Saturday, August 15, 2009

MUNCUL KEMBALI (330)

Selsema babi: mana suara ulamak dan pendakwah?

BILA Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1 = selsema babi), berapa orang di kalangan rakyat negara yang tidak gerun dan bimbang boleh mati oleh bahana wabak itu.

Masing-masing seboleh mungkin membataskan pergaulan, malah ada yang memilih untuk menangguhkan sembahyang berjemaah di masjid pada setiap waktu sembahyang kerana bimbang akan terdedah kepada jangkitan penyakit berkenaan.

Nampak sangat betapa selsema babi lebih ditakuti daripada Allah selaku pencipta wabak yang pasti ada sebab musababnya kenapa wabak itu menular. Sayangnya dalam keadaan yang membolehkan akidah umat Islam rosak kerana selsema babi ini, tidak ada seorang ulamak dan cendekiawan Islam pun yang muncul memberikan fatwa.

Juga tidak ketara pendakwah sama ada dalam bentuk individu, kumpulan atau badan khusus yang ambil kesempatan memanipulasi wabak supaya kualiti iman dan takwa umat Islam bertambah mantap manakala yang belum Islam akan berbolong-bolong masuk Islam kerana masing-masing sedar sedang terdedah kepada kematian oleh angkara dan ancaman selsema babi.

Bukankah menjadi sesuatu yang sangat sumbang dan songsang apabila selesema babi yang kena jadi lebih ditakuti dan diusahakan dengan kemaruk, gigih dan ketagih untuk mengelak kemungkinan jangkitan daripada takutkan Allah pencipta wabak itu tanpa adanya usaha yang benar-benar kemaruk, kgigihdan ketagih untuk menjadi hamba-Nya yang tidak dimurkai.

Yang paling menyedihkan, dalam keadaan entahkan boleh selamat dari jangkitan yang sekaligus entahkan ada peluang untuk terus hidup atau akan mati sebagai mangsa H1N1, ada yang ambil kesempatan bagi mencapai impian tamak haloba mengaut laba keduniaan.

Antaranya para peniaga yang mengambil kesempatan dari penutup hidung dan mulut menjadi suatu keperluan sehinggakan atas nama mengambil kesempatan, ianya menjadi barangan keperluan yang sukar diperolehi sama seperti sukarnya rakyat mahu mendapatkan bekalan gula.

Paling mendukacitakan harga bagi penutup hidung dan mulut jauh lebih melambung tinggi dari gula yang gara-gara kekurangangan menjadi industri pengeluaran makanan, terutama dalam bentuk kuih muih terbantu. Dulu harga penutup hidung dan mulu cuma 50 sen satu, kini ada yang jual pada harga RM3.

Kepada para peniaga tanpa iman dan takwa, pastinya inilah kesempatan mengaut kekayaan yang tidak akan mereka lepaskan kerana peluang tidak mungkin datang acap kali. Kalau keuntungan dari setiap penutup hidung dan mulut diperolhi keuntungan bersih sebanyak 10 sen, apatah lagi kalau harganya meningkat sampai enam kali ganda, bayangkanlah berapa perolehan dalam tempoh sehari apabila barangan itu menjadi keperluan sekitar 28 juta orang rakyat negara.

Mudah-mudahan penularan wabak selsema babi tidak sengaja dibesar-besarkan dengan matlmat dan kepentingan perniagaan, yakni selain dari pernigaan penutup hidung dan mulut akan menjadi suatu perniagaan telaris, mungkin juga ianya untuk memastikan jenis ubat yang baru dicipta dan baru ditemui formulanya, mudah dipasarkan.

Umat Islam jangan sekali-kali tegelincir akidah. Kena diyakini bahawa tidak ada apa-apa kuasa atau penyakit yang boleh memisahkan nyawa dari jasad kecuali kerana telah sampai saat kematian yang tidak akan dipercepat dan perlewatkan walaupun sekadar sesetengah saat cuma sebagaimana yang telah sedia ditetapkan-Nya.

Masing-masing tidak perlu takutkan selsema babi sampai melebihi takutkan Allah, sebaliknya dengan penuh hikmah kena dicari punca kenapa bala bencana datang kepada kita yang mana kebanyakan bala bencana yang menimpa manusia adalah oleh angkara tangan manusia sendiri, terutama yang bermusuhan dengan Allah dan Rasul-Nya.

Walaupun umat Islam dituntut berikhtiar mengubati penyakit yang dihidapi, malah dituntut menghindari dari dijangkiti apa jua penyakit yang mana menghidari dan mengubati itu akan diganjarkan dengan pahala, tetapi mereka tidak boleh elak dari mati kerana mati adalah suatu kemestian bila sampai ajalnya.

Cuma yang mesti dipegang ialah tidak boleh takutkan wabak penyakit yang dicipta melebihi ketakutan kepada Allah Maha Pencipta. Seelok-eloknya bila merebak dan menularnya pelbagai wabak penyakit, maka kena segera dikaji dan dimuhasabahi apa salah kita dan negara kita terhadap Allah di samping kena dikaji juga apa hikmah di sebalik penularan sesuatu wabak.

