Pertanyaan yang bukan mudah untuk dijawab
ADA yang hantar email dan bertanya kepada saya, kenapa PRK dan DAP sering bermasalah. Apakah Penasihat PKR Dato' Seri Anwar Ibarhim tidak dihormati orang bawahan. Apakah Dato' Seri Anwar sudah tidak bertaring?
Dalam keadaan Pas sedang bertarung di Permatang Pasir, tidakkah PKR bimbang kalau-kalau tindakan keluar parti oleh ADUN Lunas yang juga exco Kerajaan Negeri Kedah, Mohd. Radzhi Salleh, akan memberi kesan dari sudut sokongan rakyat.
Apa yang ditanya sebenarnya tidak mudah untuk saya jawab dan ulas. Saya tidak yakin ulasan dan pandangan saya akan dipersetujui oleh orang Pas, terutama oleh kalangan yang taksub totok dan kuatnya macam unjaman tiang jambatan.
Tetapi kerana menghormati penghantar email yang mendakwa penjenguk setia blog saya, maka saya cuba juga memberikan pandangan. Mana yang baik jadikanlah teladan manakala yang tidak baik, cepat-cepat tahok-buang.
Bagi saya apa yang berlaku membuktikan bahawa tidak pernah ada keserasian pakatan Pas-PKR-DAP untuk berada dalam satu ikatan atau untuk berada dalam satu gelup kerana dasar dan matlamat ketiga-tigamya tidak pernah dan tidakakan sehala.
Pakatan Pas-PKR-DAP ibarat perkahwinan secara paksa atau pun kerana ditangkap basah dan pasangan yang dikahwinkan itu tidak berhajat pun, apatah lagi merancang dan merencana perkongsian hidup sebagai suami isteri.
Dalam keadaan tidak benar-benar suka dan tidak cinta sengoti atas nama pasangan suami isteri, bila punggung isteri agak tercedik sikit kerana banyak isi, dah dikata tonggek sampai boleh letak sepuluh tempayan budu, uduh dikelih.
Sang isteri pula kerana tidak sukanya, maka kulit suami yang agak gelap sikit, dah dikatakan hitamnya macam patat kuali. Dahi sulah sikit saja dah dikatakan botak licin, perut londo sikit dah dikatakan buncit lalu dipantunkanlah;
Jual etak ko mokcik,
Cucu dia nak getek;
Kepada botak perut buncit,
Pah pula punggung tonggek.
Jual etak kampung sireh
kepala botak tak sedap kelih.
Jual etak ko Semoh Jali,
Kepala botak jamah geli.
Jual etak di gong dermin
Kepala botak boleh buat cermin.
Jual etak di kampung mana
Kepada botak bersinar bana.
Makan etak sambil mengorat
Kepada botak ada rambut dua tiga urat
Jual etak minum laici
Kepala botak aku benci.
Pantun-pantun itu dipantunkan supaya timbul rasa benci dari suami dan akan diceraikan dan akan dapatlah berkahwin dengan buah hati sebenar. Nak minta cerai takut bergegar tiang arasy, lalu dilakukan macam-macam perangai dan ragam yang tidak molek supaya suami benci dan ceraikan.
DAP mahu pun PKR sedar dasar Pas jauh berbeza dengan dasar mereka. DAP dan PKR tahu Pas tolak Umno kerana parti itu berpakat dengan parti-parti kepunyaan bukan Islam dalam Barisan Nasional. PRT dan DAP sedar kereka bukan Islamic Party.
Mahu tidak mahu Pas berada dalam keadaan umpama dihidang dengan gulai ayam yang disembelih secara sah bercampur dengan ayam mampus pulas tengkuk yang dimasak dalam satu belanga dan dihidang dalam satu bekas.
Walaupun mungkin ada yang menfatwakan (terutama atas dasar darurat) boleh dimakan yang mana orang Pas mesti memilih ayam yang disembelih secara sah dan jangan makan ayam yang mampus pulas tengkuk, tetapi bukan semua orang Pas boleh telan dengan selesa. Kalau boleh pun hanya mereka yang masuk dalam kelas lior baik.
Sekarang Pas ibarat menelan geriak sendiri, geriak kuning yang bercampur dengan warna kehijauan, geriak pengidap batuk kering apabila menolak kerjasama dengan Umno tetapi boleh bekerjsama dengan DAP dan PKR. Maknanya yang dulunya ditentang, sekarang dilakukan oleh Pas, yang dulu haram, sekarang jadi halal.
