Kaum wanita paling banyak masuk nerara tetapi paling mudah masuk syurga
DISIRAHKAN, ketika Rasulullah s.a.w. mikraj ke langit dan diperlihatkan oleh Allah s.w.t. tentang neraka dan isinya, Rasulullah s.a.w. mendapati kebanyakan isi neraka terdiri dari kalangan wanita. Baginda diperjelaskan tentangnya.
Kepada umat baginda, Rasulullah s.a.w. bersabada: "Ada pun yang menyebabkan kebanayakan penghuni neraka itu terdiri dari kaum wanita adalah kerana ramai wanita yang menyumpah-nyumpah suami mereka".
Selepas seseorang wanita bersuami, maka ketaatannya mestilah terjurus kepada suami, malah untuk ziarah ibubapa yang wajib ditaati pun memerlukan keizinan suami terlebih dahulu. Ertinya sebagaimana dituntut taat dan sentiasa manis tutur kata kepada kedua ibubapa, maka demikian jugalah tuntutan terhadap seseorang wanita/isteri terhadap suami.
Bagaimanapun dengan kepesatan kemajuan dunia zaman mutakhir ini, wanita yang didasari oleh pendidikan yang tidak Islamik di kalangan umat Islam yang rata-rata pernah menjadi mangsa penjajahan bukan Islam, menjadikan kaum wanita tidak lagi cenderung untuk menjadi isteri yang taat kepada suami sebagai yang digariskan oleh Islam, sebaliknya wanita lebih gemar menjadi pesaing kepada lelaki, malah berjuang menuntut hak yang sama dengan kaum lelaki.
Selain dari rata-rata isteri-isteri zaman mutakhir ini yang ikut sama mahu menjadi individu berkerjaya, wujud sindrom dan wabak isteri tidak hairan dan tidak hormatkan suami, terutama bagi yang dari sudut pendidikan dan pekerjaan taraf isteri sama dengan lelaki/suami, apatah lagi kalau suaminya lebih rendah taraf pendidikan, pangkat dan kedudukannya dari isteri.
Rata-rata isteri zaman sekarang kurang hormat terhadap suami, sekali gus sanggup untuk tidak sopan terhadap suami, ekoran dari itu suami boleh diherdik dan sumpah seranah, malah akan dijadikan lawan bertengkar. Keadaan itu berlaku di kalangan isteri yang sama taraf atau isteri yang lebih tinggi taraf dari suami.
Manakala bagi isteri-isteri yang lebih rendah taraf dari suami, termasuk yang menjadi isteri sepenuh masa, mereka juga tidak terkecuali dari melakukan kekerasan terhadap suami. Umpamanya membebankan suami dengan sesuatu kemahuan yang tidak terupaya oleh suami.
Misalnya isteri meminta kelengkapan rumah, perabot, barang-barang kemas dan sebagainya sedangkan suami berpendapatan kecil, namun isteri tetap juga mendesak supaya kemahuan dipebuhi dan menyebabkan suami terguris hati.
Kerana tidak mampu, suami terpaksa tidak memenuhi kemahuan isteri, maka sang suami diherdik dan diseranah kononnya tidak memenuhi kewajipan untuk mengadakan segala keperluan yang menjadi kemahuan isteri, malah dibandingkan dengan jiran-jiran yang sama taraf atau lebih rendah taraf. kononya telah membeli perabot baru dan sebagainya.
Sikap sedemikianlah yang menyebabkan wanita atau isteri dimurkai Allah, menjadikan wanita lebih ramai menjadi penghuni neraka. Isteri memang boleh meminta sesuatu dari suami tetapi janganlah sampai membebankan suami, menyebakan akan bertambah tanggungjawab yang sedia ada dan meletakkan uami dalam keadaan terpaksa berhutang keliling pinggang.
Isteri kena mesti sentiasa bersyukur dengan apa yang dapat disediakan oleh suami dengan dipastikan apa yang disediakan adalah halal, bukannya menggesa suami memenuhi kemahuan, walaupun dari punca yang tidak halal seperti dari punca rasuah dan sebagainya.
Islam mengajar agar isteri kena sentiasa berterima kasih terhadap suami. Ini adalah kerana kewujudan suami telah memberikan ruang yang mudah untuk isteri mencapai keredhaan Allah. Wanita mudah masuk syurga sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat ketaatan terhadap suami.
