BARANGKALI perlu diulangi penegasan saya bahawa tujuan blog ini diwujud dan dikendalikan adalah bagi mendapat maklumat dan memaklumatkan para penjenguk secara berhikmah.
Kebetulan saya tidak banyak ilmu, maka saya berharap melalui blog ini menjadi sumber ilmu, sekali gus dapat pula disalurkan ilmu itu kepada para penjenguk yang kekurangan ilmu tetapi berminat menambah ilmu.
Kalau ikut kata Ustaz saya (dulu ustaz saya Pas tetapi sekarang nampaknya sudah tidak cenderung lagi kepada parti itu) mencari ilmu dan menyalurkan pula ilmu itu kepada orang lain akan mendapat pahala yang tidak putus-putus. Atas alasan itu, maka saya cuba praktikkannya.
Saya tahu Ustaz adalah antara penjenguk blog saya dan saya sentiasa berpegang kepada kata Ustaz, kita kena berani meluahkan apa yang dirasakan tidak betul untuk diperdebatkan supaya ianya jelas: kalau tidak betul dipebetulkan, kalau yang sudah betul akan lebih jilah 'betul'nya itu jadinya.
Saya juga sentiasa setuju dengan Ustaz bahawa dalam hidup ini jumlah yang tidak berilmu/jahil lebih ramai dari yang berilmu/alim.Yang tidak faham/payah faham tentang sesuatu lebih ramai yang faham/mudah faham.
Membiarkan yang jahil terus dalam kejahilan adalah berdosa, orang berilmu/alim membiarkan orang jahil terus dalam kejahilan akan masuk neraka lebih awal dari orang jahil.
Pemimpin pula lebih awal masuk neraka dari yang dipimpin, ibubapa lebih awal masuk neraka dari anak-anak seandainya ibubapa membiarkan anak dalam kejahilan dan terus dalam kemungkaran.
Kerana itu orang yang benar-benar alim tidak pernah merasa dia paling layak masuk syurga tetapi akan gementar takutkan neraka. Kalau mengaku alim tetapi yakin masuk syurga dan boleh melihat orang lain sebagai ahli neraka, itu namanya alim penuh kepalsuan.
Kerana itu lidah, perlakuan dan segala pancaraindera, segala anggota zahir dan batin akan sentiasa dijaga oleh orang alim tulen, orang alim yang tiodak angkuh, bongkak, takbur dan riak dengan kealimannya.
Orang alim sejati paling takut apabila percakapan yang menyentuh perasaan orang lain yang walaupun diminta keampunan dari Allah namun untuk suci dari dosa terpaksa meminta dan menerima maaf dari orang yang perasaannya tersentuh.
Bagaimanapun memberi maaf kepada penyenuh perasaan yang meminta maaf atau pun yang tidak meminta maaf adalah suatu sikap dan perbuatan yang sangat mulia.
Justeru itu ara pengomen untuk setiap posting yang ada kalannya menjadikan hati, perasaan dan emosi saya tersentuh jangan risau merasa risau atau gundah, saya sentiasa MEMAAFKAN anda.
Macam mana pun adalah ada baiknya kalau komen dibuat menggunakan bahasa yang sopan sesuai dengan adat kita sebagai orang Melayu dan Islam. Sesungguhnya bahasa dan nada pengucapan kita akan mencerminkan keperibadian kita.
Untuk kali ini saya ingin membeli jualan komen berikut;
mamamamam said...
assalamualaikum w.b.t
sudah tiba masanya untuk sedikit "keras"
1) mung napok beghehi bena ko tokong teh, ginila meli..lagu mano kalu kito wak memorandum hantar ko kerajaan Malaysia suruh kerajaan peghacur belako tokong2 hok ado dlm malaysia ni...mun setuju dok? baru kito ni Islam supo nga hok mun nok...
2)mung ingat keberkesanan dakwah ni buleh nilai dgn berapo oghe masuk Islam ko?...kalu gitu gak maka Nabi Nuh As dok pandai dakwah la..mugo jange kato rakyat dio, bini dio sendiri dok terima Islam, anak dio dok terima Islam.berapo ramai nabi dari bani Israel pahtu berapo ramai bani Israel masuk Islam..??maknonyo gapo???.nabi2 dulu dok pandai dakwah??
