Thursday, August 20, 2009

MUNCUL KEMBALI (341) - KEMASKINI DENGAN PEMBETULAM EAJAAN

Kempen Umno/BN lebih sopan

TUAN John adalah antara yang sering muncul memberi komen melalui blog saya. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog yang tidak seberapa kualitinya ini. Maklumatkanlah apa yang patut melalui komen anda supaya saya dan para penjenguk akan mendapat menfaatnya.

Bercanggah pendapat dan ketidak-sealiran pemikiran adalah seperkara yang lumrah kerana kita mempunyai cara dan keupayaan berfikir yang berbeza, malah keperluan kita dalam sesuatu hal, termasuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan politik dan parti politik juga tidak sama.

Oleh kerana tidak ada apa isu yang mahu diberi pandangan untuk dipostingkan pada kali ini (saya masih keletihan kerana sehari suntuk memukat tarik dengan rakan-rakan sama minat dengan saya, dapatlah dalam lima kilo udang galah di samping pelbagai ikan sungai), maka saya akan cuba memberi respon kepada komen Tuan John sebagaimana berikut:

john said...
JOHN MENGOMEN-yang sebenarnyo abe li eh..hok ngundi hantu tu tu..ore lain payoh nok daftar atas so so alamat rama2. hok buleh buat lagu ni kena ado kerjasamo denga JPN jah (jabatae pendatare negaro).


Set2 pembangkae buleh ko nok buat lagu tu. Ambo tengok ado 2 kemungkinae:

1-taktik 'reverse phsycology umno-dio sebut dulu lagi isu ni padahal geng2 hantu ni ore dio supayo puok pas dok syok yg umno napok lemoh wak tubik isu ni.

2-UMNO frust kot,geng2 hantu ni tok leh nok bui undi ko dio doh..so..dio rekolah cerito ngundi hantu ni..ingat dio ado kaitan dengan JPN kalu daftar alamat!

acu abe li komen pasal calon n11 tu..sesuai ko dok..nok sokongpun tengok latar belakang la jugok..tak doh doh ko ore2 hok berjurus dalam UMNO tu...think about it all readers MKJ!

Bagi perkara 1: saya tahu apa yang sebenarnya berlaku tetapi biarlah saya tidak beritahu, kecuali jika diperlukan oleh mahkamah. Cuma apa yang anda kemungkinankan itu tidak tepat. Perlu rasanya ditegaskan, demi kemurnian amalan demokrsai, apa jua usaha ke arah kewujudan pengundi hantu patut dielak.

Sesama manusia memang boleh ditipu, diperdaya dan dikelentong tetapi mana mungkin Allah boleh ditipu dan diperdayakan. Pebuatan mewujudkan pengundi hantu untuk apa tujuan dan maksud sekali pun adalah berdosa, perbuatan yang tidak bermoral.

Wakil-wakil rakyat yang menang kerana dibantu oleh kewujudan pengundi hantu atau pun kerana sebarang bentuk perlakuan tidak bersih akan berdosa, punca pendapatannya untuk beli beras yang halal bagi orang lain tetapi akan menjadi haram bagi wakil rakyat yang menang dengan cara tidak suci.

Bagi perkara 2: Saya yakin Umno tidak terlibat dalam kewujudan pengundi hantu. Ini adalah kerana Umno/BN bertanding pada kesemua 166 kerusi, maknanya mereka perlu menang pada semua kerusi.

Kalau dUmno/BN pindahkan pengundi dari satu kawasan ke satu kawasan ianya akan menjadi walhasil balik asal sedangkan Umno/BN perlu menang sebanyak mungkin kerusi yang ditandingi. Yang membuat kerja ini adalah parti yang bertanding pada jumlah kerusi yang sedikit dan mahu kerusi yang dimtandingi kalau boleh akan dimenangi kesemuanya.

Pendaftaran pemilih atau pemindahan alamat pengundi bukan dilakukan secara langsung oleh SPR tetapi dilakukan oleh agen yang dilantik yang terdiri dari orang parti politik. Mereka inilah yang memainkan peranan berdasarkan arahan parti.

