Tok alim sambut 'tok jahil'
DEMO boleh percaya ke kalau kawe kata hari ni ada berlaku kes paling pelik, tersembul untaian kata-kata itu sebaik sahaja telefon genggam yang berkumandang gema azan yang saya pilih sebagai ringing tonenya ditelekupkan ke telinga.
"Apa ceritanya ni?" soal saya.
"Tok alim sambut tok jahil"
"Saya tak faham"
"Tok Guru Nik Aziz sambut tok jahil"
"Tok jahil? Siapa tok jahil?"
"PM"
"Datuk Seri Najib?"
"Ha ah"
"Kenapa pula demo kata PM tok jahil?"
"Dia presiden Umno 'kan"
"Ha ah"
"Tok Guru Nik Aziz kata Umno tu 'kan tolak Islam, sama dengan komunis, sama dengan ajaran sesat Ayah Pin. Kalau Datuk Seri Najib alim atau tok guru, tak 'kan dia sanggup pimpinan parti yang tolak Islam, yang sama dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin"
Menurut rakan saya itu yang kononnya turut berada dilokasi kerana menjalankan tugas-tugas pemberitaan, Tok Guru Nik Aziz adalah antara yang menyambut ketibaan Datuk Seri Najib di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pagi tadi.
Beliau ke Kelantan kerana merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Kota Bharu. Kononnya kehadiran Tok Guru Nik Aziz menyambut ketibaannya memeranjatkan Datuk Seri Najib.
Menurut rakan saya itu lagi, Datuk Seri Najib terbukti seorang profesional dan telah menampakkan kemesraan menerima sambutan Tok Guru Nik Aziz.
"Semasa berucap pada majlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno bahagian, rakan saya itu kata PM berkata: "Ada peristiwa saya tidak duga. Antara pemimpin yang sambut saya di lapangaterbang tadi adalah Tok Guru Nik Aziz.
Saya terima bila Tok Guru sambut saya. Dalam pada itu saya sebut kepada Tok Guru tolong jaga perasaan orang Umno. Tapi saya rasa Tok Guru faham apa yang saya maksudkan,"
Sebelum ini media melaporkan Tok Guru Nik Aziz sedia menghulurkan tangan untuk menjalin kerjasama antara Umno dan PAS. Bagaimanapun Tok Guru Nik Aziz menafikannya (dengan kata PERGI JAHANAM DENGAN UMNO) dan menjelaskan kerjasama itu hanya dalam bentuk kerajaan negeri dan kerajaan pusat.
Selain itu Tok Guru Nik Aziz turut mengeluarkan pelbagai cercaan terhadap Umno termasuk dengan induk tohmahannya bahawa Umno menolak Islam, tidak berpahala undi Umno dan sebagainya.
Rakan saya itu kata, Datuk Seri Najib juga berkata Tok Guru Nik Aziz perlu bersikap secara baik dan berhemah dalam meminta untuk kerjasama dengan kerajaan pusat.
"Buatlah cara baik, buatlah cara menghormati orang lain," ucap Datuk Seri.Najib yang turut berkata hakikatnya Umno dan PAS mempunyai matlamat yang sama dalam memimpin negara iaitu membangunkan Malaysia sebagai negara Islam yang maju dan makmur.
Tokoknya, walaupun kedua-dua parti itu berbeza daripada segi ideologi namun matlamatnya sama iaitu untuk memimpin negara sehingga maju dan mendapat keredaan Allah.
"Analogi macam kita berada di landasan lebuh raya. Kita dalam lane ita, PAS dalam lane dia tapi kita sama-sama menuju mencari keredaan Allah.
Sebab itu kita hidup di negara ini Tuhan berikan rahmat kepada kita. Begitu banyak perubahan setelah Umno memimpin lebih 50 tahun," tegas Datuk Seri Najib (berdasarkan kata rakan saya).
Cuma yang menjadi persoalan kepada rakan saya itu dan saya sendiri sukar untuk memberi jawapan kenapa setelah memaki hamun parti pimpinannya yang secara tidak langsung bermakna memaki pemimpinnya, Tok Guru Nik Aziz boleh neynyeh muka sambut kedatangan Datuk Seri Najib.
Bagaimanapun walau apa tujuan, maksud dan tujuan yang tersirat di sebalik Tok Guru Nik Aziz sangguyo nnyenyeh muka sambuat Datuk Seri Najib tu tak payah disalah persepsi.
Walaupun Tok Guru Nik Aziz tolak, namun orang Melayu kena terima hakikat bahawa ahli Umno dan Pas dari bangsa yang sama dan menganut agama yang serupa.
KeBANGSAan tetap kena dipertahankan. Kalau bangsa dan keturunan tidak penting, masakan Rasulullah s.a.w. disirahkan dari keturunan Arab Quraisy, bukannya disebut bangsa Arab sahaja atau disebut anak cucu Adam dan Hawa sahaja.
Orang Pas, orang Umno dan orang atas pagar diberi otak dan masing-masing bolehlah buat penafsiran sendiri. Lazimnya tok jahil jumpa tok alim ambil air tawar ke apa ke, tapi hari ni tok alim pula jumpa tok jahil: nak dakwah atau nak tagih simpati. Lu fikirlah sendiri!!!!!!!!
Saturday, August 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ini sudah terbalik kot. Tok Lebai sambut Tok Jahil. Hai, berasa tok sedak yah, berasa lain macam saja maksudnya tu. Mesti ada gapo-gapo hok nok tu. Kalau tak, tak mungkin sambut macam tu, siap dengan berdoa sekali.
Baguslah macam tu, Inilah hok Islam suruh. Bukan kata mengata.
Apa-apa pun, sekurang-kurangnya Najib direstui oleh Tok Guru datang ke Kelantan.
Masyuk Alhamdulillah, kalau tak masuk baso menate, pergi jehane, macam komunis, tolak Isle, macam ajaran sesat Ayah Pin.
Mulut kena jaga...anak bini sediri boleh nak supah ikut-dan, dengan orang lain jange buat macam anak bini sediri, lama gat nyo tungge jubor kotrang.
Jange dok beraso kita biso belako, orang lain debek belako, tu namanya mannggok, lepas maki lepas tu nyenyeh muko jumpa orang yang dimaki bukan ko namanya telan geriak hijau pekat lagi la'it macam taik beruk sediri?
Post a Comment