Thursday, August 13, 2009

CERPEN SEMPENA ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE-52

Cerpen ini turut dihantar ke sebuah akhbar arus perdana untuk pertimbangan siaran.

MUQABALAH
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
meli_industry@yahoo.co.uk.


KUNJUNGAN sehari sebelum perayaan hari kemerdekaan ke atas seorang pemimpin umur lama yang cukup marah bila dikatakan tua bagi tujuan persemukaan terhadap suatu isu yang mengelirukan pendukung dan penyokong parti agak tegang tetapi masih dalam rangka dan kerangka perdebatan secara sihat.

Ada peluh yang memercik di dahi pendebat dalam perdebatan lima lawan satu yang diadakan dalam bilik berhawa dingin yang mensalji dan pemimpin umur lama terpaksa pakai baju tiga lapis untuk menahan sejuk.

Pemimpin umur lama itu tersengih sinis kerana manggak.
Hidungnya kembang kempis.

Macam mana dia tak rasa manggak, gara-gara mahu mendapatkan persetujuannya, lima kepala, empat daripadanya kepala anak muda yang lahir selepas merdeka, terpaksa digunakan bagi memberi hujah dan mematahkan hujahnya.

Baginya kalau dia tidak hebat, kalau dia bukan intan terpilih pada abad ini, tak 'kanlah sampai lima orang datang untuk memberi hujah dan membalas hujahnya, empat daripadanya adalah berkelulusan Ph D dalam bidang sains politik.

Kerana itu dia akan mengeksploitasi dan menapulasi kehebatannya supaya dalam apa-apa maksud dan tujuan sebagai rangka dan kerangka jangka pendek dan juga jangka panjang parti yang didukung dan disokongnya, dia akan pastikan dia tidak akan dikesampingkan.

Sama ada soal kerajaan perpaduan mahu pun apa juga isu, dia akan pastikan buah fikiran dan pandangannya diambil kira, termasuk dalam soal yang berkaitan dengan perayaan hari kemerdekaan negara.
Malah dalam apa keadaan sekali pun dia akan pastikan dia akan dirujuk.

"Tujuan muzakarah…."

“Kalau muzakarah ana tak setuju" pintasnya sebelum ketua pengunjung sempat membuat penjelasan tujuan dia dan rombongan membuat kunjungan hormat.

Ketua pengunjung tergamam.

"Enta faham ke tidak apa itu muzakarah?" soalnya.

Ketua pengunjung mengelabah.
Diraba serban di kepalanya yang ekornya mencecah punggung.
Kemudian ketua pengunjung merawa dan memintal-mintal janggutnya yang mencecah dada dan ada sedikit bau jebat.

Dia merasakan pemimpin umur lama cuba memperlekeh dan memperaibkannya bila ditanya sama ada dia faham atau tidak apa itu muzakarah.

Walaupun dia memiliki ijazah sarjana muda kelas dua bawah dalam bidang Usuludin, namun dia adalah lepasan sebuah universiti terkemuka di Timur Tengah, malah dia seuniversiti dengan pemimpin umur lama.

"Sebelum nak buat sesuatu, kena faham, kena reti dengan apa yang nak dibuat" bebel pemimpin umur lama.

Muka dan nada suaranya serius.
Mulut ketua pengunjung terkunci oleh rasa terkeduh hati dan terkoyak rabak perasaan oleh sindir sinis pemimpin umur lama.

Empat lagi anggota pengunjung saling berpandangan dan saling bercebih-tonye sesama sendiri.

"Kita ni orang politik, pemimpin parti politik. Lawan kita juga orang politik dan pemimpin parti politik. Main politik ni kena cerdik” khutbah pemimpin umur lama.

“Jangan pula apa yang kita buat umpama kita memberi senapang kepada lawan untuk nantinya kepala kita yang bersepai kena tembak oleh senapang kita sendiri yang kita hulur pada lawan" syarah pemimpin umur lama.

Ketua pengunjung terkebil-kebil.

"Kalau kita menghunus keris, kena pastikan kita yang pegang ulu dan matanya kena terhunus ke arah lawan, bukannya kita hulurkan keris untuk lawan pegang ulunya dan matanya pula dihunus kepada kita. Kalau macam tu jadinya bermakna kita tidak cerdik bermain politik"

"Yang cerdik bermain politiknya macam mana?" soal seorang anggota pengunjung yang paling muda. Dia memberanikan diri membuka mulut apabila mendapati mulut ketua pengunjung yang cukup rapuh dan celupar ketika di pentas ceramah dan pada rapat-rapat umum terus terkunci berdepan dengan khutbah, hujah dan syarahan pemimpin umur lama yang serba selamba.

