Saturday, August 8, 2009

MUNCUL KEMBALI (315)

Antara bergerak sendiri dengan berada dalam PR, mana lebih berpahala kepada Pas

PAS atau nama penuhnya Parti Islam Se Malaysia ditubuhkan kira-kira lima tahun terkemudian dari penubuhan Umno. Pengasas Pas itu sendiri terdiri dari kalangan mereka yang mendalam ilmu agamanya dalam Umno.

Antara faktor Pas diasaskan kerana kalangan yang mendalam ilmu agama dalam Umno ketika itu dikatakan kurang senang apabila Umno bekerjasama dengan parti-parti milik bukan Islam dan terpaksa berkongsi dasar dengan bukan Islam.

Mereka merasakan seolah-olah Umno yang diibaratkan sebagai ayam yang disembelih secara halal dicampur dengan ayam mampus pulas tengkuk dan dimasak dalam satu belanga.

Lantas mereka dikatakan merasakan menjadi fardhu kifayah kepada mereka untuk mewujudkan dan mempunyai saluran atau wasilah untuk membuat teguran kepada kerajaan memerintah yang berleaderkan Umno (parti Melayu bergama Islam) supaya apa pun yang dilakukan tidak akan tergelincir jauh dari landasan hukum hakam.

Pas pada asalnya adalah sebuah NGO tetapi telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik bagi membolehkannya menyertai pilihanraya pertama bagi negara ini. Bagaimanapun Pas hanya menang satu kerusi dalam pilihanraya itu.

Tetapi setelah Pas yang pada peringkat negeri dan kawasan asalnya dipimpin oleh guru-guru pondok dan ustaz-ustaz sekolah agama rakyat dengan ahli dan penyokongnya pula terdiri dari golongan marhaen bertukar kepimpinan dengan golongan profesional dan keahlian serta penyokongnya juga terdiri dari kalangan terpelajar, maka taktik, teknik dan pendekatannya sudah berubah.

Mungkin kerana ada angan-angan di kalangan pimpinan Pas untuk merasa menduduki kabinet walaupun dari sudut hakikatnya Pas tidak mungkin jadi kerajaan kalau pun Umno/BN ditumbangkan kerana hanya bertanding pada jumlah 66 kerusi sahaja daripada 222 kerusi parlimen, lantas untuk berpeluang menyertai kabinet, maka Pas era pimpinan para profesional sanggup bergayut pada dahan walaupun pun dahan itu sangat mumut dan rapuh.

Agaknya kerana kemaruk dan ketagih mahu menduduki kabinet, maka Pas sanggup membentuk pakatan yang menyebabkannya menjadi ibarat ayam yang disembelih secara halal dicampur gaul dengan ayam mampus pulas tengkuk dan digulai dalam satu belanga.

Padahnya boleh dilihat apa yang berlaku kepada Pas di Selangor, di Kedah pun bila dirobohkan pusat kerat babi, rakan kongsi dari spesis ayam mampus pulas tengkuk mengamuk sakan.

Di Selangor, exco dari Pas yang buat desakan supaya exco dari spesis ayam mampus pulas tengkuk kini terdedah kepada kemungkinan dikenakan tindakan displin kerana gatal mulut dan lembek mulut atas sifatnya umpama seekor rengit mahu pelupuh seekor gajah.

Di Pulau Pinang Pas tidak ada taring langsung, di Perak bekas MB dari Pas boleh hadiri upacara menghidupkan lilin manakala di Kelantan pula sudah ada patung di ketik yang sama tinggi dengan pokok nyior di Jubakar, Terbak (Tumpat) dan Balai (Bachok).

Sebagai seorang yang berpendidikan agama tetapi tidaklah sampai ke Mesir, India, Pakistan atau mana-mana universiti timur tengah, malah mengaji di universiti dalam negara pun tidak, saya bertanya sendiri antara bergerak sendiri (solo) dengan berada dalam PR seperti sekarang, sebenarnya yang mana lebih berpahala kepada Pas?

