Kewujudan konsortium Felda-Risda-Felcra akan menggergasikan aktiviti rancangan pembangunan tanah
BERSESUAIN dengan untaian kata yang dipesakakan oleh oang tua-tua: besatu teguh bercerai roboh dan sebatang lidi mudah dipatahkan tetapi seberkas lidi bukan sahaja sukar direpih tetapi kalau dibalun gajah pun haiwan itu boleh meraung kesakitan, maka saranan agar tiga agensi mewujudkan konsortium adalah merupakan suatu saranan yang wajar direalisasikan.
Bagaimanapun pada pendapat saya, konsortium itu nanti tidak sepatutnya hanya dihadkan kepada agensi perladangan terbesar di negara ini yakni Felda - Risda - Felcra sahaja tetapi patut disenaraikan sama KESEDAR (Kelantan), KETENGAH (Terengganu) dan yang seumpamanya di negeri-negeri lain bagi melaksanakan pelbagai projek industri hiliran berimpak tinggi pada masa akan datang.
Bagi saya saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu merupakan suatu gagasan raksasa yang mampu memberi keuntungan yang berganda kepada agensi-agensi terbabit selain membasmi kemiskinan dengan lebih berkesan melalui jalinan kerjasama agensi-agensi berkaitan.
Mudah-mudahan perbincangan mewujudkan jalinan kerjasama itu yang akan diadakan dalam tempoh terdekat sebelum ketiga-tiga agensi terbabit tampil mengemukakan konsep gabungan yang bakal dilaksanakan akan membuahkan hasil yang positif dan segala-galanya akan menjadi mudah untuk direalisasikan.
Sebagaimana kata Perdana Menteri, pasti banyak projek industri hiliran dapat dilaksanakan secara kerjasama antara Felda - Risda - Felcra dan lain-lain agensi yang berkaitan, termasuk dalam pengurusan ladang dan kilang kerana projek-projek yang dijalankan oleh agensi-agensi berkenaan mempunyai banyak persamaan dan tidak sewajarnya ia dijalankan secara berasingan.
Agensi terbabit boleh merancang untuk membina sebuah kilang baja atau sawit yang dapat dikongsi oleh peneroka Felda dan para peserta Risda dan Felcra, khususnya.‘Kalau ketiga-tiga agensi ini berkongsi mendirikan sebuah kilang baja atau sawit sebagaimana kata kata Perdana Menteri, kita akan dapat nikmat ekonomi yang lebih besar berbanding setiap agensi mendirikan kilang masing-masing.
Kalau kawasan kilang sawit itu pula dekat dengan ladang Felda, Risda dan Felcra dan semua agensi menggunakan kilang yang sama, sudah tentu kilang akan lebih maju dan lebih ekomomik berbanding dengan setiap agensi mempunyai kilang sendiri di ladang masing-masing.
Sunday, August 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
FATWA DORAEMoN
22 August 2009 Oleh Zulkifli Noordin pada 7:44 PM 0 komentar
Salam 2 all.
Alhamdulillah selesai kita menyempurnakan hari pertama 'ibadah puasa. Moga-moga ALLAH menerima 'ibadah kita insyallah.
Saya agak terkilan melihat Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof. Abdul Syukor begitu cepat mengeluarkan fatwa menyesatkan Tok Guru Nik Aziz yang menegaskan bahawa Islam ala UMNo tidak akan membawa pengikutnya mendapat syurga.
UMNo/ Be End tak sudah-sudah dengan fitnah terhadap Tok Guru Nik Aziz. Seluruh media dan kempen memberi gambaran seolah-olah Tok Guru telah sesat, siap dengan suruh bertaubat lagi. Tak cukup dengan media, Jawatankuasa Fatwa sepantas kilat rela diperkudakan.
Punyalah banyak isu dan persoalan yang perlu dirungkai oleh para agamawan hadharion ini, tau-tau bile trumpet UMNo berbunyi, maka berkokoklah para hadharion sekelian.