DAP dan PKR sedar para pengundi akhirnya akan sedar betapa Pas secara sengaja atau tidak sengaja, sama ada disedari atau tidak disedari oleh pimpinannya, kini telah banyak melanggar dasarnya sendiri.
Ketika Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat masih ada hayat mungkin Pas mampu betahan tetapi selepas ketidaan Menteri Besar Kelantan itu, siapa yang ada special power sepertinya untuk memberi jawapan yang boleh diterima secara total oleh ahli dan penyokong Pas kenapa dulu haram sekarang halal, dulu tidak boleh sekarang boleh bagi banyak isu berbangkit.
Sekarang rata-rata ahli dan penyokong Pas taksubkan keperibadian dan imej Dato' Nik Abdul Aziz, bukannya taksub kepada perjuangan Pas. Kalau bukan dengan persetujuan beliau, godam tujuh kali mampus tujuh kali hidup semula pun orang Pas tidak bersetuju parti itu bekerjasama dengan DAP, malah dengan PKR.
Tengok saja idea kerajaan perpaduan gagasan Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang mendapat sokongan padu Timbalan Presiden Ustaz Nasaruddin Mat Isa apabila ianya tidak dipersetujui oleh Dato' Nik Abdul Aziz, tak jalan.
Siapa di kalangan pimpinan, ahli dan penyokong Pas yang berani tanya Dato' Nik Abdul Aziz kenapa dengan DAP dan PKR boleh kerjasama tetapi dengan Umno tidak boleh.
Ketika isu penyokong Umno tidak boleh masuk syurga, siapa yang berani bertanya apakah menyokong DAP dan PKR yang menjadi sahabat Pas boleh masuk syurga sedangkan DAP secara terang-terang menentang Islam dan penubuhan negara atau pentadbiran secara Islam.
Dalam pada itu Pas sudah berpengalaman bekerjasama dengan S46 dan usia kerjasama sangat singkat. Warna dan paten orang S46 dan PKR adalah serupa, keduanya sama-sama serpihan Umno. Apa yang berlaku dengan S46 akan berlaku juga dengan PRK dan DAP.
Ahli kS46 mahu pun PKR adalah yang keluar dari Umno kerana taksub dengan individu tertentu, S46 dianggotai oleh ahli Umno yang taksub kepada Tengku Razaliegh Hamzah, PKR dianggotai oleh ahli Umno yang taksub pada Dato' Seri Anwar manakala yang bukan Melayunya pula kerana merajuk dari MCA atau MIC.
Kesediaan ahli dan penyokong Pas untuk terus berada dalam PR tidak akan lama. Orang Pas sokong PR kerana mahukan kerajaan yang ditubuhkan di negeri-negeri yang dimenangi berdasarkan acuan Pas.
Kalau sama dengan kerajaan Umno/BN atau lebih teruk lagi, bermakna pertukaran kerajaan ibarat masuk angin keluar asap sahaja. Dulu bila patung tidur dibina pada zaman pemerintahan Umno/BN di Kelantan Pas kutuk, pada zaman pemerintahan Pas lebih banyak patung yang sama tinggi dengan pucuk pokok nyior dibina di Kelantan.
Rakyat perhatian segala. Apa yang diucapkan dulu ada tercatat dalam laporan bertulis atau dalam bentuk rakaman kaset. Yang diucapkan sekarang juga ada catatan bertulis dan dalam bentuk rakaman kaset, cd dan vcd. Para pengundi muda akan membuat kajian dan mereka tidak mudah menerima apa sahaja yang dihidangkan macam pengundi umur lama.
Untuk tempoh yang singkat orang Pas memang boleh terima, terutama apabila Dato' Nik Abdul Aziz memberikan hujahnya. Tetapi selama mana lagi Dato' Nik Abdul Aziz mampu kekal bersama special powernya. Usianya semakin lanjut.
Bila kerajaan beracuankan Pas gagal wujud kerana takah kedudukan Pas dalam PR adalah paling terkebawah, pasti akan berlaku revolusi dan reformasi. Petembungan Pas-DAP-PKR akan berlaku seandainya PR berjaya tumbangkan Umno/BN pada pilihanraya umum ke-13 nanti.
Kerana itu pada saya, apa yang berlaku dalam DAP mahu pun PKR akan melabakan Pas kerana secara tidak langsung parti itu akan sedar bahawa pergantungan kepada PR sama seperti bergayut pada dahan mumut dan rapuh. Ertinya parti itu kena bersedia untuk berdikari dan kembali kepada matlamat asal penubuhannya.
