Tuesday, September 8, 2009

MUNCUL KEMBALI (376)

Saya tidak campuri urusan isteri saya

MUNGKIN sukar untuk orang lain percaya bahawa saya dan isteri tidak pernah berbincang hal-hal parti politik di rumah, tetapi itulah hakikatnya. Isteri saya juga tidak penah maklumkan ke mana dia pergi setiap hari kerana saya telah memberi keizinan secara pukal untuk kerja-kerja politik. Lagi pun kalau saya sedang buat kerja (sedang berada di depan komputer) saya tidak suka diganggu.

Saya tahu masyarakat keliling melihat dan menganggap saya sebagai suami dayus kerana isteri boleh pergi ke mana sahaja yang beliau suka tidak kira siang atau malam. Saya tak pernah tanya siapa yang hantar dia pulang bila selesai mesyuarat pada waktu jauh malam misalnya. Lagi pun untuk apa saya perlu sekat kerana beliau yakin beliau berjuang untuk parti Islam.

Tentulah orang dalam parti yang disertainya, sama ada lelaki atau perempuan memiliki displin berteraskan Islam. Kalau berlaku kes-kes yang tidak sepatutnya, bermakna Islam dipersendakan dan bila Islam dipersendakan, maka sendiri mahu ingatlah apa padahnya. Kalau isteri saya tergamak melakukan perkara yang tidak baik, termasuk kononnya ada mesyuarat tetapi melencong ke lain, saya tak apa-apa, dia yang akan berdosa kerana tidak jujur dengan saya.

Memang saya tahu dalam Pas ada berlaku kes isteri yang meminta cerai dengan suami kerana tergila-gilakan lelaki miang yang kononnya muslimin dalam perjuangan, malah pernah ada seorang isteri yang kalau tak silap saya ketua muslimat Pas kawasan di Kelantan ditangkap berkhalwat dengan ketua dewan pemuda Pas (sudah beristeri) di kawasan yang sama di Cherating, Pahang.

Semasa saya menjadi ketua biro Harian Watan dulu saya disaman kerana melaporkan kes itu. Salahnya kerana saya menyebut yang ditangkap itu ketua muslimat dan ketua dewan pemudaha, walhal ketika laporan itu dibuat kedua-duanya sudah digugurkan dari jawatan masing-masing. Sepatutnya saya sebutnya dengan 'bekas'.

Dengan membiarkan isteri keluar tidak kira siang dan malam apakah saya tidak khuatir perkara yang sama akan berlaku kepada isteri saya?. Jawabnya saya tidak khuatir kerana bagi saya apa pun yang akan terjadi telah sedia terskrip dalam suratan dan takdir-Nya. Saya tidak ada keupayaan untuk merubah suratan dan takdir-Nya.

Saya berpegang kepada prinsip bahawa saya tidak pernah curang kepada isteri saya sebagai suami dan saya berharap beliau juga tidak curang sebagai isteri di samping tidak akan menyalahgunakan keizinan yang saya berikan secara pukal. Kalau dia curang pun, saya tidak rugi apa-apa tetapi dia kena tanggung dosanya dengan Allah. Dia boleh tipu dan kelentong saya tetapi tidak boleh tipu dan kelentong Allah.

Sebagaimana saya sentiasa berserah diri kepada Allah, maka saya juga menyerahkan isteri saya dan anak-anak kepada-Nya untuk ditentukan akan bagaimana jadinya dalam merealisasaikan minat dan kecenderungannya berparti politik bagi anak-anak dan sebarang bidang yang diminati oleh anak-anak.

Kalau isteri tidak ada di rumah dan tidak ada makanan terhidang kerana mungkin beliau tidak sempat untuk itu, saya akan masak sendiri. Itu rutin saya.

Saya pernah terima SMS dari seseorang yang semacam memerli saya, apakah saya tidak rasa dayus dan malu kerana makan hasil titik peluh isteri yang keluar siang malam cari wang sedangkan saya bertumas di rumah tidak buat apa-apa. Malah ada yang SMS kata isteri saya ada gewan di kalangan muslimin Pas.

Sebenarnya berada di rumah bukan bermakna saya tidak bekerja kerana kerja saya boleh dibuat di mana-mana sahaja. Sambil memancing dan memukat ikan pun saya boleh bekerja. Duduk di kedai kopi atau di mana-mana sahaja pun saya boleh bekerja, asal tidak tidur maka saya dalam bekerja.

