Penahanan jangan terhenti hanya setakat hari ini
BERAPA ratus atau berapa ribu pun yang ditahan hari ini kerana terlibat dalam himpunan haram desak hapus ISA, bukan bermakna gerakan penahanan patut dihentikan dan dianggap selesai, sebaliknya gerakan mengenalpasti, memburu dan menahan belum boleh ditutup buku.
Tidak mustahil yang ditahan sepanjang hari ini hanya terdiri dari kalangan yang diperalat dan diperkakaskan sahaja manakala perancang dan penggerak sebenarnya sedang bersilang kaki dalam bilik berhawa dingin dan sedang berlagak macam 'lembu kenyang' untuk mengelak dari diberkas oleh polis.
Polis yang cukup profesional dengan tugasnya pasti akan segera bebaskan mereka yang tidak telibat, yang bukan diperalat dan diperkakaskan. Yang ada bukti sebagai peserta perhimpunan kenalah terus ditahan. Jangan bimbang, mereka akan diberi makan free.
Yang ditangkap pada hari ini juga saya rasa sebahagian besarnya barangkali tidak akan diISAkan, kalau pun dituduh di mahkamah nanti, hanyalah kerana kesalahan berhimpun secara haram sahaja.
Gerakan sebenar untuk kenalpasti individu yang patut diISAkan tentulah akan dilakukan selepas hari ini sehingga ke suatu masa yang mungkin akan memakan masa yang lama.
Tidak kira ianya pemimpin parti politik, pemimpin NGO's, pengendali blog mahu pengendali akhbar haluan kiri, yang menyumbang kepada menjayakan perhimpunan haram, semuanya kena disapu bersih.
Pihak polis khususnya dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri tidak patut bertolak ansur, bertolarensi atau berkompromi dengan pengacau ketenteraman kerana polis yang memikul tugas memelihara ketenteraman awam tidak pernah comel pun pada mata mereka.
Polis kena sedar dan kena terima hakikat bahawa perancang dan mereka yang menyertai perhimpunan haram bukan sahaja memusuhi kerajaan, sebaliknya mereka adalah musuh majoriti rakyat yang telah memberi mandat kepada kerajaan sekarang menubuhkan kerajaan.
Penahan mereka pasti akan mendapat restu majoriti rakyat negara ini, malah mereka akan memberi penghormatan kepada pihak polis serta akan bertambah mantap keyakinan terhadap kerajaan yang mereka beri mandat.
Justeru itu mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung patut diburu dan dan ditangkap, seterusnya diberi peluang menimba pengalaman menjadi tahanan ISA supaya mereka dapat alami sendiri macam mana jadi tahananan ISA sebenarnya.
Pun begitu fokus penahanan hendaklah ditumpukan kepada individu yang merancang dan mendorong kepada terealitinya perhimpunan haram yang telah menyebabkan urusan harian di banyak lokasi di KL terganggu dan para peniaga pula terpaksa menanggung rugi kerana terpaksa menutup perniagaan.
Secara tidak langsung perancang, provokasi, pendorong dan mereka yang menyertai perhimpunan adalah meupakan pengkhianat yang cuba mencalarkan imej negara yang mampu mengharmonikan rakyatnya walaupun terdiri dari pelbagai kaum dan pelbagai anutan agama. Justeru itu mereka patut dikenakan hukuman paling berat!
Saturday, August 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Salam
Polis dah tak da taring..
Pasal musuh agama dan negara akan di bela..
bila polis nk tegas sikit, terus ada yang membela pesalah.
Skrg, kalau nk berkuasa, kena bela pesalah. Sebab tu ada Kongsi Gelap dalam parti tu.
Tengok beberapa minggu lepas (kes kematian Teoh), polis baru start siasat, depa dah boleh tuduh orang tu orang ni salah. Hebat.. Kalau depa berkuasa, depa tak perlu ada polis.. akta depa lagi hebat dari ISA, terus tuduh je.
Sebab tu pemimpin kena bentukkan generasi muda yang berguna, bukan membentuk genarasi muda yang bermasalah & pro rusuhan.
Camni ka nk memerintah negara?
Kerja tak buat, asik kepalai rusuhan jalanan. Gaji, elaun, imbuhan taruk kt mana?