Bila SPR tetapkan syarat pengundi untuk sesuatu kawasan mestilah terdiri dari penduduk di kawasan berkenaan (dalam kawasan), maka pertukaran alamat kad pengenalan dilakukan dan kerana itulah berlaku longgokan nama pada alamat yang serupa dengan tuan rumah yang mana alamat rumhanya dilonggok dengan nama-nama yang tuan rumah sendiri tidak dikenali.

Untuk memastikan pertukaran alamat kad pengenalan diterima oleh JPN, akan diberikan alasan bahawa pemegang kad pengenalan berkenaan berpindah tempat tinggal. Bila dibuat permohonan, pihak JPN kena layan. Pegawainya tidak disyaratkan melawat ke alamat baru pemilik kad pengenalan yang memohon pertukaran alamat untuk pengesahan sebelum permohonan perukaran alamat dalam kad pengenalan diluluskan.

Yang memainkan peranan mendaftarkan pengundi baru atau yang memindahkan tempat mengundi lama adalah agen-agen parti yang dilantik oleh parti yang diwakili dan agen itu pula mesti akur kepada apa yang diarah oleh parti.

SPR dan KPN tidak terbabit dalam kerja-kerja kewujudan pengundi hantu tetapi kedua-duanya menjadi mangsa tuduhan, kedua-duanya menjadi umpama orang lain makan nangka orang lain yang kena getahnya. Oleh kerana keduanya tidak ada ruang dan peluang untuk mmbalas serangan melalui ceramah atau rapat umum, maka keduanya menjadi mangsa fitnah dan tuduhan liar.

Pihak parti menyediakan bayaran khas untuk mereka yang sanggup pindahkan alamat tetapi masih kekal bermastautin di tempat asal, malah pada hari mengundi mereka akan dibayar sekitar Rm50 kerana terpaksa tinggalkan kerja buat untuk mengundi dengan kenderaan bagi membawa mereka ke tempat mengundi juga disediakan.

Ketidak-jujuran dan ketidak-ambil-beratan terhadap soal halal haram oleh agen parti yang menjadi agen daftar pemilih telah mewujudkan pengundi hantu. Pada pemerhatian saya Umno/BN tidak melakukan kejahatan ini kerana bagi Umno/BN 166 penting kerusi penting belaka dan kalau boleh mereka mahu menang kesemuanya, atau pun mereka kena menang 2/3.

Pasal calon N.11 Permatang Pasir dari Umno/BN, saya tidak tahu latarbelakangnya. Tetapi jika diperhatikan beliau diserang dengan begitu hebat oleh pihak pembangkang, maknanya beliau ada pengaruh dan membimbangkan lawan.

Kalau beliau tidak mampu menggugat lawan, beliau tidak akan disasarkan dengan serangan-serangan peribadi supaya beliau dilihat cemar moral oleh para pengundi. Mencaci peribadi adalah perlakuan orang yang sedang dalam keadaan terdesak.

Seandainya beliau tidak secemar yang dicemarkan, beliau bukan sahaja mendapat pahala dan mereka yang cuba mencemarkannya akan berdosa tetapi beliau pasti akan mampu buat kejutan. Kalau saya jadi Pas, saya tak akan beri tumpuan untuk cemarkan moral orang lain kerana ianya dilarang oleh agama.

Kalau PKR atau DAP yang melakukan sedemikian tak jadi masalah kerana dalam nama penuh keduanya tidak ada perkataan Islam. Tetapi bila Pas yang buat cacian, ianya amat sumbang dan menjadi sesuatu yang amat tidak wajar kerana secara tidak langsung parti itu semacam membelakangi larangan Allah.

Dalam Islam jangankan mendedahkan aib orang lain (apatah memfitnah) dilarang, tetapi menceritakan keaiban diri sendiri pun dilarang. Dosa menyakitkan hati seseorang tidak akan terhapus hanya dengan meminta keampunan dari Allah tetapi perlu memohon dan menerima ampun dari orang yang disakiti hatinya.

