Taman halal: umat Islam patut ambil kesempatan isi peluang
PERBADANAN Kemajuan Industri Halal (HDC) menjangka dapat menarik pelaburan asing langsung berjumlah RM500 juta melalui Taman Halal yang diadakan di seluruh negara pada tahun depan.
Naib Presiden Pembangunan Industrinya, Nicholas Shariff Collins berkata, HDC sedang berbincang dengan pihak asing terutama syarikat multinasional yang berminat melabur di Taman Halal tersebut.
Pada tahun ini, lima Taman Halal yang beroperasi berjaya menarik pelaburan melebihi sasaran RM100 juta dan untuk mencapai RM500 juta adalah tidak mustahil asalkan ada usaha yang proaktif untuk mencapai angka sasaran.
Dengan pembukaan dua lagi Taman Halal di Pengkalan Chepa, Kelantan dan di Sungai Petani, Kedah sasaran tersebut tidak mustahil akan dapat dicapai, kata Collins selepas taklimat media mengenai garis panduan pembangunan Taman Halal HDC di Petaling Jaya pada hari Khamis (4 September).
Lima Taman Halal yang beroperasi setakat ini adalah Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Pusat Halal Selangor di Pulau Indah, Taman Halal Pedas, Negeri Sembilan, Taman Makanan Halal Serkam, Melaka dan Pusat Halal Tanjung Manis, Sarawak.
Setakat ini, dua syarikat utama F&N dan Concept Amenities dari Australia akan memulakan operasi di Taman Halal yang terletak di Selangor pada tahun hadapan. HDC akan terus menggiatkan aktiviti pemasaran dan promosi untuk menggalakkan lebih banyak pelaburan luar datang dan beroperasi di Taman Halal negara ini.
Selain itu, melalui Taman Halal ini HDC akan melatih perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan menyediakan zon istimewa kepada PKS serta pelbagai insentif kepada mereka yang memarkas-operasikan di mana-mana Taman Halal.
Dalam pada itu, pengendali Taman Halal digalakkan mendapatkan status halal Malaysia (HALMAS) bagi membolehkan mereka menerima insentif yang disediakan HDC seperti pengecualian cukai dan sebagainya. Status HALMAS itu akan diberikan kepada pengendali Taman Halal yang mengikut garis panduan yang ditetapkan HDC.
Potensi pasaran produk halal semakin meningkat dengan kebanyakan mereka memerlukan produk dengan piawaian kualiti tinggi, bersih dan selamat sejajar dengan pensijilan halal.
Pasaran halal global bernilai RM4.57 trilion (AS$1.3 trilion) dan dijangka mengalami pertumbuhan digit berganda setiap lima tahun.
Usahawan-usahawan Muslim bukan sahaja patut merebut peluang tersebut tetapi juga wajar menginisiatif kelahiran bakal-bakal usahawan bagi mengisi kesempatan mengisi peluang yang boleh menjadikan mereka jutawan billioner mahu pun millioner.
Tuntutan fardu kifayah dan matlamat bagi memastikan umat Islam benar-benar menikmati produk dengan piawaian kualiti tinggi, bersih dan selamat sejajar dengan pensijilan halal patut dijadikan kata kunci bagi para usahawan Muslim tidak melepaskan peluang mengisi peluang yang rasanya terhidang di depan mata.
Pihak kerajaan juga patut mewujudkan program-program bagi membantu mempermudahkan para usahawan Muslim membina kejayaan sebagai pemain industri produk halal dan pada masa yang sama juga memprogram, merangka dan mengkerangkakan kelahiran usahawan-uasahawan Muslim baru.
Produk dengan piawaian kualiti tinggi, bersih dan selamat sejajar dengan pensijilan halal tulen tidak akan terhasil jika ianya bukan dihasilkan oleh usahawan yang benar-benar beriman dan bertakwa. Pengeluar yang bukan beriman dan bertakwa walaupun memasangkan tanda halal pada produk mereka, belum tentu ianya bersih dan suci pada kacamata Islam.