Mana mungkin saya makan hasil titik peluh isteri. Elaun sebagai penghulu bukannya berjuta, malah beribu pun tak sampai. Sebenarnya setiap bulan RM1,500 hasil titik peluh saya, dimasukkan terus ke akaun isteri saya untuk perbelanjaan-perbelanjaan perlu.

Hanya itu yang saya mampu sediakan pada waktu ini. Untuk hidup secara serba ala kadar di Kota Bharu, jumlah sebanyak itu rasanya sudah cukuplah.

Saya tidak pernah tahu dan tidak pernah bertanya berapa elaun isteri saya sebulan sebagai seorang penghulu tetapi saya yakin jumlahnya tidak sampai seribu. Maknanya menganggap saya memakan hasil titik peluh isteri adalah tidak kena dan bersifat fitnah serta prejudis.

Yang pasti isteri saya tidak pernah terpaksa jual kueh untuk dapatkan rezeki umpamanya yang mana ada isteri-isteri aktiviti Pas terpaksa lakukan perbutan itu untuk dapatkan wang, sekurang-kurangnya untuk tampung belanja dapur, di samping aktif sebagai muslimat parti.

Tentang dakwaan isteri saya ada gewan tu saya tidak mahu komen, malah saya tidak pernah pun tanya beliau tentang hal-hal sedemikian bila menerima SMS mengenainya. Bagimanapun banyak dinding, tiang dan segala isi alam menjadi mata dan telinga saya.

Yang saya tahu sebagai suami saya izinkan dia untuk aktiviti-aktiviti parti politik yang didukung dan disokong, kalau dia melencong ke lain, mahu tidak mahu dia kena tanggung dosanya dan kena segera bertaubat nasuha.

Saya bangkitkan ini ekoran dari komen yang dihantar oleh penjenguk blog saya bersifat menyinggung peribadi saya sebagaimana berikut;

Anonymous said...
Abang Meli sedap berkukok alah kok rang. Isteri Abang Meli (Penghulu Wanita) kesayangan YB Dato' Anuar Tan kerana kerja kuat. Sekarang YB Dato' Anuar Tan akan beri pulok rumah Dhuaafat kepada isteri Abang Meli, bunyi katonya. Betulke???Rumah Dhuaafat tu untuk orang miskin yang tak berumah. Abang Meli dan keluarga sememangnya layak mendapatkan sebuah rumah subsidi kerajaan Kelantan sebab tidak berumah.
September 7, 2009 8:05 PM .

Saya tidak cukup faham dengan untaian kata 'Abang Meli sedap berkukok alah kok rang'. Untuk makluman dalam kawasan DUN Kota Lama bukan isteri saya sahaja penghulu wanita. Ada seorang lagi rakan sejawatnya dan kebetulan rumah kami berdekatan.

Saya tidak tahu apakah isteri saya penghulu wanita kesayangan YB Dato' Anuar Tan atau tidak. Beliau membahasakan isteri saya dengan Kak Lah dan saya pula dibahasakan dengan 'Abang Li. Yang pasti saya tidak rapat dengan YB Dato' Annuar Tan sebagaimana saya tidak rapat dengan mana-mana wakil rakyat pun.

Isteri saya memang ada bina rumah bersebelahan dengan rumah ibunya (mertua saya) di Kampung Longger, dekat Lubuk Tapah Pasir Mas. Saya tidak tahu sama ada rumah Dhuaafat atau tidak.

Rumahnya memang rumah projek kerajaan tetapi saya tidak ambil tahu sangat dan rumah itu tinggal begitu sahaja kerana anak-anak tidak mahu balik tinggal di sana. Cuma kalau tidak silap saya rumah itu adalah peruntukkan untuk penghulu.

Mulanya dicadangkan pembinaan rumah itu di tanah kepunyaan arwah ayah saya yang mana tanah itu akan jadi milik saya kerana saya anak tunggal kepada ayah saya. Tetapi bila mendapati rumah itu ada kaitan dengan politik, saya cadangkan beliau bina di tapak sebelah rumah ibunya.

Saya tidak mahu kerana rumah itu saya akan terikat oleh rasa malu mata untuk menulis menegur Pas dan kerajaan Pas bila ada yang dari sudut fardu kifayahnya perlu saya tegur. Semasa cergas dalam S46 ketika Pas-S46 bersatu dulu, isteri saya pernah dapat rumah di Taman Kurnia Jaya.

Ketika itu sebagai ketua biro Harian Watan saya ada kemampuan untuk membayar wang pendahuluanya tetapi bila isteri saya kata pembeian itu kerana keaktifan beliau dalam S46 dan Kerajaan APU, saya minta dia tolak.