"Semolek-moleknya biar lawan yang hulur senapangnya kepada kita, biar lawan yang hulur keris dan kita pegang ulunya dengan mata dihunus ke arah lawan" balas pemimpin lama.

"Bukan mudah"

"Memang bukan mudah. Politik bukan satu permainan yang mudah. Bukan semua orang boleh bermain politik, apatah lagi untuk memimpin sesebuah parti politik yang kena sentiasa lebih cerdik dari pimpinan parti lawan, malah dengan sesama pimpinan dalam parti sendiri"

Giliran anggota paling muda pula terkunci mulutnya dan terkebil-kebil oleh panangan hujah pemimpin umur lama.

“Kalau tak cerdik jangan dok ogeh nak jadi pemimpin. Lebih molek kalau pilih saja jadi penyokong”

“Jadinya?” ketua pengunjung membuka mulut setelah agak lama mulutnya terkunci. Dari mulut ada sedikit bau lembu punya taik kerana berkuan disebab agak lama tak buka mulut.

“Jangan muzakarah. Kalau tidak parti kita akan punah”

“Kenapa pula parti kita akan punah?”

“Muzakarah memerlukan kekuatan hujah dan penggulungan hujah serta keputusan atau rumusan”

“Ana setuju”

“Apa hujah yang kita ada untuk nantinya dari segi moralnya kemenangan akan berpihak kepada kita?”

“Itu yang ana berlima datang ni, nak dapatkan hujah-hujah enta untuk digunakan dalam muzakarah nanti”

“Apa tujuan enta mau bermuzakarah dengan pihak lawan?”

“Untuk perpaduan ummah, demi masa depan agama, bangsa dan negara. Setelah usia kemerdekaan mencecah lima puluh dua tahun, kita kena lebih professional dan rasional dalam berpolitik, dalam bercanggah pendapat, ketidak-seragaman pandangan dan juga pendekatan dalam berparti politik dan berpolitik ”

“Maknanya dalam muzakarah itu nanti wakil parti kita yang dipilih untuk bermuzakarah mesti kena ada pelan, rangka dan kerangka perpaduan ummah”

“Ha ah”

“Apakah enta yakin antara kita sesama kita, antara kita dengan parti-parti pakatan kita sudah benar-benar berpadu?”

“Enta rasa?”

“Ana rasa kita tidak benar-benar bersepadu lagi. Muzakarah yang dicadangkan boleh mengundang pecah belah dalam pakatan dengan dalam keadaan kita sekarang”

Ketua pengunjung terkunci mulut lagi. Entah apa bau yang akan terhembur keluar bila dibuka mulutnya nanti, sukar untuk dipastikan. Dia adalah antara orang yang tidak akan berselara kalau makan nasi tanpa ulang petai, jering, kerdas atau paling komen pun kena berulamkan bawang putih dan bawang merah.

“Kalau sesama kita dan antara parti dengan parti sepakatan kita tidak benar-benar sepadu, macam mana boleh kita muzakarahkan tentang perpaduan ummah dengan parti lawan kita”

Ketua pengunjung tidak menyahut.

“Kerana itu ana tidak bersetuju muzakarah diadakan”

“Dulu enta juga yang beriya-iya mahu bermuzakarah dengan lawan kita” ketua pengunjung kembali bersuara.

“Itu dulu, ketika lawan tidak bersedia untuk bermuzakarah. Bila ana mau bermuzakarah sedangkan lawan tak mau, kemenangan moral akan berpihak kepada kita. Kerana itu ana kata nak bermain politik kena cerdik”

“Ana dan rakan-rakan rintis jalan ke arah diadakan muzakarah berpandukan kepada kerana itulah yang enta mahukan”

“Ketika ini muzakarah tidak sesuai, tidak banyak keuntungan politik yang parti kita dapat”
]
“Enta utamakan keuntungan politik dari kepentingan ummah?”

“Politik periuk nasi kita”

“Apakah kerana periuk nasi, kita kena kesampingkan kepentingan ummah?”

Pemimpin umur lama tidak menyahut.

“Lagi pun bukankah bila kita bertelagah sesama kita, sesama sefahaman agama, kita diminta menyelesaikannya melalui mesyuarah?”
Pemimpin umur lama tetap tidak menyahut.

