Selarikan 1Malaysia dengan al-Quran adalah langkah terbaik
JIKA diselarikan gagasan 1Malaysia dengan al-Quran dan Hadis, maka tidak ada sebab untuk ianya ditentang, termasuk oleh kalangan bukan Islam kerana Islam yang rujukan mutlaknya adalah al-Quran dan Hadis bukan sahaja untuk kesejahteraan makhluk bernama manusia tetapi juga untuk memberi rahmat kepada semua makhluk di langit dan di bumi.
Islam bukan agama paksaan, sesiapa pun boleh memilih Islam atau menolaknya tetapi Allah dan Rasul-Nya telah nyatakan dengan jelas bahawa mereka yang Islam, beriman dan takwa sahaja akan masuk syurga manakala yang menolak Islam akan dicampak ke neraka. Sikap tamak umat Islam yang hanya mementingkan keislman sendiri tanpa ada usaha yang benar telus dan tulus untuk menerangkan apa itu Islam kepada bukan Islam menjadikan bukan Islam fobia dan gabra dengan Islam.
Apatah lagi apabila ada umat Islam boleh menentukan syurga-nerakanya sesama Islam hanya berdasarkan fahaman politik yang didukung dan disokong, menyebabkan kalangan bukan Islam keliru dan melihat bahawa Islam berpuak-puak sifatnya walhalnya Allad Rasul-Nya umat Islam adalah bersaudara tanpa mengira warna kulit dan batas sempadan negara.
Kalau sesama Islam pun boleh bertelagah, boleh tidak bersatu untuk meningkatkan kualiti perpaduan di samping meningkatkan kualiti keislaman, keimanan dan ketakwaan, macam mana kalangan boleh terima dengan dada dan minda yang terbuka teori perpaduan, termasuk gasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh seorang pemimpin dan tokoh beragama Islam tetapi dari parti yang didakwa oleh parti dukungan tokoh Islam yang lain bahawa penyokong parti penggagas 1Malaysia itu tidak boleh masuk syurga.
Sehubungan dengan itu perang anti tohmahan berbau politik bersenjatakan Islam yang disalahgunakan patut dilancarkan atas nama Allah dan Rasul-Nya serta demi kesucian al-Quran dan Hadis supaya akhirnya umat Islam benar-benar bersatu untuk melayakkanya menganjurkan jalinan perpaduan dan toleran luar-dalam dengan kalangan bukan Islam.
Agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan agensi-agensi yang seumapamnya, termasuk jabatan-jabatan Mufti serta badan-badan dakwah patut menyertai perang bersenjatakan hujah dan dalil al-Quran dan Hadis. Harus diingat kalau sesama Islam berpecah belah, secara tidak langsung tidak ada asas untuk mengajak kalangan bukan Islam bersatu.
Itu yang patut diterapkan-teraskan dalam 1Malaysia, mempersatu dan mempersefahamankan antara sesama Islam dahulu, sesuai dengan status negara ini yang beragama-resmikan agama Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan negara, barulah menganjurkan formula kebersatuan dan kesefahaman dengan kalangan bukan Islam supaya keamanan yang dinikmati di negara itu terus terpelira.
Sepatutnya ilmu-ilmu al-Quran dan Hadis bukan sahaja diajar kepada kalangan yang sudah Islam pun Islam tetapi juga kepada kalangan bukan Islam jika ada kalangan bukan Islam mahu mempelajarinya tetapi hendaklahlah berteraskan bukan atas nama paksaan. Rasanya tidak salah kalau kalangan bukan Islam dipilih-sertakan mengikuti kelas-kelas al-Quran dan Hadis atau pun diadakan program khusus untuk penghafalan, terjemahan dan pentafsiran al-Quran dan Hadis kepada kalangan bukan Islam yang berminat.
Sekurang-kuragnya bila faham apa yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis, mereka akan faham betapa hormatnya Islam kepada kalangan bukan Islam selagi mereka tidak menjahati Islam dalam secara mental dan fizikal. Paling penting, dalam konteks Malaysia kena dikikis samasekali tanggapan dan kepercayaan tradisi bahawa Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu kerana hakikatnya Islam bukan hakmilik orang Melayu tetapi Islam adalah untuk semua makhluk di langit dan dibumi.