Yang fatwa mereka keluarkan 22 tahun lepas memfatwakan bertafakkur depan Tugu Negara sebagai syirik sampai hari ni UMNo/Be End tak ikut, takde pulak mereka nak berkokok sakan. Inilah nasib bila golongan agamawan menjadikan 'ilmu mereka sebagai sumber cari makan.
Yang paling menghairankan bagaimana Prof. Abdul Syukor boleh mengeluarkan fatwa kilat tersebut. Bila masenya Majlis Fatwa bersidang? Dan sangatlah memalukan bagi sebuah Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa tanpa memanggil dahulu Tok Guru Nik Aziz memberi penjelasan, bermuzakarah atau membela diri!
Adalah hukum keadilan paling asasi bahawa tidak ada insan yang boleh dihukum sebelum diberi peluang mempeertahankan atau membela dirinya. Tau-tau keluar fatwa Tok Guru dah diisytihar sesat, menyeleweng dan disuruh bertaubat.
Apa Prof. Abdul Syukor ingat ni fatwa doraemon ke..main keluar terus dari poket. Dan apa yang jelas fatwa itu terang-terang dibuat kerana mengikut telunjuk UMNo/ Be End!
Saya nak tanya Prof. Abdul Syukor, Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Hadorion ini, apakah mengubah ayat ALLAH saperti yang dibuat UMNo/Be End tidak sesat?
ALLAH perintahkan sebat/ rejam penzina, UMNo/ Be End tukar kepada denda;
ALLAH perintahkan qisas dalam kes bunuh, UMNo/ Be End pakai undang-undang Lord Reid;
ALLAH kata curi potong tangan, UMNo/ Be End tukar kepada penjara;
ALLAH perintahkan jangan sembah berhala, UMNo/ Be End terus menerus menyembah Tugu Negara walaupun difatwakan syirik oleh Majlis fatwa;
ALLAH perintahkan wanita Islam menutup aurat, namun UMNo/Be End biarkan pramugari muslim di syarikat Air Asia dan MAS dipaksa memakai mendedah aurat dan pakaian yang mengaibkan;
ALLAH kata Al Quran undang-undang tertinggi, UMNo/ Be End letakkan Perlembagaan Persekutuan mengatasi Al Quran (Artikel 4 Perlembagaan).
Apakah itu semua ok bagi Prof Abdul Syukor? Apakah itu tidak sesat? Tidakkah Prof Abdul Syukor merasakan UMNo/ Be End perlu bertaubat nasuha dan ubah segera segala perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar yang dilakukan UMNo/ Be End.
Apakah melakukan segala perbuatan syirik, fahsyad, maksiat dan mungkar itu membolehkan UMNo/ Be End layak mendapat syurga ALLAH?
Sepatutnya Prof. Syukor dan kekawannya dalam Jawatankuasa Fatwa menasihatkan UMNo/ Be End supaya kembali mentaati perintah ALLAH sepenuhnya.
Saya tidak nafikan ahli-ahli UMNo/ Be End beragama Islam. Saya sedar ada dikalangan mereka juga solat, puasa, zakat, haji, umrah dan lain-lain. Saya tak nafikan mereka menganjurkan musabaqah, mereka berarak semasa maulid dan hijrah, mereka sambut isro' mi'raj dan mereka bertarawih penuh 20 roka'at.
Namun mereka menyokong dan mendokong sebuah pertubuhan yang jelas dan terang-terang tidak mematuhi perintah ALLAH, malah melakukan sebaliknya hingga ke tahap menukar ayat Al Quran dan berbuat syirik!
Sebab itu kepada rakan dan kawan dalam UMNo/Be End, bertaubatlah dan kembalilah kepangkal jalan. Kembalilah tunduk kepada ALLAH, patuhilah Al Quran dan sunnah Rasul.
