Wednesday, October 7, 2009

MUNCUL KEMBALI (427)

Bagan Pinang: kebijaksanaan memilih di tangan pengundi

TIGA hari lagi (hari Ahad) parti mana yang akan menguasai Dewan undangan N.31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan antara Umno/BN dengan Pas akan ditentukan oleh 13,664 pengundi, termasuk 4,604 pengundi pos.

Bagi Pas, pengundi pos yang akan kalahkan parti itu dan akan menangkan Umno/BN di samping pelbagai alasan lagi yang menampakkan betapa'kemaruk' dan 'gilanya' Pas untuk merealisasikan mimpi yang tidak mungkin jadi kenyataan.

Lantas melalui Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang Pas, Salehuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian Kelantan, dibuat dakwaan bahawa terdapat 253 pertindihan daftar di kalangan anggota tentera dan akan memohon injuksi di mahkamah supaya pilihanraya itu ditangguhhkan.

Sebagai parti yang kononnya berjuang atas nama Islam, tidak pula dihujahkan dengan hujah bersalut iman dan takwa, yakni kalah atau menang pada hakikatnya telah pun sedia tersurat dalam takdir-Nya, bertindihlah 13,664 pendaftaran pemilih pun ianya tidak akan mampu merubah suratan takdir.

Tugas manusia tidak kira sama ada manusia Pas/PR mahu pun Umno/BN hanyalah berusaha dengan dipastikan usaha yang dilakukan kenalah paling selari dengan Islam, barulah akan datang pertolongan Allah kerana Allah sendiri janjikan bahawa kemenangan mutlak milik Islam dan umatnya.

Kedaulatan Islam kena didahulukan kualiti iman dan takwa kena diutama oleh parti yang mendakwa perjuangannya berteraskan Islam dan juga parti yang didukung dan disokong oleh umat Islam.

Pas mendakwa parti Islam manakala Umno dipimpin, dianggotai dan disokong oleh orang Mealyu yang rata-rata beragama Islam walaupun Pas menolak keisalaman pemimpin, ahli dan penyokong Umno.

Bila soal suratan takdir-Nya diketepikan tetapi alasan-alasan lain yang tidak mampu merubah suratan takdir dijadikan sebagai penyebab kepada kalah atau menang, maka dengan sendirinya dakwaan bahawa Pas/PR sebagai parti yang yang berjuang atas landasan Islam menjadi karut-marut, retorik dan bersifat memperguna serta mempersendakan Islam bagi kepentingan politik.

Sehubungan dengan itu tidak ada alasan yang musabah bagi 6,430 pengundi yang telah memberi undi kepada Umno/BN dan 7,234 pengundi lagi yang tidak mengundi dan yang telah memberi undi kepada Pas pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu, memberi undi kepada Umno/BN dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang Ahad nanti dan juga pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Kalau lawan Umno/BN yang juga kini menjlin bekerjasama dengan parti bukan Islam sebgimana yang telah dilakukan oleh Umno/BN sejak lebih 50 tahun yang lampau membawa misi agama, keimanan dan ketakwaan tulen, barulah ada alasan untuk pengundi Bagan Pinang tolak Umno/BN.

Atau pun apabila negeri-negeri yang diperintah oleh Umno/BN umat Islamnya mengalami nasib seperti umat Islam di Selatan Thai, Selatan Filipina, Afhganistan, Iraq, Palestin, Khasmir, Rantau Balkan dan sebagainya, maka Umno/BN patut dan menjadi suatu keperluan kifayah diganyang.

Hakikatnya apakah rakyat negara ini sedang dipisahkan dari Islam, dari kemakmuran, keharmonian hidup masyarakat majmuknya dan disengsarakan, termasuk oleh kebuluran kerana kekejaman umno/BN sebagai pemerintah?

Atau banyak masa, tenaga, buah fikiran dan wang kena dihabiskan oleh kerajan Umno/BN bagi menghadapi kerenah pembangkang, termasuk yang sering merancang dan menganjurkan demonstrasi dan perhimpunan haram yang secara tidaklangsung urusan pentadbiran negara terganggu?.

Setidak-tidaknya orang Bagan Pinang ada bermastautin atau pernah pergi ke Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan yang berada dibawah pemerintahan PR. Mereka pasti dapat melihat dan dapat membezakan antara keadaan negeri yang diperintah oleh Umno/BN dengan negeri yang diperintah oleh PR, khususnya di negeri yang kerajaannya berleaderkan Pas yakni Kelantan dan Kedah.

