Tuesday, October 6, 2009

MUNCUL KEMBALI (425)

Minat dan kecenderungan manusia tidak sama

RAMAI yang bertanya saya, bila lagi nak masuk Umno? Sebenarnya kalau disemak keahlian Umno, saya memang sudah berdaftar sebagai ahli Umno Jalan Hamzah Lama. Bila disemak keahlian Pas pula, saya adalah ahli Pas Cawangan Seri Budaya, kedua-duanya dalam DUN Kota Llama. Macam mana pun untuk kedua-dua keahlian parti itu, hakikatnya saya tidak pernah mengisi borang pun, ada pihak lain yang tolong daftar dan bayarkan yurannya.

Apa tujuan dan maksud mereka, saya sendiri tidak perah ambil peduli. Saya tetap statik dan istiqomah dengan pendirian saya, dunia parti politik bukan dunia saya dan saya tidak ada kepentingan dengan mana-mana parti politik (yang kena disukusakatkan dengan agama Islam) tetapi saya bukan asing dengan politik (yang tidak boleh dipisahkan dari Islam). Kerana itu bila mesyuarat cawangan diadakan di bahagian bawah rumah saya, tidak pernah sekali pun saya ikut serta, termasuk ketika saya masih bertugas dengan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKn) walaupun yang hadir adalah Menteri Besar sendiri.

Pendaftaran saya sebagai pengundi pada mulanya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Bukit Tuku. Semasa di kampung (waktu itu kampung saya termasuk dalam kawasan Parlimen Rantau Panjang dan terletak bawah DUN Bukit Tuku) saya adalah Setiausaha Jawatankuasa Keamjuan Kampung (JKKK) dan banyak membantu kerja-kerja penghulu mukim yang juga Pengerusi JKKK yang tidak boleh membaca dan menulis rumi dlam tugas keenghuluan dan Pengerusi JKKK.

Saya juga sering isi borang pendaftaran pemilih tetapi saya tidak daftar pun saya sendiri sebagai pengundi. Caranya cukup mudah, kumpul kad pengenalan, isi nama. Tandangannya saya yang tandangani dengan macam-macam jenis tandan tangan, malah kebanyakan diturunkan cap jari, adakalanya digunakan ibu jari kaki supaya ada perbezaan. Nak ke setiap rumah menjalankan kerja mendaftar adalah mustahil kerana kawasannya meliputi sehingga ke Baruh Pial, sebuah kawasan pedalaman yang bersempadan dengan Selatan Thai.

Kebetulan pada waktu itu saya sudah giat mula menulis ke akhbar dan majalah, banyak kerja-kerja penghulu dan Pengerusi JKKK, termasuk laporan untuk mesyuarat mingguan di pejabat penggawa saya yang sediakan. Lazimnya penggawa dan penghulu merah muka baca laporan yang saya sediakan kerana ianya tidak melabakan kerajaan yang memerintah ketka itu (Umno/BN). Tok Penghulu tak tau isikandungnnya kerana dia tidak boleh baca rumi.

Bila disuruh baca dulu sebelum dibawa ke mesyuarat mingguan pejabat penggawa, saya akan guna ayat-ayat lain yang pastinya sedap di dengar, bahasa seorang penulis katakan. Tetapi isi kandungan sebenarnya menjadikan penggawa resah. Kalau silap urus dibimbangi saya akan isi dalam suratkhabar. Kerana itu apa pun yang diminta dalam kertas mesyarat mengenai mukim saya, maka akan disegerakan pelaksanaannya menjadikan dalam kurang senangnya terhadap saya, tok penghulu jadi serono.

Bila saya berhijrah keluar kampung untuk membina penghidpan baru selepas berkahwin, mula-mula ke Tanah Merah (1982) dan kemudiannya ke Kota Bharu (1984) kerana menyerati Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) sebagai pemberita daerah di samping terus menulis kepada Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Utusan Melayu/Utusan Zaman, Berita Harian/Berita Mingguan, Bintang Timur, Mingguan Bumi, Mingguan Tanahair dan pelbagai majalah di samping skrip drama radio, nama saya sebagai pengundi berpindah ke Tendong dan kini di Kota Lama.

Semasa nama saya berdaftar di Tendong, saya ada menerma kiriman wang RM50 daripada petugas sebuah parti politik bila pilihanraya, kononnya untuk duit minyak ke tempat mengundi.
Hanya untuk jarak rumah saya di Jalan Sultanah Zainab ke Tendong sampai RM50 adalah satu jumlah yang cukup tinggi. Saya tidak pergi mengundi pun dan wang RM50 itu saya masukkan ke tabung Masjid Kampung Sireh. Duit itu datang dari parti yang kononnya anti pembelian undi dan rasuah politik. Parti yang sama juga yang banyak import pengundi luar, terutama pelajar pusat pengajian tinggi dan pengundi Melayu dikawasan yang calon-calon yang bertanding bukan Melayu.

Soal pendaftaran pengundi dan melenyapkan nama pengundi dari tepat asal ke tepat baru rasanya petugas mana-mana parti politik tak boleh kelentog saya kerana saya berpengalaman dalam menjalankan kerja-kerja macam tu. Bila kata sesebuah parti tak guna wang atau tak amalkan rasuah yang mungkin untuk menghalalkan cara maka disebut komisyen, saya akan terseyum sumbing kerana saya berpengalaman bekerja untuk keduadua parti sama ada sebagai Setiausaha JKKK semasa Umno/BN mahu sebagai kakitangan UPKn. Kerana itu saya lebih rasa bersih dari amalan tidak suci dengan tidak menjadi ahli mana-mana parti politik.

Faktor-faktor cakap tidak serupa bikin tentang kononnya tidak guna wang/rasuah/komisyen itulah atara punca kenapa saya tidak minat berparti politik. Bagi saya tatacara yang digunakan tidak pernah bersih. Saya setuju dengan bekas Pengarang Majalah Pngasuh terbitan Majlis Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdul Razak Mahmood, katnya kalau tidak sanggu berbohong dan memburuk-burukkan orang dan menjulang sndiri dan puak sendiri lebih baik jangan berparti politik dan beliau juga seperti saya, tidak berparti politik.