Dibulan Ramadhan Al Mubarak ini, marilah kita cerminkan diri kita. Terimalah teguran Tok Guru itu sebagai suatu nasihat untuk kita melakukan islah dan perubahan pada diri dan kumpulan kita.
Amatlah malang apabila Tok Guru memberikan teguran dan nasihat, bukan sahaja kita tak mau dengar, kita sesatkan dia pula. Kita pula yang menyuruh Tok Guru bertaubat. Kita kata Tok Guru menyeleweng, kita kata Tok Guru pemecahbelah umat.
Saya teringat kepada Nabi saw apabila Baginda menegur dan menasihatkan golongan musyrikin Makkah, menyatakan 'amalan mereka akan membawa mereka ke neraka; mereka bukan sahaja menuduh Nabi telah sesat, Nabi pemecah belah masyarakat.
Maka bersatulah golongan kuffar Makkah menjadi United Musyrikin National Organization, menentang risalah yang dibawa oleh Rasulullah.
Manusia jarang nak belajar dari sejarah, sedangkan sejarah itulah cermin buat diri mereka.
Moga Ramadhan ini membawa satu sinar baru keimanan dan ketaqwaan yang hakiki kepada bangsa Melayu yang bernasib baik diperlembagaankan sebagai Muslim. Janganlah dipersia-siakan anugerah dan ni'mat Islam & Iman yang ALLAH berikan.
Wassalam.
Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
01 Ramadhan 1430
22 Ogos 2009
Mengkhianati Amanah Rakyat Hanya Menggamit Jalan Buntu
Hari ini saya difahamkan Adun Lunas Sdr Radzhi Salleh telahpun mengisytiharkan keluar dari parti. Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri. Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand. Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan. Nampaknya nasihat dan amaran kami tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, saya berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat. Kerana “sesiapa yang menyemai angin, dia pastinya menuai badai.”
Berhubung kedudukan Sdr Razhi selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah, saya yakin YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ustaz Azizan akan membuat keputusan yang terbaik selepas membuat pertimbangan sewajarnya. Seperti yang dijangkakan, mendekati tarikh mengundi Selasa ini, pastinya ada serangan bertujuan mengalih pandangan bersertakan cita-cita menggugat kerjasama kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Adakah episod ini membabitkan tawaran sogokan jutaan ringgit? Saya tidak yakin SPRM yang dicurigai kewibawaannya mampu menjalankan siasatan tanpa ditunjuki serta berupaya memberi sebarang penjelasan memuaskan.
Izinkan saya menghimbau peristiwa pada tarikh 15 Disember 2008 yang menyaksikan ahli-ahli Dewan Rakyat mula menyertai perbahasan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan harapan akan wujud sebuah institusi bebas memerangi rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Ternyata ada banyak kelemahan yang ketara terkandung di dalam rang tersebut, malahan telah kami perbahaskan dengan sabar agar ianya dapat diperbaiki demi kemaslahatan negara dan rakyat.
Dinukilkan peringatan Sayidina Ali r.a kepada Malik Ashtar ketika berbahas buat menjadi peringatan kepada diri saya dan rakan-rakan ahli Dewan Rakyat semua agar tidak memandang enteng tanggungjawab yang dipikul, kerana sesungguhnya jawatan ini adalah amanah dan bukannya satu keistimewaan.
Selepas berbahas panjang lebar, makanya Dewan Rakyat meluluskan satu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Riuh rendahlah kononnya kita menuju ke satu era baru yang menjanjikan perubahan. Tidak sampai setahun wujudnya SPRM, institusi tersebut terpalit dengan pelbagai tuduhan yang serius seumpama kematian Teoh Beng Hock serta skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ)
Hatta pendedahan saya ketika menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong juga menemui jalan buntu. Laporan Adun Kulim, Sdr Lim Soo Nee bahawa bekas Menteri Besar Kedah Dato Mahadzir Khalid cuba menyogok beliau dengan jumlah wang sekitar RM 4-5 juta untuk menyertai barisan nasional seumpama mencurah air di daun keladi.