“Kalau kita membatalkan muzakarah, reputasi dan hemah parti kita akan tercalar. Dulu enta sebagai tokoh yang dianggap serba betul yang mahu bermuzakarah dengan parti lawan. Sekarang bila parti lawan sanggup bermuzakarah, enta tentang pula”

“Ana boleh bersetuju tetapi dengan syarat…”

“Apa pula syaratnya”

“Namanya ditukar”

“Maksud enta?”

“Jangan namakan muzakarah”

“Habis nak namakan apa?”

“Muqabalah”

“Muqabalah?”

“Ha ah. Muqabalah atau bersemuka yang tidak perlu ditamatkan dengan kesimpulan, rumusan dan resolusi. Muqabalah lebih bersifat santai”
Ketua pengunjung terkelu.

“Bagi ana muzakarah pun boleh muqabalah pun boleh. Yang tak bolehnya 'muka balah’ kerana yang mahu diusahakan adalah penyatuan ummah, membendung sikap berpuak-puak, pecah belah, cebih-tonye, tunjuk siku balik dan tonggeng punggung sesama sendiri, sesama sebangsa, sesama seagama dan sesama sewarga negara” ngomel anggota pengunjung paling muda.

Sebenarnya dia cuak dengan sikap pemimpin umur lama yang mahu dianggap dia serba betul dan serba unggul belaka sehinggakan nama muzakarah yang telah dipersetujukan mahu ditukar dengan muqabalah walhal jisimnya sama seperti minyak petrol dipanggil minyak benzen sahaja.

Baginya pemimpin umur lama lebih utamakan populariti dan ketokohannya yang bersifat kepentingan peribadi melebihi kepentingan ummah yang sedang berkucah dan berkuca-wokyoh.

Demi kepentingan politik kepartian dan demi mempertahankan ketokohannya yang dilihat serba hebat, pemimpin umur lama boleh tidak bersetuju dengan cadangan muzakarah sedangkan ianya adalah antara tatacara dan pendekatan yang amat digalakan dalam Islam bila timbul sesuatu pertelingkahan.

“Ana anggap antara kami sebagai pengunjung dengan enta yang dikunjungi kini sedang bermuqabalah. Oleh itu bila ana beri pandangan, jangan pula enta marah”

“Pandangan apanya?” soal pemimpin umur lama dengan suara agak tinggi.

Dalam suaranya ada nada marah kerana jarang pendapat dan fatwanya disanggah.

“Bagi ana ketidak-bersetujuan enta dengan muzakarah yang diatur oleh parti, lebih bersifat ingkar terhadap keputusan parti”

Kertua pengunjung cuba memberi isyarat supaya anggota pengunjung paling muda tidak cuba mengundang marah seranah pemimpin umur lama yang dianggap keramat dan bermukut masin oleh pendukung dan penyokong parti.

“Enta kena ingat parti kita bukan hak peribadi. Enta tak patut menentang apa yang telah diputuskan oleh parti dengan persetujuan majlis syura dan dewan ulamak dengan penentangan itu pula dihebah di media cetak dan elektronik” tokok pengunjung paling muda tanpa menghiraukan isyarat ketua pengunjung.

“Suara seorang tokoh tidak patut menjadi veto bagi menolak suara ramai” tikah seorang lagi pengunjung, menyokong pandangan pengunjung paling muda.

“Betul” sokong seorang lagi anggota pengunjung.

“Zaman dah berubah. Cara kita berpolitik dan cara kita berfikir juga kena berubah” ngomel anggota pengunjung paling muda.

“Sama ada namanya muzakarah atau muqabalah, apa yang telah diputuskan oleh parti kena diteruskan. Kita kena bersihkan parti dari wabak veto seorang tokoh yang dianggap hebat dan merasakannya hebat menyebabkan kerperluan parti mengikut keperluan dan peredaran zaman terencat. Tokoh yang kita anggap hebat dan dia merasakan dirinya hebat pun kerana kita sebagai pendukung dan penyokong parti yang melabelkannya hebat” tokok anggota pengunjung paling muda.

“Walhal dari segi sumbangan buah fikiran dan penyediaan rangka dan kerangka bagi kepentingan parti untuk jangka panjang khususnya, apatah lagi yang berkaitan dengan kepentingan agama, bangsa dan negara, belum tentu dia lebih hebat dari suara majoriti dalam parti” tokok pengunjung paling muda lagi.

Ketua pengunjung tunduk menguku.