Ustaz Abdul Razak adalah antara individu yang paling saya kagumi dengan falsafah hidupnya: kalau kaya dan berpengaruh untuk ke neraka, lebih baik papa dan faqir kalakepapaan dan kefaqiran itu akan membawa ke syura. Satu sen pendapatan yang halal ianya jauh lebih nikmat dari sejuta pendapatan yang tidak halal.

Walaupun saya tidak kaya, malah hidup sentiasa susah, adakalanya saya berpuasa kerana kalau tidak puasa pun saya tidak ada wang untuk mebayar harga sekelosong nasi berlauk dan meminum secawan teh, namun dalam soal punca perolehan duit, saya ambil kira tentang patut tidak patutnya. Bila ada yang kata saya terima bayaran dari Umno saya ketawa terkekeh-kekeh. Kalau ada wang berjuta saya tak akan menulis siang malam, tidak akan berniaga untuk tampung keperluan keluarga, cukup duduk dengan bersila makan hasil faedah simpanan dalam bentuk fixe-deposit atau pembelian saham ASB, Saham 1Malaysia, sijil premium BSn dan dan sebagainya.

Kebetulan saya lepasan sekolah agama, malah sebelum mumayyit lagi saya sudah ikuti kuliah-kuliah agama oleh Haji Musa Pak Tua Junoh di madrasah depan rumah datuk saya di Rong Chenak, ceramah-ceramah agama oleh Dato' Haji Muhammed bin Nasir, Tuan Guru Haji Harun Taib Repek (serang wakil rakyat kawasan Lemal atau Bukit Tuku sekarang dan baba kepada Ustaz Fatah Haron kepada ADUN kawasan berkenaan) yang meminta supaya soal halal haram serta boleh tidak boleh diutamakan. Dalam soal pitih-mas dan harta benda ni, Insyaallah saya tidak akan mudah gelap mata.

Dulu madrasah dan masjd kampung saya penuh dengan jemaah, kebanyakan penghuninya belajar di Pondok Lubuk Tapah dan Lati. Tok Guru Haji Lah Lubok Tapah dan Pakcu Hassan (Tok Wali Hassan) kerap ke kampung saya dan saya sering juga bertanya mengenai hukum hakam dengan Tok Guru Haji Lah bila diberi peluang bertanya slepas memberi kuliah.

Ustaz Dusuki Ahmad (cucu Tok Selehong) lepasan Al-Azhar pertam aanak Kelantan yang menjadi calon Umno juga sering datang dan beceramah di kampung di samping Tengku Zaid Ahmad (Pas) abang kepada Tengku Iskandar. Waktu itu ada kumpulan kertok, silat, dikir rebana, coh, wau, wayang kulit dan kumpulan bageh.

Bapa saudara kepada Datuk Haji Dusuki yakni Tok Guru Haji Idris pernah buku pondok di tebing Sungai Kampung Chasi yang berjiran dengan kampung saya dan anak kepa Datok Guru Haji Idris adalah antara sahabat akrab saya yakni Suhaimi (kini Allahyarham dan merupakan bekas jurugambar Berita Harian yang juga rakan bagi kegiatan memukat dan mengail paling sras saya). Tapak pondok Haji Idirs atau Tok Deris Guung Tikar sekarang adalah rmah Imam Mukim Chasi yang juga bomoh penyakit jatung dan pnyakit kronik yang tershorsekarang.

Larimnya lepas turun madrasah atau masjid, sementara tunggu mata mengantuk, ada yang palu kertok, kalau bulan cerah main coh, ada yang pergi tengok wayang kulit, ada yang berlatih silat dan berlatih dikir rebana atau tengok orang berubat orang sakit dengan bageh atau main puteri. Adakalanya pula pergi keluar kampung saksikan persembahan dikir barat, makyong atau menora tapi sembahyang jemaah tidak diabaikan.

Sekarang sudah jauh berubah. Segala permainan sudah tidak ada lagi kerana kononnya bercanggah dengan Islam dan keadaan itu ketara pada awal tahun-tahun 1990-an. Macam juga halnya dengan kebanyakan di kampung-kampung lain di Kelantan, bila ke madrasah atau masjid apabila sekali sekala pulang kampung, yang berjemaah di madrasah atau masjid kampung saya sekarang hanya imam dan dan bilal sahaja, kadang-kadang hanya imam sahaja, imamlah yang bang, qamat dan yang sembahyang tanpa jemaah.

Bila saya tanya kenapa keadaan semalang itu boleh berlaku sedangkan sudah ramai anak kampung yang mengajii di universiti-universiti timur tengah, tidak ada siapa yang boleh jawab. Masjid hanya penuh bila hari raya puasa dan raya haji. Hari Jumaat boleh cukup jumlah jemaah pun kerana pelajar Sekolah Thfiz Al-Balaghulmubin bertempat di ladang milik Allahyarham Dato' Haji Muhammaed Nasir yang menjadi jemaahnya. Untuk sembhyang jenazah atau tahlil, mereka jugalah yang melakukannya.

Masalah dadah turut mengancam kampung saya. Keadaan bertambah malang bagi kampung saya selepas ketiadaan Dato' Haji Muhammed Nasir yang mati dan dikebumikan di Malbouren, Australia. Anak-anak kampung yang pulang belajar dari timur tengah rata-rata berada di luar Kelantan, kebanyakan mereka bertugas sebagai imam di masjid-masjid dalam kawasan Wilayah Persekutuan manakala sesetengahnya bertugas sebagai guru, yang sangkut setakat SPM kebanyakannya berkhidmat sebagai askar atau polis.

Bila berjumpa pada hari raya, kebanyakan mereka akan berkerumun saya, bertanya tentang politik dan hal ehwal semasa, kebetulan kerana nama saya sering berkumandang di radio, akhbar dan majalah, saya dikira sebagai idola kepada anak-anak kampung saya. Walaupun mereka belajar lebih tinggi dari saya, mereka tetap hormati saya dan pandangan saya. Bila diketahui saya tidak lagi bertugas dengan Kerajaan Membagun Bersama Islam dan tulisan saya tidak lagi pro Pas akhir-akhir, mereka ingat saya dah pro Umno, malah kalau Umno'lah yang lebih baik dari Pas untuk disertai, mereka akan ikut sama sertai Umno macam saya.