Saya bersetuju, malah manusia Islam Malaysia yang telus dan tulus kena bersetuju dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa pemahaman yang jelas mengenai inti pati al-Quran amat penting dalam usaha kerajaan membina sebuah negara bangsa yang utuh dan disegani melalui gagasan 1Malaysia, yang mana pemahaman yang betul akan dapat memacu peradaban dan memartabatkan tamadun bangsa, seterusnya membersihkan persepsi negatif kalangan bukan Islam terhadap agama dan umat Islam.
Tidak boleh dinafikan bahawa al-Quran diturunkan di antaranya bertujuan untuk memperbaiki keadaan manusia dan juga sebagai petunjuk ke jalan lurus yang diredai-Nya.
Melalui pemahaman yang betul, al-Quran mampu memperkasakan sesebuah bangsa dan negara termasuk masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Teori perpaduan yang sejagat sifatnya sudahpun sedia tergaris dalam al-Quran dan Hadis, kita sebenarnya tidak perlu pun sakitkan kepala mencari, memikir dan membina perpaduan kerana yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis releven hingga kiamat.
Petikan Surah Sad, ayat 29 yang antara lain bermaksud: "(Al-Quran) ini sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar" adalah sangat tepat jika mahu direalitikan agar gagasan 1Malaysia diselarikan dengan al-Quran dan juga Hadis, malah selarikan 1Malaysia dengan al-Quran dan Hadis adalah suatu langkah yang tersangat dan teramat baik, usaha untuk merealisasikan menjadikannya sebagai suatu kenyataan kena disegerakan.
Monday, September 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
masalahnya nyo BeLi...nak ke puak najib serikan dgn Alquran...ai...xtr pk ambo..kalau dia guna dah ambo sdri sokong..mslhnya BeLi xleh nak pk benda yg xtahu butir lagi...takat nak bayang Umno guna quran ambo xleh trima hujah Beli...
Kita kena pandu Umno ke arah mengislamikkan dasarnya. Keupayaan Umno sebagai leader kepada BN dalam memacu pemerintahan negara ini selama 52 dua tahun yang lampau tidak boleh dinafikan. Kalau PR ganti tempat Umno/BN belum tentu negara boleh menjadi lebih baik kerana pemerintahan dan pentadbiran memerlukan pengalaman.
Cakap dan angan-angan memang mudah belaka. Kita tengoklah apa yang jadi di negeri-negeri yang Allah takdirkan PR memerintah. Jangan kerana bunyi guruh dilantik kita mahu curah air di tempayan. Kita kena lihat tanpa bias politik, kena telus dan tulus.
Bagi saya Umno/BN perlu dikekalkan pada kedudukannya tetapi rakyat kena menuntut agar dasarnya diislamikkan. Sejak era pemerintahan Pak Lah, saya tengok sudah ada ciri-ciri ke arah itu dan Najib sedang mahu menyambungnya.
Saya setuju dengan tulisan pengelola blog ini sebelum ini bahawa penolakkan cadangan kerajaan perpaduan gagasan Haji Hadi adalah suatu kesilapan besar kepada politik orang Melayu Islam di negara ini. Idea/gagasan yang baik dan bernilai lebih mahal dari emas permata terkorban oleh keegoan seorang tokoh yang pada saya terlalu 'perasan' kerana tidak ada yang sanggup tegur, semuanya taksub dan fanatik dengan apa yang beliau kata tanpa disedari bahawa beliau orang politik yang mahu tidak mahu ada kepentingan politik.
Saya tabik, teruja dan hormati pengelola blog yang nampaknya terus memainkan peranan ke arah mahu agar Umno/BN kekal memerintah tetapi Umno kena diIslamikkan. Beliau semacam boleh membaca betapa nanti rakyat negara ini akan kesal tidak sudah sekiranya kerajaan bertukar tangan.
Idea sebesar pengelola blog ini jarang menjadi fokus para pengendali blog di negara ini. Saya dan rakan-rakan seuniversiti sering memantau blog ini dan kami sering berbincang dan mencedok intipatinya.