Saya yakin dengan beliau begitu diserang dengan tuduhan-tuduhan yang beliau nafikan dan jika benarlah beliau tidak sebagaimana yang dituding, ianya akan menjadi bonus untuk memungkinkan calon Umno/BN akan menang. Bagaimanapun hakikatnya siapa yang menang dan siapa yang kalah telah sedia tercatat dalam suratan takdir-Nya.

Cuma yang agak pelik bagi saya kenapa dalam keadaan serba cangih dan jumlah orang yang kurang cerdik kerana tidak mengaji tinggi macam saya semakin berkurangan, pendekatan politik masih bersifat kepada tatacara yang dilarang oleh agama masih menjadi amalan oleh parti yang kononnya berjuang berlandaskan tuntutan Islam.

Kenapa Pas tidak terangkan alasan dan hujjah mengapa Umno/BN kena ditolak dan apa kebaikan yang akan pengundi dapat jika memenangkan Pas berbnading dengan jika pengundi memenangkan Umno/BN. Rasanya pengundi akan lebih tetarik jika dikatakan calonnya memang bagus orangnya, cuma parti yang dlwakili tidak sesuai dengan sekian-sekian alasan yang lojik dan munasabah.

Sama ada di Manek Urai mahu pun di Permatang Pauh, nampaknya Umno/BN lebih bersih mulut dalam berkempen menjadikan sukar untuk dipastikan parti mana sebenarnya yang perjuangannya lebih selari dengan Islam.

Itu pandangan saya sebagai pemerhati bebas yang tidak ada kepentingan parti politik. Sudah tentu bagi kalangan mereka yang ada kepentingan parti politik akan berbeza pandangnnya, malah bagi meeka mencaci cerca dan mengaibkan orang boleh jadi halal dalam berparti politik yang mana dalam berparti politik ada bohong dan tipu sunat tetapi dalam Islam bohong, menipu, mencaci cerca serta mengaibkan orang untuk apa tujuan dan muslhat pun adalah berdosa.

Islam memerintahkan yang jahil dialimkan oleh si alim, Islam menghalalkan doa ksejateraan untuk kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup, yang sudah mati dan yang akan lahir, sebaliknya dilarang berdoa agar orang jahil terus jahil dan sesama Islam atau pun diri sendiri ditimpa musibah atau kecelakaan!

9 comments:

Anonymous said...

macamana dgn prk p.pasir ,dari mula tiub wisil nampak pasukan ubn
barisan pertahanan dah mula kerja keras lantaran barisan depan kurang
mampu attak lawan di sebabkan kesan
kecederaan teruk yg payah utk di ubati, itulah kalau nak pilih pemain ambillah yg berkualiti.bukan
pemian yg tidak berdisiplin,main sana main sini tentu lah tercedera.
jurulatih pulapon jurulatih sambilan, mana tahu pemain tu cedra
ke tidak. walau bagaimanapon terus
kan walaupon kalah, tak apa, kira berlatih sajalah.nanti bila masuk liga kebangsaan tulah tempat ambil
balik.

Anonymous said...

Ha ha , mu kata jag dedahkan aib orang lain, yang mu hari hari dedahkan kesalahan PAS itu apa cerita. Sudahlah. Cakap tak serupa bikin. Mu gi kutip ikan kat sungai lagi baik

john said...

TUBIK SMULA-dale kita nak pilih pemimpin ni..kita kena tahu latar belakang pemimpin yang nak di pilih ,track record kena bersih..mcam nak mintak kerja jugak..takkan majikan nak ambik kalu ado rekod tok molek..nok jadi polis pun kena rekod bersih..inikan nak berkhidmat dengan rakyat?..(tapi kalu dio betul2 taubat nasuha tak po la..tuhan saja yg tahu) kalau nak kata fitnah/tuduhan tak berasas telah terbukti oleh mahkamah sendiri kesalahan dia..abe li,jange kerana kita tak belago angin denga golongan tertentu, hok terang2 salah nak bela lagi..jadilah mcm Ku Li walaupun parti dia, ore tu tetap dia mempertikaikannya..memang tuhe maroh mendedahkan aib orang..tapi dalam bab memilih pemimpin ni,ambo raso kito kena rujuk pakar la..