Secara peribadi saya tidak berminat untuk memiliki rumah kerana saya bukan mahu hidup selamanya di muka bumi ini. Kalau dibina atau dibeli rumah pun hanya sebuah sedangkan saya ada enam orang anak. Kalau nak bina dan nak beli kena enam buah supaya bila kami laki bini mati, anak-anak tidak akan bermasam muka kerana berebut rumah.

Kalau nak kira tidak mampu untuk bina dan beli rumah rasanya tidaklah sampai seteruk itu. Simpanan KWSP pun belum diusik lagi. Nak kata mampu benar tak 'lah juga. Tetapi saya secara peribadi tidak berminat untuk berbangga dengan rumah besar dalam menjalani hidup serba sementara di dunia ini. Mungkin cara saya berfikir tidak sama dengan orang lain.

9 comments:

Unknown said...

WARKAH NI UTK pemudacakna

KURANG dua minggu selepas harga minyak mencecah paras tertinggi sebelum krisis kewangan sejagat pada suku ketiga tahun lalu, ia mula merosot semalam.

Tiga syarikat minyak semalam menurunkan harga petrol sebanyak enam sen seliter, dengan syarikat keempat mengurangkannya sebelum 1 petang semalam.Harga petrol sebelum ini melepasi paras $2.

Dengan pemotongan itu, harga seliter petrol gred oktana 98, 95 dan 92 masing-masing kini dijual $1.92, $1.787 dan $1.737 sebelum diskaun.

Harga diesel pula $1.263 seliter sebelum diskaun.

Syarikat Caltex, Shell dan Singapore Petroleum Co menurunkan harga petrol dan diesel itu pada sebelah pagi menyusuli kemerosotan harga minyak mentah minggu lalu sementara ExxonMobil menurunkan harga minyaknya sekitar 12.45 tengah hari.

Selepas harga minyak mentah mencecah AS$74 ($111) setong, komoditi itu merosot minggu lalu kepada AS$68.

Penurunan harga minyak semalam ialah yang tertinggi tahun ini.


Straits Times Singapore..

Macamana skrg pemudacakna ?????

Anonymous said...

lemah mu dgn serangan peribadi

Butuk said...

kenyataan saudara bewok memang benar. Kesimpulannya bagi ambo ialah kerajaan umno nga pas ni 2x5 jah saudara.

Kjaan pas kelate pulak dah lama menaikkan harga air. tujuannya nak jimatkan penggunaan air. lagi byk guna lagi mahal caj. sampai satu tahap harganya berganda-ganda berbanding tahap pertama. bagi pemimpin yg berfikiran seluas tempurung harga sebegitu memang nampak bijak kerana dapat menggalakkan rakyat kelate menjimatkan penggunaan air.tapi kalu fikir lebih jauh harga air sebegini nampak bodoh. dan realitinya memang bodoh bahkan satu penganiayaan kepada org kampung.

semua org nak jimatkan air supaya bilnya tidak tinggi. tapi kalu dah anak ramai nak buat macam mana lagi. mereka terpaksa membayar bil yang berganda mahalnya berbanding dengan org berkeluarga kecil. tetapi dalam masa yg sama kita mahu melihat umat islam mempunyai bilangan anak yg ramai yg akan menyumbang kpd penambahan bilangan dan kekuatan umat islam. berdasarkan fakta ini, pelaksanaan harga air di kelate telah bertentangan dengan hasrat Islam itu sendiri.

Mudah cerita, kerajaan suruh ore melayu beranak ramai2 lepas tu dia kata sapa anak ramai kena bayar air dua tiga kali ganda lebih mahal nga ore anak sikit.

ambo rasa tak salah doh.. pemimpin kita ni, kalu nak kecek kasar gak...memang bodoh..benda semudah tu pun tak leh nak pikir..kepada pemimpin kita, ambo nak suruh mereka gi sekolah semula..ko lagu mana??

john said...
This comment has been removed by the author.
john said...

