Guna taktik kotor bukan cara Pas tulen berpolitik
TAKTIK, teknik, pelan, rangka, kerangka, pendekatan dan tatacara Pas berpolitik sekarang, terutama pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang bagi saya telah menyimpang jauh dari tujuan dan matlamat Pas berpolitik, malah juga dengsn tujuan ia ditubuhkan.
Apa yang sedang berlaku kepada Pas sekarang saya yakin bukan sesuatu yang menyeronokkan bagi para pengasas Pas dan keturunan mereka yang mengutamakan kesucian dan kehalalan dalam berparti politik dan berpolitik.
Tidak pelik kalau tokoh-tokoh veteren Pas seperti Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan percaya dengan tindakan agresif penyokong parti itu yang mencederakan pemimpin pemuda Umno pada hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang serta pelbagai lagi perlakuan yang tidak bermoral dan berbentuk rosak mental di kalangan petugas Pas.
Ini adalah kerana perjuangan Pas tulen, melalui usrah-usrah yang diadakan, terutama sebelum tahun 1990 ke mari, tidak pernah mengajar dan menganjurkan pendukung dan penyokongnya mengamalkan politik 'membujur lalu melintang patah. Yang didahulukan oleh Pas tulen adalah kesucian, yang diutamakan adalah kehalalan.
Pas tulen bukan hanya mahu kemenangan tetapi kemenangan yang diarih akan diastikan secara suci dan halal. Tetapi ekoran dari usrah-usrah sudah ladi tidak diadakan,kalau pun sesekali diadakan tempatnya sudah bertukar dari dalam semak dan paya ke hotel-hotel mewah, Pas sudah mula tergelincir dari landasan asal.
Pada pemerhatian saya kerosakkan Pas mula ketara ekoran kebanjiran kumpulan profesional sebagai pendukung dan penyokongnya yang melimpah ruah apabila Pas dengan bantuan Parti Melyu Semangat 46 (S46) berjaya menawan kembali Kelantan dengan majoriti yang sangat mewah pada pilihanraya umum kelapan, tahun 1990.
Penyertaan bekas orang kuat Umno, termasuk yang kemudiannya menjadi orang kuat S46 yang enggan menyertai Tengku Razaleigh Hamzah selaku Presiden S46 kebali semula secara pukal ke pangkuan Umno, menjadikan Pas mula tidak jauh berbeza dengan Umno dalam berpolitik. Mereka inilah yang bergabung dengan kumpulan yang dikategorikan sebagai kumpulan profesional Pas.
Bermula dengan pilihanraya kecil di satu kawasan di Perlis yang mana surat berkepala surat rasmi menteri besar telah dipalsukan. Surat itu menjemput imam-imam seluruh Perlis datang ke sebuah hotel untuk pertemuan khas dengan menteri besar, tetapi bila imam-imam hadir ke tempat dan pada waktu yang ditetapkan, menteri besar tidak hadir, malah pejabat menteri besar yang dihubungi tidak tahu menahu pun tentang majlis itu.
Ianya menimbulkan kemarahan para imam yang menyangkakan mereka telah diperamin dan dipersendakan oleh mentei besar. Hasilnya calon Pas, Hahsim Jasin. Ekoran dari itu taktikt dan teknik yang sama terus digunakan sehingga kini dan saya yakin orang yang sama yang diletakkan dibawah unit gerak saraf Jabatan Pilihanraya Pas yang menjadi perancang kepada kerja kotor dan jijik itu terus diberi peranan itu, termasuk di Bagan Pinang.
Dosa dan kejijikan kalau lazim dilakukan menjadi seperkara yang biasa. Kerana seronok dengan kemenangan demi kemenangan, maka soal dosa pahala dan haram halal dikesampingkan. Walaupun teknik. taktik dan pendekatan yang digunakan kotor, termasuk pemindahan pengundi dengan menukarkan alamat kad pengenalan pengundi untuk mengelak kerja jijik pemindahan dikesan oleh Suruhanjaya Pilihanraya, kini menjadi seperkara biasa dan lumrah kepada Pas.
Malah pada pemerhatian saya semakin lama, Pas semakin berani menggunakan pendekatan, taktik, teknik, rangka dan kerangka politik yang tidak sesuai dengan matlamat perjuangan Pas atas alasan apa yang Pas lakukan turut dilakukan oleh Umno/Bn. Fahaman bahawa kejujuran tidak menyumbang kemenangan dalam politik mula mendarah-dagig dalam Pas.