Menjadi isteri jauh lebih bertuah jika dibandingkan dengan menjadi suami yang kena memimpin dan mengetuai rumahtangga. Terlalu banyak peranan dan tanggungjawab yang mesti dipikul oleh suami. Isteri tidak dituntut berjemaah di masjid tetapi bila membantu-mudahkan suami ke masjid untuk berjemaah, isteri akan dapat pahala yang sama banyak dengan suami yang berjemaah di masjid.
Nasib, sayur dan lauk pauk yang dimasak untuk suami dan anak-anak akan bertasbih untuk isteri yang melakukannya. Setiap kali kain baju yang dibasuh oleh seorang isteri/ibu berkebas dijemuran. kaian baju itu akan bertasbih untuk sang isteri. Adalkah amat merugikan bagi wanita yang memilih membasuh pakaian menggunakan mesin basuh dari menggunakan kudrat sendiri atau menggunakan khidmat orang gaji bagi menguuskan rumahtangga dan anak-anak.
Sentiasa bersedia dengan redha dijimaki oleh suami dan sentiada bersedia dan redha untuk mengandungkan benih suami adalah merupakan himpunan pahala sehinggakan seandainya mati ketika bersalin, mati sang isteri adalah syahid selagi sang isteri tidak menderhakai suami dan tidak syirik.
Punca sumber pahala yang lain bagi isteri ialah jangan memberat dan membebankan suami, yakni kena elak dari mengguri hati suami. Isteri harus sedar dan kena terima hakikat bahawa suami tidak sekadar menjadi pemimpin dan melaksanakan hak-hak yang terpikul di bahunya kepada isteri dan anak-anak atau keluarga, sehingga rezeki atau pendapatan yang diperolehinya bukan untuk dirinya sendiri dan keluarga, malah masih banyak lagi yang berhak ke atas diri dan juga harta benda suami.
Sang suaminya juga mempunyai tanggungjawab terhadap kaum keabat, jiran tetangga, fakir miskin dalam masyarakatnya yang memerlukan, juga terhadap masyarakat dan jamaah Islam, terhadap agama dan negaranya. Kesemuanya itu menuntut hak terhadap diri seorang suami.
Kewajipan itu tidak terpikul di atas bahu isteri, sebaliknya Islam mengurangkan keluasan bidang yang mesti dipikul oleh isteri, sebaliknya lebih tertumpu kepada kepentingan rumahtangga iaitu suami dan anak-anak. Walaupun isteri tidak ditegah keluar rumah, termasuk untuk mencari rezeki, namun ianya halal dan tidak ditegah oleh agama sekiranya mendapat suami.
Walaupun setinggi mana tahap ilmu milik seorang isteri berbanding dengan suami, sebagaimana setiap anak cucu Adam dilarang menderhakai ibubapa, maka isteri juga dilarang menderhakai suami, jangan enggan dikongkong suami dan dilarang memperlekehkan suami untuk apa maksud dan tujuan sekali pun, malah meninggikan suara pun tidak dibolehkan, kecuali isteri yang memilih neraka bebanding syurga!
Saturday, August 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Tubik lagi.ambo kato doh tuan guru john mesti nak abgi syurga neraka sbb masa zaman nabi adam lagi Parti Pas doh ada.nak masuk syurga kena jadi ahli Pas.tu lah senoknya puak2 tuan guru john
Tubik sokmo.ambo raso kali ni tuan guru john dapat bersetuju dgn tulisan abe meli.Kita ore tino setuju sangat2 dgn apa yag abe meli kata.tapi kadang kalu jupe to laki mcm john ni kito akan masok neraka sbb kito sokong umno
kalu kato bengong ,maroh....
letih, letih
hidup john!!!....hidup john!!!
truskan komen anda..
puok2 dio mati hujah doh belako...
PENDEK JAH-agok2 umi nga anynomous tu masuk dale kategori mano?..doh tahu nok masuk nerako gak (ambo tok kato..demo sediri kato mugo hok batil/toghut takkan menaelwn yg haq )...apo lagi..tokkan hok tu pun ambo nok ajar...pilihae di tangae demo
p/s : setuju dgn hujoh abe lie hok ni..
Post a Comment