UBIK LAGIH- Pasal rumoh-tanggo abe li tuh ambo tok ser komen lebih-lebih lah... kadae ambo mikir jugok bakpo abe li dok promosi kerajaae perpaduae..rupo-ruponyo dio sekelamin lamo doh amalkan kerajaae perpadue..tapi napok macae tok puas hati jah ( pastu kalu umno nga pas lagu mano agoknyo)..wallahualam hok tu..harap yang terbaiklaa

hok ambo nok ulas pasal petikae ni-
"semasa dio jadi wartawan di akbar watan yang mendedahkan kes khalwat pemimpin pas tu" -ambo raso ni macae mendedohkae keburukae ore doh ni..doh la kes tu kaloh pasal 'teknikal' error. abe li kato! hok sungguh ko dok tok tahu lagi..tapi 2 ore tu buleh malu doh tiko tu. ambo ungkit bukae apo, sebab abe li berehi benar dok kato ore pas ni suko ngato korae..hakikatnyo kito pun srupo jugok 2x5,5x2 jugok.

tu lah..bilo kito banyok sangat dok berkata-kata..kadang kita lupa hok kita kata tu molek ko dok. kalu abe li tok ungkit perkara ni raso kisoh ni ore lupo doh dae mungkin tok tahu..pas tu hok lebih paroknyo ore hok kito tuduh ni taubat doh lo ni ..dosa kering kito!..tak po la abe li lepas ni abe li berkecek benda hok positif sokmo la..pasal gagasae 1 malaysia ko..usoho2 kerajaan pusat membantu ekonomi melayu ko..selamat menulis...

kpd butuk- setahu ambo hargo air di kelate antara terendoh di M'sia..no4 terendoh dari 12 negeri di semenanjung (negeri kayo bawoh umno mahal lagi!). Demo ngaji ko dok..ko demo paka air 'bowring' jah dumoh demo..ambo raso demo patut keno g blaja lagi..tapi bab ilmu politik la...

PUTRA CAKNA said...

Hari ini turun tak semestinya turun selamanya. Mungkin esok atau lusa akan semula. Begitulah keadaannya kerana harga minyak kadang-kadang turun dan kadang-kadang naik. Harganya tidak setabil. Ia bukan bagaikan hujan yang selalu turun dan tak pernah naik.
Agak kurang cerdik jika kerajaan menaikkan harga minyak hari ini dan menurunkannya esok kemudian menaikkan semula lusa dan menurunkan pula tulat dan begitulah seterusnya.
Hanya kerajaan gila saja yang boleh buat begitu. Justeru itu kerajaan mungkin menurunkan harganya sekiranya harga minyak berterusan turun.
Kalaulah kerajaan PR yang memerintah dan boleh menurunkan atau menaikkan harga minyak setiap hari, saya tabik!
Tapi... dengan fikiran yang waras agak mustahil. Kalau buat begitu juga alamat tak sampai sepenggal mmerintah mungkin akan lingkup!
Tak percaya buatlah!

Anonymous said...

woii johan tengok gak dulu ..dulu masa pah benam di klate gitu jugok..make pasir lah ore klate ...lening guane gamok ada ore klate make pasir.. hok paka keta ALPHARD koho ramai...

ambo said...

Johan...

Kerajaan PR insyaallah takkan lingkup dlm sekelip mata selagi manusia Melayu ni bersifat pendendam....

Yg penting kasi tumbang dulu... pembahagian kuasa kita cerita kemudian.....

Hindu + Buddha + Kristian dah bersatu.... mereka akan pastikan mereka akan terus berkuasa selagi PAS bersama mereka.

Itu yg mereka amat takut akan kerajaan perpaduan.... yg lebih hebat yang islam turut menolak.. sehinggakan pemimpin mereka sendiri dimaki hamun......

apatah lagi kalau yg mengusulkan cadangan perpaduan ni ahli umno@ahli neraka@islam luaran@kulit shaja.....memang akan dijenakakan.. di cap... di maki.. di hamun... dan sebagainya...

alasannya pemimpin sekarang zalim (menghalang peniaga melayu di Penang dikecualikan).... makan rasuah(rasuah balak dikecualikan)... kroni (yg ni dah ok dah TGNA,DSAI,LKS dah amalkan.. fatwa dah keluar) dan sebagainya...

P/s: Haii tak sabarnya menanti PRU 13 apabila BN tumbang.. nak tgk macam mana hebat retorik mereka... samaada dapat dilaksanakan atau tidak.... kalau dah dapat kuasa nanti... atau berebut sama sendiri.. buat masa ini saya cuma mampu bersangka baik sahaja.... kerana sayangkan tanahair ini lebih drpd parti2.....

p/s2: En. Bewok...usung lah berita tu kehulu kehilir.... sibuk mintak org respond dgn komen cut and paste sendiri....... kebudak-budakan sungguh.... diharap pemudacakna dapat respond memandangkan kegelisahan hati en. bewok masih belum terlerai....

Anonymous said...

Berani Kerana Benar Abang Lie. Apa takutnya.