Thursday, August 27, 2009

MUNCUL KEMBALI (356)

Di mana ada kemahuan pasti ada jalannya

HANYA rakyat tidak yang pernah reti bersyukur dengan nikmat menjadi warganegara bagi negara bertuah ini yang bukan sahaja tidak akan berbangga tetapi juga akan memandang lekeh terhadap keberkesanan dan menfaat dua pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan sebelum ini yang terbukti telah berjaya membantu mengukuhkan semula ekonomi negara.

Yang reti bersyukur pasti akan merasa bangga, malah akan mempeakukan tentang slogan rakyat didahulukan pencapaian diuataman bukanlah hanya suatu slogan berbentuk retorik atau memukul tong kosong semata-mata.

Kalangan yang tidak pernah rasa kebulur dan tidak berpengalaman merasa gerun oleh letuoan senapang bertali arus atau dentuman bom menggegarkan otak dalam kepala juga akan memandang rendah kepada kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa waktu-waktu sukar ekonomi negara sudah berlalu dan kini memasuki fasa pemulihan.

Kepada ang tidak reit bersyukur, pasati apa yang dinyatakan oleh perdana menteri akan dianggap dan diwarwarkan sebagai omong-omong kosong. Ini adalah kerana soal teori, formula serta usaha untuk memulihkan ekonomi negara dan memastikan kebanyakan rakyat jelata tidak sedar, sekali gus tidak perasan pun bahawa negara sedang menghadapi masalah ekonomi yang sukar toidak ada dalam kepala kepedulian mereka.

Ini adalah kerana yang menjadi tumpuan kalangan yang tidak reri bersyukur ialah membanggakan kejayaan mengadakan demonstrasi haram dan menjejaskan imej kepimpinan negara pada mata dunia walaupun apa yang menjadi kebanggan mereka itu tidak langsung menyumbang kepada pemulihan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat jelata.

Pada hemat saya tindakan kerajaan memperkenalkan dua pakej rangsangan ekonomi berjumlah puluhan bilion ringgit terbukti ianya suatu langkah yang tepat dan kedua-dua pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan telah benar-benar menyumbang kepada memulihkan prestasi ekonomi negara walaupun untuk mencapai kejayaan itu bukan suatu kerja yang mudah kepada kerajaan.

Saya bersetuju dengan kata Dato' Seri Najib, Malaysia berada pada landasan yang betul dalam usaha tindakan pemulihan ekonomi apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua negara mencatatkan penguncupan 3.9 peratus berbanding penguncupan 6.2 peratus pada suku tahun sebelumnya.

Kerajaan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pertama berjumlah RM7 bilion pada November tahun lalu manakala pakej kedua bernilai RM60 bilion Mac tahun ini dan tindakan itu walaupun menjadi bahan ejekan dan dipandang serong oleh pihak pembangkang terbukti menjadi sesuatu yang sangat bemenfaat kepada pemulihan ekonomi negara.

Terbukti di mana ada kemahuan pasti ada jalannya. Dengan menpersetankan pandangan negatif pembangkang memberani diri dengan penuh ketulusan mengumumkan dua pakej rangsangan yang kesemuanya berjumlah RM67 bilion, berhasil menyumbang kepada merangsang memulihkan ekonomi negara yang sebelumnya terpaksa terpalit dengan masalah ekonomi global.

Saya (yang turut terbabit dalam perniagaan walaupun pada tahap tok peraih sahaja) yakin berlandaskan slogan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, pemulihan ekonomi akan dapat dinikmati secara langsung oleh rakyat jelata dan tidak mustahil kakitangan awam akan akan mendapat bonus dan para peniaga yang menghadapi masalah keawangan dan aliran niaga yang kritikal Insyaaallah akan kembali stabil selewat-lewatnya hujung tahun ini.

4 comments:

john said...

KOMEN SOKMO-manusia jika mereka bersyukur hendaklah mereka bersyukur kepada Allah...bukan maksud bersyukur kepada manusia ataupun dengan wajib menyokong / memangkah parti pemerintah sokmo semasa pilihanraya..kalau nak kata macam tu kenapa amerika negara maju sentiasa bertambah maju sedangkan parti pemerintah sentiasa bertukar( demokratik/republikan)ambo ambik contoh amerika mugo dio amal demokrasi (walaupun kapir).Teguran yang diberi pembangkang bukan bermaksud tidak mensyukuri cuma bimbang pelaksanaan tu sampai 100% atau tidak..atau tiris ke mana2..rm67billion tu bukan sikit tapi KPI dia mcm mana (kalu dio tok suntik pitih,ambo raso anok-beranok/kroni dio paling penat mugo set2 nego belako)? PM mesti kena tunjuk positif, kalau negatif seolah2 memancung leher sendiri. Mungkin Abe li antara orang bertuah yg menerima kesan positif dan sewajarnya kenalah bersyukur kepada Allah bukan kepada Najib. Bgmn orang kebanyakan..golongan petani,nelayan dan yg bekerja sendiri..sampai ke tidak?..atau golongan umnoputra sahaja yang menerimanya....hok molek kito setuju, hok tok molek kito bangkang..kito ado pilihae (parti politik bebagai)..tu ore panggil demokrasi!

Anti Al-Liwtai Al-Juburi Al-Taiki said...

Peluang ni kita kena rebut, bukan kena tunggu nanti rezeki mari. Kerana itu kata yang di atas itu lebih mulia dari tangan yang di bawah. Jange bila ada keramaian asyik tadah jjaber minta derma.

Kawe kagum dengan Meli, bila perniagaan dalam aircond (penerbitan akhbar mingguan dan majalah bulanan) sangkut dia sanggup berniaga jual beli besi buruk. Bagi saya Meli dah amalkan suruhan nabi supaya dari menjadi peminta, lebih baik cari kayu api.

Kawe ada baca Mingguan Konsep terbitan terbaru syraikat Meli. Dalam suratkhabar tu Meli banyak cincang kerajaan dan julang pembangkang. Acu tray cuba baco teh!

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan kata Dato' Seri Najib, Malaysia berada pada landasan yang betul dalam usaha tindakan pemulihan ekonomi apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua negara mencatatkan penguncupan 3.9 peratus berbanding penguncupan 6.2 peratus pada suku tahun sebelumnya.

ewahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh abe li
kuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuat ngampu
ciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiit
tudiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa cantik punyer bodek
waduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh
wa ampu sana wa ampu sini

Bakal tukang sebat said...

Meli ampu pun apa yang dia dapat. Masih jadi pembeli dan penjual besi buruk jugak, dia bukan ada apa-apa kepentingan politik pun. Dia sendiri kata dia bukan orang parti politik.

Bagi saya apa yang Meli tulis bukan ampu, itu pandangan namanya. Tapi anda sebagai pengomen berotak masuk air, mudah prejudis. Tak untung agama, bangsa dan negara memiliki manusia seperti anda. Kalau jadi menatang (petik kata-kata Kasim Selamat) lagi baik, boleh juga disembelih, dagingnya direbus tawar cecah air asam untuk juadah buka puasa.