Dato' Seri Haji Hadi dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa pada pandangan saya adalah antara pemimpin Pas yang boleh agak sejauh mana PR boleh bertahan, tetapi sayangnya gagasan Dato' Seri Hadi yang mendapat sokongan padu Ustaz Nasaruddin tidak difahami oleh pimpinan Pas yang lain.
Matlamat dan tujuan penubuhan Pas tidak sama dengan tujuan dan matlamat penubuhan PKR mahu pun DAP. Pas bukan mahukan jawatan Perdana Menteri, Tibalan Menteri, menteri sebagaimana yang dimahukan oleh PKR dan DAP, matlamat Pas adalah berdakwah
Pas kena bersedia untuk kembali kepada tujuan dan matlamat asal penubuhan, yakni untuk berdakwah, bukannya bertujuan untuk mewujudkan kerajaan yang tidak jauh berbeza, apatah lagi yang lebih teruk dari kerajaan yang sedia ada.
Daripada meletakkan parti itu dalam keadaan umpama ayam yang disembelih dicampur dengan ayam mampus pulas tengkok digulai dalam satu belanga seperti sekarang, ada baiknya Pas mendakwah kerajaan yang sedia ada supaya semakin selari dengan apa yang dimahukan oleh Islam, oleh Allah dan Rasul-Nya.
Pas seharusnya melihat kerenah-kerenah yang belaku dalam PKR dan DAP adalah merupakan suatu warning bell untuk parti itu kena besedia untuk kembali menjadi sebuah parti politik yang tidak memerlukan simpati, kempongan, ketkongan mana-mana parti dan kena yakin sengoti bahawa jika ianya benar-benar berjuang berasaskan Islam sejati, parti itu akhirnya akan menang kerana Allah telah janjikan kemenangan sebenar adalah milik pejuang Islam sejati!
Monday, August 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Tak abis2 meli dengan kerajaan perpaduan. royat setara mana pun tak jadi apa dah. Tak leh gi jauh, pah tu wat kuca tulis blog. Bahasa ok lah tapi isi terburai...
ada beberapa persoalan sini...(meli tak nampok hok ni)
1. Kalu pas baik dengan umno. apa jadi pada pas? tak kuca hanyar... lagi berat pas pecah macam zaman asri.
2. Pas buleh merintah kelate sapa ko ari sebab apa? kalu masa tuh tak dok 46. payoh... loni gi kemana 46, habis tinggal sako buleh ko pas
3. Apa masalah baik dengan dap? hak pas menang banyak kerusi baru nih di pantai barat sebab puak2 ni lah dok pakoh pas. Kalu setkat isu kecik2, masa ni nak tunjuk islam tu ko dap. tengok kes babi kedah ari tuh... reti lah sikit dap dah kena ko ustaz azizan. macam jugak kes arak di selangor, celik mata lah sikit dap. orang sama2 bako gedebe baru bini, baloh sokmo dalam rumah. masuk kelambu baru baik...terik setara mana tapi tak putus.
4. masalah pkr? muga dia spesis umno baru. gilo ko pitih, bukan semua nak berjuang...hak mana nak lari, lari lah. pelik apa
5. jaga hati kaum bukan islam? pas menang ari tu tak penting. pentingnya "Islam menang". Ore buddha, hindu, kristian dah mula celik mata ko pas. kito nak main politik serupa tahun2 60an... ai ore bandar kato alaf millenium dah ni...parti kuba bendang buleh la dok main makyong cerita sita kursani lagi.
6. Masa depan? kelate jatuh kos APU mula tahun 90. Loni 2009. Masa kelate jatuh mula ore tak nampok pun nak jadi gapo tahun 2009. pah tu loni 2009 kiat tak tahu nak jadi gapo malaysia nih 20 tahun lagi. tapi kita berjuang buang ameno barise.
Pade lah wei, banyok2 pening pulak meli.
aku rasa meli ni masalah. hak tuh buleh blog gak tulis tak kaba ingat. srupa budak darjah 6 buleh muto, nga perih tak kaba dia tu tak dok lesen.
ko mu kena beleber ko bini sokmo meli? hak tu pelepas di blog.
Persoalan tuh.