3) aku nok tanyo mun la..mano lebih hina diantara oghe kafir hok pegang Al-Quran tanpa wudhu sebab tak reti hukumdgn oghe Islam hok sengaja pegang Al-Quran tanpa wudhu padahal dia reti hukum
4)kalu mun segho Pas dok bawak Islam..mun wak parti mun sendiri la pah2 kito adu tengok sapo betul....mun ni bedo'oh lalu nah ngarut...acu try tulis bendo hok ado pekdoh gak sikit..kalu oghe lain baco pun buleh ilmu
sekian,terima kasih
itulah sedikit coretan dr sy...yg baik itu dr Allah, yg buruk itu kesilapan sy sendiri..
p/s-untuk bewok pasir hok komen atas ni..kalu mun dok tahu toksoh kechek
August 13, 2009 11:39 AM
Waalaikumussalam! Melihat pada gaya pengucapan/tulisan anda, saya dapat gambarkan bahawa anda tidak memerlukan doa kesejahteraan dari orang seperti saya. Justeru saya saya tak payahlah doakan.
1) Saya bukan sukakan tokong, kerana itu saya tegur. Kalau anda sediakan memorundum perobohan tokong-tokong yang ada di mana-mana sahaja di bumi Malaysia untuk untuk dihantar kepada pihak Kerajaan Malaysia, saya bersedia untuk menjadi orang pertama menandatangani memorundum berkenaan.
2) Kepada saya memang jumlah kemasukkan ke dalam Islam di kalangan bukan Islam adalah adalah ukuran keberkesanan dakwah. Kita disuruh contohi yang baik, yang berjaya: bukannya yang buruk dan yang gagal.
Kenapa mahu contohi bini dan anak nabi Noh. Kita kena teladani bini dan anak Nabi Muhammad s.a.w. Bukankah yang akan jadi ketua muslimat kepada penghuni syurga nanti adalah Siti Fatimah binti Rasulullah s.a.w.
Yang kita kena tiru adalah ajaran Rasulullah s.a.w., kita tidak disuruh merujuk ajaran nabi dan rasul sebelumnya. Kita umat Nabi Muhmmad s.a.w. tidak boleh mengamalkan amalan nabi-nabi sebelumnya.
Kita patut contohi Khadijah binti Khuwailid, Abu Bakar As-Siddiq, Bilal Ibnu Rabah, Sumaiyyah, Ali bin Abi Talib, Umsman Affan, Umar Al-Khattab yang terttarik kepada Islam kerana cara dakwah yang nabi jalankan.
Nabi-nabi yang terdahulu bukan tidak pandai berdakwah tetapi kemudahan yang ada waktu itu tidak secanggih pada waktu ini. Ruang lingkup dakwah mereka terlalu sempit dengan jumlah manusiannya pula tidak seramai sekarang.
Kini segala kemudahan untuk memudahkan maklumat/dakwah disampaikan terlalu msenang, segala-galanya berada di hujung jari. Apa yang belaku di Arab Saudi, di Iraq, London, Russia dan serata dunia boleh sampai kepada kita dalam beberapa saat atau minit sahaja.
Dalam segala kemudahan yang ada sesuai dengan kemajuan tekonologi, sepatutnya dakwah yang disampaikan kena lebih berkesan dan jumlah mereka yang menerima Islam lebih ramai.
Untuk leburkan patung sebesar yang ada di Jubakar misalnya, hanya memerlukan masa beberapa saat kalau diletupkan. Ertinya boleh ditunjukkan kepada penyembah patung bahawa kalau yang disembah itu Tuhan atau keramat, macam mana dia boleh lebur.
Kalau waktu zaman dahulu, untuk percah dan robohkan patung sebesar itu, entah kena guna tenaga seramai mana dan akan mengambil masa selama mana. Sesungguhnya Allah Maha Pencipta tidak akan menglami kemusnahan.
Sekarang timbul masalah pertambahan jumlah patung-patung gergasi di Kelantan (yang saya bangkitkan) adalah para pendakwah gagal mengeksploitasi segala kemudahan teknologi yang ada kerana asyik bandingkan dengan pendekatan dakwah yang digunakan pada era nabi dan rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w.
Tumpuan pula lebih ditumpukan kepada mengkafir atau mempelekehkan keisalaman sesama Islam yang tidak separti politik menjadikan kalangan bukan Islam melihat keislaman kita tidak berkualiti, lantas mereka berani menginjak-injakkannya.
Sebelum ada tokoh yang kata Umno tolak Islam, sama dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin, mana ada kalangan bukan Islam yang berani hina Islam.