Mudah-mudahan penjenguk boleh berikan pandangan yang telus dan tulus untuk faedah bersama.

10 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Di soakan agar Allah membersehkan hati mu. Tiap kali kau menulis kau sentiasa memburuk buruk kan PAS. Tidak ada satu pun yang PAS lakukan betul. Adakah enkau makan gaji dengan BN wallah hu a'alam. Jika kau mendapat upah dari BN tidak ada apa yang dapat kau lakukan, tetapi jika tidak mohonlah agar mata hatimu tidak tertutup untuk melihat ada kala sesuatu parti itu salah tetapi tak kanlah tak kan lah semuanya salah.

umi kal;som said...

Sdr Meli.saya sokong tulisan sdr yg ikhlas memberi pandangan pada Parti Islam SeMalaysia yg kini telah hilang identiti dan harga diri.Apa yg mendukacita saya sikap penyokong PAS ini yg banyak SENOK dan kadang kala ada yg putus puis ni lah yg fanatik dan kadangkala munafik.Ciba fikir dgn logik apa yang meli ckp adalah betul dgn hanya 66 kerusi yng dipertandingkan apa yg PAS boleh buat dan sekarang pun HIdong tak mancung pipi tersorong dalam kerajaan pakatan.Ckp bergegar nak laksana hukum hudud tapi habok pun takdok.Kadang kita sedih bila mengenang sahabat kita yg apabila meli tulis benda yg baik dikatakan meli ambil upah tapi saya syak yg mengata tu yg ambil upah.

john said...

kepada abe li...
ambo raso niat demo baik nok bagi teguran tp mungkin ado ore tok suko ko demo ( dok pun demo tok suko ko seseore ) sbb tu demo lari dari perjuangae. baso dio doh penulis politik ni hok mano raso ado untung hok tu hok dio gi eh. x po la nok buat lagu mana? pasal tokong siae sapa pocok nyiur, itu di kawasan dio, tanah dio kg siae nok buat sapa pucok langit pun tak po slagi mana jirae sekeliling tak maroh..agamo dio. ambo tak dok dengar ore melayu maroh pasal bende ni ( ore kelate buleh tupe banggo ) tapi hok cuba nak buat api jenis2 penulis lagu ni la..dok cocoh sokmo buleh ko ore umno gak apo lagi..tapi hok sungguh kan ado dok bunyi ore melayu tumpat ko bachok ko tok puas hati..acu abe li hatar gambar puok ni buat demonstrasi...tak dok! ni semuo mugo tok guru terang doh (hok isle nga hok buke isle)..hok sungguh la ambo nok tanyo deh abe li and geng songkok tinggi hok baco komen ni..antara banyok ore alim hok dok mengimarahkan masjid nga sura, hok banyok dok jadi tok imam ore puok alik mano eh..dok pun kalu ado tok pa nga (ado kito bui )us.mad yaakub doh la...abe li nok tolok sapo jadi tok imae...tepuk dada tanya imae...muga abe li ni tergolong dalae ore berimae jugok..

john said...

wahai geng2 songkok tinggi..nok ko hudud teh..besungguh teh lebih pado ore pas ni..ore umno islam ko budha?
selamo 52 tahun ada umno bunyi nok buat hudud? hudud ni barae wajib kepada ore islam jika dia berkuasa tok kiro umno ko pas. acu geng2 umno ingat sikit tiko tok guru nok buat hudud di kelate che det kesayangan demo wak gapo?..bui amarae ko pas kelate! acu demo ingat lepas Hj hadi warta hudud di t'ganu sapo hok tok ser bg kerjasama? k'kaan pusat melalui polis tok ser bg kerjasama..wlpn pas brtnding 66 kerusi pun tp dio brtanding di kbykn kerusi melayu..menae hok tu gak rebboh la umno lpas tu koho-koho la..ado la pulok strateginyo...ingat ISLAM takkan naik dengan mudah di akhir zaman byk mehnah dan tribulasi yang perlu di lalui..dan yg paling merbahaya dari golongan yang mengaku slam tapi menolak sepenuhnya hukum Al-quran..lu pikkir la sendiri.....

umi kalsom said...