MELI KAPAK JANGAK NI,SANGAT FAHAM
TAPI SAYANG ,MASIH LAGI BERKIBLAT
DENGAN UMNO,SESUNGUH NYA, TAKADA
APAPON KEBAIKAN PADA PARTI PKR,DAP,UMNO, SEMUA TIGA PARTI ADAL
AH PARTI SEKULAR YG MENENTANG HUKUM2 ISLAM ,CUMA NYA SETRATEJIS2 DLM
PAS CUMA MENANTI MASA, UTK MELIHAT
KEJATUHAN UMNO TERGULIK , TAPI ORANG2 SABAH SERAWAK MASIH LAGI DLM
PERINGKAT KELAS TADIKA DLM POLITIK,
ITU YG MENYUKARKAN PAS DAN PAKATAN
KALAU STAKAT TANAH MELAYU,UMNO DAH
GERENTY TUNGANG BALIK,KEHANCURAN
UMNO DLM PILIHANRAYA PRU13 ADALAH
IMPIAN KALAU TERLAKASANA AKAN MER
UBAH BANYAK PERKARA,SEKURANG2 MENHANCURKAN ELIT2 POLITIK YG DOK
KERABAT DITENGKOK RAKYAT MALAYSIA
SEJAK 52 TH ,DGN JARINGANG2 MEREKA
DARI ISTANA SAMPAI KEAKAR UMBI,MENCIPTA MALAYSIA BARU ADALAH
TUJUAN DAP ,PKR TERMASUK PAS ,WALAU
PON CITA PAS UTK MENUBUH KERAJAAN
ISLAM MUSTAHIL DI TERIMA OLEH DAP,
DAN PKR, SEKURANG2 NYA PAS DAPAT
MERASA KEPUASAN DGN KEJATUHAN UMNO
SEBAGAI TINGALAN PELSIT PENJAJAH.
Rakyat sedang melihat. Jange cakap besar. Pas jangan jangan tengit nak jimak ana dara gajah. Rakyat Malausia bukan buta mata dan buta hati. Isu kertat babi di Kedah mana selesai. Isu arak di Selangor jadikan Hassan Ali ular air. Demo try acu cuba kelih di Shah Alam bawah PR lloni lagu mana. Rumah-rumah uut bercambah macam kulat tumbuh leas hujan, Pas boleh sekat ko. Kalu kena cut sokmo ke DAP dan PKR, tak masa nak sentak dan senjah, begapo bendanya biso Pas.
Sebab tu menfitnah dan mengaibkan orang di Pematang Pasir jadi mainan Pas. Ajaran Islam turut dari langit mana yang diamalkan. Payuy pun Pas kalah di Permatang Pasir.
Bagi kawe kalau kerajaan perpaduan jadi kenyataan, banyak faedah dari padah. Yang menolak kerajaan perpaduan kerana kepala masuk air, kerana tak sedar diri, ingat Pas kuat, wahal taraf sebenarnya dduk atas jemuran pun tidak dalam PR, tapi kelas dk bawah jemuran. Baik Pas jadi gayung, ada macam-macam barang boleh tengok dari dok angan-angan macam rengit, bila anak dara gajah bertempek kerana benang kepala ditimpa buah nyior yang luruh kerana batangnya digesel, rengit jantan yang agas, tidak sedar diri, manggak dan riak lagi perasaan pun kata: "sorry adik jah, ana terkasar sikit". Itulah standard Pas sebenarnya. Dok beraso kuat sokmo, tak tau rakyat benci lattaik kerana bekevek tak serupa buat.
Tolong ulas ppanje sikit Meli.
Pas masuk BN jadikan Pas kkucar hanya boktan orang Pas sediri buat perangai, dapat duduk kerusi menteri jadi tak kaba kediri.
Demo tau ke dok begapo jadil sepanjang Pas ada dalam BN walau singkat?
Antaranya wujud Lembaga Urusan Dan Tabung Haji (LUTH) yang kini dikenali Tabung Haji, arwah Dato' Muhammad Nasir masa jadi Menteri Tak berportfolio Jabatan Perdana, Sekolah JASA yang serba daif ditukar kepada Yayasan Islam Kelantan menjadikan sekolah-sekolah agama rakyat yang dibina beratap daun sagu berdinding bulu dibina ditukar dengan bangunan macam sekolah biasa. Guru-guru sekolah YIK menerima gaji jauh lebih baik dari semasa JASA. Bank Islam diwujudkan, Univisrsiti Islam Antarabangsa(UIAM) dilahirkan, di Kelantan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan(KESEDAR) diwujudkan dan mereka yang asalnya miskin kini jadi kaya.