Mereka terkejut bila saya kata saya tak pernah berpihak kepada mana-mana parti pun, samalah seperi email dan SMS yang dihantar oleh penjenguk blog saya kepada saya bertanyakan kenapa saya boleh berubah sokongan dan bila pula mahu isytihar masuk Umno. Pendirian saya kekal, saya tak akan terlibat dengan mana-mana parti politik. Soal nama saya didaftar sebagai ahli Umno dan Pas, itu adalah kerja kalangan yang terlalu mengutamakan kuantiti ahli parti tetapi tidak mengambil kira dari sudut kualitinya. Septutnya saya diharamkan sertai mana-mana parti telah berdaftar sebagai ahli kepada dua parti.

Saya ditanya, bolehkah di negara yang mengamalkan demokrasi, warganya tidak berparti politik? Bagi boleh, malah yang tidak berparti inilah yang akan menjadi penentu kepada kalah menangnya calon-calon yang bertanding kerana mereka akan beri undi berdasarkan kepada kualiti calon dan bukankerana fanatikepada sesebuah parti. Dunia politik pun sama dengan permainan bolasep juga, dalam ada pemain kena ada penyokongnya, malah jumlah penyokong kena lebih ramai dari pemain. Penyokonglah yang akan menilai kualiti pemain dan membuat kritikan walaupun para penyokong kadang-kadang kalau disuruh bermain, nak sepak bola pun tak kena.

Dari segi hukumnya macam mana, tambah-tambah orang macam saya yang bukan sahaja tidak berparti politik tetapi tidak mengundi juga. Bagi saya ianya terpulang kepada tahap keilmuan dan hidayah yang dimiliki. Belum tentu kalau Pas kata partinya lebih baik dari Umno, maka ianya betul-betul baik. Juga belum tentu kalau Umno kata ia lebih bagus dari Pas, ia betul-betul bagus. Masing-masing akan kata parti masing-masing yang paling baik, termasuk untuk perkara yang tidak baik.

Demikian juga soal hukum hakam, pelbagai aliran fahaman ada. Syiah ada, Sunni ada, Wahbi ada, Salafiah ada, Ahmadiah ada. Dalam Syiah, Sunni, Ahmadiah, Wahbi dan Salafiah tu pula ada pecahan-pecahannya, malah ada imam-imamnya. Masing-masing-masing kata aliran merekalah yang betul dan aliran lain sesat dan menyimpang. Bagaimanapun hakikatnya aliran mana yang sebenarnya paling betul, hanya Allah jua yang Yang Maha Tahu.

Untuk mencari aliran yang paling betul, maka kena akur kepada peringatan Allah dan rasul-Nya dengan berpegang kepada al-Quran dan sunnah yang releven hingga kiamat yang mana kedua-duanya boleh mengelak dari kesesatan. Ertinya kalau wujud manusia macam saya yang berparti politik pun tidak dan mengundi pun tidak, ianya bukan seperkara yang luar biasa, malah ianya mungkin satu keperluan supaya saya boleh buat teguran tanpa bias.

Mungkin ada yang kata saya bias kepada Umno. Barangkali tuduhan/tanggapan itu ada betulnya pada waktu ini. Tetapi cuba baca buku-buku saya yng berjudul GARA-GARA PENANGAN TOK GURU ORANG ISTANA MERANA, PARTI PILIHAN RAKYAT KELANTAN, MENTERI BESAR BERKOPIAH MEMBAWA TUAH, AMANAT TOK GURU, NIK AZIZ INTAN TERPILIH ABAD INI, PANGLIMA JIHAD PAS, NIK ADLI: HERO BARU PERSADA POLITIK NEGARA dan AKAN TERMAKBULKAH DOA DATIN SERI DR WAN AZIZAH, semuanya balun Umno dan boleh menyebabkan orang Umno kata 'BASO MENATANG MELI' sebagaimana orang Pas boleh kata 'BASO MENATANG MELI' sekarang kerana pandangan saya tidak banyak labakan Pas.

Mungkin saya akan terus balun Umno hingga kini kalau saya berparti politikkan Pas kerana kalau mencincang parti sendiri samalah seperti menghiris daging badan sendiri dicecah air asam dan dimakan sendiri. Kerana saya bukan orang parti politik, maka dulu saya boleh balun Umno, kini pula saya boleh sekeh Pas dan pada satu ketika mungkin saya akan balun Umno balik, terpulang kepada keperluan semasa negara pada pemerhtian saya tanpa bias kepada mana-mana parti politik kerana minat dan kecenderungan dan keupayaan menilai dan memahami sesuatu pekara tidak akan serupa oleh manusia yang berbeza.

10 comments:

john said...

TUBIK SMULA- kadang ambo terfikir kalu lah semua orang mcm demo abe li, tak berparti politik? pah gak umno sajo hok ado...pah lagu mano kuaso umno eh agok2nya?...agok m'sia ni srupo jepun doh ko..majunyo?....

tapi ambo raso, demo bertuoh la abe li kerano pandai berkato2 dan menulis ni..apo hok buleh ambo simpulkan ore srupo demo ni jenis makae untung atah angin le..jenis 'lalae' buleh belako. hok alik tu ado masalah demo balun..hok alik ni ado masalah demo balun...(tp balun tu untuk menyedarkan mereka dok?)..

ambo raso demo cari geng2 penulis politik hok tok berparti, lepas tu buat parti satu, lepas tu demo gubal undang2/dasar ko hok demo raso demolah yang sebetulnyo...hah! tu baru dio...ore tok leh nok kato gapo doh lah ko demo..

p/s: tiko ngundi Kalae pasir tuh (almarhum) hj lah lubuh tapah iring calon pas tp kaloh jugok. mungkin ado hikmahnya abe li dok?....

Cik Siti Wan Cempaka, Student Anak Pasir Mas di Al-Azhar said...

Kalu nak jadi negara Islam, kena ikut cara rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Yang paling alim dan yang paling tak mau jadi pemimpin dipilih jadi pemimpin, yang sanggup jadi pemimpin dengan hanya ada sehelai jubah macam Umar Abdul Aziz, titih Umar Al-Khattab.

2.Kalu bila jadi pemimpin asalnya sesak jadi kaya, asalnya pakai motosikal pelana bergogek, lloni dah jadi tok wakil atau orang rapat tok wakil pakai kereta boleh kalah Dato' Tan SBJ, Dato' Geok, Vincet Tan, Ananda Krishnan dan para jutawan, baik sumbat mulut dengan kulit balakdari bercakap tentang perjuangan Islam.

2. Demo ni guano pelik, doh Pakcik Meli kata dia tak minat berparti politik, bakpo yang suruh tubuh parti politik politik. Suruh Pakcik Meli tubuh parti politik serupalah dengan buwi cincing ko orang buta, buwi bini ko orang mampu pucuklah.

3. Tok kira Tok Guru Aji Loh ko, imam masjid Mekkah ko iring calon, kalau dah takdir dan suratan kata calon tu kalah, maka akan kalah jugaklah. Manusia takdok kuasa nak tentu kalah menang walaupun parti yang nak menang guna berjuta pengundi hantu.

4. Kalau ikut fahaman ana yang masih rebung dalam hidup dan politik, bagi Pakcik Meli bukan sakat Pas, Umno pun tak patut ada. Bertaruh nak menang kerusi tu pun dah macam satu perjudian pula. Ianya bukan datang dari Islam, ianya ciptaan barat. Pemerintahan Islam adalah sebagaimana yang Rasulullah s.a.w. dan para sahabat teladankan.

5. Kerajaan Abbasiayah ko, Uthmaniyyah ko kalah kerana tak ikut cara Rasulullah s.a.w., sebaliknya dicuba cara sendiri. Orang Pas ramai yang kata baca talqaim tak boleh, baca yasin atas kubur tak boleh, maulidur-rasul tak boleh kononnya bida'ah kerana dok buat apa yang rasulullah tak penah buat, peliknya bertanding pilihanraya dengan disediakan wang pertaruhan boleh pula.

6. Pada ana, antaranya kerana itulah Pakcik Meli tak berparti politik, malah orang seperti Nik Adli anak Tok Guru Nik Aziz tidak ada kecenderungan berparti politik. Pakcik Meli ada tulis dan terbit buku khas mengenai Nik Adli, mungkin aliran pemikiran mereka serupa.

john said...

JOHN BALAS- kpd CSWC, Stdt.an.p.mas

"kalu nak jadi negara Islam, kena ikut cara rasulullah s.a.w. dan para sahabat. Yang paling alim dan yang paling tak mau jadi pemimpin dipilih jadi pemimpin, yang sanggup jadi pemimpin dengan hanya ada sehelai jubah macam Umar Abdul Aziz, titih Umar Al-Khattab."
-ANTARA UMNO DAN PAS, SIAPA YANG MENGAMBIL DASAR PARTI YANG BERPANDUKAN AL-QURAN DAN HADIS?

"2.Kalu bila jadi pemimpin asalnya sesak jadi kaya, asalnya pakai motosikal pelana bergogek, lloni dah jadi tok wakil atau orang rapat tok wakil pakai kereta boleh kalah Dato' Tan SBJ, Dato' Geok, Vincet Tan, Ananda Krishnan dan para jutawan, baik sumbat mulut dengan kulit balakdari bercakap tentang perjuangan Islam."
-SILA BARI BUKTI DALAM PAS YANG SEBELUM KADI ADUN MISKIN NAIK MUTO PELANO GOGEK, LEPAS JADI ADUN JADI KAYA LEBIH DARI SEPERTI YANG DINYAKAN DIATAS? JGN SEKADAR CAKAP DAN JANGAN INGAT SEMUA ADUN PAS MISKIN BELAKA SEBELUM JADI ADUN.SILA KEMUKAKAN PEMIMPIN PAS YANG DIDAKWA KERANA RASUAH?

"2.Demo ni guano pelik, doh Pakcik Meli kata dia tak minat berparti politik, bakpo yang suruh tubuh parti politik politik. Suruh Pakcik Meli tubuh parti politik serupalah dengan buwi cincing ko orang buta, buwi bini ko orang mampu pucuklah."
-HABIS TU KENAPA BELIAU GALAK SANGAT MEMBERI PANDANGAN POLITIKNYA KECUALI JIKA BELIAU MEMPUNYAI NIAT TERTENTU (HARAP NIAT KRITIK MEMBINA)

"3. Tok kira Tok Guru Aji Loh ko, imam masjid Mekkah ko iring calon, kalau dah takdir dan suratan kata calon tu kalah, maka akan kalah jugaklah. Manusia takdok kuasa nak tentu kalah menang walaupun parti yang nak menang guna berjuta pengundi hantu."
TUJUAN AMBO LETAK TU NAK BAGITAU YANG TOK GURU HJ LOH PUN BERPOLITIK, BUKAN SEPERTI LALANG! KALAH MENANG MEMANG DITENTUKAN ALLAH SEKURANG-KURANGNYA ADA USAHA!

'4. Kalau ikut fahaman ana yang masih rebung dalam hidup dan politik, bagi Pakcik Meli bukan sakat Pas, Umno pun tak patut ada. Bertaruh nak menang kerusi tu pun dah macam satu perjudian pula. Ianya bukan datang dari Islam, ianya ciptaan barat. Pemerintahan Islam adalah sebagaimana yang Rasulullah s.a.w. dan para sahabat teladankan."
CUBA NYATAKAN CARA DEMO UNTUK MEMERINTAH M'SIA NI KALAU BUKAN CARA NI? NAK BUAT REVOLUSI? WANG PERTARUHAN TU DEPOSIT SEKIRANYA YANG BERTANDING GAGAL MEMBERSIHKAN SEMULA POSTER SELEPAS PILIHANRAYA!KALAU MACAM TU SEMUA ULAMA DALAM PAS NI BERJUDI LA? KIRA ANTA JE LA YANG TAK BERJUDI?

'5. Kerajaan Abbasiayah ko, Uthmaniyyah ko kalah kerana tak ikut cara Rasulullah s.a.w., sebaliknya dicuba cara sendiri. Orang Pas ramai yang kata baca talqaim tak boleh, baca yasin atas kubur tak boleh, maulidur-rasul tak boleh kononnya bida'ah kerana dok buat apa yang rasulullah tak penah buat, peliknya bertanding pilihanraya dengan disediakan wang pertaruhan boleh pula."
-ANDA JANGAN KELIRU, ITU SEMUA ADALAH BUKAN WAJIB MAKNANYA BUAT TAK APA, TAK BUAT TAK APA BUKAN BENDA YANG SALAH. MUNGKIN ANTA DAPAT MAKLUMAT DARI ORANG PAS YANG TOTOK,NAK BUAT MACAM MANA ANTA MALAS MENCARI RUJUKAN!

'6. Pada ana, antaranya kerana itulah Pakcik Meli tak berparti politik, malah orang seperti Nik Adli anak Tok Guru Nik Aziz tidak ada kecenderungan berparti politik. Pakcik Meli ada tulis dan terbit buku khas mengenai Nik Adli, mungkin aliran pemikiran mereka serupa."
-IMAN TAK DAPAT DI WARISI.

P/S-KEPADA ANTA BUKA MINDA, HARAP ANTA CELIK DAN MENJADI MATANG DALAM POLITIK, JIKA ANDA RASA ANDA BENAR, ANA HARAP ANTA ISTIQOMAHLAH DENGAN PENDIRIAN ANTA. ISLAM BUKAN SAHAJA IBADAT SENDIRI(FARDHU AIN) TAPI JUGA MELIPUTI MASYARAKAT (FARDU KIFAYAH)

Cik Siti Wan Cempaka, Student Anak Pasir Mas di Al-Azhar Universiti said...

Tk didakwa tak semestinya tak melakukan rasuah atau penyelewengan. Saya pun anak orang Pas. bapa saya jadi proksi syarikat pembalakan milik tok wakil Pas.

2. Saya mengaji agama. Saya risau kerana bapa saya jadi alat tok wakil dalam dapatkan kawasan balak yang mungkinkalau bukan proksi bapa saya tak akan dapat pun. Saya takut di akhiat nanti bapa saya akan didakwa oleh lebih sejuta rakyat Kelantan kerana dapat kawasan balak secara yang tidak sepatutnya.

3. Tolong tuan senaraikan siapa wakil rakyat Pas di Kelantan anak jutawan dan hidup mewah sebelum jadi tok wakil atau orang tok wakil. Kebnyakannya hanya guru sekolah yayasan yang gajinya tak bayar ansuran bulnan pembelian Hondacub 70cc pun tak berapa mampu.

4. Saya penyokong kerajaan Islam tetapi kena bersih dari sebarang unsur yang tidak sihat. Khalifahkalifah dulu dari kaya jadi miskin, malah sara hidup yang diambil dari pembendaraan hanya sama dengan rakyat kebanyakan. Wakil rakyat kita ekarang lagu mana. Jangan ikut cara orang Umno, mereka tidak dabik dada sebagai pejuang Islam. Pejuang Islam kena tiru pimpinan Islam yang terdahulu,bukan tiru Umno.

Anonymous said...

puak ni reti lulus orang nak buat tokong dengan lulus balak abang jat jeh..

john said...

TUBIK SMULA- sebelum tu,mitok maaf ko tuan punyo blog sebab buat mcm blog sendiri pulok! tapi selagi buleh komen..kito komen. untuk Cik Siti Wan Cempaka, Student Anak Pasir Mas

"Tk didakwa tak semestinya tak melakukan rasuah atau penyelewengan. Saya pun anak orang Pas. bapa saya jadi proksi syarikat pembalakan milik tok wakil Pas."
-SELALUNYA KALAU BENDA YG DARI SALAH DARI PAS/PR SPRM CEPAT BERTINDAK. KALAU ANTA ANAK YANG SOLEH LAPORKANLAH TENTANG AYAH ANDA YANG JADI PROKSI YB PAS TU. TAKKAN ANTA NAK BERSETONGKOL DAN HASILNYA DI SUAP UNTUK ANTA? LAPORKAN JUGA TENTANG YB PAS TU.

"2. Saya mengaji agama. Saya risau kerana bapa saya jadi alat tok wakil dalam dapatkan kawasan balak yang mungkin kalau bukan proksi bapa saya tak akan dapat pun. Saya takut di akhiat nanti bapa saya akan didakwa oleh lebih sejuta rakyat Kelantan kerana dapat kawasan balak secara yang tidak sepatutnya."
-NAMPAK GAYA KEIMANAN ANTA LEBIH IKHLAS DARI BAPA ANTA YANG MUNGKIN LEBIH NAMPAK KEKAYAAN. NASIHATKANLAH DIA..DEDAHKAN SIAPA YB YANG ANDA MAKSUDKAN, ORANG LAIN PUN NAK TAHU, BARU ADA FAKTA. JANGAN TUDUH SEBARANGAN!

"3. Tolong tuan senaraikan siapa wakil rakyat Pas di Kelantan anak jutawan dan hidup mewah sebelum jadi tok wakil atau orang tok wakil. Kebnyakannya hanya guru sekolah yayasan yang gajinya tak bayar ansuran bulnan pembelian Hondacub 70cc pun tak berapa mampu."
-DAN TOLONG BERITAHU KEPADA SAYA SIAPA YB DALAM PAS YANG SEBELUM JADI YB NAIK MOTOR CABUK (MUNGKIN ANDA AMBIK CONTOH TGNA ZAMAN 60AN KOT)? SETAHU SAYA SEMUA YB NI PALING KURANGPUN DAH MEMPUNYAI KERETA (WIRA,KE30)SEBELUM JADI YB. DAN KALAU YG ADA MERCEDES TU SETENGAHNYA MILIK KERAJAAN NEGERI. OK SAYA BAGI CONTOH YB PAS YANG MEMANG BERHARTA SEBELUM JADI YB. 1. TAKIYUDDIN HASAN (BEKAS MAJISTRET),2 ANUAR TAN (AHLI PERNIAGAAN)3.BEKAS YB APANDI ALI (ADA SYARIKAT PERUNDING JURU UKUR). ABE JAK BUKAN YB YE! ADA BYK LAGI PROFESSIONAL YANG MENYERTAI PAS. SAYA MALAS TANYA ANTA TENTANG YB UMNO TAKUT TAK TERSENARAI PULAK.

'4. Saya penyokong kerajaan Islam tetapi kena bersih dari sebarang unsur yang tidak sihat. Khalifahkalifah dulu dari kaya jadi miskin, malah sara hidup yang diambil dari pembendaraan hanya sama dengan rakyat kebanyakan. Wakil rakyat kita ekarang lagu mana. Jangan ikut cara orang Umno, mereka tidak dabik dada sebagai pejuang Islam. Pejuang Islam kena tiru pimpinan Islam yang terdahulu,bukan tiru Umno."
-SAYA SETUJU DENGAN APA YANG ANTA NYATAKAN, TAPI DI ZAMAN SEKARANG BOLEH ANDA NYATAKAN KELOMPOK PARTI MANA YANG MEMPUNYAI CIRI2 TERSEBUT. KITA TAK MAMPU SAMPAI KE TAHAP MEREKA TETAPI SEKURANG-KURANG RAKYAT KESELURUHAN DAPAT NIKMAT KEKAYAAN HASIL NEGARA SECARA ADIL. BUKAN YANG KAYA BERTAMBAH KAYA! UMNO TAK DABIK DADA SBG PEJUANG ISLAM KERANA CIRI-CIRI ITU TIADA PADA MEREKA. PEMIMPIN PAS BUKAN NAK MENDABIK DADA, SEKURANG-KURANGNYA YANG BAIK BOLEH DIJADIKAN CONTOH.UMNO TELAH MENHGAJAR RAKYAT SELAMA 52 TAHUN TERHADAP SUBSIDI, OLEH ITU PENTING JUGA CIRI2 KEKAYAAN ITU ADA PADA YB PAS AGAR BANTUAN DARI POKET SENDIRI DAPAT DIHULURKAN JIKA KEADAAN TERDESAK.

Cik Siti Wan Cempaka, Student Anak Pasir Mas di Al-Azhar Universiti said...

1. TAKIYUDDIN HASAN (BEKAS MAJISTRET),2 ANUAR TAN (AHLI PERNIAGAAN)3.BEKAS YB APANDI ALI (ADA SYARIKAT PERUNDING JURU UKUR). ABE JAK BUKAN YB YE! ADA BYK LAGI PROFESSIONAL YANG MENYERTAI PAS. SAYA MALAS TANYA ANTA TENTANG YB UMNO TAKUT TAK TERSENARAI PULAK.
....... Apandi Ali mana pula bekas ahli yb? Bukankah Apandi ali tu lawyer Umno. Apandi Jeli yang buat klim parak semasa jadi ahli parlimen dulu tu bukan bin ali. Tuan tersalah orang.

Selain dari tiga kerat tu,Tuan tak nyatakan tentang yang lain, ada yang buat rumah bernilai berjuta-juta dan lebih bergaya dari nama-nama yang yuan sebutkan.

-NAMPAK GAYA KEIMANAN ANTA LEBIH IKHLAS DARI BAPA ANTA YANG MUNGKIN LEBIH NAMPAK KEKAYAAN. NASIHATKANLAH DIA..DEDAHKAN SIAPA YB YANG ANDA MAKSUDKAN, ORANG LAIN PUN NAK TAHU, BARU ADA FAKTA. JANGAN TUDUH SEBARANGAN!
.....bapa ana tak mengaji mana. Masuk Pas pun hanya jadi pak turut, bukan rei tentang apa itu pas. Bila diberitahu tentang apa yang sedang dilakukan, dia kata kalau dia tak gomo orang lain gomo, tak cerdik kaluyakgomo getek. kononnya ana ni cuba berlagak lebih alim dari tok guru, kalau apa yang dibuat tak molek, tak 'kan orang lain yang smpa botakppalo pakai kopiah tanda lebai pun buat. Serabutnya bila dapat kawasa balak yang datang ke rumah dalah co-ya-nun-alif, bukannya diusahakan sendiri tetapi dijual. ummi pun mengadu rasa kurang senang tetapi takut. Dah jadi orang balak,bapa pun bengis semacam. Dulu moyok jah.

MUNGKIN ANDA AMBIK CONTOH TGNA ZAMAN 60AN KOT?
......tahun 60an ana tak lahir lagike dunia lagi.

Minta maaf Pakcik Meli kerana ana muncul lagi. Walaupun Pak Meli tak kenal saya tetapi saya adalah antara pembaca karya Pakcik Meli sejak di sekolah rendah lagi, sampaikan salam saya dan rakan-rakan di Mesir ni untuk Makcik Romelah dan anak-anak pakcik Meli.

Macam mana dengan pernigaan?. Kalau habis belajar dan balik ke tanahair, tak ada kerja: boleh ke ana keneng-keneng kerja dengan akhbar mingguan dan majalah pakcik meli?. ana minat mengarang dan kerja-kerja kewartawanan. Di kalangan pelajar di mesir ni, ramai yang kenal dan minat tulisan pakcik meli. Seorang daripadanya budak Kok Lanas, bapanya asal Kampung Rasal Tok Uban. Katanya abangnya dan kakaknya pakcik meli tolong dapatkan kerja dalam bidang kewartwanan dengn dua buah syarikat penebitan besar di Malysia dan kini bertugas di KL. Balik nanti katanya dia nak minta pakcik meli tolong dapatkan dia kerja. Dulu pun katnya pakcik Melidah dapatkan dia kerja di sebuah majalh ternama tetapi terpaksa ditolak kerana pada masa yang sama dapat tawaran belajar di Mesir ni. Ana harap pakcik meli tak keberatan tolong ana juga. Dia kata pakcik meli jenissuka tolong orang. Ana minat jadi pengarang/penulis/wratawan kerana setiap titisan tintapenulis/penrang/wartawan yang tidak fasik sama dengan nilai titisan darah syuhada.

Abuzar said...

En. Meli dah "royak" semua benak hati & sejarah hidupnya ... kerja dengan UMNO ... kemudian kerja dengan PAS ... masam-manis perjalanan/ pergaulan dengan orang politik .... konklusinya ... beliau orang politik tak mau berparti.

Kaedah politik en. meli bagaikan politik ikut selera @ "angin" = politik lalang = politik dua alam = politik putar alam = politik cari makan = hampir serupa politik Ibrahim Ali - lompat-lompat katak - sekali dia hentam UMNO (semasa dia dalam ITM, Berjasa, S46 & dipecat dari Ketua Bahagian UMNO P. Mas), kemudian hentam PAS (semasa dia demonstrasi di Kelantan 1977, keluar S46, masuk UMNO P. Mas, sekarang AP P.Mas (bebas) atas tiket Bulan).

Politik tidak berpendirian, talam dua muka, gergaji mata dua seperti ini, ada bahaya jugak, mat saleh kata "no backbone”, "not the man of principle”. Kalau dizaman Rasulullah dulu ada juga yang jenis ini .... tapi segan pulak saya nak sebut titlenya, takut berat sangat .... depan Nabi dia kata sokong Islam, depan yahudi dia kata nak main2kan Islam saja ...dimulut/lidah lain, dihati lain!- pengikut puak2 ni ramai jugak, semasa perang Uhud saja dekat dengan 300 dari 1000 orang pasukan Islam (30%). Nabi diam saja, tapi banyak ayat alquran nyatakan sifat2 mereka yang berpenyakit dalam hati ini (contoh, al baqarah ayat 8-20)- kerana nak kejar habuan kebendaan / kepuasan nafsu diri sendiri...

En. Meli ... saya rasa lebih baik joint Jemaah Tabligh ... saya ada pengalaman mengenainya .. tenteram otak & damai hati ... dok baca kitab fadhail amal saja .. seru manusia kepada iman & amal ... politik & khilafiyyah tak boleh dibincang dalam jemaah.. kot nanti akan timbul fitnah ... keluar 3 hari, 10 hati, 40 hari dan 4 bulan ... tak kacau orang, duduk di masjid ...ibadat, dakwah, .... rezeki ditangan Allah taala. – mungkin mereka ikut kaedah uzlah politik Saidina Saad Abi Waqas takut terkena fitnah semasa pertikaian Khalifah Ali dengan Muawiyyah.....

Atau, En. Meli telah mengambil kaedah kaum Khawarij yang mengutuk, mengeji dan menentang kedua-dua pihak sama ada Khalifah Ali atau Muawiyyah ... Kaum Khawarij putuskan kedua2 pihak telah bersalah, dan patut dibunuh semua individu yang terlibat ... akhirnya Saidina Ali terbunuh oleh Khawarij Ab Rahman Maljam .. Muawiyyah, Amru Ibnu Ash, dan seorang lagi terselamat .... maka berakhirlah sistem khulafa' arrasyidin kerananya!?

En. Meli dan mereka2 yang sefikrah dengannya ... jangan salah faham, sesetengah maklumat tuan berikan, saya juga alami, sesetengahnya seperti dapat wang upah taklah berlaku pada diri saya .. saya yang kena korbankan sikit ada le........
Tapi dalam suasana dua pilihan yang perlu saya buat sekarang: Antara ”politik Islam, PAS” ( mungkin ada kecacatan ...?) dengan ”politik sekular assobiyyah UMNO”, ---- saya memilih yang kurang mudharat kepada Islam dan Ummah,-- sebagaimana kaedah feqah (Qawaid fiqhiyyah) kata: ”mengambil mudharat kecil, untuk mengelak mudharat yang besar" - maka lebih aula lah bagi saya pilih BERJUANG BERSAMA PAS, BERBAI'AH DAN BERWALA' KEPADA KEPIMPINANNYA SETAKAT MANA TIDAK BERCANGGAH DENGAN SYARAK! Yang lain daripada itu, yang diluar upaya saya, yang tidak saya ketahui, saya bertawakkal kepada Allah yang Maha pengampun. Semoga Allah sentiasa memberi taufik & hidayahNya kepada saya, ibu bapa saya, ahli2 keluarga saya dan seluruh muslimin dan muslimat sekelian.

Wallahu wa rasuluhu 'alam bissawab

john said...

psCik Siti Wan Cempaka, Student Anak Pasir Mas said

"Macam mana dengan pernigaan?. Kalau habis belajar dan balik ke tanahair, tak ada kerja: boleh ke ana keneng-keneng kerja dengan akhbar mingguan dan majalah pakcik meli?. ana minat mengarang dan kerja-kerja kewartawanan."
ITULAH NIAT ANDA SEBENARNYA, 'MENGEPON' ABE LIE UTK CARI KERJA. TERUSKAN DENGAN HUJAH ANTA DAN SAYA HARAP ABE LIE AKAN MENERIMA ANDA BEKERJA DENGANNYA. JANGAN RISAU, JIKA ANDA TERUS MENERUS MEMPOSITIFKAN APA YANG NEGATIF DARI KERAJAAN, ANTA AKAN DAPAT PEKERJAAN YANG ANTA INGINKAN. DAN BERTAMBAH MUDAH SEKIRANYA ANTA DI 'MESIR?', ANTA MENJADI AHLI KELAB UMNO DAN ANTA MELAPORKAN APA AKTIVITI'PMRAM' BUAT!.

Cik Siti Wan Cempaka, Student Anak Pasir Mas di Al-Azhar Universiti said...

