tidak boleh gagal dalam menangani puak-puak pengacau yang bukan secara zahirnya menentang kerajaan khususnya, tetapi hakikatnya mereka adalah penentang suara majoriti rakyat. Dalam menghadapi unsur-unsur keganasan, polis terutamanya kena lebih ganas barulah penguatkuasaan undang-undang akan berkesan.

Kalau dibiarkan tanpa tindakan tegas (sudah sampai masanya untuk kerajaan dan pihak yang menguatkuasakan undang-undang untuk tidak terlalu bertoleran) keadaan pasti akan bertambah buruk kerana sudah tidak ada akta yang boleh menghalang kekamarukkan dan kegilaan-seperahan mereka untuk jadi kerajaan kerana syok sendiri kononnya merekalah yang lebih baik dan lebih berkampuan dari kerajaan yang ada untuk menjadi kerajaan.

Dari segi lojiknya, kalau barisan pembangkang sudah begitu yakin mampu tumbangkan kerajaan yang ada, kenapa tidak tunggu datangnya pilihanraya umum ke-13, tumbangkan kerajaan yang ada dan bentuk kerajaan kemudian hapuskanlah ISA semasa mereka berkuasa, bukannya mencampuri urusan kerajaan ketika mereka menjadi pembangkang, sehinggakan perlantikkan Ketua Polis Negara pun dimahukan kerajaan ikut angin mereka.

Bagi saya kalau sudah jadi pembangkang (majoriti rakyat yang tentukan begitu dengan izin-Nya) kena sedar dirilah sebagai pembangkang jangan nak berlagak jadi kerajaan.

Kerana tidak sedar dirilah menyebabkan timbul pelbagai masalah, kerananya akan timbul rasa diri dan puak sendiri lebih hebat dan bagus tetapi kalau diberi mandat belum tentu betul-betul hebat. Contohnya negeri-negeri yang dah diperintah. Sejauh mana lebih baiknya dari negeri yang bukan mereka perintah. Jangan nak bolekan mata rakyat dengan retoriksme.

Malah barangkali kerana hebatnya kerajaan yang mereka tubuhkan nanti, perkhidmatan polis dan tentera pun perlu dibubarkan kerana untuk apa ada polis kalau sudah tidak ada perlakuan jenayah dan tidak akan ada ancaman kepada ketenteraman awam dan keselamatan negara kerana syaitan pun boleh jadi 'gu'.

Mungkin negara juga akan bersih dari unsur-unsur kemiskinan sebagaimana pada era pemerintahan Umar Ibnu Aziz yang mana rakyat nak bayar zakat pun payah kerana tidak ada yang layak diterima kerana semua rakyat rasa mereka kaya belaka dan tidak layak terima zakat, apatah lagi.

Soalnya mampukan negara ditadbir oleh pemimpin pembangkang sebagaimana yang dilakukan oleh Umar Ibnu Aziz yang mana sepanjang menjadi khalifah, beliau yang sebelum jadi khlalifah menjalani hidup mewah dan bergaya, bila jadi khalifah hanya ada sehelai jubah tetapi rakyat hidup mewah.

Kalau itu yang berlaku di negeri-negeri diperintah pembanngkang, saya yakin bukan setakat negara ini tetapi separuh dari dunia ini akan mahu berkerajaankan pihak pembangkang di Malaysia.

Tetapi kalau tujuannya adalah untuk memburukkan lagi keadaan setelah kerajaan yang ada terbukti telah berjaya mewajahkan negara dengan wajah yang dikagumi dunia, maka mana-mama individu, tidak kira pemimpin pembangkang, pemimpin NGO's, pemimpin akhbar alternatif berhaluan kiri mahu pun pengendali blog berhaluan kiri patut diISAkan.

Percayalah orang yang tidak pernah sakit gigi tidak akan bear-benar tahu kesakitan akibat sakit gigi walaupun ianya seorang doktor gigi. Demikian juga dengan orang yang tidak pernah ISA tidak akan tahu macam mana hukuman dibawah ISA dilaksakanakan.

Kerana itu dalam orang yang tak pernah ISA pun mahu ISA dihapuskan, ada tahanan ISA yang tidak mahu ISA dihapuskan. Tidak mustahil pihak yang tentang ISA akan menjadi sebaliknya jika diISAkan kerana kata orang kalau tak kenal masakan jatuh cinta.

Kalau tidak yakin kerajaan yang ada bolehkan ditumbangkan pada pilihanraya umum ke-13 nanti lalu punca-punca pencegahan berlaku ancaman kepada ketenteraman awam dan keselamatan negara mahu dihapuskan, maknanya ada sesuatu yang tidak bersih sedang berladun dalam dada, pemikiran, strategi, tetknik, teknik, rangka dan kerangka pihak yang gila seperah mahu kerajaan yang ada ditumbangkan dan ianya akan termasuk dalam bilangan pengkhianat!

7 comments:

Anonymous said...

Ampu, ampu, ampu sehingga mulut mu berbuih. Semoga soalan yang di tujukan kepada mu di akhirat juga terpaksa engakau jawab hingga mulutmu berbuih.

DIARI PKGMEN said...

YB Berahim dengan mu tu sepupu ke

DIARI PKGMEN said...

Sepupu mesti sama pendapat

Dromey Botok said...

Hello my friends ... apa marah sangat dengan ISA nya? mung tahu PAK DA ISA lama dah gone... @ mati. Kalu masa dia ada dulu memey lah, tu pun dia tak krenak ke orang, kija dia pelihara lembu 5 ekor. Kalu mung marah sangat, mung cari cucu dia lah, generasi ke 3 nama dia min, dia nih pandai terror masak gulai kawah. Kalu gemulah ISA dulu specialist buat trompah kayu, pakai kayu getah dan tiub basikal. Kalu aku tempah dia tak ambil pitih, free of charge. Bor lah marah ke dia nyo.. lama kan aku tapar drass

Anonymous said...

Di mana zalimnya ISA?

Atau kerana Hudud PAS yang dah tak laku lagi. ISA disasarkan?

Hudud PAS memerlukan 30 tahun lagi, baru nk buat, tu pun kalau PAS diperintah oleh ISlam tulen..

PAS kena buat Hudud dulu, baru kita blh sokong Hapus ISA.. Ada berani PAS? Atau masih takut kat kaffir DAP lagi?

Jeman Keto' said...

Anonymous said dan DIARI PKGMEN berapa kali kena ISA? worih warahmu berapa juta orang kena ISA?. Kalu mu kena atau worih maraohmu kena gat, maknanya mu baka jahat. Kalu aku jadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri, orang lagu mu aku kerat batang dan kasi batu pelir.
Belum tentu Meli kena jawab soalan di akhirat dalam keadaan serba hina, mu rasa mu ada senarai nama sebagai ahli syurga ko yang mu rasa orang lain masuk neraka. Aku gohyat wi...kalu mu semayan, poso, naik haji, bayar zakat. sedekah segala harta benda termasuk batang dan batu pelir mu boktan nak masuk syurga, ertinya mu bukan calon syurga. Mengaji biar banyak sikit, jangan dok jadi ahli dan sokong Pas gat boleh masuk syurga selalu.

Anonymous said...

Jeman, hang ni gila sek kah ? asyik asyik mencarut. Cuba beradab sedikit.