Islam ada formula selesaikan pertikaian isu syurga-neraka
PADA bulan Ramadhan, pada awalnya saya bercadang untuk tidak mencampuri hal-hal parti politik yang bagi saya tidak pernah cuci dan suci kerana tidak ada usaha dan inisiatif diambil bagi mencuci dan mensucikannya walaupun ianya boleh dicuci dan disucikan jika pengamalnya mahu dan berinisiatif ke arah itu.
Kenapa pemain parti politik lebih cenderung berpolitik secara cemar? Saya akui bahawa tidak cukup akal saya untuk memikirkannya. Kerana itu saya awal-awal lagi tidak berminat dengan dunia parti politik walaupun saya juga barangkali tidak boleh pisahkan kehidupan dari politik, malah mahu tidak mahu kena berpolitik.
Saya mahu ulangi pendirian saya bahawa antara parti politik dengan politik sangat jauh berbeza walaupun sebutannya seakan serupa. Parti politik tidak boleh disemabunkan dengan Islam tetapi politik tidak boleh dipisahkan sama sekali dari Islam dan dari kehidupan makhluk bernyawa.
Allah dan Rasul-Nya tidak berparti politik tetapi Allah dan Rasul-Nya berpolitik. Misalnya Rasulullah s.a.w. masuk ke Kota Mekkah tanpa senjata, ianya adalah suatu bentuk politik baginda. Penghijrahan baginda dari Kota Mekah ke Madinah juga adalah suatu bentuk politik.
Kalau baginda mahu dan berdoa kepada Allah supaya perancang yang mahu membunuh baginda mati dalam keadaan kerekok tangan kaki dan reyok mulut macam orang diserang angin ahmar, pasti Allah akan makbulkan dan baginda tidak perlu meninggalkan tanahair tumpah darah baginda.
Allah menegur Rasulullah s.a.w. melalui surah 'Abasa dengan 'Hai dia yang memalingkan mukanya' gara-gara baginda leka memberi layanan terhadap pembesar Quraisy dan mengabaikan Ibnu Maktum yang buta dan datang untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam tentang Allah dan Rasul-Nya, adalah merupakan suatu bentuk politik.
Penciptaan Adam a.s. membuktikan Allah berpolitik untuk menguji kesengotian ketaatan hamba-hamba-Nya yang sebelumnya sangat kemaruk , gigih dan ketagih beribadat kepada-Nya sebagai Maha Pencipta.
Bila Adam, a.s. setiap dicipta dan diperintah malaikat dan jin sujud, maka para malaikat yang tulus ketaatannya kepada Allah terus sujud tetapi syaitan dan iblis enggan sujud kerana ego dengan tarafnya yang kononnya lebih suci kerana lebih awal dicipta dan ia pula dicipta dari api berbanding dengan Adam a.s. yang dicipta dari tanah.
Tetapi yang jelas Allah dan Rasul-Nya tidak pernah berparti politik. Oleh itu, bagi saya, soal orang parti politik tertentu sahaja layak masuk syurga dan parti lain pula tidak layak masuk syurga adalah ssesuatu yang sangat mengarut dan boleh menyesatkan, setidak-tidaknya boleh mengelirukan orang awam.
Soal siapa betul dan siapa silap, siapa yang berpolitik secara Islam dan sebaliknya tidak patut timbul jika masing-masing berpegang kepada Al-Quran dan Hadis dengan penuh yakin dan tidak lebih mempercayai yang lain selain dari keduanya yang mana Rasulullah s.a.w. memberi jaminan bagi yang beriman kepada al-Quran dan Hadis, pasti tidak akan sesat.
Saya tidak faham macam mana kalangan yang mengaji tinggi dalam bidang agama lebih yakinkan, boleh taksub dengan apa yang Dato' Nik Aziz atas nama Mursyidul Am Pas dan Menteri Besar Kelantan kata tanpa mahu merujuk kepada al-Quran dan Hadis untuk pastikan apakah apa yang dikatakanya selari dengan al-Quran atau tidak.
Beliau juga manusia yang tidak mustahil boleh tersilap faham dalam membuat penafsiran. Saya naik risau bila beliau membuat pertandingan antara Nabi Isa a.s dengan Nabi Muhammad s.a.w. dalam kuliahnya yang bagi saya (mungkin tanpa disedarinya) beliau menyebut hal-hal yang seolah-olah memperkecil peranan Nabi Isa a.s.