Rakyat turut marah apabila SPRM gagal bertindak terhadap penyelewengan pimpinan umno-bn yang dikatakan memiliki mahligai jutaan ringgit, pembelian pangsapuri mewah menggunakan duit kerajaan negeri dan kemungkinan terlibat menggadai tanah berpuluh ribu hektar kepada negara asing. Timbul pertanyaan kepada rakyat jelata adakah SPRM yang asas penubuhannya untuk berfungsi sebagai sebuah badan bebas dari kongkongan telah menjadi satu lagi perkakas pemerintah?
RESURFACE- byk komen hok tok relevan eh..ni pasal penggabungan ni. bg ambo la kae..hok ni ado pro nga con dio. biasonyo kalu bab2 penggabungan gini kito tengok sapo di belakang dio? kronikah? anok-beranok kah?..kalu untung baham ko dio kalu rugi kerajaan tanggung..ambo nok lagu ni. so lagi pasal gabung ni kalu rugi..mapuh belako ko tigo2 syarikat ni..wallahualam...
Meli nih tok leh ajar dengan hujah. sebab dia otak kecik, buwa besar. Royat setara mana pun tak dok dok dengar muga bangsa keras keng. Molek katok dengan kapok terus, biar dia kaba skit.
Biasa lah ore tak berapo saro nih. nak paka buah dia jah. kalu dia sore punah tak po ni abih dok bergelewat dgn puak2 lain nak punahkan ore lain jugak.
Kalu nak lawan meli, tok leh pakai hujah sebab dia tak terima hujah. palo dia kong srupa bateri buruk, tak masuk cas dah.
Serupa isu nih...sokong tu gak dia abih reng. tapi tak kaba "apa maksud di sebalik". Puak2 umno nak kebas duit secara sistematik lah tu.
OOOOOOOOOOOOOOOOmudah kena tipu meli.
Jange nak samo perut pedal demo dengan perut pedal orang lain gat. Jahat seko adalah manusia paling hina.
Kalu Umno/BN dok pakat kekoh pitih belako tok 'kan Malaysia boleh jadi macam hok dok jadi lloni. Kalu pitih semua Umno/BN kebas, orang Malaysia kena naik kereta lembu belaka lagi.
Berkecek biar masuk akal gat. Deki ko kejayaan Umno/BN biar berpada-pada. Biar Kelantan jjadi lebih molek pada negeri hak Umno/BN perintah dulu gat baru nak buka bual.
Meli ghoyat hok sungguh, mu hak otak masuk air beraso sengal la. Mu kata Meli tak berapo saro sejuta kali lebih tak saro lagi.
Mu buto ko tak tengok kejayaan Umno/BN majukan negara. Bukan macam Pas mu, dok ralik nak nerakakan orang syurgakan diri sediri. Yo lo ko orang Pas buleh masuk syurga, bekecek tak serupo buat, mulut dengan perut samo busuk.
Mu tok leh berhujah dengan Meli mugo mu takdok hujah, mu dok raso Pas jah betul, hak sebenarnya Pas belok-beleka macam ular kena katak.
Orang Umno bila tipu Meli? Orang Pas ada la tipu, kalau tak silap dalam satu catatannya, seorang exco kerajaan Kelantan adalah yang tak bayar hutang Meli. Cmel ko perangai lagu tu, Pas Meli mampus meniaga kata Meli tak rei niaga. Tapi kawe tabik dengan Meli, dalam sesak-sesak dan tak mengaji universiti dia pun, Mingguan Konsep dia tubik pulak, jualan di Pematang Pasir meletup, pembeli berebut macam ikan lampam berebut taik.
Maaf Meli kawe guna bahasa kasar melalui blog demo.
Post a Comment