Saturday, August 15, 2009

MUNCUL KEMBALI (329) - Kemaskini dengan pembetulan ejaan

Bukan biso mana

SAYA tertarik untuk memberi respon kepada komen berikut;

mamamamam said...
assalamualaikum w.b.thoh!! tu dio..biso sangat demo sejaroh kalu gitunyo...banyak benda kawe buleh male niso lagi kawe nok tanyo...blog "lokan bertepuk" tu hok demo jugok ko??


p/s-dok "khenak" kawe male ni

Waalaikumusallam! Saya tidak hebat (biso) mana tentang sejarah tetapi saya meminati sejarah di samping untuk menjadi penulis memerlukan banyak ilmu bantu, maka saya kena cari maklumat sebanyak mungkin.

Seperti yang saya jelaskan, saya tidak masuk universiti sedangkan bidang yang saya pilih (penulisan/kewartawanan) memerlukan ilmu yang sakan kerana ianya kerja profesional.

Kerana itu saya kena bekerja keras untuk muatkan dalam otak kepala dan dada saya dengan pelbagai maklumat. Kalau tidak, tentulah saya tidak layak untuk memaklumatkan orang lain yang terpaksa membeli akhbar atau majalah untuk dapatkan maklumat, terpaksa beli radio dan tv untuk dengar dan tonton berita dan hal ehwal semasa.

Misalnya maklumat tentang Pas, saya kena tahu bila ianya ditubuhkan, di mana ianya ditubuhkan, kerana apa ia ditubuhkan, siapa pengasasnya, malah saya kena tahun nombor pendaftaran, malah siapa pegawai yang meluluskan pendaftarannya. Begitu juga dengan Umno dan parti-parti lain.

Saya juga ada maklumat lengkap (kerana tugas saya memerlukannya) tentang siapa itu Dr Burhanuddin Al-Helmy, siapa itu Ahmad Puad Hassan, siapa itu Prof. Zulkifli Mohamad, siapa itu Yusoff Rawa, siapa itu Hassan Adli, siapa itu Fadzil Noor, siapa itu Dato' Seri Hadi Awang, siapa itu Dato' Nik Aziz Nik Mat dan tokoh-tokoh Pas yang lain.

Saya tahu (kerana saya perlu tahu) Dr Burhanuddin adalah rakan akrab Abdullah CD (Pengerusi PKM), malah beliaulah orangnya yang membekalkan laporan kejayaan PKM membunuh askar penjajah kepada Utusan Melayu di Singapura untuk disiarkan.

Saya bukan sahaja tahu Dato' Seri Haji Hadi gemar menjala tetapi saya pernah saksikan kehebatan beliau menebar jala. Saya juga tahu Dato' Haji Nik Abdul Aziz seorang penembak yang cekap, suka makan belut dan ikan sungai serta sukakan durian di samping beliau minat menonton perlawanan gusti di kaca tv.

Saya juga ada maklumat tentang UMNO, BERJASA, HAMIM, AKIM, MCA, MIC, GERAKAN, PARTI NEGARA, USNO dan parti lain yang ada di negara ini serta maklumat tentang tarikh penubuhan dan para pengasanya.

Saya juga hafal nama mukim, daerah dan jajahan setiap negeri, kalau di Kelantan nama-nama kampung saya hafal supaya apabila menulis laporan saya tidak akan tersalah sebut nama kampung, mukim, daerah dan jajahan. Nama kawasan DUN dan parlimen pun dihafal.

Bukan kerana saya 'biso' tetapi kerana terpaksa. Sebelum saya menulis tentang PKM misalnya, saya pergi dulu ke dalam PKM itu sendiri. Bila menulis tentang kesengsaraan mangsa perang Kemboja, saya pergi ke sana dan cuba merasakan kesusahan mereka.

Saya menulis tentang Pas pun setelah saya masuk ke dalamnya, saya selami apa sebenar yang berkeladak di dasarnya dan tidak hanya berpaksi jernih dan tenang pada permukaan, bukan sekadar hentam kromo sebagaimana yang barangkali sebilangan besar penjenguk sangkakan.

Kalau saya dimasukkan ke dalam Umno atau mana-mana parti politik, tentulah saya akan tulis apa yang sebenarnya berlaku di dalamnya. Setakat ini saya tidak pernah masuk secara langsung ke dalam Umno.

Saya tak akan menulis yang baik-baik tentang sesuatu perkara kerana yang baik sudah tidak perlukan pembaikian lagi, sebaliknya yang tidak baik perlu didedahkan supaya ianya boleh diperbaikan.

Tentang blog "lokan bertepuk" itu, sebenarnya blog berkenaan tidak ada kaitan langsung dengan saya. Blog saya inilah satu-satunya blog yang saya ada, itu pun dilahirkan terkemudian dari blog rakan-rakan sealiran yang lain, kebetulan masa terluang agak banyak, maka saya bolehlah sentiasa kemaskinikannya.