Sayang benar kalau idea-idea besarnya dibiarkan dan tidak diekspolitasi untuk direalitikan. Postingnya kali ini amat bernilai dari sudut akademiknya walaupun pengelola blog ini sering mengaku beliau bukan orang akademik. Bagi saya beliau adalah anugerah kepada kehidupan era ini
Saya bersetuju dengan cadanagan ini, hanya saya minta agar perlaksanaannya tidak didahulukan dengan kempen besar-besaran macam 'Islam Hadhari' - indah khabar dari rupa.
Perlaksanaan Islamik oleh TMM dulu agak 'subtle' dgn Perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Dinar Emas utk negara-negara Islam - kesannya kepada seluruh warga Malaysia.
Jika ade kesungguhan dari pihak atasan, insyallah berjaya.
Nani Cheras
Saya menyokong tulisan abe be dan beberapa pengunjung blog ini. Tetapi abe li, profesor tua (lama?) itu semua macam angan-angan, atau mungkin hanya ayat orang bercinta saja bunyinya. Dalam persilatan, kalau nak lambat kalah bila bertarung, kenali langkah dan jenis silat lawan, lalu kita hayung langkah yang sama, pasti lambat kalah, walaupun sebenarnya dan hampir kalah.
Saya melihat gaya UMNO dan pemimpinnya hanya pandai bercakap untuk menyedapkan telinga pendengar di hadapannya sahaja.
Macam seorang tua di hujung kampung, kerjanya menoreh getah pawah, pergi balik kerja berjalan kaki, lalu dia bercerita di hadapan Pembeli Getah bahawa dia akan membeli sebuah kereta Mercedes Brabus, orang kata sedap naik, lebih sedap dari Van Hilux yang tokeh getah bawa masuk kampung.
Cerita penoreh getah itu, tidak pulak nak kita nafikan kemungkinannya, TETAPI jalan, cara, gaya, kelibat, layak atau tidak, kesungguhan, usaha, kesedaran kearah itu belum ditemui.
Saya ulangi BELUM DITEMUI.
TUPAE SEKAKI- quote abe li
"Saya bersetuju, malah manusia Islam Malaysia yang telus dan tulus kena bersetuju dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa pemahaman yang jelas mengenai inti pati al-Quran amat penting dalam usaha kerajaan membina sebuah negara bangsa yang utuh dan disegani melalui gagasan 1Malaysia, yang mana pemahaman yang betul akan dapat memacu peradaban dan memartabatkan tamadun bangsa, seterusnya membersihkan persepsi negatif kalangan bukan Islam terhadap agama dan umat Islam"
-artikel ke-6 (lebih tok tahu,kure dok rasanya) yang ambo jupo abe lie puji tok jib secara direct. ambo raso lo ni apo2 cetusan idea dari tok jib akan diulas secomel-comelnyo oleh abe li. ambo raso tok jib keno ambik abe li sebagai SU akhbar dio, dok pun tok jib keno tahu peranan abe lie ni dalam menyampaikan mesej dakwah 1 malaysia.
-merujuk kepada petikan di atas, comel dan sedap bunyinya..50%setuju mengenai pemahaman..50%lagi dok mano?..haa baiklah...setakat pemahaman sajo tok jadi ke barae. 50%lagi pelaksanaannyaaaaaa! 'ilmu tanpa amal=sia-sia.' tak pe teruskan abe li supaya pemahaman ini akan disusuli dengan pelaksanaannya..dan sebaik-baik pelaksanaan hendaklah dimulakan dengan pemimpiiiiiin.
p/s-tunggu abe li ulas pasal tok jib bui RM8.9juta di k.krai dan berita mengenai salam tok jib nok suruh umno baik dengan parti pas.
Nak tukar kerajaan bukan tak boleh, amalan demokrasi memboehkannya. Kalau dirasakan itu yang terbaik silakan, malah majoriti rakyat kena sokong.
Cuma kena ada kebimbangan, apa kata kalau kerajaan baru nanti kualitinya akan hanya indah kata dari rupa sahaja. Nak patah balik tentu mustahil. Kalau lebih baik memang moleklah. Macam macam kalau sebaliknya.
Saya setuju dengan satu posting pengendali blog ini bahawa menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang. Samalah apabila kita turun padang, baru kita tahu bahawa bermain bolasepak tidak mudah. Sebagai penonton kita kritik macam-macam.
