Monday, August 24, 2009

MUNCUL KEMBALI (350) - KEMASKINI DENGAN PEMBETULAN FAKTA

Senjata PKR makan tuan

TIDAK lama dulu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan rakan-rakan dalam ikatan tidak resmi Pakatan Rakyat (PR) melalui projek atau 'igauan siang hari 16/9' yakin kerajaan Umno/BN akan ditumbangkan melalui tindakan wakil-wakil rakyat dari Umno/BN akan lompat parti untuk berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Tetapi bila sampai pada ketika dan saat yang mana PKR dan sekutu rapuhnya yakin rangka dan kerangka menumbangkan Kerajaan Umno/BN ciptaan Anwar Ibrahim akan menyebabkan Umno/BN sebagai kerajaan akan menjadi sebahagian dari bahan sejarah negara, terbukti keyakinan itu tidak ubah seperti katak puru yang mimpikan kulit kerutunya akan licin dan lemu bila bunyinya guruh musim tengkujuh.

Sebaliknya pelan, rangka dan kerangka yang bersifat mencalar dan menajisi amalan demokrasi dan cuba mempersendakan undi dan mandat rakyat itu kini menjadi ibarat senjata makan tuan, bagaikan laras senapang gajah yang berpuluru hidup dituding pada dahi PKR sendiri dengan pemacunya sudah sedia ditarik.

Dua ahli dewan undangan negeri PKR Perak lompat parti di samping seorang dari DAP menyebabkan kerajaan PR bermenteri-besarkan boneka dari Pas tumbang mengakikbatkan yang paling ketara, bekas menteri besar dan dan bekas speaker dewan undangan negeri Perak jadi umpama 'ayam gila sangkak' dan masih enggan menerima hakikat bahawa mereka sudah 'dawas' oleh angkara dari dalam seluar sendiri hingga kini.

Terbaru seorang lagi ahli dewan undangan, kali ini dari Kedah tinggalkan PKR dan ikut jejak rakan-rakanya dari Perak dengan memilih menjadi ahli dewan undangan negeri Bebas. Yang beri talak kepada PKR itu bukan wakil rakyat biasa tetapi anggota exco dengan imbuhan bulanan yang bukan kecil.

Sebagaimana dua ahli dewan undangan negeri Perak yang mula didedahkan pelbagai keburukkan selepas tidak lagi bersama PKR, maka ahli dewan undangan dari Lunas (Kedah) juga menghadapi masalah yang serupa. Ketiga-tiganya, malah ahli dewan undangan dari DAP juga yang keluar dari parti dikatakan bertindak tinggalkan parti kerana permainan Umno di sampin bersifat membersihkan kemucup di kaki seluar.

PKR mahu pun parti-parti sepakatan rapuh dan mumut dalam PR tidak pernah mahu memuhasabah diri untuk mencari sebab dan musabab kenapa wakil-wakil rakyatnya sanggup beri talak kepada parti itu walaupun diberi jawatan exco, sebaliknya akan dipersalahkan kepada Umno/BN dan pelbagai pihak. Kononnya wakil-wakil rakyat berkenaan dibeli.

Membuat tudingan liar semacam suatu tradisi, asam garam dan formula berpolitik parati-parti dalam PR. Keberkecualian polis, SPR, SPRM, badan kehakiman dan sebagainya dalam melaksanakan tugas dan ytanggungjawab masing-masing diragui dan dipertikaikan apabila dalam menjalankan tugas penuh keberkeculian oleh jabatan dan agensi berkenaan dilihat merugikan pembangkang, akan dilihat menjadi alat kerajaan. Misalnya bila polis menghalang demonstrasi jalan, kononnya polis dperalatkan oleh Umno/BN, seolah-olah polis itu robot yang tidak berakal.

Sepatutnya PKR/PR kena memuhasabah diri mencari sebab dan kerananya kenapa setelah pelbagai kempen dan harapan diberikan kepada wakil-wakil rakyat Umno/BN agar lompat parti dan kerajaan Umno/BN akan tumbang untuk diganti dengan kerajaan PR yang lebih baik dengan perdana menterinya adalah seorang tokoh yang tidak ada pemimpin di mana-mana pelosok dunia yang setanding dengan kehebatan, apatah lagi untuk lebih hevat darinya, tetapi yang lompatnya adalah wakil rakyat mereka sendiri, wakil rakyat Umno/BN tetap kekal pada kedudukan masing-masing.

Kalau wakil-wakil rakyat yang lompat itu benar-benar tidak berkualiti, banyak masalah peribadi yang menggangu kelancaran melaksanakan tgas, tidak tahan diuji atau kononnya mudah diperalatkan oleh Umno/BN, kenapa semasa pemilihan nama-nama calon untuk bertanding dulu mereka dipilih bertanding, sekali gus diberi pula jawatan exco, maka soal kualiti tidak diambil kira. Kenapa pilih mereka yang tidak betul-betul istiqamah sedangkan parti itu kononnya berlambak-lambak dengan tokoh berwibawa dan lebih berkualiti dari tokoh-tokoh dalam Umno/BN.

Harus diingat kalau memerintah negara, perdana menteri, timbalan perdana menteri, menteri dan timbalan menteri akan terdedah kepada macam-macam kerenah pengkhianat negara. Musuh negara tidak akan tawarkan ratusan juta tetapi boleh cecah berbilion dan bertrilion untuk dapatkan apa yang mereka mahu, terutama untuk dapatkan negara seperti Malaysia yang merupakan semenanjung emas.

Tetapi saya tidak yakin wakil-wakil rakyat yang memberi talak kepada PKR itu tidak bermutu, sebaliknya parti yang mereka beri talak itulah sebenarnya yang kurang kualiti dan lebih bersifat retorik, menjadikan wakil rakyat yang tinggi nilai kualitinya tidak akan sanggup untuk terus bersama parti yang tidak berkualiti, yang hanya tahu tuding sana sini mencari panau dan kurap orang lain tetapi pada masa yang sama cuba menyembunyikan panau, kurap dan penkung diri sendiri, termasuk yang berkerak dalam seluar dalam sendiri.

Menuduh Umno/BN berperanan dalam menyebabkan ADUN Lunas, Mohd. Radzhi Salleh tinggalkan PKR dan mengisytiharkan diri sebagai calon Bebas samalah seperti kata pepatah, gara-gara tidak pandai menari dikatakan lantainya tidak rata dan jungkang jungkit. Lagi pun wakil rakyat berkenaan bukannya bodoh dan ketidak-bodohannya itu terbukti apabila beliau bukan sahaja dipilih bertanding tetapi diberi jawatan exco, yakni menteri pada peringkat negeri yang merupakan antara pembuat dasar.

Radzhi sendiri memberi alasan beliau meninggalkan PKR dan mengumumkan untuk menjadi ADUN Bebas setelah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan selain menganggap perjuangan PKR kini tidak lagi seiring dengan matlamat asal penubuhannya.

Itu sebab sebenar kenapa beliau tidak lagi mahu bersama PKR dan memilih menjadi calon Bebas, bukan lompat masuk mana-mana parti, termasuk Umno kalau dikatakan beliau dibeli oleh Umno/BN.

10 comments:

Anonymous said...

Cuba Adun BN lompat kepada PKR, 'komferm' dia akan dipuji; berakhlak, mulia, demokrasi, molek agamanya dan serba mak nika baik pujinya. Mungkin ada yg tersalah cuit memberikan 'suurga' free.

Mereka (PKR) sentiasa menanam sifat 'mereka baik' dan orang lain jahat. dengan ini, penyokong mereka akan berada dalam buaian dan igauan baik, molek, come dan segala bentuk kemuliaan, gara2 pemimpin mereka tidak mahu mengaku yang ada 'keburukan, kebusukan dan kehinaan' dalam parti sendiri.

Molek kata, puok tu dok sedap sokmo.

Ahli PKR ramai yg meninggalkan parti itu, bekas2 pemuda PKR dan yg sama-sama berjuang semasa tahun 1999 membebaskan bos mereka.

Tapi sekarang, penyokong2 PAS tolong berjuang untuk bos PKR itu dikala pemuda2 PKR pakat2 tinggal parti tersebut.

Nampak macam PAs terhegeh2 la pulak

Anonymous said...

Umno/bn tak payahle susah2 lagi berkempen siang malam..... dalam PRU13 nanti kerana PKR dah hampir ranap, PAS pun tak boleh percaya lagi ....

Lagipun prestasi ubn semasa ini amatlah menyakinkan ....

Cuma rakyat dok tunggu masa untuk "ajarkan" semua mereka yang "pengkhianat Melayu" ...tanah airnya ... budayanya .... bahasanya ... ekonominya ... agamanya ........

amego said...

Salam. Saya harap cuba dapatkan maklumat sebenar tentang peribadi YB Lunas ni. Barulah boleh ulas dengan seadilnya. Cerita dia nak lompat ni dah lama dah orang Kedah tau. Wssslam

john said...

LEPAH BBUKKO-loh la demo nok ulas gapo pun pasal pkr tuh..pandangae masing2..pkr nok lopat kot alik mano pun yang penting PAS MENANG DI P'MTG PASIAQ MAJORITI 4551! abe li lain kali tulong bui nasihat ko puok2 umno tuh cari calon berkualiti lah..kempen lagu mano pun kalu peribadi tok comel payoh nok menang di zaman IT ni..bukae zamae 60,70an..pemikiran umno jah hok tu..wassalam.