Pemimpin umur lama mengelabah tetapi tidak boleh marah kerana pemimpin muda yang memberi hujah telah menegaskan bahawa dia bersama anggota pengunjung sedang bermuqabalah dengannya sebagai tokoh yang dikunjungi

Dia sebagai pemimpin umur lama sedang terkepung dalam muqabalah yang dicadangkannya sendiri bagi menggantikan muzakarah. Jauh di sudut hatinnya dia mula memperakukan kesakanan ilmu anak-anak yang lahir dan menerima pendidikan selepas merdeka berbanding dengannya!

3 comments:

Anonymous said...

Kuat melayu mu nih meli. Tak salah sebab aku pun nak melayu kuat jugak. Jangan jadi 'ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan'. Ini bumi warisan nenek moyang kita, jangan kita gadaikan hak itu kepada bangsa lain. Akibatnya meranalah anak cucu kita. Tapi mu jangan ttukar Melayu dengan UMNO.

UMNO tak leh pakai Meli. Banyak dah dia buat tak molek lepas buleh kuasa dari British. Sapo hak merana? Melayu jugak. Lepas tu UMNO kata nak jaga melayu korok kering apo?

Aku nak bui sajak kok mu malam nih tapi bukan aku cipta muga aku kalu karya kreatif tak berapo pandai. Lain lah mu ore pandai.

MELAYU

Melayu itu orang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan.

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara.

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual.

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi.

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi dengan Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan.

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tak lagi berparut.

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad ke dua puluh satu
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan;

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara MERDEKA.

Usman Awang.

john said...

TUBIK SMULA-nok royat deh...semuo hok kuat semanagt melayu tu buleh kato semuonyo UMNO sebab geng2 ni dio hidup atah namo melayu dulu..lepas tu baru Islam...hujoh songsang dio kalu 'melayu lemoh islam akan lemoh' masalahnyo kalu kito tengok selamo kening islam koho lemoh, lepas tu nok maroh ko pas kato pas khianat agamo la..padahal dio yang ado kuaso..ambo tok dae mikir ni.. tapi org2 hok berfikrah islam apa2pun Islam dulu baru bangso..

Anonymous said...

Ambo dulu kuat sengoti PAS pah dalam perut, anak ambo, ambo bui nama burhanuddin Hilmi pengasas no 1 PAS, Tanah ambo wakaf buat pejabat PAS , dengan bangunan batu 2 tingkat sampai ke Lo ni, tepi jale kalu jual rm300 ribu tanah saja lambat ttawar. Tapi lo ni ambo benci sungguh ko PAS, bila makin banyak berhala hok tinggi 100 kaki (10 tingkat bangunan)tertegak diserambi mekah bumi tadahan wahyu kata Tok Guru, seperti di Tawang, jubakar, terbak dan banyak lagi, DAP makin berani pijak Islam, Tok Guru buke supo mulo dah lo ni. Hubbul kuasa, hubbul dunia, PAS pulak gi pakat dengan dengan kaum Nabi Luth, yang disahkan melalui sumpah, sumpah sungguh. Pera babi pun tak pa, ore kafir guna kalimah Allah utk tujuan tarik ore kita masuk kristian pun Tok Guru kata Tak Pa. Isu arak jualkpd org Islam selangor, pun tak pa. Jaga pakatan lebih pada jaga Islam. Pelahak nak kuasa, isle tok bawah tapak kaki, selama ni kata ko UMNO, hok dok kata selama keni Allah balik kot atas batu jemala Tok-tok Guru PAS. Sebab tu Allah beri Amaran dengan Bala A H1N1. Malaysia antara yang paling teruk mengapa, Nik Aziz kata sebab Ulamak tak nak tegur kesilapan manusia, tetapi Ulamak tak tegur pembinaan berhala (malah beri daha dan kelulusan), penternakan babi, penghina Islam DAP pun tak apa sebab gu kito. sebab itu Allah turunkan bala AH1N1. Kalu to faham ambo tolong perjelaskan kod tersirat AH1N1, A= Anwar, H1= Hadi sore dan N1= Nik Aziz sore. Maka camput tiga nilah maka ore kafir mula berani pijak ore islam, tulis islam agama "Fuc....", Islam agama burung kookoo, kukok pagi-pagi alarm clock, ganggu ore tido , azan subuh lah tu. Jadi bala Allah untuk mengingatkan ulama 3 ni, jangan hina Islam. Jaga pakatan jangan lebih dari jaga Islam.
Jika teguran ambo ni berdosa, ambo minta ampun dari Allah, tetapi jiia teguran ambo ini beri kesedaran kepada manusia maka ambo berpahala. Wallahhuaklam.