Sunday, August 16, 2009

MUNCUL KEMBALI (333)

Biar kejam tetapi ketegas penting basmi pengkhianat agama, bangsa dan negara

EKORAN dari kewargaaan rakyat negara ini terdiri dari pelbagai kaum dan fahaman agama, mahu tidak mahu masing-masing kena saling hormat mengghormati bagi mengelak dari kemungkinan berlaku perkara-perkara buruk yang berpunca dari semangat polarisasi kaum.

Menjadi kerajaan, malah menjadi pembangkang kepada negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia bukan seperkara yang mudah, sebaliknya memerlukan lebih kebijksanaan, sikap keterbukaan dan kesabaran yang tinggi.

Tingkah laku dan percakapan yang tidak kena gayanya dan yang boleh menyentuh perasaan sesuatu kaum atau penganut agama menjadi umpama pemasangan bom jangka berskala tinggi yang boleh meletup dan memusnahkan negara.

Sehubungan dengan itu saya bersetuju benar supaya mana-mana pihak yang mencetuskan isu berbaur perkauman atau mempertikai perkara yang termaktub dalam Perlembagaan merupakan pengkhianat bangsa dan negara sebagaimana dilabelkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Langkah pencegahan kewujudan dan pembasmian para pengkhianat bangsa dan negara pastilah tidak ada yang lebih berkesan dan wajar selain dari penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan mana-mana individu yang berpotensi melakukan pengkhianatan terhadap bangsa dan negara ditahan sebelum ianya sempat melakukan apa yang tidak patut dilakukan.

Perbuatan tidak bertanggungjawab itu kalau tidak dibendung dan dilakukan tindakan pencegahan, pasti akan meletakkan negara dalam situasi huru-hara dan menggugat keamanan yang sudah dikecapi sejak sekian lama.

Walaupun tindakan yang diambil barangkali dianggap kurang wajar seperti penggunaan ISA, namun pengkhianat agama, bangsa dan negara mesti ditentang habis-habisan walaupun nampak dan bunyinya kejam.

Sehubungan dengan itu tidak kira sama ada individu atau puak dari yang orang parti politik pro kerajaan atau pro pembangkang, pihak berkecuali, pemimpin dan ahli NGO, pengamal media, termasuk pengendali-pengendali blog yang terlibat dengan unsur-unsur pengkhianatan mesti bersedia menanggung risiko menerima hukuman berat atas perbuatan mereka.

Konsep 1Mayasia patut disokong oleh keseluruhan rakyat negara ini, malah walaupun komunis tidak disukai tetapi apa yang menjadi amalan Rejimen Kesepuluh Parti Komnunis Malaysa (RJK10-PKM) yang diasas dan dipimpin oleh Haji Abdullah CD dan dibantu oleh Haji Rashid Maidin, Haji Abu Samah Mohd. Kassim, Hajah Suriani Abdullah dan lain patut diteladani yakni mengamalkan perkahwinan campur bagi menjayakan konsep berkenaan.

Pada umumnya keseluruhan anggota RJK10-PKM adadalah berbangsa Melayu atau pun kalangan berbangsa Cina yang memeluk Islam dan berpasangan dengan orang Melayu sama ada sebagai suami atau pun isteri.Anggota RJK10-PKM ada saham dalam mengislamkan kalangan yang bukan Islam walaupun perjuangan bersenjata mereka dipandang negatif berdasarkan versi catat sejarah atas kemahuan penjajah.

Dengan itu soal polarisasi tidak timbul. Juga soal anggapan tradisi bahawa Islam adalah hakmilik orang Melayu akan terhakis kerana Islam itu sendiri merupakan agama untuk jin dan seluruh manusia tanpa mengira bangsa, warna kulit dan batas sempadan negara.

2 comments:

john said...

JOHN MENGOMEN-hok ni ambo tok setuju, bahayo ni kalu kito kejam abe li. apa2pun setaro mano pengkhianatae pun segalo-galonyo ado panduae hukuman berdasarkan al-quran dah..ikut jah tok pahe tanyo ulama' pondok la...nabi kato doh 'jangan berlebih-lebihan/melampau-lampau dalam sesuatu perbuatan tu' tapi ambo raso pengkhianatae hok abe li ulas ni tuju ko UMNO ni..sebab selamo ke ning umno hok banyok dok ngelatnyo..'kuaso di tangan umno'!

butuk said...

ISA sangat bagus cuma perlaksanaannya yang tak bagus.Maka ISA mesti dikekalkan. Dalam masa yang sama bebaskan tahanan yang tidak bersalah bahkan tak mengancam keselamatan negara. Jangan aniaya tahanan yang turut menyusahkan anak2 keluarga mereka. Cara ini membolehkan ISA untuk terus dikekalkan sebagai pencegah bagi memastikan keamanan negara.
Kepada penentang ISA, saya minta anda semua bersikap rasional. Gunakan daya intelek dan bukannya emosi. Jangan kerana semata-mata kita atau anak2 kita pernah diISAkan maka kita menuntut ISA dihapuskan. Pikir dulu habis2. Ibrahim Ali pernah ditahan ISA tapi mahu ISA diteruskan.
ISA bertentangan dengan Islam? Berilah peluang yang adil kepada tahanan mempertahankan diri. Kalau tak bersalah bebaskan. Tak adil lagi? Yang sungguh2 org Islam menentang ni apa pasal. Pakai otak la kawan.
Mudah cakap beginilah.. kalau parti2 cina bersungguh2 meminta supaya ISA dihapuskan, percayalah ISA sangat berguna untuk umat Islam.