Walhal Umno itulah yang mewujudkan PERKIM yang terbukti telah berjaya mengislamkan ramai di kalangan bukan Islam memeluk Islam, malah menjadi pendakwah yang hebat. Sesetengahnya ada yang menjadi aktivitis Pas. Sepatutnnya Pas kena ada badan atau gerakan yang lebih hebat dari PERKIM.
3. Saya bukan ahli majlis fatwa, mufti, kadi, tok guru atau ustaz, malah tok siak pun bukan. Tapi bagi saya tidak ada yang lebih mulia di sisi Allah dan Rasul-Nya selain dari umat Islam sejati, yakni umat Islam yang beriman dan betakwa, bukannya Islam berbentuk retoriksme.
Kalau umat Islam pegang al-Quran berdosa, yang bukan Islam lebih-lebih lagi berdosa, malah umat Islam yang melihat orang bukan Islam pegang al-Quran tetapi tidak menegur secara berhikmah, juga akan berdosa kerana membiarkan kemungkaran.
4. Saya tak kata Pas tak bawa Islam tetapi corak pembawaan dan pendekatannya yang kurang betul kerana lebih memberi tumpuan kepada menyerang sesama Islam sehingga menganggap parti lawan milik orang Islam menolak Islam, sama dengan komunis dan ajaran sesat Ayah Pin.
Sepatutnya tumpuan diberikan kepada mendakwah kalangan bukan Islam supaya masuk Islam, setidak-tidaknya hormati Islam yang hakikatnya bukan agama orang Melayu tetapi agama Allah dan Rasul-Nya untuk sekalian manusia dan jin.
Kalau Umno bercampur dengan parti-parti bukan milik orang Islam ditentang sejak sekian lama, Pas pula sepatutnya tidak mendekati parti-parti bukan Islam, apatah lagi bekerjsama, malah sampai sanggup pula membela DAP yang hina Islam.
Kalau Umno bersepakat dengan MCA, MIC dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional (BN) maka Umno dianggap tidak Islamik, maka macam mana Pas yang bekerjasama dengan DAP yang terang-terang tolak Islam boleh pula Pas bekerjasama.
Dari sudut lojik akal (orang jahil dan cetek ilmu macam saya) apa bezanya Pas dengan Umno, bukankah jadinya sama-sama seperti ayam yang disembelih cara sah dicampur dengan ayam mampus pulas tengok dan digulai dalam satu belanga belaka antara Umno dengan Pas.
Tetapi jika dilihat secara lahiriahnya, Umno sebagai parti penunggak kerajaan lebih banyak melakukan kebaikan demi kepentingan Islam dan umatnya bukan sahaja di negara ini tetapi juga di peringkat dunia dengan penubuhan OIC.
Untuk apa saya nak wujudkan parti baru kerana saya bukan orang politik. Saya tak ada keinginan untuk jadi pemimpin, apatah lagi jadi wakil rakyat, mb, tmb, exco, pm, tpm, menteri, timbalan atau wakil rakyat.
Rata-rata orang main politik kerana panjang angan-angan, gila kuasa dan kedudukan sehingga yang kesucian Islam pun sanggup diparti politikkan demi mencapai cita-cita politik kepartian.
Bagi saya Islam dengan politik menang tidak boleh dipisah-sukukan tetapi parti politik tidak boleh sama sekali disamakan dengan Islam kerana Islam terlalu suci untuk disamakan dengan mana-mana pertubuhkan politik.
Memang bunyi politik dengan parti politik seakan sama tetapi hakikatnya keduanya tidak sama dan tidak serupa, keduanya jauh berbeca.
Pas boleh yakin dia parti Islam kerana gagal bezakan antara politik dengan parti politik. Saya bukan orang parti politik tetapi saya agak lama bergelumang dengan dunia politik. Saya khuatir kalau Pas terperangkap oleh anggapan apa yang dilakukan adalah pekerjaan ahli syurga sedangkan hakikat sebenarnya perbuatan ahli neraka.
Bagi anda saya mengarut, apa yang saya tulis tidak ada faedah. Sepatutnya kalau tulisan-tulisan saya di blog ni mengarut dan tidak memberi faedah, anda tidak jenguk awal-awal lagi blog saya. Tentulah tidak cerdik kalau anda melakukan kerja mengarut dan tidak berfaedah.
Saya terus menulis dan mengendalikan blog ini kerana bagi saya ianya ada faedah, sekurang-kuragnya untuk diri saya sendiri dari sudut penambahan ilmu dan maklumat. Pun begitu yang paling tepat membuat penilaian adalah Allah dan Rasul-Nya.
