Sunday, August 23, 2009

MUNCUL KEMBALI (345)

PKR retak, rekah dan tidak mustahil akan terkecai

TIDAK lama dulu, dua daripada tiga ahli dewan undangan dari Pakatan Rakyat (PR) yang keluar dari parti asal dan mengisytiharkan diri sebagai calon Bebas di Perak adalah dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyebabkan kerajaan yang bermenteri-besarkan tokoh dari Pas tumbang.

Hari ini seorang lagi wakil PKR keluar dari parti itu di Kedah dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas.

Sebagaimana yang keluar dari PKR di Perak adalah anggota exco, yang keluar PKR dari Kedah juga adalah anggota exco. Beliau adalah ADUN Lunas.

Mohd. Radzhi Salleh keluar dari PKR bersama-sama dengan 200 ahli PKR Padang Serai kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya dan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

Dengan itu PKR Padang Serai dibubarkan dan perisytiharan pembubarannya dibuat oleh ketua bahagian, Jamaludin Abu Hassan.

Di Selangor pula, menteri besarnya, juga dari PKR berdepan dengan perintah bayar pinjaman Bank Islam Malaysia sebanyak RM66.67 juta.

Berdasarkan kepada apa yang sedang berlaku, bagi saya retak dalam PKR yang bertukar menjadi rekah dan tidak mustahil dalam tempoh yang singkat akan pecah berkecai dalam tempoh yang singkat tidak boleh dinafikan hakikatnya lagi.

Mahu tidak mahu akan membawa padah kepada PR.

Pada pendapat saya ianya adalah bersifat bencana yang menimpa PR amnya dan PKR khasnya kerana gagal menunaikan janji-janji kepada pengundi semasa kempen pilihanraya setelah parti itu diberi peluang menang di beberapa buah negeri.

Malah ianya juga memberi jawapan kepada PR, PKR dan rakyat negara ini kenapa Umno/BN masih diberi kuasa memerintah walhal jika dilihat keadaan semasa pada pilihanraya umum ke-12 khususnya, Umno/BN sudah patut tinggal dalam lipatan sejarah.

11 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum

Tidakkan semua orang islam akan masuk syurga? kecuali...?

Cuma, samada masuk terus atau masuk neraka dahulu dan kemudian baru dimasukkan ke dalam syurga (Dibersihkan dahulu maknanya).

Boleh saudara ulas sedikit.

dariana said...

salam ramadhan kareem,
mafhum hadis " sesiapa yang pernah mengucap la ilaha illallah dia masuk syurga".. sesuai dengan persoalan di atas. ya mereka akan dihukum azab neraka (dibersihkan) entah berapa lama menurut kesalahan dan dosanya.siksa bakaran api sehari yang sama dengan seribu tahun!
tuan, bagaimana pulak dengan mafhum hadis ini " sesiapa yg meninggalkan solat (fardhu) dengan sengaja maka sungguhnya dia kafir yang jelas"... fikir2kan.

Anonymous said...

wei la meli, dia kecek srupa tuhan jugak. ari tu dia kata nik aziz kecek srupa tuhan tahu masuk syurga ke neraka.

loni dia pulak, dia tahu pkr tu nak pecah...dia paka ilmu gapo.

kata dulang paku serpih,....(sambung sdirilah puak2 jong meli tuh)

john said...

TUBIK LAGIH-ambo tgk pkr ni..yo lah..siso2 umno blako..nok kato huduh mugo duk dale pakatae..tok tahu lagi tuh sapo pulok nok balik nih..punoh2..lps nih kalu nok tanding lagih, mano2 kawasae adun hok balik tuh bo lah dok wi ko pkr nyo..nyusoh kokrae jah...ai sobar2..loh la abe li demo nok ulas gapo pun mugo kawe kecewo denga pkr....

umi kalsom said...

TUBIK SOKMO..Ambo raso tak lama lagi ADUN PAS(Parti Ahli Syaitan) geng geng JOhn pulok akan tubik.Puak PAS dgn mahpus ni fitnah mcm2 pada Rohaizat tapi dia anak sendiri pun masuk pusat serenti.Kecek hal ore pandai puak PAS dok sibuk bagi syurgo nerako.Tu lah ambo doh kata Allah sedio neraka khas pada puak2 PAS yg terang jual agama.Hari ini kalu kita ada dikota Bharu dio buat bill board gambar Nik Aziz yg dia adjust jadi nampok muda.Nampaknya Puak PAS nak baiki pulok kerja ALLAH.Kalu doh tua buat lah tuo jgn nak tipu rakyaat kelatae supaya nampok Nik Aziz muda.Nak jadi Menteri Besar sampai mati ko weih!

amego said...