Anonymous said...

mu gi kelik klate la oiii jangutttt

PUTRA CAKNA said...

BARU LAHIR :
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.
Menahan sabar ketika berpuasa adalah satu amalan yang baik. Terimalah dengan sabar cacian orang kerana cacian tidak akan ke mana melainkan dibenci oleh Allah.

Seman Ketereh said...

Kalau buat dosa masa muda-muda ada inggo, ada harapan nak bertaubat. Masa tua dok mengaban lagi takut tok dan nak bertobak.

Meli dalam buat aku banyak kata udok ko mu, sempena bulan poso ni aku minta maaf dari ujung kaki hingga ujung rambut.

Aku tau mu jenis terbuka dalam berbincang, mu payah ssero hati. Aku sediri raso aku sediri tok leh sabar kalu aku kena seranah macam aku seranahmu, tapi aku tabik denganmu, sentiasa cooldown.

Anonymous said...

ambo sokong gapo hok abe Li dlm kato pasal pengundi hantu tuuu.. Ambo duk khijo di JPN Putrajaya sdiri tahu gapo hok sbenar nga tak benar berlaku. Jange laaa duk tuduh JPN bersubahat dlm isu pengundi hantu ni... Di JPN kita ader prosedur yg ketat. Semua rekod dipantau dan disimpan dlm server yg amat tinggi tahap keselamatan nye.. buke sene2 jah oghe buleh akses rekod seseorg. Nak tengok sajo pun kena lalui byk peringkat keselamatan. Semua urusan ada log.. so buleh dirujuk kalu ada isu timbul. Ambo tok tahu laa sapo yg buat cerito pasal JPN ni terlibat jugak.. Dah jd fitnah tu... diharap oghe yg buat cerito pikir dulu dan siasat dulu sblm wak statement.

Anonymous said...

ambo sokong gapo hok abe Li dlm kato pasal pengundi hantu tuuu.. Ambo duk khijo di JPN Putrajaya sdiri tahu gapo hok sbenar nga tak benar berlaku. Jange laaa duk tuduh JPN bersubahat dlm isu pengundi hantu ni... Di JPN kita ader prosedur yg ketat. Semua rekod dipantau dan disimpan dlm server yg amat tinggi tahap keselamatan nye.. buke sene2 jah oghe buleh akses rekod seseorg. Nak tengok sajo pun kena lalui byk peringkat keselamatan. Semua urusan ada log.. so buleh dirujuk kalu ada isu timbul. Ambo tok tahu laa sapo yg buat cerito pasal JPN ni terlibat jugak.. Dah jd fitnah tu... diharap oghe yg buat cerito pikir dulu dan siasat dulu sblm wak statement.

Pemerhati Tetap said...

Dulu sebelum tahun 2005, memang ada aktiviti tukar alamat dalam MyKad. Kadang-kadang boleh tengok 10 orang dengan alamat yang sama, terutama di Tanah Merah. Bila hampir pilihanraya, setiap hari ada bas datang bawa pengundi hantu tukar alamat di JPN Ibu Pejabat (masa tu di Petaling Jaya).

Bila Ketua Pengarah baru naik, dia haramkan tukar alamat di tempat lain. Nak tukar alamat, kena bawa bukti (bil air, elektrik, telefon, astro dll) dan kena tukar di kawasan tempat tinggal. Orang ramai marah sebab menyusahkan nak tukar alamat. Tapi dia buat sebab nak elak wujud pengundi hantu macamtu.

Tapi sekarang dia sudah kena Pool sebab melawan cakap KSN gila tu, tengoklah apa yang jadi dengan JPN. Dalam masa tak sampai 1/2 tahun, hampir 30,000 warganegara baru diluluskan. Padahal dulu nak dapat warganegara sikit punya susah.

Macamana saya tahu? sebab saya kerja di JPN dan tahu apa yang berlaku. Tapi kalau kalau sekarang pengundi hantu wujud akibat JPN, susah sikit, masih tak nampak macam di JPN petaling jaya dulu. Mungkin sudah ada taktik lain.