Abe li kecek bergegar pasal islam tapi nama John.Berat palo duk lilit serban.Bila kita tegur kita dicap umno mugo ore PAS ni maksum belako mcm tok guru dia!!!!

Anonymous said...

PAS KENA BERGERAK SECARA SOLO LAH PADA DOK NYEK KO PKR DAN DAP TU.....

TU LA TERIMA SANGAT SYAITAN JADI SAHABAT

Takpanda said...

"antara bergerak sendiri (solo) dengan berada dalam PR seperti sekarang, sebenarnya yang mana lebih berpahala kepada Pas?"....

Saya masih berdoa semoga orang Islam di malaysia ini bergabung dalam satu jamaah...alangkah indah kalau orang islam dalam ketiga-tiga parti UMNO,PAS dan PKR bersatu dan menjadi peneraju tapuk pemerintahan Malaysia. Itu lah sepatutnya menjadi cita-cita setiap individu Islam di Malaysia. Insyaallah dgn cita2 dan doa itu akan di makbulkan olehNya dengan cara yang mungkin tak terpikir kita hambaNya..mungkin dalam masa yang lambat sekali pun. Kalau fikiran dok asyik nak berbalah sokmo macam mana Allah nak tolong!!

Anonymous said...

pada john kalau demo masih ingat, hok saman hudud tu ialah zaid ibrahim, la ni zaid ibrahim duk saing dengan PAS pulok, zaid tu pulak penagih tegar arok, dio insaf ko doh lo ni? ko pas duk dakwah dengan zaid lo ni...

buat makluman john cuba demo kiro logik akal, pas cakap nak buat negara islam, tapi bertanding 66 kerusi, kenapa tak tanding semua sekali? supaya senang nak pinda perlembagaan.JOHN ingat DAP pkr setuju ke nak pinda perlembagaan. cubo rasional sikit john , jange napok bodo sangat. matematik pah ko dok... hok ambo napok, ore kapo keno tipu hidup2 denge pas

Wok yoh

john said...

kepada umi klesum nga wok yoh gong!

Salam dari john belako...nama john x po janji islam (nama penuh John muslim)..pasal zaid pulok hok saman hudud tu..alhamdullillah lo ni kae dio sedar doh...dae la bertaubat harus kalu dio mati rama ore gi smaye mayat ko dio tok keno nok upoh budok2 tahfiz! hok umno karat ni kalu mati mula la nok cari ore2 pas suruh gi smaye mayat. Pasal kaki minum arak hok tu maso dio zame jahiliah kae bila ore doh jadi baik/taubat jadi kosong smula amalan dio..mesti set2 pas bg nasihat..malu la dio kalu dok buat lagi..kalu buat jugok , dio nga tuhe pulok la..wok yoh ni kalu aku kato bengo maroh..aku kato doh kae kalu menae 66 kerusi dulu (kerusi melayu) hok lain pkr ko dap ko..demo ni akan dengar la tuntutan pas..kalu tok dengar kito bergerok sediri la pulok..kae pas ado kelab penyokong...kena ado strategi la wok yoh..dok eh mung ni wok yoh ore isle ko dok...kae ambo kato doh hudu WAJIB ke atas ore isle bilo dio berkuaso...ambo tanyo skali lagi UMNO tu isle ko budha ko kristian ado bunyi nok buat hudud ko wok yoh...jawab wok yoh...jawab

Anonymous said...

gini la sene .. hok tu nok mene hok dio .. hok ni nok mene hok dio pahtu bilo nak betul .. ambo raso la kecek sajo tak guno sebab lagu tu jah sejak dari dulu .. tapi ambo kalo bab kato undi PAS bule pahalo ni ke .. susoh sikit la