Assalamualikum Pak Chik dan pengomentarx. Bagi pendapat saya kalau nak tumbangkan biarlah semasa piliharaya ke 13 nanti. Jangan jadi seprti Perak. Sebagi anak Kedah yang tinggal berdekatan istana Tuanku Sultan, saya tahu bahawa tuanku tak akan membiarkan negeri Kedah Darul Aman jadi seperti Perak. Kalau ramai yang dok lompat, Tuanku akan mmebubarkan DUN dan memberikan pilihan untuk rakyat membuat pilihan dan bukannya cara seperti di Perak. Wassalam

pemudacakna said...

Berada dalam apa-apa pun kalau sudah hodoh, pakai mekap pun, diri tetap hodoh.
Cuma kalau pakai mekap, boleh sembunyikan kehodohan tetapi sebenarnya ia adalah kecantikan palsu.
Hanya orang pernah duduk sebilik sahaja akan mengetahui rahsia kita. orang luar akan dibohongi dengan kecantikan palsu.
Hanya orang bodoh saja tak tahu menilai yang mana kecantikan asli dan kencantikan palsu.
Oleh itu tepuk dada tanyalah hati.

... itulah sebenarnya PKR yang mencampurkan ayam yang disembelih dengan ayam yang dipulas tengkuk.
... Fikirlah sendiri haram atau halal.

Anonymous said...

Mengkhianati Amanah Rakyat Hanya Menggamit Jalan Buntu
Hari ini saya difahamkan Adun Lunas Sdr Radzhi Salleh telahpun mengisytiharkan keluar dari parti. Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri. Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand. Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan. Nampaknya nasihat dan amaran kami tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, saya berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat. Kerana “sesiapa yang menyemai angin, dia pastinya menuai badai.”
Berhubung kedudukan Sdr Razhi selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah, saya yakin YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ustaz Azizan akan membuat keputusan yang terbaik selepas membuat pertimbangan sewajarnya. Seperti yang dijangkakan, mendekati tarikh mengundi Selasa ini, pastinya ada serangan bertujuan mengalih pandangan bersertakan cita-cita menggugat kerjasama kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Adakah episod ini membabitkan tawaran sogokan jutaan ringgit? Saya tidak yakin SPRM yang dicurigai kewibawaannya mampu menjalankan siasatan tanpa ditunjuki serta berupaya memberi sebarang penjelasan memuaskan.
Izinkan saya menghimbau peristiwa pada tarikh 15 Disember 2008 yang menyaksikan ahli-ahli Dewan Rakyat mula menyertai perbahasan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan harapan akan wujud sebuah institusi bebas memerangi rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Ternyata ada banyak kelemahan yang ketara terkandung di dalam rang tersebut, malahan telah kami perbahaskan dengan sabar agar ianya dapat diperbaiki demi kemaslahatan negara dan rakyat.
Dinukilkan peringatan Sayidina Ali r.a kepada Malik Ashtar ketika berbahas buat menjadi peringatan kepada diri saya dan rakan-rakan ahli Dewan Rakyat semua agar tidak memandang enteng tanggungjawab yang dipikul, kerana sesungguhnya jawatan ini adalah amanah dan bukannya satu keistimewaan.

Anonymous said...

Selepas berbahas panjang lebar, makanya Dewan Rakyat meluluskan satu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Riuh rendahlah kononnya kita menuju ke satu era baru yang menjanjikan perubahan. Tidak sampai setahun wujudnya SPRM, institusi tersebut terpalit dengan pelbagai tuduhan yang serius seumpama kematian Teoh Beng Hock serta skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ)
Hatta pendedahan saya ketika menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong juga menemui jalan buntu. Laporan Adun Kulim, Sdr Lim Soo Nee bahawa bekas Menteri Besar Kedah Dato Mahadzir Khalid cuba menyogok beliau dengan jumlah wang sekitar RM 4-5 juta untuk menyertai barisan nasional seumpama mencurah air di daun keladi.
Rakyat turut marah apabila SPRM gagal bertindak terhadap penyelewengan pimpinan umno-bn yang dikatakan memiliki mahligai jutaan ringgit, pembelian pangsapuri mewah menggunakan duit kerajaan negeri dan kemungkinan terlibat menggadai tanah berpuluh ribu hektar kepada negara asing. Timbul pertanyaan kepada rakyat jelata adakah SPRM yang asas penubuhannya untuk berfungsi sebagai sebuah badan bebas dari kongkongan telah menjadi satu lagi perkakas pemerintah?

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki said...

Kenapa bila keluar PKR, Adun Lunas Radzhi Salleh diburukkan, sebelumnya tidak ada apa pun keburukkannya dibongkar?.

Nasib baik Radzhi Salleh tak isytihar masuk Umno, kalau tidak pasti dia akan terus disenarai sebagai ahli neraka.

PUTRA CAKNA said...

Kalaulah...
Sultan kedah tak perkenan lucutkan jawatan exco bekas adun PKR, bagaimana agaknya?
Itu adalah kuasa baginda, orang lain tak boleh campur!