Soalnya apakah nabi-nabi boleh diperkecilkan misalnya dengan dibangkitkan tidak ada pengalaman sebagai suami, sebagai panglima perang, tempoh berdakwah yang cuma beberapa tahun sahaja dan sebagainya.
Hakikatnya sebagai manusia, beliau perlu ditegur dan diperingatkan, sekurang-kurangnya kena disedarkan bahawa beliau adalah manusia biasa yang bukan semestinya apa yang menjadi pendiriannya serta buah pemikiranya betul belaka dan orang lain tidak boleh menyanggah.
Antara menyokong dengan ahli Umno misalnya, apa bezanya?. Kalaulah menyokong Umno tidak layak masuk syurga, apa bezanya dengan menjadi ahli Umno. Soalnya apakah apabila nak masuk syurga nanti akan ditanya si polan-si polan sokong Pas ke Umno.
Ketika di alam barzakh bukankah soalan-soalan yang berkaitan dengan Rukun Iman dan Rukun Islam yang akan ditanya. Hanya gemulah Tok Penghulu (saya lupa namanya, beliau rakan setugas saya di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dan kami sepejabat panggilnya Tok Penghulu) kata bila Tok Nuka-Nakil nak balun dia dalam kubur bila dia mati, dia akan beritahu cepat-cepat dia penyokong Tok Guru Nik Ajis.
Dengan itu Tok Nuka-Nakil katanya tidak akan jadi balun dia, kononnya itulah yang dia jadikan bahan cermahnya kepada 'orang cina kampung' dan siam supaya sokong Pas. Padanya (yang antara tugasnya semasa hidup adalah membakar mayat) mungkin soal-soal sebegitu boleh jadi bahan kempen tetapi apakah soal syurga-neraka, siapa yang layak dan tidak layak masuk syurga boleh dipermainkan, apatah lagi bagi tujuan kepentingan parti politik.
Majlis Fatwa Kebangsaan yang mendakwa keanggotaannya terdiri dari kalangan yang bebas dari fahaman politik telah menfatwakan berhubung pendirian Tok Guru Nik Aziz tetapi beliau menyanggah dengan menyifatkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak profesional.
Manakala Dewan Pemuda Pas pula berpendirian;
Pemuda PAS Kesal Dengan Keputusan Majlis Fatwa
KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hasan Tantawi mendakwa keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung isu sokong Umno tidak masuk syurga dibuat atas kepentingan pihak tertentu.
Beliau berkata, pelbagai tafsiran serta kenyataan Majlis Fatwa, ahli agama dan tokoh akademik dibuat hanya berdasarkan andaian dan laporan media tanpa merujuk kepada maksud sebenar penuturnya, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Keputusan tersebut menunjukkan Majlis Fatwa sanggup dipergunakan kerana tidak mendapatkan penjelasan tok guru (Nik Abdul Aziz) terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat," dakwanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.
Nasruddin berkata demikian bagi merujuk kepada keputusan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam yang memutuskan kenyataan Nik Abdul Aziz pada Isnin lepas kononnya ajaran Islam yang diamalkan Umno tidak boleh membawa ahli atau penyokong parti itu ke syurga adalah salah dan menyeleweng daripada Islam sebenar.
Pengerusi jawatankuasa itu Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin dilaporkan berkata, keputusan muzakarah itu sudah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya ke-188 pada 21 hingga 23 Mac 2001 dan tidak boleh dipertikaikan.-- BERNAMA
Kalau Majlis Fakta yang keanggotaannya 10 orang boleh ditolak oleh pendirian dan pemikiran hanya seorang Tok Guru Nik Aziz, maka bolehlah dilihat betapa hebatnya keilmuan seorang Tok Guru Nik Aziz pada kacamata umat Islam yang suka ambil mudah dengan menerima apa yang dicakap oleh seorang tokoh yang dianggap alim tanpa cuba mahu menggali isi kandungan al-Quran dan Hadis untuk mencari kebenaran sengoti.
Laporan berikut pula patut direnungi;
Cendekiawan Islam selar Nik Aziz putar-belitkan isu
Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 22 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diselar beberapa cendekiawan Islam kerana memutarbelitkan kenyataan beliau sendiri berhubung ketentuan syurga dan neraka penyokong UMNO.
Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohd. Yusof Hussein berkata, tindakan Nik Abdul Aziz mempersoalkan ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam adalah salah dan berniat lari daripada isu pokok.
"Tindakan Nik Abdul Aziz mengatakan bukan hak mutlak Allah SWT menentukan syurga atau neraka seseorang itu apa? Siapa beliau? Jika Allah tiada hak mutlak, Nik Aziz ada?