Pembentukkan kerajaan bermakna menyerahkan masa depan negara dan bangsa kepada pihak yang diberi mandat oleh rakyat. Pertukaran kerajaan di Thailand dan Indonesia contohnya menjadikan usia-usia kerajaan yang ditubuhkan tidak panjang, pasti kerana kualitinya gagal mengatasi kualiti kerajaan yang terdahulu.
Keghairahan mahu menukar kerajaan, tidak mustahil kita pun boleh jadi mcam Thailand dan Indonesia. Kerana itu saya rasa adalah lebih baik kalau kerajaan yang ada dikekalkan tetapi kena di Islamikkan.
Untuk maksud itu, maka kerajaan memelukan pembangkang seperti Pas, bukannya pembangkang seperti PKR atau DAP. Kerajaan yang ada memerlukan pandangan, teguran, saranan dan kritikan membina yang berteraskan Islam.
Ini sekadar pandangan saya. Penjenguk blog ini boleh setuju dan juga boleh tidak setuju dengan saya. Sebagaimana pengendali blog, saya juga tidak berparti politik.
WARKAH NI UTK pemudacakna
KURANG dua minggu selepas harga minyak mencecah paras tertinggi sebelum krisis kewangan sejagat pada suku ketiga tahun lalu, ia mula merosot semalam.
Tiga syarikat minyak semalam menurunkan harga petrol sebanyak enam sen seliter, dengan syarikat keempat mengurangkannya sebelum 1 petang semalam.Harga petrol sebelum ini melepasi paras $2.
Dengan pemotongan itu, harga seliter petrol gred oktana 98, 95 dan 92 masing-masing kini dijual $1.92, $1.787 dan $1.737 sebelum diskaun.
Harga diesel pula $1.263 seliter sebelum diskaun.
Syarikat Caltex, Shell dan Singapore Petroleum Co menurunkan harga petrol dan diesel itu pada sebelah pagi menyusuli kemerosotan harga minyak mentah minggu lalu sementara ExxonMobil menurunkan harga minyaknya sekitar 12.45 tengah hari.
Selepas harga minyak mentah mencecah AS$74 ($111) setong, komoditi itu merosot minggu lalu kepada AS$68.
Penurunan harga minyak semalam ialah yang tertinggi tahun ini.
Straits Times Singapore..
Macamana skrg
pemudacakna
Dollah Patriotik
Anonymous
Che Joh Riffin
ini fakta bukan auta tau
Apa pulak alasan Ismail Saberi tu kali ni ya???
eleh mesti jawab minyak kita lebih muroh dari Timor LESTE ,Papua New Guine,Cayman Island, Somoa , Chad.Djiuboti,Tahiti,Mongolia eehh sensor tuu dan alik siam
assalamualaikum...
kenapa kita perlu menjadi bangsa malaysia yang penakut.....
kita ada demokrasi.... gunakannya...
kalau inilah cara kita berpolitik...maka jangan harap kita boleh menang berpolitik dengan singapura, indonesia, thailand, dll
tentang quote yang mengatakan hanya UMNO sahaja mampu memerintah Malaysia adalah satu pemikiran bangsa yg dijajah.....
sewaktu malaysia menuntut kemerdekaan dari british...tentu kita pernah mendengar suara2 seperti ini....
"bagaimana kita hendak mentadbir negara sedangkan kita orang melayu jarum pun xmampu buat..."
cuba kita fikirkan jika pemimpin2 terdahulu terpengaruh dengan pemikkiran sebegini....di mana kita sekarang???
zaman sekarang pun ada manusia yg berfikiran begini......
p/s- "sejarah adalah perkara yang berulang"
Bila umno bercakap tentang nak amalkan/laksanakan Islam berdasarkan al Qur'an .... terasa macam ayat2 mitos /penglipura para pempimpinnya sejak awal merdeka lagi .... Lips Service saja! Mockery ... retorika .. slogan2 pilihan raya, ....
Masih suka diperbodohkah lagi wahai rakyat semua?
Kenapa kalau Umno nampak kecenderungan kepada Islam, lalu dikatakan suatu mitos, nampak retorik?
Samalah bila Umno bekerjasama dengan MCA, MIC dan sebagainya, kononnya bekerjasama dengan orang kafir dan wajib ditentang.