Tok Malu Ko Make Gaji Buto
meli mu ni barua umno kalu aku temu mu aku kapok mu pade muka
mu lepah gerre ko pas kerano pas tak layae hak mu nok. pas bukae mace umno gi mapuh kapak bukoh
Aku kenal Meli. Demo jange buat main-main. Dia beso katak orang. Kalu dia gosok belakang demo kerit-kerit, baik demo gi jjauh, kalu toksir pecah ppalo. Dia ni baka Padang Jelapang + Tok Uban. Kawe tengok doh, bila dia kata dia nak katak ajar sikit, nyo mmeto nyo katak belepong selalu orang hak dia kata nak ajar tu.
Kawe tak pelik kalau ganster Cina pun dia boleh jinakkan.Kawe dengar khabar boktan bosan along dok gi kecek suruh pinje pitih, berkubang darah ppalo Cina nyo tan dengan besi pengait pintu pejabat dia.
Muka senyum sokmo tapi dalam snyum nyo cat leping.
saiful said...
meli mu ni barua umno kalu aku temu mu aku kapok mu pade muka
mu lepah gerre ko pas kerano pas tak layae hak mu nok. pas bukae mace umno gi mapuh kapak bukoh
August 1, 2009 4:42 AM
APA KAITAN TULISAN MELI PASAL ISA DENGAN PAS. MELI SURUH IGAT, SURUH ISAKAN PERANCANG YANG ANJURKAN PERHIMPUNAN ORANG. BAKPO DEMO MARAH, ORANG PAS KO TUKANG RANCANGNYO? GUANO YANG BERIMPUN DOK KUCAR ORANG BERNIAGANYA? KAWE SETUJU DENGAN MELI, HAK MANO BERIMPUN IGAT. TAK CUKUP LOKAP, GARI DALAM BENTUK BERANGKAI, RENDAM DALAM KOLAM TAMAN TASIK.
LEBIH 400 ORANG KENA TANGLKAT TU JUMLAHNYA KECIK LAGI. PAH TU BEGAPO GAT HAK MELI NAK PAS TAK BUWI YANG BOLEH SAIFUL KATA BOKTAN TAKLEH HAK NAK MELI LEPAS GERAM KO PAS? ACU TULUNG GHOYAT TEH MELI. DEMO ORANG UMNO KO MELI, KO DEMO MAKAN UPAH UMNO? DEMO KATA DEMO ORANG PARTI POLITIK. LAGU MANO SAIFUL BOLEH LEBIH TAHU DARIPADA DEMO TENTANG DEMO? PELIK.
Assalamualaikum pak Chik Meli. kalau ikutkan naluri aku mau ku ajak kawanxx bekas tentera pi balun balik polis-polis tu. Tapi aku sedar Allah melarangnya. Patutlah diadakan unit agama seperti KAGAT dalam PDRM. supaya depa diberikan ilmu islam yangs sebenarnya. Supaya mereka sedar bahawa melakukan kekerasan dan kezaliman terhadap makhluk amat dilarang oleh Allah swt. Nk tangkap tangkaplah. jangan dok pukul mereka itu kasihan........Depa hanya nak menunjukkan rasa tidak setuju mereka pada akta tu. Bukannya nak melakukan kekacauan.
Kepada yang menyalahkan minority,
Pernahkah terfikir semasa Islam mula mula di sampaikan olih Nabi SAW, mereka yang mengikut Baginda adalah minority?
Ini adalah bukti bahawa minority itu tidak semestinya tergulung kepada mereka yang salah. Fikir fikirkanlah! Tak tahulah jika anda tergulung dalam kumpulan yang mengatakan Nabi SAW salah.Tepuk dada tanya selera.
Masalahnya hak perhimpunan haram buat tak serupa dengan hak nabi buat. Nabi tak buat kekacauan, tak pernah mersuh sampai para peniaga pun kena tutup kedai.
Betul kata Meli, dah peluang jatuh kerajaan ada melalui pilihanraya, gunakanlah. kalau dah rakyat terus beri mandat pada kerajaan yang sedia ada, maknanya rakyat tak yakin dengan pembankang. Kena usahalah supaya majoriti rakyat yakin baru boleh menang dan boleh tumbangkan kerajaan. Main politik kepala bapak apa benda macam tu pun tak boleh fikir. Kalau kerajaan wujud melalui rampasan kuasa macam Thailand bolelah rakyat nak merusuh dan buat perhmpunan pun. Mllek kalau semua yang berhimpun tu ditangkap polis, aku setuju benar, biar pada dengan muka.
Post a Comment