Tetapi setelah operasi penerbitan akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku diaktifkan kembali, saya tidak tahu apakah saya masih ada masa dan kudrat dalam usia yang sudah semakin senja ini untuk sentiasa kemas-kinikan blog ini.

Kalau tidak ada aral melintang, MINGGUAN KONSEP yang dihentikan penerbitannya akan kembali ke pasaran sebelum atau pada 20 Ogos ini. Insyallah isi kandungannya akan bersifat berkecuali dan tidak berpihak kepada mana-mana pihak.

Saya juga mahu respon kepada komen berikut;

nhasrul said...
Salam Abe Meli. Diminta abe Meli, buat filtering pado setup blog ni, hanya mereka yang berani royak namo utk dicontact sahj boleh bui komen, macm MSO buat, takat pakai anonymous, toksoh benar masuk komen, sebb kalu takut nok royak diri sapo, buat gapo nok komen pemikire ore.
August 14, 2009 7:47 AM.


Saya hargai permintaan anda. Tetapi hakikatnya saya bukannya mahir dalam soal-soal teknikal. Susah untuk sekat atau tapis komen yang dihantar penjenguk. Setiap yang dihantar akan terus tertera di screen.

Saya bukan belajar pun dalam membina blog ini. Sebaliknya saya hanya beranikan diri cuba-cuba, kebetulan menjadi walaupun secara ala kadar dan coraknya pun tidaklah sedap kelih macam blog-blog orang lain.

Banyak hal-hal yang berkaitan dengan komputer ni saya bukan belajar pun. Mula-mula buat kerja dengan Pertubuhan Beita Nasional (BERNAMA) dulu kita guna telex.

Kemudian diganti dengan satu mesin kecil macam komputer yang boleh disalurkan bahan berita melalui mana-mana pondok telefon. Saya lupa namanya. Tidak mudah untuk kendalikannya tetapi kena cuba mahirkan diri juga.

Lepas itu barulah komputer digunakan. Monitornya saja kena usung empat orang kerana berat. Ibusawatnya ada sebesar peti sejuk dua pintu. Tidak boleh dimatikan suisnya. Kalau bekalan elektrik breakdown, kena panggil juruteknik khas set balik kedudukannya.

Susahnya juga nak mahir tetapi terpaksa belajar. Tetapi kerana sikap suka ambil tahu, seingat saya, sayalah di BERNAMA Kelantan yang paling awal dapat buka dan baca laporan-laporan agensi berita luar negara.

Saya juga boleh buat layout akhbar, majalah dan buku kerana sikap suka ambil tahu, suka buat sesuatu kerja dengan bertumas dari awal pagi hari ini hingga ke awal pagi esoknya bagi memastikan segala masalah dapat diatasi.

Insyaallah ekoran dari itu, kerja-kerja pra-cetak, dari layout, hingga ke proses membuat filem, plet cetak dan mengendalikan mesin cetak boleh saya lakukan walapun tidak benar-benar mahir.

Dalam pada itu saya masih cuba mendalami untuk mencanggihkan keupayaan saya lagi dalam soal-soal teknikal berkaitan dengan blog ini. Mudah-mudahan nhasrul boleh bersabar.

Bagaimanapun secara tulus ingin saya tegaskan bahawa saya sebenarnya lebih suka dikritik dan dikeji dari dipuji supaya saya akan sentiasa sedar diri dan tidak akan mudah jadi angkuh. sombong, bongkak dan riak kerana pujian, jolokan dan sanjungan.

Dulu saya berkerut dahi bila ustaz kata alim ulamak zaman dahulu akan segera melumurkan muka mereka dengan lumpur apabila dipuji, kononnya kerana takut termakan puji, takut jadi manggak, angkuh, bongkak, takbur dan riak.

Pada usia yang sudah senja ini barulah saya faham dengan tindakan alim ulamak zaman dahulu apabila melihat sesetengah individu yang diberi gelaran ulamak dan ramai pentaksub boleh bersikap dan bercakap menggunakan bahasa-bahasa yang manggak dan tidak sepatutnya diucapkan oleh ulamak.

Kerana itu saya lebih sedia untuk dikeji dan dicaci dari dikeji supaya saya sebagai Meli tetap akan jadi Meli sampai bila-bila dan sentiasa sedar diri akan segala kekurangan kelemahan!

3 comments:

john said...

TUBIK SMULA- di harap penerangae abe li yg panje lebar tidak m'mpunyai unsur riak..teruskan dgn apa yg ada.

Anonymous said...

abe li membuktikan betapa di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Belakang parang kalau diasah setiap hari mampu digunakan untuk sembelih kerbau.

pemudacakna said...

Kadang-kadang anonymous berguna juga kepada kita. Kalau tidak ada anonymous mungkin komen yang gila-gila tidak berani dibuat. Dengan komen gila-gila ini, kadang-kadang dapat juga mengetahui kelemahan diri kita di samping kita juga dapat mengetahui kelemahan orang itu.
Itu cuma pendapat saya.
Terserahlah.