Sebelum saya berundur, barangkali saya perlu ingtkan anda bahawa mengucapkan kata-kata kesat seperti menyamakan manusia dengan biawak pasir membuktikan perut pedal dan mulut anda busuk lagi membusukkan dan ianya bukan mencerminkan keperibadian umat Islam tulen.
Mungkin kerana anda menganggap pengucapan perkataan-perkataan yang kotor dan kesat, seperti 'menate' rogol gi 'lah orang ttina tak tutup aurat biar padan dengan muka' dan doa-doa kemusnahan terhadap sesama manusia menjadi permainan mulut tokoh besar Pas yang anda taksubi, maka anda rasa tak apa bermulut uduh.
Ingatlah sehebat mana, sealim mana dan seladuni mana pun pemimpin Pas, mereka tetap bukan nabi dan rasul, mereka bukan maksum, mereka tetap manusia biasa.
Semasa berucap, memberi kuliah dan syarahan, mereka tidak terlepas dari terpedaya dengan bisikan syaitan dan iblis lakantullah. Selain dari menegur, mereka juga perlu ditegur.
Justeru itu setiap patah perkataan yang keluar dari mulut mereka yang dirasakan pelik, segeralah rujuk al-Quran dan Hadis, cari apakah apa yang dikata dan dilakukan selari dengan Islam atau tidak.
Rasulullah s.a.w. telah memberi jaminan bagi yang menjadi al-Quran dan Hadis sebagai rujukan, pasti tidak akan sesat. Kalau tidak selari dengan Islam kena tolak, malah tanpa rasa malu mata kena tegur dan peringatkannya!
TOKOK TAMBAH:
Anonymous said...
salam sume..napok gayonyo...abe li kita smakin napok doh yg dia memey maroh mena nga tok guru nik aziz...hok gapo tok guru oyak tu...napok srupo ore BN tafsir..gini lah...klu abe li x brapo nok jelas ttg gapo hok tok guru kato..trus gi jupo nga dio pahtu...mitok dia jelas sbnar-bnarnya...klu dok...benda-benda barah dalam hati srupo x stuju angin, maroh, sero beci...sero srabut tu...lamo lamo bleh wat kito smakin lama smakin parah...pahtu..timbul dlm hati yg pandangan kita shj yg betul....ore lain sume doh x betul...1 lagi...cuba abe li renung2kanlah...apa gamaknya jadi kat m'sia ni klu xdok ore srupo tok guru nik aziz ni...
Jawapan saya: Saya tak ada sebab untuk marah Tok Guru Nik Aziz. Saya memang kenal dia tetapi saya yakin dia tak kenal pun saya kerana selama kira-kira lapan tahun saya bekerja dengan UPKn, saya tak pernah rapat dengan dia, malah tidak pernah jumpa sekali pun dalam bentuk perjumpaan peribadi.
Lazimnya selesai ambil gambar ketika beliau dikunjungi oleh tetamu, terutama tetamu luar negara, saya akan segera keluar dari pejabatnya. Dia mungkin biasa terpandang wajah saya tetapi dia tahu pun apa nama saya. Saya tidak penah bertumas di pejabat MB.
Dia tidak pernah tolak permohonan kawasan balak atau apa-apa projek kerana saya tidak pernah pun pohon kawasan balak atau apa-apa projek. Jadi untuk apa saya marahkan dia. Kalau pun pendapat saya selari dengan Umno/BN itu secara kebetulan, saya tidak pernah rapat dengan mana-mana orang Umno/BN juga.
Tan Sri Annuar Musa atau mana-mana orang Umno/BN barangkali kenal saya sewaktu saya masih aktif sebagai wartawan dan menjadikan kami sering bertemu semasa saya buat tugas liputan tetapi tidak pernah sesiapa pun di antara mereka yang bertemu atas nama peribadi atau berbincang untuk serang Pas dengan saya, apatah lagi bagi upah atau sogokan.
Cuma pada suatu ketika TV3 berantakkan, malah pejabatnya di Parit Dalam ditutup gara-gara pada suatu juga, ketika bila ada memo dari pengurusan stesen tv itu mahu serangan dibuat ke kawasan yang Tok Guru wakili dan jurugambar TV3 Kelantan minta saya bantu dalam bentuk skrip (dulu skrip untuk jurugambar TV3 Kelantan saya yang banyak sediakan), saya tolak atas alasan majikan saya adalah Kerajaan Negeri ketika itu.
