Tuesday, October 20, 2009

MUNCUL KEMBALI (454)

Malaysia - Indonesia patut wujudkan akhbar bersama

SITUASI 'surut' dalam hubungan yang memberi kesan tidak baik kepada kepentingan bersama Malaysia - Indonesia lazimnya kerana maklumat yang kurang tepat, termasuk yang sengaja diputar-belitkan oleh kalangan terntetu, pastinya kerana ada tujuan tertentu pula.

Lawan web/blog yang dikendalikan secara personal adalah saluran maklumat yang sering menyumbang kepada unsur-unsur negatif dan ketegangan bagi hubungan kedua-dua negara yang bukan sahaja serumpun bangsa tetapi banyak persamaan budaya.

Saluran-saluran maklumat oleh agensi berita resmi negara yakni BERNAMA bagi Malaysia dan ANTARA bagi Indonesia atau sesekali diadakan siaran bersama TV Malaysia dan TVRI nampaknya tidak memadai untuk memaklumatkan hal-hal yang dinegatif akan menjadi positif kepada rakyat kedua-dua negara.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah peranan media dalam memberi maklumat sangat penting. Akhbar, radio dan tv merupakan saluran maklumat penting, malah dalam melancarkan perang lazimnya ianya akan digunakan sebagai alat serangan atau bagi menangkis serangan sebelum askar di medan perang saling bertembakkan.

Sehubungan dengan itu, atas kepentingan perlunya rakyat Malaysia-Indonesia menerima maklumat yang tepat dan tidak dimaniulasi, maka sempena keberadaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rakyat di Jakarta kerana menghadiri majlis angkat sumpah Susilo Bambang Yudhoyono sebagai Presiden Republik Indonesia, patutlah dicetuskan saranan penerbitan akhbar harian, akhbar mingguan, majalah dan juga radio dan tv bersama.

Sama ada media cetak atau pun media elektronik yang diterbitkan bersama itu hendaklah diedarkan bahan yang serupa tentang maklumat semasa dan mingguan di kedua-dua negara untuk para pembaca, pendengar da penonton bila sesi temuramah mengupulkan pandangan pemimpin dan rakyat kedua-dua negara bila timbu sesuatu isu.

Seandainya ianya tidak mungkin dilaksnakan oleh pihak kerajaan kerana masalah kos penyelenggaraan atau sebagainya, maka ianya patut digalakan pihak swasta yang kendalinya dengan jaminan mudah untuk dapatkan permit penerbitan bercetak dan lesen bagi kewujudan stesen radio dan tv.

Bagaimanapun seelok-eloknya ianya kean membabitkan kedua-dua kerajaan. Kenapa tidak BERNAMA di Malaysia dan ANTARA di Indonesia diberi tanggungjawab itu dengan dikongsi dana dan kepakaran untuk menerbitkan akhbar harian, akhbar mingguan dan majalah bersama.

Manakala RTM di Malaysia dan TVRI di Indonesia pula berkongsi dan dan kepakaran mengendalikan stesen dan siaran radio serta tv bersama yang pastinya menjadikan rakyat kedua-dua negara akan lebih mesra di samping apa-apa isu yang berbangkit akan dapat dijelaskan dengan segera dan resmi.

Soal kesulitan untuk akhbar harian sampai ke tangan pembaca pada keda-dua buah negara rasanya tidak patut timbul dalam keadaan sekarang ini kerana adanya kerjasama penerbangan.kedua-dua negara.

Untuk memahami bahasa atau masalah ejaan tidak timbul rasanya kerana sebutan dan ejaan bagi kedua-dua negara penah diseragamkan tetapi agaknya tidak dipraktikkan. Melalui penerbitan media cetak dan elektronik bersama barangkali pnyeragaman sebutan dan ejaan akan dipkraktikkan oleh pengamal media dikeduadua negara.

Jika malaysia - Indonesia memulakan langkah yang dicadangka ini, saya yakin ianya akan turut menarik minat Brunei dan negara-negara yang mempunyai penutur Bahasa Melayu yang dianggarkan berjumlah 300juta sekarang.

Kalau diberi peluang untuk akhbar yang dierbitkan dibaca oleh sebahagian dari 300 juta penutur Bahasa Melayu, saya yakin syaikat-syarikat swasta akan berebut-rebut untuk mendapat hak diberi peluang untuk itu.

No comments: