Menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang
BERLAKUNYA kes anggota exco sanggup keluar parti dan memilih menjadi wakil rakyat Bebas dalam kerajaan pakatan pembangkang yang membentuk kerajaan di beberapa negeri membuktikan bahawa menjadi kerajaan tidaklah semudah menjadi pembangkang dalam bentuk hakikatnya.
Menteri-menteri besar/ketua menteri pakatan pembangkang pastinya mula nampak bahawa kalau diibaratkan permainan bolasepak, apabila mereka sendiri beraksi di padang, terbukti tugas dan tanggungjawab yang terpaksa dihadapi sebenarnya tidak semudah sebagaimana ketika menjadi penonton.
Sebagai penonton, masing-masing cukup bermodal dan bersebab untuk krtitik serta mencari kelemahan dan kesilapan, semuanya dilihat banyak yang tidak kena dari yang kena. Kalau diberi peluang beraksi di padang, apatah lagi sebagai ketua pasukan, rasanya strategi yang lebih baik dapat diatur dan permainan pasti akan lebih berkualiti.
Demikian jugalah bagi pimpinan kerajaan pakatan pembangkang ketika menjadi pembangkang dulu, apa yang kerajaan buat semuanya dilihat tidak kena belaka. Kononnya macam-macam pelan, perancangan, rangka, kerangka dan program yang berjuta kali lebih dapat dilakukan jika pihak pembangkang diberi mandat menjadi kerajaan.
Tetapi hanya setelah kira-kira setahun menjadi kerajaan, bukan sahaja berpuluh, beratus atau beribu masalah yang timbul, sebaliknya semacam ratusan ribu masalah sedang melanda, malah rakyat sebagai pemberi mandat dapat melihat betapa tokoh dan parti pembangkang yang diberi mandat sebagai kerajaan sebenarnya tidak sehebat seperti apa yang dicakap, dijanji dan dikhayalkan kalau diberoi peluang menjadi kerajaan semasa masih sebagai pembangkang dulu.
Kerajaan pakatan pembangkang yang bertiang serikan DAP di Pulau Pinang umpamanya yang kononnya ketua menterinya mahu menjadi sezuhud Khalifah Umar Ibnu Aziz yang turut diperaku dan duar-uarkan oleh pimpinan Pas tentang kezuhudannya, yang ketika berusia kira-kira 100 hari menjadi kerajaan dulu berdepan dengan masalah demonstrasi rakyat kerana Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak mahu diterima-pakai di negeri itu, kini berdepan dengan isu kampung Buah Pala di samping pelbagai isu lagi.
Kerajaaan pakatan pembangkang di Perak yang bermenteri-besarkan tokoh Pas yang sebenarnya berasaskan nasib baik kerana undang-undang tubuh tidak membolehkan orang bukan Melayu menjadi menteri besar di negeri berkenaan, dengan bilangan besar barisan exco terdiri dari tokoh DAP bagi membuat keputusan majoriti di peringkat exco, awal-awal lagi bertembung dengan istana, termasuk dalam pemecatan seorang pegawai kanan kerajaan oleh menteri besar yang terpaksa ditarik balik atas arahan istana.
Kocakan yang sepatutnya ditenang berlaku sebaliknya menyebabkan sudahnya tiga wakil rakyatnya dengan dua daripada adalah dari PKR (berjaweatan exco) dan seorang lagi dari DAP (timbalan speaker) keluar parti masing-masing dan telah isytiharkan diri masing-masing sebagai calon Bebas. Padahnya kerajaan pakatan pembangkang di Perak tumbang dan kini dibawah pemerintahan Umno/BN.
Kerajaan pakatan pembangkang di Selangor yang bertunjangkan PKR dan pada awal penubuhannya memeranjatkan rakyat negara terutama di kalangan pemberi mandat di negei berkenaan apabila mempersetujukan projek raksasa ternakan babi dan kegagalan merealisasikan menifesto pilihanraya, termasuk pembekalan air percuma,
Malah Selangor adalah negeri yang paling banyak masalah berbanding dengan negeri-negeri lain, pernah dikalutkan wang derma yang diminta dari syarikat-syarikat swasta yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun kerajaan negeri telah dimasukkan ke dalam akaun PKR, masalah penjualan arak di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam, percambahan rumah-rumah urut macam cendeawan tumbuh selepas hujan di Shah Alam dan masalah tuntutan bayar hutang peribadi menteri besar oleh sebuah bank bejumlah lebih dari RM66 juta.
Kerajaan pakatan pembangkang di Kedah berpasakkan Pas yang agak bersih dari isu-isu yan merimaskan berbanding dengan negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang tetap terpalit dengan masalah yang secara tidak langsung boleh menyumbang kepada para pemberi mandat akan melihat mereka membuat telah kesilapan dalam pemilihan.
Bermula dengan menteri besar Azizan Abdul Razak menzahirkan kedegilannya untuk meneruskan hasrat menebang balak di kawasan tadahan air di negeri itu walaupun hasrat ersebut ditentang oleh banyak pihak, malah Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat yang lebih berpengalaman sebagai peneraju kerajaan juga mahu hasrat itu dikaji semula, maka umum dapat melihat kualiti sebenar Kerajaan Pas Kedah.