"Saya nasihatkan beliau supaya jangan lari daripada isu pokok dan dia harus ingat, jawatankuasa tempoh hari dianggotai oleh lebih 10 cendekiawan agama yang tidak mempunyai kepentingan politik," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Minggu lalu, Nik Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa prinsip Islam yang dibawa UMNO bukan prinsip sejati dan tidak boleh dibawa ke syurga.
Sehari selepas itu, Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Datuk Abdul Shukor Husin menjelaskan, kenyataan Menteri Besar Kelantan berkenaan menyeleweng daripada ajaran Islam kerana ketentuan balasan syurga atau neraka hanya dibuat oleh Allah SWT.
Kelmarin, Nik Abdul Aziz membantah keputusan jawatankuasa itu dengan mengatakan sekiranya urusan syurga atau neraka merupakan hak mutlak Allah, maka manusia akan bebas melakukan kejahatan di dunia tanpa mengambil kira soal dosa dan pahala.
Mohd. Yusof menegaskan, Nik Abdul Aziz harus menjawab isu penyokong UMNO yang 'difatwakan' beliau sebagai tidak layak masuk syurga, bukannya mengeluarkan kenyataan baru di luar konteks perbincangan.
Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid menegaskan, Nik Abdul Aziz tidak harus mengeksploitasi kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi memperlihatkan kebenaran berada di pihaknya.
"Semua pihak perlu menilai kenyataan Nik Abdul Aziz sebagai kenyataan seorang ahli politik, bukan ahli agama.
"Kebijaksanaan beliau berpolitik dan menggunakan isu agama berupaya memperlihatkan kebenaran di pihaknya, namun beliau perlu berani berterus terang untuk menyatakan pendiriannya adalah pendirian politik," katanya.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islam (Yadim), Datuk Mohd. Nakhaie Ahmad pula memberitahu, Nik Abdul Aziz tidak harus sewenang-wenangnya 'melompat' dari satu isu ke isu yang lain.
"Dalam hadis 40 Imam Nawawi, ada mengatakan bahawa seseorang kafir yang memeluk Islam sebelum akhir hayatnya diberikan balasan syurga walaupun tidak sempat bersembahyang, asalkan dia ikhlas.
"Jadi bukankah ketentuan syurga atau neraka itu hak mutlak Allah SWT? Bagaimana Nik Abdul Aziz boleh keluarkan kenyataan begitu, jangan ikut sedap otak sendiri," tegasnya.
Nakhaie yang juga bekas pemimpin tertinggi Pas pada akhir 80-an bagaimanapun mengakui isu ketentuan syurga dan neraka melibatkan satu perbincangan yang panjang.
Justeru katanya, semua pihak diingatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan hanya berpandukan kepentingan sendiri.
Saya yakin pandangan tokoh-tokoh cendekiawan berkenaan akan disanggah oleh orang Pas, menjadikan orang awam, orang seperti saya (yang pemilikan ilmu ibarat ke langit tak tergapai dan ke bumi pun tak jejak) yang mana saya yakin jumlahnya jauh lebih ramai dari orang kelas alim/cendekiawan, akan terkeliru dan boleh 'mmutar ligat' otak dalam kepala dibuatnya.
Kalau katakan saya ahli dan penyokong Pas tetapi saya makan gaji dengan kerajaan yang berleaderkan Umno, mana mungkin saya boleh masuk syurga kerana kerja saya adalah untuk Umno, ilmu saya perolehi dari UIAM umpamanya adalah dari cendekiawan yang bukan sokong Pas, apakah ilmu yang saya perolehi itu ilmu yang selari dengan Islam atau yang menyesatkan.?
Malah kalau saya belajar di universiti-universiti di Timur Tengah, termasuk di Al-Azhar, para pensyarahnya bukan ahli Pas, malah sebut Pas pun mungkin mereka akan terpinga-pinga kerana tidak tahu apa itu Pas, apakah kalau saya amalkan ilmu itu saya layak masuk syurga atau saya akan ke neraka.
Bagi saya (mungkin orang Pas tidak setuju dengan saya) untuk pastikan ahli syurga atau neraka bukan bergantung kepada ahli/penyokong Umno aau Pas, sebaliknya bergantung kepada sejauh mana kesengotian keimanan dan ketakwaan serta keislaman kita.