Sesungguhnya setiap orang kena makan dan minum untuk hidup, tidak ada orang yang boleh hidupo tanpa makan dan minum. Apa yang dimakan dan diminum itu pula akan menjadi darah daging. Islam mementingkan kesucian dan kehalalan bagi apa yang dimakan dan diminum kerana ianya akan mempengaruhi sikap dan kelakuan seseorang.
Justeru itu, adalah sutau yang amat malang, merugikan dan secara tindak langsung tuntutan fardu kifayah tidak ditunaikan jika dalam mengisi peluang produk halal yang begitu besar nilai dagangannya tidak direbut oleh usahan Muslim, apatah lagi kalau ianya dihasilkan oleh pengeluar bukan Muslim dengan dipasang perkataan 'halal' pada produk yang dikeluarkan.
Kelantan yang kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam sepatutnya berada pada barisan paling depan membantu usahawan Muslim di negeri berkenaan mahu pun anak-anak Kelantan Muslim yang berada di mana sahaja di samping kena diprogramkan untuk kelahiran bakal-bakal usahawan Muslim anak Kelantan.
Malah Pas sebagai parti yang kononnya perjuangannya berteraskan Islam sepatutnya memonopoli peluang industri produk halal negara supaya perjuangan parti itu tidak bersifat retorik semata-mata. Kekuatan ekonomi adalah antara faktor yang boleh menjamin kekuatan perjuangan.
Pastinya membantu mempermudahkan usahawan Muslim mengisi peluang dalam industri produk halal dan memprogramkan kelahiran usahawan Muslim baru bagi tujuan itu lebih mulia dan lebih berpahala dari asyik menadah uncang meminta derma yang tidak pernah ada koma dan noktahnya atau asyik dengan menghabiskan masa mengecam lawan berpolitik sehingga sanggup menyenarai-nerakakan pihak lawan.
Thursday, September 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
p/s:abe lie, demo desok la kerajaan pusat tu tubuh taman halal di Kelate..mudoh-mudohae MAK DO NAB FOOD INDUSTRI ado peluae getek ko guano.? Jek-jek la sikit PM 1'msia tu..dok pun jek bini dio lagi cepat!
September 4, 2009 1:05 AM
DEMO KETINGGALAN KERETAPI. TAK PAYAH DESAK, TAMAN HALAL MEMANG AKAN DIBINA TAHUN DEPAN DI PENGKALAN CHEPA. BUKAN KE PENGKALAN CHEPA TU DI KELANTAN.
JANGAN DOK MUDAH TUDUH MUGO TAK BETUL GAT. INGAT GETEK BULAN POSI NI. DEMO KATA RAKYAT DIDAHULUKAN, KRONI DIUATAMAKAN, ADO BUKTI KE. JANGE INGAT BOLEH JADI ORANG PAS GAT, BUAT BEGAPO, KATA BEGAPO, PREJUDIS LAGU MANO PUN TOK DDOSO. JANGE DOK MUDOH TERIMA BUAH ORANG DOK RAIH KALU TAKDOK BUKTI, BUAT DOSO KERING JAH.
BUKAN KE MAKDO NAB FOOD INDUSTRI TU SAYARIKAT MELI? KAWE KENAL MELI, JANGE 'KAN NAM MINTA AMBIL KESEMPATAN LAGU, ANAK DIA NAK TEMUDUGA KERJA DENGAN KERAJAAN NEGERI NAK AMBIL SURAT REKMIN TOK WAKIL PUN DIA LARANG DAN TEGAH. DAPAT KERJA KERANA REKMIN MELI KATA BERDOSO JUGOK, KALU RASO LAYAK BAKPO SURAT SOKONGAN. PENEMUDUGA TAHU ORANG YANG DITEMUDUGA SESUAI KE TIDAK DENGAN KERJA YANG DIPOHON.