Bila Pas/PR cakap tetapi tidak buat pun tentang Islam, semuanya percaya, bukan retorik dan bukan mitos walaupun pada pemerintahan Pas di Kelanan misalnya,patung kijang dibuang tetapi paung-patung berhala yang melepasi pucuk nyior dibina dan sedang dibina, malah pusat-pusat ibadat penganut Buddha bertambah besar.
Bila Pas kerjasama dengan DAP yang terang-terang anti Islam, halal pula, kononnya Islam dibolehkan dengan sekian-sekian hujah untuk halalkan apa yang Pas/PR buat. Kononnya undi Pas baru layak masuk syurga lagi, sokong Umno tak boleh masuk syurga.
Kenapa keadaan itu berlaku? Sebab kepala otak sudah tersumbat dengan pemBERHALAANan sesama manusia. al-Quran dan Hadis tak dirujuk, pakai dengar apa yang tokoh yang kononnya alim dan mulut masin cakap sehingga lupa peringatan Rasulullah s.a.w. bahawa umat baginda tidak akan sesat selagi al-Quran dan Hadis dijadikjan rujukan. Baginda tidak suruh berBERHALAkan kepada mana-mana tokoh. Sindrom mempercayai orang Pas alim, tokoh Pas mulut masin dan layak masuk syurga, orang Umno dan penyokong Umno masuk neraka belaka sedang merebak dengan meluas dan boleh mengancam akidah.
Ketahuilah bahawa ada tokoh-tokoh yang lebih besar serbannya, yang lebih panjang janggutnya, yang siang dan malangnya dihabiskan dengan beribadat kepada Allah, malah kerana mustajab doanya menyebabkan Nabi Musa boleh sesat di padang pasir, mati masuk neraka.
Bapa syaitan dan iblis asalnya ahli syurga yang warak, tetapi menjadi ahli neraka kerana sikap dan perut pedalnya, kerana sombong, bongkak dan riaknya.
Umno yang sudah bina masjid di seluruh negara, yang di Jabatan Perdana Menteinya sudah ada Bahagian Hal Ehwal Islam, yang wujudkan JAKIM, IKIM, yang wujudkan Tabung Haji, yang membiayai PERLKIM, pusat-pusat tahfiz dan macam-macam lagi kenapa bila mahu memertingkatkan tahap keislamiksmenya boleh dianggap retorik dan mitos? Kalau Umno tak minat Islam, masjid dan surau akan dibina ala kadar tetapi gereja dan patunng besar seperti di Kelantan akan dibina.
Dulu pasang ambar tokoh-tokoh Umno di mana-mana dianggap memperto'kongkan tokoh yang gambarnya dipamerkan. Di Kelantan cuba tengok di mana sudut dan persimpangan jalan yang tidak kelihatan pemasangan gambar BNik Aziz, apakah ianya tidak bersifat memperto'kongkan Nik Aziz?
Bagi saya menghalang hasrat Umno atau apa-apacadangan supaya Umno lebih Islamik lagi adalah penentang kepada kerja-kerja Islamisme sebagai yang pernah dilakukan oleh Azazil.
Ingatlah peringatan nabi bahawa akan ada segolongan umat baginda yang menyangka sedangkan melakukan pekejaan ahli syurga sebenarnya sedang melakukan pekerjaan ahli neraka dan ada yang diangka melakukan perbuatan ahli neraka sebenarnya melakukan perbuatan ahli syurga.
Orang yang bkan Islam pun didakwah supaya masuk Islam (melalui PERKIM umpamanya ini 'kan pula yang sudah Islam dan ingin meningkatkan kuali keislaman, iman dan takwa kenapa mesti dipandang penuh prejudis, diangap retorik dan mitos. Jangan tamak dan bimbang takut kalau orang Pas/PR cenderung untuk jadi lebih Islamik,lebih matnppa iman dan takwanya maka syurga akan jadi sempit dan tak selesa untuk orang Pas yang kononnya akan masuk syurga bekaka kerana jadi ahli dan sokong Pas. Syurga itu luas, ianya tetap muat walaupun semua manusia sejak Nabi Adam a.s. hingga mereka yang lahir pada saat berlakunya kiamat masuk syurga belaka sekali pun.
Post a Comment