Di Kelantan semakin kerap berlaku pembunuhan, semakin ramai anak gadis mengandung sebelum bersuami dan hampir tidak ada bumi Kelantan kini tanpa kegiatan dadah lagi, tidak ada pusat serenti yang tidak ada ditempatkan anak Kelantan.

Di Kedah, pusat-pusat hiburan dan premis perjudian masih kekal seperti semasa Umno/BN perintah, malah bandarnya menjadi semakin kotor dan tidak terjaga. Pulau Pinang dan Selangor lagi teruk, suara-suara berteraskan Islam, iman dan takwa tidak laku lagi.

Suara-suara bertersakan Islam yang tidak laku itu bukan datang dari luar kerajaan tetapi yang datang dari dalam kerajaan sendiri sehinggakan Speaker Dewan Undangnnya,Teng Chan Ki yang bukan Islam boleh meminta exco kerajan yang beragama Islam dan merupakan ilmuan Islam, Dato' Haji Hassan Mohd Ali yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor bertaubat.

Yang peliknya dalam perang percanggahan pendapat itu, ada orang Melayu termasuk Melayu Pas yang lebih berpihak kepadaTeng Chan Ki yang membuat penilaian terhadap ketokohan seorang tokoh dan ilmuan Islam menyebabkan Dato' Hassan semacam bersendirian dalam menyuarakan suara keislaman. Kalau ada pun yang membantu beliau, hanyalah Pas Selangor.

Dalam pada itu para pelawat dari luar Kelantan yang datang ke negeri yang digahkan dengan gelaran Serambi Mekah dan bermenteri-besarkan seorang yang digezetkan sebagai 'tok guru', pasti akan ke Pengkalan Kubur. Dalam perjalanan, mereka akan melalui Jubakar dan akan nampak to'kong raksasa dalam bentuk bersila yang ketinggiannya melepasi pucuk pokok nyior.

Kalau dalam perjalanan pulang pula diambil jalan melalui pusat perkelahan Pantai Seri Tujuh, maka akan dilalui perkampungan Terbak, akan kelihatan dengan jelas to'kong gergasi berdiri berwarna keemasan. Kalau ke Bachok melalui jalan KB-Pulau Melaka-Kedai Lalat-Pengkalan Petah-Kampung Balai-Tawang-Bachok, akan kelihatan satu lagi patung gerasi dalam bentuk bersila yang tingginya melepasi pucuk pokok kelapa sedang dibina.

Pergilah ke Muring, Berchang, Teresek, Kok Seraya, Balai, Aril atau perkampungan-perkampungan Siam yang lain, to'kong dan rumah-rumah ibadat bukan Islam rata-rata dinaik-taraf semata-mata kerana keterbukaan Kerajaan Membangun Bersama Islam terajuan 'tok guru' walaupun Rasulullah s.a.w. yang membawa pulang kejayaan Islam ke Mekkah bertindak memusnahkan segala to'kong/berhala di sekeliling dan dalam Ka'abah. Entah sunnah dan teladan siapa yang menjadi rujukan Kerajaan Membangun Bersama Islam dalm hal yang berkaitan dengan to'kong sukar untuk pastikan.

Di negeri yang kononnya Serambi Mekah dengan menteri besarnya pula kononnya ulamak besar, pemilikkan to'kong-to'kongnya jauh lebih gergasi dari di Thailand sendiri yang beragama-rasmikan agama Budhha, walhal di Kelantan berapa kerat sangat adanya orang Siam dan penganut Buddha.

Jika pada suatu ketika ianya perlu dirobohkan, kerjanya bukan mudah kerana binaannya sangat kukuh dan ia mungkin akan kekal terpacak sampai bila-bila, kecuali jika berlaku gempa bumi bagi atau digunakan bom sejenis dengan bom atom bagi kemusnahannya.

Sepatutnya setelah hampir 20 tahun kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam diberi mandat memerintah, to'kong-to'kong yang ada dimusnahkan dan rumah-rumah ibadah bukan Islam sepatutnya sudah bertukar menjadi madrasah atau dewan orang ramai kerana kejayaan dakwah secara hebat dan berkesan oleh Kerajaan Membangun Bersama Islam.

Ini adalah kerana pendukung dan penyokong Pas kononnya alim dan hebat dalam ilmu agama belaka, malah msing-masing yakin akan jadi ahli syurga dan lawan Pas akan masuk neraka belaka, sepatutnya kena bersih dari pengekalan to'kong yang sedia ada sebagaimana patung kijang di Bulatan Kijang dimusnahkan, bukannya to'kong dan rumah ibadat bukan Islam menjadi semakin bertambah jumlahnya dan yang sedia ada semakin besar, hebat dan meriah oleh sikap terbuka kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam.

Kalau di Kelantan sudah demikian terbuka, tidak peliklah kalau di negeri-negeri yang PR perintah dan bukan berleaderkan Pas, nantinya akan terbina to'kong-to'kong yang lebih gergasi dan tidak ada sebab untuk kerajaan di negeri-negeri terbabit menjadi lebih tidak terbuka dari negeri bermenteri-besarkan 'tok guru' untuk menolak tuntutan pembinaan to'kong yang lebih gergasi dan lebih hebat walaupun mungkin dihalang oleh demonstrasi bantahan yang nantinya tidak mustahil akan dianggap jahil dalam beragama Islam.

Sebagaimana masjid yang besar dan pada jarak yang lebih jauh dapat didengar kekemuandangan azannya adalah lambang kekuatan dan kehebatan Islam, maka pembinaan to'kong-to'kong gergasi juga adalah merupakan lambang kekuatan bagi penganut agama yang bertuhankan to'kong.

Seandainya umat Islam di negeri lain, termasuk pengundi di Bagan Pinang mahu negeri dan kawasan mereka jadi terbuka macam Kerajaan Membangun Islam terajuan menteri besar yang digezet sebagai 'tok guru' di Kelntan, maka wajarlah kalau Umno/BN dikalahkan di Bagan Pinang atau Umno/BN ditumpaskan pada pilihanraya umum ke-13 nanti yang mana kebijaksanaan dalam membuat pemilihan terletak di tangan para pengundi.

9 comments:

Faizal Rahman said...

Dengan calon yang bebas dari rasuah insyaAllah UMNO/BN akan berjaya.

john said...
This comment has been removed by the author.
john said...

Tolong ulas pasal insiden pemuda umno pukul petugas pas di markas induk pemuda pas bagan pinang pulak? baru ada kelainan sikit. baru dikatakan penganalisis bebas.

kalau boleh ulas pasal ketua putera umno skali mengikut pandangan hebat demo. ya mungkin peluang umno utk menang dalam pilihanraya ini cerah. kita tengok hikmahnya selepas ini bagaimana keadaan umno n.9 dengan kembalinya Isa. apa yang akan berlaku pada Mat Hasan?..sila ulas mengikut selera demo.

p/s: tolong print/keluarkan artikel pasal tokong besar di kelantan dalam majalah konsep demo, abe li. dok pun jadikan flyer di kempen kat N.9...masyukkk tu.

Anonymous said...

BN MESTI MENANG WALAU MACAMMANA SKALIPUN SEBAB :

TV3
RTM 1,2
AWANI
UTUSAN MELOYA
BERITA HAIRAN
KOSMO
METRO
KEMENTERIAN PENERANGAN
KEMENTERIAN PELAJARAN
KEMENTERIAN PERTAHANAN
KEMENTERIAN PERTANIAN
KEMAS
PDRM
FRU
JKKK
BELIA 4B
PERKASA
IBRAHIM ALI
EZAM MD NOR
JABATAN2 KERAJAAN
PGA
GERAKAN AM
SB
KEM2 ASKAR
DAN BLA BLA.......

PENDEK KATA KALAU BN KALAH JUGOK ....BUANG TELOQ KE LAUT LAAAA
MALUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

Anonymous said...

OOOOOOOOOOOOOOPPPPPPPPPPPPPSS

SATU LAGI MCMANA BOLEH TERLUPA

SPRM

Anonymous said...

oppppppppppppppps
satu lagi

SPR PUN

Anonymous said...

Sila exPM Paklah & exMB S'gor Khir toyo jawab ... masa mereka to' kong hindu besar berdiri samyvellu di batu caves, dikawasan2 tak le jenuh penganut hindu itu terbina ...

tanya jugak exMB NS, Isa samad, bagaimana kuil2 hindu bersepah2 segenap ceruk kawasan Port Dickson tu.... tak nampak kah?

GengUtusan said...

opps silap masuk, macam surat khabar utusan je, rugi masa masuk sini, dah banyak dah media pencacai, berita banyak tambah dari yang benar, nasib baik keputusan nombor ekor takdak dalam blog ni, hehehe.

Geng Harakoh & Siasoh said...

Takdok sapo suruh awak masuk ke blog ni.Perg jahnam dengan buang masa awak.

Ini bukan blog perjudiannak nombor ekor. Dasar kaki nombor, mana-mana pun asyik intai nombor.

blog ni bukan untuk budak-budak, tk payahlah budak-budak masuk dekat, pergi jauh-jauh gih!