KERANA ITULAH WALAUPUN BINI DIA KIRA ORANG KUAT KEPADA SEORANG EXCO, ANAK DIA TAKDOK SORANG ABUK PUN KERJA KERAJAAN, UNTUK JAWATAN BURUH MPKB PUN TAKDOK. MASO ADA ANAK DIA DITOLAK MASUK SEBUAH UNIVERSITI WALAUPUN SYARAT CUKUP, ADA KAWAN DIA YANG BERTUGAS SEBAGAI PENSAYARAH NAK TOLONG SUPAYA DITERIMA MASUK, MELI MARAH. DIA CALL PENSYARAH BERKENAAN DAN JANGAN PULA DORONG ANAK DIA BUAT DOSO. WALAUPUN SYARATNYA CUKUP TAPI DITOLAK JUGA TENTULAH PENOLAKKAN TU ADA SEBAB MUSABANYA, BAKPO DOK NAK KEHIR LAGI NYO.
KALAU DEMO NAK SURUH MELI JEK NAJIB UNTUK DAPAT PROJEK, DEMO SALAH ORANG. KAWE TAU BENAR PRINSIP MELI. KALU TIDAK DIA DAH LAMA KAYA. BEKAS TAUKEHNYA DULU TENGKU ADENAN TENGKU MANSOR. DIA JUGA ERKAWAN RAPAT DENGAN DR AZIZAN ISMAIL (SISTEM ERA EDAR) DAN BEBERAPA JUTAWAN LAGI, KALAU DIA JENIS TADAH TEMPURUNG, DAH LAMA TEMPURUNGNYA PENUH, TAPI MELI BUKAN JENIS LAGU TU.
MAAF MELI KAWE TAU DEMO TAK SUKA DEMO DIBELA TETAPI KAWE NIAT MOLEK SUPAYA ORANG ANGGAP DEMO PUN MACAM ORANG ANGGAP DEMO TU, ADA PELUANG KEBAS, KALU JEK DAN PUJI SESEORANG MAHU ADA BALASANNYA. KAWE TAU DEMO BUKAN LAGU TU
addeyyyyyyyy.......
panjang demo komen pasal meli.....kawe tahu doh meli ni bagusss....
sabit tu kawe suruh dio wak parti sendiri tu.....oghe lagu ni la hok kito nok wak jd pemimpinnyo.....
mugo abe meli oyak doh, dio bukey oghe UMNO...pastu dio pn bukey oghe PAS jugok....maknonyo nok oyak wi...PAS xbetul, UMNO pn xbetul......
tertarik dengan dengan komen demo......
"JANGAN DOK MUDAH TUDUH MUGO TAK BETUL GAT. INGAT GETEK BULAN POSI NI. DEMO KATA RAKYAT DIDAHULUKAN, KRONI DIUATAMAKAN, ADO BUKTI KE. JANGE INGAT BOLEH JADI ORANG PAS GAT, BUAT BEGAPO, KATA BEGAPO, PREJUDIS LAGU MANO PUN TOK DDOSO. JANGE DOK MUDOH TERIMA BUAH ORANG DOK RAIH KALU TAKDOK BUKTI, BUAT DOSO KERING JAH.".....
demo nok sengoti ko..???
mari sini sini kawe wi atas dahi..
"1. Di waktu mesyuarat bahagian-bahagian UMNO diadakan untuk mencalon calon-calon bagi Majlis Tertinggi UMNO, pengerusi Lembaga Disiplin (Tengku Ahmad Rithaudeen) telah menyatakan yang beliau telah terima lebih 900 aduan berkenaan rasuah dalam pencalonan.
2. Orang ramai tertunggu-tunggu untuk mendengar tentang siasatan dan tindakan yang diambil terhadap mereka yang terlibat.
3. Sekarang Mesyuarat Agong yang akan memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi akan diadakan tidak lama lagi. Tetapi tidak ada apa-apa pun kedengaran berkenaan 900 aduan tersebut.