3 comments:

john said...

TUBIK SMULA-ado doh eh abe li soro ulamanyo..us.harun din nga tg hj hadi ulas doh pasal ne tu(soro ulama biru ado tp ulasae pasal tok guru nik aziz kato islam buleh di hino-padohal tok guru royak dok dio tersilap sebut!)..mahfuz omar pun usul buat sidae tergempar parlimen. tp masalohnyo puok2 ni kalu bendo tu mari dari pembangkae dio wat lembu kenyae jah..pah so lagi kalu bendo ni rugi ko alik dio, dio takkan layae punyo. Apo la ado pemimpin bettak po kuro katub..ambo raso ado caro nok buleh bui puok2 ni sedar...bilo mano anok-beranok puok2 ni keno..haa baru nok kalut ribut..ko guano.

Anonymous said...

Abih riuh dengan penyakit ciptaan barat nak suruh laku ubat dia dan nak hapuskan penduduk bumi hak tak berguna di negara2 membangun & miskin. Hak bodoh ni gak dok caya dengan penyakit, konon2 takdir tuhan semua.

Demo baca tulisan tukar tiub pasal penyakit H1N1 ini.

Ambo nak tambah dengan lojik akal;

1. Simpton penyakit. -Bakpo yang mudah sangat kena, pesakit bersin depan kita menyebabkan kita kena jangit. Dulu2 bakpo takdok lagu nih. Berapo banyok ore bersin tak dok pun jangkit, paling kurang kita kena selsema jugak sebentar, pas tu hilang. Loni bersin sikit bawa penyakit, buleh mati pulak.

2. Pesakit dan penyakit. -Kalu ore makan babi kena penyakit selsema babi, lojik lah. Sebab dalam badan dia ada kuman2 babi, bila ada ore bersin, virus akan terbang. kalu betul virus babi mesti dia mudah g ke ore hak ada kuman dalam tubuh dia. Tapi bak po hak mati ramai ore melayu yg tak makan babi. Virus ni serang paru2 dan melemahkan fungsi pernafasan.

3. Macam cerita2 mat salleh. -Ia disebarkan apabila pesakit bersin mengeluarkan virus2 yang akan mati dalam tempoh 30-45 minit jika tidak bergabung dengan manusia lain. Jika dapat masuk ke dalam badan manusia, ia dapat hidup kerana fisiologinya sesuai dalam badan manusia dan membiak dalam jangka waktu yang cepat. Kerana itu pesakit yang tiba-tiba diserang penyakit ini akan cepat mati dan virusnya akan mudah tersebar. Macam cerita2 sains barat, kalu belalang jadian yang membiak secara cepat apabila bergabung dengan fisiologi2 tertentu. Fahaman ini sebenarnya sudah lama di barat. Pada awalnya kita lihat dalam filem fiksyen sains lama2 dalam dunia realiti.

4. Kalu betul penyakit dari tuhan mesti ada langkah pencegahan dari sudut moral dan agama. Contoh penyakit AIDS. Manusia dicegah dari membuat zina dan dadah. Dunia sekarang yang penuh dengan kebebasan yang tiada batasan. Ini merusakkan dunia, tuhan cipta dunia molek2 bakpo kita nak rusakkan. Hak tuhan suruh supaya kita semua bangsa hidup aman damai, harmoni, jangan bergaduh, jangan buat kerusakan, jaga zuriat dan alam. Kalu setakat bersin lepas tu terus merebak...aii tak logik. Marah2 tuhan pun masih ada belas kasihanNya. Kita kan umat nabi Muhammad saw.

5. Asal usul babi dan binatang lain.- Babi dipercayai merebak dengan banyak semasa pembukaan Amerika Syarikat kurun ke 15. Bakpo pada masa tu tak dok penyakit nih. Dulu2 pun tak dok, loni baru ada ketika amerika dan negara2 barat mengalami kemerosotan ekonomi yang tenat. Cara dia,cipta virus. Sebar ikut udara atau buka cawangan makmal di KL dan lepaskan macam kita lepas burung merpati pagi2. Ikut mana dia nak gi.

6. Penyakit utama adalah kekal.- contoh malaria, denggi, kusta,. Tapi bakpo tak dok loni penyakit malaria, kusta dll. Sebab teknologi rawatan dan jenis ubat yang baik. Penyakit selsema babi ni, 3-5 blan lagi abislah. Ingat dak selsema burung, penyakit sars, dan lain2.

Nanti lepas ni kita akan jumpa lagi macam2 penyakit buatan barat @yahudi nak tipu dunia. Sebab utama nak untung dan banyak duit. Duit banyak, macam2 boleh beli. Senjata hak utama.

Jangan terkejut lepas ini ada penyakit selsema jugak. Selsema kapak jangak...hehehe

Mek said...

Mek tok kkejut mano ehh..boktan lor nih pun napok ghama doh hok kena selsema Kapak jangak nih weh..