Menyedari bahawa rancangan itu boleh menjejaskan Tok Guru, isi kandungan memo sulit itu telah saya dedahkan melalui tulisan saya dalam Harakah membuatkan pihak pengurusan TV mengamuk sakan, sekali gus membawa kepada penutupan pejabat TV di Parit Dalam.
Pihak TV3 buat siasatan dan saya mengaku bahawa oleh kerana Kerajaan Kelantan adalah majikan saya, maka bila ada perancangan untuk buruk dan rosakan penerajunya, kewajipan saya adalah membuat pendedahan segera supaya rancangan itu gagal.
Pihak pengurusan mengakui kecuaian mereka, malah kalau saya maklumkan siapa yang tunjuk memo sulit itu kepada saya, petugas terbabit akan dipecat serta merta tetapi saya tidak membuka rahsianya atas alasan etika. Saya akan beritahu di mahkmah jika ada pendakwaan.
....1 lagi...cuba abe li renung2kanlah...apa gamaknya jadi kat m'sia ni klu xdok ore srupo tok guru nik aziz ni... atas faktor inilah saya banyak menegur Pas sekarang ini. Insyaallah setiap apa yang saya tulis saya akan rujuk kepada terjemahan al-Quran dan Hadis tentang patut atau tidak patutnya.
Saya yakin Allah Maha Mengetahui apa yang terkandung dalam hati saya dalam membuat teguran terhadap Pas berbanding dengan apa yang pemimpin, ahli dan penyokong Pas tahu. Saya hormati dan kagumi Tok Guru Nik Aziz kerana kealimannya.
Tetapi saya kurang setuju dengan pendekatan dan cakap-cakap politiknya yang saya yakin ianya bukan terbit dari hatinya tetapi kerana terpaksa akur kepada kepentingan politik semasa. Pokoknya apakah cara itu dibolehkan oleh Islam?
Barangkali para penjenguk perlu dimaklumkan, saya menulis mengenai Tok Guru Nik Aziz dan memerhatikan perjalanan hidupnya bukan baru tetapi bermula sejak tahun 1990 lagi, yakni sejak kira-kira 19 tahun yang lampau tanpa sehari pun terhenti hingga kini.
Sila semak buku-buku saya; GARA-GARA PENANGAN TOK GURU ORANG ISTANA MERANA, PARTI PILIHAN RAKYAT KELANTAN, MENTERI BESAR BERKOPIAH MEMBAWA TUAH, AMANAT TOK GURU, NIK AZIZ INTAN TERPILIH ABAD INI, PANGLIMA JIHAD PAS, NIK ADLI: HERO BARU PERSADA POLITIK NEGARA dan lain-lain.
Harus diingat bahawa ubat yang paling pahit adalah yang paling mustajab manakala segala moknika yang manis boleh menyumbang kepada kemungkinan serangan penyakit kronik, antara manis yang membahayakan adalah pujian, sanjungan, jolokan dan ketaksuban melampau!
8 comments:
TUBIK SMULA-ambo tertarik nga kisoh cik siti wae kembane (cswk)..hok hujoh lain ambo pikir dulu yo lo ko dok..napok gayo abe li macam ccayo ko cerito lagenda asal usul cswk hok bunuh rajo siae gapo tahu tuh..kalu ore tu jenis takjub ko cerito2 lagu ni hok tok tahu sohih ko dok dae di jadikae panduae..ai tok syok gini.Cumo ambo nok tanyo sikit jah mugo abe li ccayo ko cswk tu. cswk ni isle ko dok? pah tu kato lah kalu dio islae, setahu ambo gambarae hok dok bui ko pemakaiae dio, dio selalu dok kembae (berkemban mcm ptr gng ledang)sebab tu ore paggil nga namo tuh..gak isle lagu mano buko aurat gituh..pah kubur dio mano eh? kalu isle hadhori hok pupus buleh kot..so lagi tulong beli hujoh honda cub dlm posting 325 pulok ambo nok tengok..teruskan menulis.
Salam abe Meli
Saya naik pelik ko ore2 hok tok setuju dengan tulise abe li, mace ore gilo talok. Maroh2 tapi tetap gelenya nok baco, doh tok sir denga gapo pemikire ore gak, gi ko blog lain la. puok demo jugok hok kato Malaysia ni tok bebas nok kecek, so ore nulis bendo hok tok keno denga Tok guru demo, maroh la pulok.