Memusnahkan kawasan tadahan air bermakna sengaja menggamit petaka kepada negeri Kedah yang mana padah yang lebih parah akan ditanggung oleh generasi akan datang yang pastikan nantinya akan datang ke kubur menteri besar nanti bukan untuk sedekahkan surah al-Fatihan dan Qulhuallah, tetapi untuk diludah dan diseranah.
Negeri itu turut dikocakkan oleh masalah merobohkan rumah kerat babi yang menimbulkan kemarahan DAP dan yang terbaru berdepan dengan masalah seorang angota exco dari PKR memilih meninggalkan parti itu dan menjadi ahli dewan undangan negeri Bebas.
Kelantan yang merupakan kerajaan pakatan pembangkang paling tua dan bertunjangkan Pas walaupun agak bersih dari masalah tetapi tetap terpalit dengan pelbagai masalah tetapi berjaya dilindungi oleh ketaksuban terhadap moral menteri besarnya.
Baru kira-kira setahun memerintah sudah pelbagai masalah timbul dalam kerajaan-kerajaan pakatan pembangkang. Macam manalah agaknya kerajaan-kerajaan terbabit yang nampak macam tidur sebantal tetapi mimpi lain-lain mahu menghadapi hari-hari berbaki sebelum tibanya pilihanraya umum ke-13. Bayangkan apa yang akan berlaku kepada negara jika pada pilihanraya umum ke-12 yang lepas benar-benar berlaku pertukaran kerajaan melihat apa yang berlaku kepada kerajaan pembangkang sekarang.
Dalam pada itu pasti timbul persoalan dalam majoriti rakyat, apakah kemenangan yang diraih dalam pilihanraya-pilihanraya kecil boleh dijadikan faktor kunci bahawa negeri-negeri yang diperintah boleh dijamin akan dapat kekalkan kauasa masing-masing pada pilihanraya umum ke-13 nanti, apatah lagi untuk menggapai impian menawan menyahkan kerajaan Umno/BN dari tampuk pemerintahan
Berbanding dengan kerajaanyang sedia ada, kesanggupan rakyat memberi mandat kepada pakatan pembangkang membentuk kerajaan adalah kerana mereka mahu melihat dan menerima bakti pentadbiran yang lebih baik dari kerajaan sedia ada yang tidak akan ada yang menolak untuk memperakukan bahawa adalah antara kerajaan terbaik di dunia.
Kalau rekod pencapaian kerajaan pakatan pembangkang menyamai rekod pencapaian yang dicapai oleh kerajaan sedia ada pun akan dilihat sebagai suatu kegagalan kerajaan pakatan pembangkang, lebih-lebih lagilah kalau pencapaiannya jauh tertinggal di belakang, rakyat selaku pemberi mandat akan melihatnya sebagai sangat tidak berjaya dan laungan serta lolongan pembangkang akan dilihat tidak lebih dari umpama tong kosong, bunyi kuat tetapi tidak berisi.
Wednesday, August 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
KOMEN PERTAMO-yo lo betul la pandangae abe li tuh..tapi...tapi..kito keno tgk faktor2 lain jugok. yg umno dok 52 tahun doh,tak dok masalah ko?umno lo ni akar tunjae dio melayu jah hok terutamo hok ulu-ulu nuh,bandar ado jugok skit2..mca,mic x leh buat gapo doh.hok ni demo tanyo penganalisis politik, yo lo ko dok?..PR x sapa 2 tahun lagih..baso dio doh tokkan nok kemah slalu.apo kekurangae yg berlaku akan diperbaiki..dan yg paling penting di sini demo tgklah bagaimana agensi2 kerajaan (sprm,spr,polis n askar pun terlibat doh lo ni dlm prk m.urai & prmtg pasir)wak kijo,bgma mass media wak kijo (tv3suku,utusan meloyo,rtm dan b.hairan) ado lapor benda2 hok positif ko PR..hok ni penyumbang utamo kepado masalah kekalutan dlm PRnyo..nasib baik lah loh ni ado internet bulih jugok nyawo sikit2..kalu abe li nok tahu PR ni biso ko dok..suruh lah agensi2 dan mass media ni berlaku adil...hah maso tu kito buleh tahu gelanggang tu lagu mano...ko guano..setuju..ada berani?
TUBIK LAGI-Nampok sangat John ni tak betul stesen.Bilo pasal umno semuanya negetif.Payoh puak PAS ni senok sokmo
Dalam internet, jangan kata semua betul. Internet bukan Al-Quran. Internet adalah manusia biasa yang mengendalikannya. Bila manusia, mesti ada betul dan tak betul mengikut kepafahaman masing-masing. Jadi, apa-apa yang ada dalam internet bukan betul 100%. Orang yang otak senok sahaja yang percaya kepada internet macam Al-Quran.
wahhh..john...hebat sungguh demo ni deh...padai berkata2..ore lain buat semua tak betol...
Aku doa sgt agar PRU13 BN tumbang... aku nak tgk sgt perubahan yg dijanjikan oleh PR berlaku....
aku nak tgk sgt gaya pemerintahan PR....
aku nak tgk sgt berapa byk lg hipokrit politik yg akan lahir.... hai tak sabar rasanya...
Ya Allah.. semoga tumbanglah BN pada PRU13 kelak...aku nak tgk wajah sebenar PR....
Post a Comment