Kawe saya Meli tau hal ni, malah dia ada maklumat kerana itu dia nampak menyokong kerajaan perpaduan. Kalau kerajaan perpaduan dijadikan kenyataan, soal royalti minyak tidak timbul, urusan akan menjadi mudah, tak payah ada upacara khas ukur laut.
Tapi kalau taraf kita cuma kelas beruk tetapi asyik nganga nak kekoh tuan, kena ko tuan beruk bengkeng nyo wat masuk beruk dalam guni nyo caangkul dengan cok. Kes beruk kena cangkul dngan cok ni kena tanya Encik Sanusi PKINK.
Nak gi minta hutang jual moktan che mbo pun kalau tak kena gaya boleh makan penampar tawar walaupun kita gi mintak tu hak kita. hutamng tok leh kutip, sakit boleh malu pun boleh.
Nak gapo-gapo kena reti dan ada baso. Jange nak tunjuk gedebe kita. Sama-sama kita dok raso kito gedebe berdo'oh doh, dengan puak lain tak tentu lagi orang takut dan heran ko tidak ko gedebe kita tak tau lagi. Ssaloh orang tak takut dan heran, balas mana gamok?
Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki (nama demo ada rasa dugal membacanya, boleh ke jangan guna nama yang melokan dan menstar-kunyitkan tu) dan Kalu Meli Suruh. Boleh Tolong Gocoh!
Belago angin benar dengan hujah demo dua. Tapi semolek-moleknya kena jaga ejaan, salah eja mungkin salah sebut perkataan dan salah makna dan kefahaman pembaca.
Hujah Anonymaous dan chegarMD takdok standard langsung. Takdok isi. Taksub totok. Kalu Nik Aziz kata taik halal dan paling bagus untuk dijadikan juadah buka puasa pun masing-masing akan berebut taik untuk juadah buka puasa.
Nak taksub pun biar pado-pado
Yang menjadikan proumno meroyan benar / separuh gila kerana kesan pukulan pru12 tak abis lagi. pastu kena pukulan 7-0 (ppasir petang ni dapat pas jugak) akan membengongkan proumno lagi.
proumno ni sombong, buta dan tuli. ok gamak dia terer sokmo. dok gila nak UG ni proumno lah...terpikat ngan acahan presiden pas.mereka bagai nak gila maukan unity korok tu..dgn umno ni unitipu ada ler.kot mana2 pun pas sudah dapat menambah pemerintahan negeri dan dapat kerusi... umno makin sakit yg dikejar takdapat yg ada kat kuala terengganu , hilang. harap org2 pas berjuang betul2 dan org umno berjuang ikhlas dan betul2 jangan mudah tergeliat dgn rasuah, kefasikan, kekayaan peribadai, maksiat dan jenayah nak rosakkan agama , bangsa dan bahasa.. kurangkan degree ego tu...
En Meli kata .....
"Dato' Seri Haji Hadi dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa pada pandangan saya adalah antara pemimpin Pas yang boleh agak sejauh mana PR boleh bertahan, tetapi sayangnya gagasan Dato' Seri Hadi yang mendapat sokongan padu Ustaz Nasaruddin tidak difahami oleh pimpinan Pas yang lain."
kalu DSHH & UNMI ...joint Umno, posisi apa mereka akan dditempatkan bagi nak kuatkan melayu?
Ustaz2 umno bagaimana pulak? berebut jawatan pulok.
Demo ingat ustaz Ymno jenis gila ke jawatan ke? Jangan nak samakan orang Pas macam demo dengan orag Umno.
Kawe rasa Haji Hadi dan Ustaz Nasaruddin bukan jenis pelahapkan kedudukan macam orang baju petak-petak merah & the gangs hok demo sokong.
Kalu tidak Ustaz Nasaruddin tak berhenti jadi pensyarah masuk politik. Duduk tepay sedap mari dalam rreba beranggas.
Umno pun tentu tahu menilai bila lawan jadi kawan, tak 'kan kalau sekala Pas ibarat duduk atas jemiran tak ajak naik ke atas balai, diberi minum air sejuk barang segelup.
Orang U,no tak serupo orang Pas, orang Umno ada akal budi. Kalau orang Pas macam Umno jugak hak, pitih tak nyo buwi lasung ke negeri hak Pas perintah barulah mb, tmb, exco, wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan negeri takdok taik nak teran berak, takdok air dan pacan kencing.
Post a Comment