Kepado John, Honda Cup, dan Anonymos hok laing, tok soh baco la blog ni, beribu blog lagi ado hok terus tereng dok ngepung PAS. Baco blog tu la.
Nashrul...
Aku tok ser baloh ngan mung. Aku nak balah dengan meli (balah hujah jah). Sebab dia kata tak dok alik parti mana, tapi dok nja alah ko pas. Kalu tak dok alik mana gak tengok kiri kanan lah. jangan wat mata keceng.
Kalu dia nak betul cara politik ore kelate, bukannya cara lagu nih. Tulisan ngarut bedooh. tak padan. sebab tu ramai ore bengung dgn tulisan dia. Hak sokong tu, sokong tak dok hujah... Hak tentang ada jugak hujah.
Suruh meli ngaku ore umno, baru aku tak kaca dia. ikut dia nak tulis gapo.
Suruh meli ngaku ore umno, baru aku tak kaca dia. ikut dia nak tulis gapo.
MU SAPO NAK NAK SURUH MELI MASUK UMNO. DIA NAK MASUK KE, TOKSIR, NAK SOKONG PARTI MANA MU DDOLI PPALO BAPAOK APA. ADA MELI GI JETIT BATU PELIRMU/
MU TAK SETUJU DENGAN MELI TOKSOH BACO. LAMO-LAMO 'KAN MU MASUK WARD GILA. TENGOK KO FESYEN KOMEN MU, NAPO BENAR MU NI JENIH MERENG.
MAAF MELI, AMBO TAHU MELI ORANG SOPAN SANTUN, TAK SUKA BAHASA KASAR, TAPI A,BO GERAM BEDO'OH DENGAN MAMAK SEKOR NI.
BUAT BLOG SEDIRI LA....NAK TAU BARA EKOR BERUK MAT YEH SANGGUP BACA.
Anonymous..
Gak sapo nok baloh denga mung, namo pung tadok. Bendo hok aku royak sungguh, jange jadi ore gilo talok, aku pun buke ore UMNO, tapi hormat lah pemikire ore laing.
Co mu royak kat ku etek eh, alik mano Abe meli royak saloh. semuo denga fakta. CUmo dio kritik PAS, sebab bagi dio PAS buke Isle, Isle buke PAS.
Salam Abe Meli
Diminta abe Meli, buat filtering pado setup blog ni, hanya mereka yang berani royak namo utk dicontact sahj boleh bui komen, macm MSO buat, takat pakai anonymous, toksoh benar masuk komen, sebb kalu takut nok royak diri sapo, buat gapo nok komen pemikire ore.
Lontaran hujah yg. diberi memang saya boleh terima. Teruskan menulis dan beri pandangan anda walaupun menongkah arus dan tak disenangi.
Kini bila PAS perintah kedah, barulah tahu susahnya nak perintah kalau tak disokong oleh parti bukan islam. Macam mana nak laksanakan dasar islam kalau tak disokong oleh parti lain. Habis tu, perintah macam dulu jugak la, macam umno. Bila ceramah di kampung berapi-rapi macam nak perang, tapi bila dah perintah slow-slow lah. Kami di peringkat bawahan nak tengok dasar-dasar islam dilaksanakan seperti dijanjikan dalam ceramah-ceramah dulu.
Tok guru nik aziz walaupun dia kata macam-macam yang dianggap pelik, tapi tetap diterima penyokong. Itulah kelebihan tok guru politik. Kalau orang lain dah lama dipencenkan. Orang pandai agama memang bijak memanipulasikan orang melayu yang sangat hormat pada ustaz-ustaz. Dulu kata haram pakat dengan kafir, tapi la ni harus pulak . Wajib tentang bila kafir hina islam, sekarang tak salah ( op.. silap -'tak pelik')pulak sebab dia orang tak faham islam.
Dari sudut kemurnian agama saya kecewa dengan kenyataan tersebut. Tapi dari sudut politik saya kagumi kenyataan tersebut. PAS sudah dapat berevolusi agar dapat menyesuaikan diri dengan keadaan. Kalau harap sokongan orang islam sampai kiamatpun tak menang. Tapi dengan harga yang tinggi iaitu terpaksa melupakan dasar nak laksana hudud dan islam walaupun dalam ceramah di kampung-kampung sebut nak laksana islam. Kalau dapat memerintah nanti alasan yang diberi mudah saja macam umno beri juga, kita negara berbilang bangsa, susah nak laksana hukum hudud (tapi dengan hujah agama la)
Post a Comment