Anonymous said...

meli kapak jangak, mu ghasa guana
kalah teghuk di p.pasir.kata gelumbang perubahan bermula di m.urai rupa2 nya bukan gelumbang
ala kebaik, tapi gelumbang membawa
lemas.abis lah cerita prk p.pasir,
mari pula tingut pasal kak jat(ktua
wanita umno) minta srikandi kartika
yg dikenakan hukum sebat kerana mi
num air shaitan,sepaya meminta semakan ,sebab takut negara malaysi
a ditimpa malu kerana hukuman itu,
apalah wanita ni tak takut ketuhankah dan apakah wanita kelantan kita sanggup dok di bawah orang lagu ni.mu orang kelantan
kena malulah kalau bini mu jadi wanita umno, irit tubit lah.tak ada
keberkatan. lagi pula taksah dia da
n najib dok ajar kartika buat tu buat ni, kawae tu nekad dah utk ber
sih diri dan bapa dia pon kata kalau tak jalan undang2 ni nampak
dok persendakan agama, akulah kalau
tak ada binilagi dan dia kusung aku
berasa buleh buat ibu ghumah. betul
kedak?.

PUTRA CAKNA said...

Untuk megubah minda seseorang amat payah. Perlu bersyukur undi PAS telah merosot walaupun BN kalah. Perjuangan harus diteruskan. Menang pada hari ini, tak semestinya kalah pada hari esok. Kalah pada hari ini tak semsetinya, kalah buat selama-lamanya. Amat penting, perjuangan perlu keikhlasan dan tiada putus asa.
Allah menentukan segalanya. Jadikan ikhtibar kekalahan ini.

Anonymous said...

kalu ikut surat kaba , tb, mmg dlm tangan pembangkang akan kalos .. seoalh2 pihak pas @ parti pembangkang takdok yg baik w/pun besar hamo...ttp bilaer dpt result menang ...acu abe li ulas skitt

pemudacakna said...

Harus kita memikirkan mengapa Radhi sanggup keluar PKR.
Tidakkah dia takut kehilangan pangkat Exconya yang jumlah elaunnya agak lumayan?
Tidakkah dia takut dimarah oleh rakyat yang mengundinya dahulu?
Antara keduanya dia sanggup membebaskan dirinya untuk jalan terbaiknya.
Bagi saya ada sesuatu yang tidak kena dengan PKR menyebabkan Radhi sanggup keluar dan mempertaruhkan pangkat dan amanah rakyat.
Kita perlu beri sokongan kepada Radhi kerana keberanian itu.

Anonymous said...

UMNO BN berjaya sekali LAGImempertahankan kekalahan mereka.

Abuzar said...

Pemimpin dan pendokong UMNO zaman sekarang perlu keluar dari mindset lama mereka.... "UMNO itu Melayu, Melayu itu UMNO" dan UMNO itu Kerajaan, Kerajaan itu UMNO" ......

Perasaan dan mentaliti inilah pemimpin & ahli UMNO merasakan diri mereka terlalu kuat, berkuasa dan betul segala2nya. Mereka sudah lama mabuk kuasa sejak miliki kuasa negara selepas merdeka.

Segala keluhan dan rintihan hati nurani rakyat atau suara nasihat pembangkang dipinggirkan. Mereka merasa angkuh dengan kuasa dan harta negara masih ditangan. Segala suara perubahan sama ada dari luar atau dari dalaman UMno sendiri bagaikan mencurah air ke daun keladi.

Sekarang rakyat sudah celik politik. Rakyat memahami kerajaan itu milik siapa dan untuk siapa perkhidmatan kerajaan itu diberi. ... Minda falsafah Agenda Politik Rakyat Baru adalah "Kerajaan itu Rakyat, Rakyat itu Kerajaan" - Kerajaan ... dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

Rakyat tolak............
Korupsi,
Penyelewengan,
Manipulasi,
Double standards,
Monopoli-kapitalisme,
Authoritarian & draconian,

Rakyat menuntut .........
Ketelusan & Keadilan,
Kemakmuran dan kesejasteraan,
Menghargai nilai kemanusiaan,
Kemurnian tata hidup beragama,
dll

Apakah UMNo/Bn merasai denyut nadi rakyat Malaysia kini?

Apakah UmNo menyelami isihati Melayu sekarang yang inginkan perubahan? ... UmNo perlu bebas dari amalan feudalism, secularism & capitalism..?

...hanya satu pandangan........