Sudah jarang orang Pas bertanya diri sendiri, apatah lagi kepada rakan-rakan selaku pendukung dan penyokong, lebih-lebih lagilah para pemimpin utama parti, dalam mensuci dan menghalalkan perjuangannya, apakah Pas kena rujuk kepada apa yang Umno/BN lakukan atau meujuk kepada al-Quran dan Hadis?.
Saya bukan orang parti politik, kecenderungan saya lebih kepada bidang kemediaan, tetapi saya bukan terpisah dari dunia politik dan orang politik. Keterlibatan sebagai pengamal media lebih dri 30 tahun menjadikan saya turut berada dalam gelanggang politik dan orang parti politik bagi melaksanakan sebahagian dari tugas kemediaan.
Oleh kerana saya dilahirkan di Kelantan dan dewasa dalam iklim parti politik Pas, saya mula mendapat maklumat tentang politik dan bergaul dengan orang parti politik Pas. Guru politik yang sekaligus guru saya dalam bidang karang mengarang adalah orang Pas.
Beliau adalah Dato' Haji Muhammed bin Nasir (Dto' Biji Sura), bekas Menteri Besar Kelantan dan juga bekas Menteri Tak Berportfolio Jabatan Perdana Menteri semasa Pas menyertai kerajaan campuran dengan Umno/BN.
Hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa sebelum kenali Umno/BN, saya lebih dahulu kenal Pas. Saya juga berpengalaman berada di bawah kerajaan Umno/BN di Kelantan dari tahun 1987 hingga 1990. Berdasarkan pengalaman dan dari pemerhatian saya, maka saya dapat rumuskan bahawa Pas sudah hilang ketulenan perjuangannya.
Pendukung dan penyokong Pas bukan berjuang atas nama 'lillehi-ta'ala' lagi tetapi matlamatnya sama dengan parti yang ditentang, yakni mahu menang dalam pilihanraya tanpa mengambil kira taktik, teknik, pelan, rangka, kerangka, pendekatan dan tatacara yang digunakan sama ada suci dan halal atau kotor, jijik dan bercanggah dengan hukum hakam.
Muslihat kotor, menfitnah, memaki hamun, mensyaitan-ibliskan lawan dan memalaikatkan diri dan puak sendiri kini menjadi amalan, wakil rakyat yang menang tidak lagi merasa bimbang apakah elaun yang diperolehi bersih kerana menang secara bersih atau sebaliknya.
Kalau keadaan ini berterusan dan pendukung dan penyokong Pas tidak segera bertaubat, lambat atau bangat pasti akan turun bala dari Allah. Hakikatnya Pas kena rujuk bagi mensuci da menghalalkan perjuangannya bukan apa yang Umno/BN buat tetapi kena rujuk kepada apa yang al-Quran dan Hadis suruh dan larang.
Sunday, October 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Berbohong dan menipu adalah kerja buat syaitan. Menyakiti tubuh orang lain juga tidak halal dan berdosa. Malulah, kalau ia adalah perbuatan penyokong-penyokong PAS yang menyifatkan diri sebagai malaikat tetapi berperangai syaitan!
Kalaulah sebegini, Insya-
Allah UMNO akan menang di Bagan Pinang.
JOHAN said...
Berbohong dan menipu adalah kerja buat syaitan. Menyakiti tubuh orang lain juga tidak halal dan berdosa. Malulah, kalau ia adalah perbuatan penyokong-penyokong PAS yang menyifatkan diri sebagai malaikat tetapi berperangai syaitan!
Kalaulah sebegini, Insya-
Allah UMNO akan menang di Bagan Pinang.
######################################################################
UMNO tak berbohong ke?
UMNO tak menipu ke? .....
jika dihisab dan dikira betul2 rasanya UMNO lagi teruk dari PAS dalam kerja2 menipu, berbohong kepada rakyat, melayu dan Islam; memaki hamun, mengutuk dan fitnah terhadap PAS & Anwar Ibrahim sepanjang masa diseantro dunia; dengki-khianat & dendam-kesumat sesetengah ahli / pemimpin2 UMNO terhadap PAS & Anwar Ibrahim cukup ketara sehingga setengahnya telah kelubang kubur .... salahnya kerana PAS & Anwar mengganggu laluan "kenikmatan berkuasa puak2 UMNO ini".. Sesungguhnya Allah taala maha mengetahui dan sebaik2 penghakiman serta pembalasan di akhirat nanti ....
Post a Comment