4. Apakah semua 900 aduan ini sudah didapati tidak berasas dan tidak ada salahlaku oleh sesiapa? Apakah pemilihan calon Majlis Tertinggi bersih seperti kain putih?
5. Sekarang kita dengar pula tentang sogokan kepada perwakilan yang akan hadir di Mesyuarat Agong yang akan undi dan tentukan siapa yang akan pegang jawatan apa di dalam parti. Katanya ratusan ribu diberi kepada perwakilan. Benarkah?
6. Takkanlah semua cerita yang didengar tidak berasas?
7. Wakil-wakil boleh disogok dan mereka boleh beri kemenangan kepada orang yang sogok mereka.
8. Tetapi ingat. Rakyat sedang memerhati tingkahlaku UMNO dan pemilihan yang akan dilakukan.
9. Jika pada Mac 2008 ramai rakyat termasuk juga ahli-ahli UMNO yang kecewa telah undi parti lawan, jika mereka lihat UMNO sudah diambil-alih oleh perasuah, dalam Pilihanraya Umum ke-13 mereka ini akan sekali lagi undi parti lawan.
10. Ingatlah undi ahli-ahli UMNO atau BN sahaja tidak mencukupi. Undi orang yang bukan ahli, walaupun sedikit boleh menentukan siapa menang dan siapa kalah.
11. Kali ini perwakilan terima wang sogokan. Tetapi apabila UMNO dan Barisan Nasional kalah, tidak jadi Kerajaan, bukan sahaja tidak ada lagi peluang tetapi apa yang ada pada perwakilan pun akan tercicir.
12. Saya sinis dan tidak percaya barang seorang pun akan didapati bersalah. "-tun dr mahathir mohamad
-http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/rasuah-umno-2.html-
p/s- demo kalu nok nnipu oghe kapong bulehla.......mugo jenis puok2 demo doh, kaki pusing!!!!
patutpun nickname demo pelik..baru kawe tahu...
oghe psychology kato
"tulisan seseorang itu menggambarkan apa yg ada dalam kepalanya"
bahasa mudohnyo "jenis otak cemar!!!!"
8. Tetapi ingat. Rakyat sedang memerhati tingkahlaku UMNO dan pemilihan yang akan dilakukan.
DEMO PUN KENA INGAT, RAKYAT SEDANG PERHATI TINGKAH LAKU PAS/PR, MACAM MANA SEBELUM DAN SELEPAS PERINTAH BEBERAPA BUAH. BEGAPO SUMBANGAN PAS/PR KEPADA NEGARA SELAIN DARI RETORIK DAN ANGAN-ANGAN. APAKAH KELANTAN YANG DAH DIPERINTAH SELAMA 20 TAHUN DAN KEDAH, PULAU PINANG SERTA SELANGOR, NEGERI-NEGERI BERKENAAN LEBIH MOLEK DARI NEGERI-NEGERI YANG DIPERINTAH UMNO/BN.
BERAPA ORANG TAK WALI YANG BERJAYA LAHIRKAN DI KELANTAN. KES BUNCIT TENGAH TERUS MENINGKAT, PERLAKUAN JENAYAH, RAGUT, SALAHGUNA DADAH, PENTELUDUPAN DAN MACAM-MACAM MENONJOL. BETUL BANYAK BANGUNAN TUMBUH, TERUTAMA DI LEMBAH SIREH, TAPI BUKAN PAS BUAT, PAS CUMA AMBIL KOMIYEN. YANG BUTANYA CINA, KERANA KOMISNYEN SANGGUP MEMBERAMBUS PARA PENANAM SAYUR SEJAK TURUN TEMURUN. KAWASAN MELAYU CARI MAKAN, MENJADI KAWASAN ORANG LAIN TIMBA KEKAYAAN, MELAYU HANYA TELAN TAHI GIGI, PALING BISO PUN JADI KULI.
P/S: Demo orang Pas/PR bukan tipu tapi kelentong, siap hujah Quran dan Hadis lagi.
Nama tak molek lebih baik dari perut dan mulut busuk, jadi tempat iblis dan syaitan berkubang, mudah benar burukkan dan prejudis terhadap orang dengan memalaikat diri sendiri.
mari kita tengok......
"BERAPA ORANG TAK WALI YANG BERJAYA LAHIRKAN DI KELANTAN. KES BUNCIT TENGAH TERUS MENINGKAT, PERLAKUAN JENAYAH, RAGUT, SALAHGUNA DADAH, PENTELUDUPAN DAN MACAM-MACAM MENONJOL"
kawe balas guna hujah demo jah...
"JANGAN DOK MUDAH TUDUH MUGO TAK BETUL GAT. INGAT GETEK BULAN POSI NI"
kito kalu bahas, guna fakta jangan guna emosi..kalu dey otak cemar gak, nulih pun ngarut la.......
kawe nok wi fakta sikit ko demo..
dadah(1988-2005)- kelantan negeri yang ke-7 paling ramai penagih dadah dibelakang.....
-6-selangor(dulu umno ),
-5-kedah(dulu umno ),
-4-perak(dulu umno ),
-3-johor(umno)
-2-kuala lumpur(dulu umno )
-1-p.pinang(dulu umno )
demo buleh rujuk sini..
http://pemadam.org.my/cda/m_fakta/fkt_sta_penagihan.php
jenayah-.....kadarjenayah di kelantan adalah ketiga TERENDAH di Malaysia
demo buleh rujuk di sini
"http://www.opensubscriber.com/message/perakan@yahoogroups.com/4524013.html"
sekali lagi, kawe pinjam hujoh demo..tp kawe ubah sikit...
"JANGE INGAT BOLEH JADI ORANG UMNO GAT, BUAT BEGAPO, KATA BEGAPO, PREJUDIS LAGU MANO PUN TOK DDOSO. JANGE DOK MUDOH TERIMA BUAH ORANG DOK RAIH KALU TAKDOK BUKTI, BUAT DOSO KERING JAH."
hehhehehe....kalu oghe bersilat, dio kato....SENJATA MAKAN TUAN..
kito ni hidup jangan jadi jumud...
jumud tu bahasa arab, bahasa melayu oghe panggil "katak bawah tempurung"......bahasa kelantan oghe panggil "darat"....
"BETUL BANYAK BANGUNAN TUMBUH, TERUTAMA DI LEMBAH SIREH, TAPI BUKAN PAS BUAT, PAS CUMA AMBIL KOMIYEN. "
-klcc tu syarikat melayu ko buat????
-kl tower syarikat melayu ko buat?????
-terowong SMART syarikat melayu ko buat?????
untuk kali ketiga kawe guna hujoh demo...
"KAWASAN MELAYU CARI MAKAN, MENJADI KAWASAN ORANG LAIN TIMBA KEKAYAAN, MELAYU HANYA TELAN TAHI GIGI, PALING BISO PUN JADI KULI."
last sekali..hok mano kawe raso ayat demo ni xkeno....
"Nama tak molek lebih baik dari perut dan mulut busuk"
pasal nabi sebut..........
“Sesungguhnya kamu dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, dari itu elokkanlah nama-nama kamu.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)
Rasulullah pernah menukarkan nama anak perempuan Umar al-Khattab daripada Ashiyah yang bermaksud penderhaka kepada Jamilah bererti cantik
p/s-oleh itu tukarla namo....malu kokghe....
KOMEN AMBO-
kepado - Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki (kawe tok type nama ni paka cut n paste jah..buae maso nga pahalo nnaip). kawe raso demo tentero upahae penegak kebatilan tgk namo tahu doh..srupo blog bn parpu kari..ni geng2 dio la ni..
kepado mamaman..hujah demo mantooop..tapi kalu nga geng2 ni (biru karat) kadae2 bodo alik kito dok layae dio..apopun kito bg hujah sekali berkalo biar set2 dio x puas hati!..hok batil takkan menae denga yang haq.
Post a Comment