Kaedah politik en. meli bagaikan politik ikut selera @ "angin" = politik lalang = politik dua alam = politik putar alam = politik cari makan = hampir serupa politik Ibrahim Ali - lompat-lompat katak - sekali dia hentam UMNO (semasa dia dalam ITM, Berjasa, S46 & dipecat dari Ketua Bahagian UMNO P. Mas), kemudian hentam PAS (semasa dia demonstrasi di Kelantan 1977, keluar S46, masuk UMNO P. Mas, sekarang AP P.Mas (bebas) atas tiket Bulan).

Politik tidak berpendirian, talam dua muka, gergaji mata dua seperti ini, ada bahaya jugak, mat saleh kata "no backbone”, "not the man of principle”. Kalau dizaman Rasulullah dulu ada juga yang jenis ini .... tapi segan pulak saya nak sebut titlenya, takut berat sangat .... depan Nabi dia kata sokong Islam, depan yahudi dia kata nak main2kan Islam saja ...dimulut/lidah lain, dihati lain!- pengikut puak2 ni ramai jugak, semasa perang Uhud saja dekat dengan 300 dari 1000 orang pasukan Islam (30%). Nabi diam saja, tapi banyak ayat alquran nyatakan sifat2 mereka yang berpenyakit dalam hati ini (contoh, al baqarah ayat 8-20)- kerana nak kejar habuan kebendaan / kepuasan nafsu diri sendiri...

En. Meli ... saya rasa lebih baik joint Jemaah Tabligh ... saya ada pengalaman mengenainya .. tenteram otak & damai hati ... dok baca kitab fadhail amal saja .. seru manusia kepada iman & amal ... politik & khilafiyyah tak boleh dibincang dalam jemaah.. kot nanti akan timbul fitnah ... keluar 3 hari, 10 hati, 40 hari dan 4 bulan ... tak kacau orang, duduk di masjid ...ibadat, dakwah, .... rezeki ditangan Allah taala. – mungkin mereka ikut kaedah uzlah politik Saidina Saad Abi Waqas takut terkena fitnah semasa pertikaian Khalifah Ali dengan Muawiyyah.....
...........PARTI POLITIK BUKAN AGAMA. BERTUKAR POLITIK TIDAK SAMPAI JADI MURTAD, MALAH KALAU PARTI POLITIK DAH NAMPAK TAK PATUT DISOKONG, KENA MUFARAKAH, TIDA BOLEH TERUS DSOKONG ATAU KEKAL SEBAGAI AHLI.

PAKCIK MELI TAK AMBIL UPAH DARI MANA-MANA PARTI UNTUKHENTANG PARTI. ANA ADA BACA BUKU-BUKUNYA, DIA HENTAM UMNO DALAM BUKUNYA JAUH LEBIH LAMA DARI DIA KERJA DENGAN URUSETIA PENERANGAN.

SAYA PERHATIKAN PULA, DIA MULA TEGUR PAS SEMASA DIA BERADA DALAM KERAJAAN, TENTULAH KERANA DIA ADA MAKLUMAT YANG PATUT DIA TEGUR PAS. PADA ANA PAKCIK MELI BUKAN JENIS ABDULLAH BIN UBAI, DIA TAK GI DUDUK BAWAH DAGU TOK GURU NIK AZIZ ATAU BAWAH DAGU DATO SERI NAJIB, APATAH LAGI BERMUKA-MUKA DENGAN MANA-MANA PEMBESAR. NAK MAKAN DIA USAHA SENDIRI, SAMPAI BERNIAGA BESI BURUK, DIA TAK SAMA DENGAN DATO IBRAHIM ALI YANG MEDAPAT KEKAYAAN DENGAN LOMPAT MELOMPAT. PAKCIK MELI NAK LOMPAT MACAM MANA KERANA DIA BUKAN OANG PARTI POLITIK.

2.
"Macam mana dengan pernigaan?. Kalau habis belajar dan balik ke tanahair, tak ada kerja: boleh ke ana keneng-keneng kerja dengan akhbar mingguan dan majalah pakcik meli?. ana minat mengarang dan kerja-kerja kewartawanan."
ITULAH NIAT ANDA SEBENARNYA, 'MENGEPON' ABE LIE UTK CARI KERJA. TERUSKAN DENGAN HUJAH ANTA DAN SAYA HARAP ABE LIE AKAN MENERIMA ANDA BEKERJA DENGANNYA. JANGAN RISAU, JIKA ANDA TERUS MENERUS MEMPOSITIFKAN APA YANG NEGATIF DARI KERAJAAN, ANTA AKAN DAPAT PEKERJAAN YANG ANTA INGINKAN. DAN BERTAMBAH MUDAH SEKIRANYA ANTA DI 'MESIR?', ANTA MENJADI AHLI KELAB UMNO DAN ANTA MELAPORKAN APA AKTIVITI'PMRAM' BUAT!.
........SAYA TAK TAU SAYA KAKI PON ATAU TIDAK DAN PAKCIK MELI BOLEH MAKAN PON KE TIDAK. YANG SAYA TAU DIA SUKATOLONG, KALAU NAK KERJA DENGAN SURATKHABAR DAN MAJALAH DIA BANYAK KAKI. AMAI DIKALANGAN ORANG BESAR DI SYARIKAT AKHBAR,MAJALAH, STESEN TV DAN RADIO DI NEGARA INI KAWAN DIA.DI BBC PUN DIA ADA GU.

ANA MINATI DUNIA TULIS MENULIS NI. OLEH KERANA DIA BERPENGALAMAN, TIDAK SALAH ANA MINTA BANTUANNYA. KALAU DIA ADA PELUANG ERJA KOSONG APA SALAHNYA DIA BERIKAN PELUAG PADA ANA KALAU DIDAPATI SESUAI, ANA BOLEH BANTU DIA JUGA. ANA ADA TERIMA KIRIMAN AHKBAR KONSEP ERA PAKATAN TERBITAN SYARIKATNYA YANG DIHANTAR OLEH KELUARGA.

TUAN JANGAN SAMAKAN PERUT PEDAL ANA DENGAN TUAN, MUDAH PERSEPSI BURUK.