Tok Guru Nik Aziz atau sesiapa pun tidak boleh tentukan syurga-nerakanya seseorang dan untuk menghilangkan kemelut serta keraguan tentang persoalan siapa yang layak masuk syurga atau siapa yang akan dinerakakan, bukannya boleh dirujuk kepada mana-mana tokoh yang ada kepentingan politik kerana Islam telah ada formulanya yang hakiki yakni al-Quran dan Hadis.
Untuk pastikan keselamatan akidah dari kemungkinan akan tercalar atau rosak teruk, maka jangan sekali-kali memBERHALAkan sesama manusia, sebaliknya rujuklah al-Quran dan Hadis yang telah dijamin oleh Rasulullah s.a.w. bhawa perujuk al-Quran dan Hadis tidak akan sesat!
Saturday, August 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
TUBIK SOKMO- quote dari abe li
"Antara menyokong dengan ahli Umno misalnya, apa bezanya?. Kalaulah menyokong Umno tidak layak masuk syurga, apa bezanya dengan menjadi ahli Umno. Soalnya apakah apabila nak masuk syurga nanti akan ditanya si polan-si polan sokong Pas ke Umno" -
bezanya lagu ni abe li,ambo tok se nulis panje kalu buleh poso2 ni..ahli umno tok semestinyo pangkoh umno tiko ngundi srupo ambo ni ahli umno (pecoh tembelae). penyokong umno umpamo ore hok dok junjung dasar umnolah..kalu dio tok junjung mako tok geroklah dasar tu (x ke mana la jawabnyo mugo tok ser bui capur islam nga politik)...hok lain ambo seroh pado ore hok mohir..salam ramadhan..selamat berpuasa.
Masaalah shurga neraka memang kerja
tuhan bukan kerja manusia. tetapi
tuhan juga menetapkan didalam laqur
an dan di tafsirkan oleh rasul tent
ang kelayakan2 sesorang itu utk kes
hurga dia kena ada iman/perbuatan/
contoh tuhan kata sesiapa yg memeri
ntah tidak menurut hukum allah di
katuguri kpd tiga , zalim ,fasik, kafir .jadi sekarang umno memerint
ah negara,cuba kita tingut pula ada
kah umno memerintah dgn hukum tuhan
yg mudah seperti:-judi, arak,riba
rashuah,maksiat ,memenjara orang tampa bicara,penghukuman terhadap jenayah2 yg berlaku seperti hukum2 bunuh,rumpak,curi, zina, minum arak,dll adakah umno telah laksanakan hukum tuhan, jadi
meli kapak jangak, awak tingutlah
sendiri takpayah nak beri otak kita kpd siapa2 termasuk majlis
fatwa yg kamu agung2kan, dan para2
pengampu umno tak kira derjah penga
jian ,pangkat dan keturunan kerana allah hanya mengiktirap iman dan amal saja,wahai ramli kapak jangak
dunia ni pendek saja, kalau umur dah sampai 40tahun kita pakat2 lah
renung balik.
Jalut : Biso meli dih
huraian dio kena lah, tepat
Kalut : Biso gapo lagu tu. Ilmu tinggi pohon lalang nak banding dgn ilmu nik aziz
Jalut : Eh, mu baca molek hujah2 meli tu, kemas, molek dah wat patah hujah nik aziz
Kalut : Dia simpul dengan tali rapia, nampak kemas lah muga kecil molek. Nik aziz simpul paka tali hak ikat sauh kapal. nampak tak kemas tapi kuat, berendam dalam air masin pun tahan
Jalut : Eh, tak berapa paham aku nih. Apa tali-tali nih.
Kalut : Serupa jugak mu nih pong. Kalu x pahe gak tak soh caro ko nik aziz lah. Ore tua tu dia kecek bukan selapis. Dia kan ore tarikat 'satariah'.Maksud berlapis-lapis, muga dia ore dekat dengan tuhan. kita nih, semayang sunat jumaat jarang nak buat.
Jalut : Uh, jolo jugak. kito dok baloh, dia tu sapo...ngaji pah ko india, mesir. Kita dok main kok jore nih jah. dia tu pangkat tinggi, luas pengalaman banyak pergaulan. tok guru masjid kg dia lagi. kita nih tok guru jugak, tok guru kedai kopi jah lah. Lepas tu kalu ada masa sikit dia g ngaji quran, kita dok main dam. Jauh kita dengan dia ni dih.
Kalut : Heee mu baru kaba. Bo lah dok beleber bulan posa nih. Mari lah tadi kata nak gi cari air tuak. Lambat2 abis kan.
Dan mereka pun pergi dengan muto, dalam kepala tak dok doh nik aziz, hak ada hanya air tuak. sedap jugak
Post a Comment