Monday, October 19, 2009

MUNCUL KEMBALI (449)

Masjid wajar usahakan pendapatan sendiri

SARANAN Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir supaya pihak pengurusan masjid di seluruh negara lebih berdikari dengan menceburi bidang keusahawanan bagi menjana pendapatan masjid seliaan mereka patut diberi perhatian, malah wajar direalisasikan.

Selain bidang keusahawanan merupakan satu ibadah dan ia mampu menarik lebih ramai ahli masyarakat untuk mendekatkan diri dengan masjid, ianya juga merupakan antara pekerjaan Rasulullah s.a.w.

Apa pun yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. tidak ada yang tidak baik kecuali baik belaka dan kita selaku umatnya patut ikut sama melakukannya.

Sesungguhnnya apa juga yang disuarakan oleh Rasulullah s.a.w. adalah untuk didengar dengan penuh iman dan takwa manakala apa yang baginda buat pula adalah untuk diteladani.

Mungkin tidak berapa praktikal kalau di sekeliling masjid di negara kita dibuka gerai seperti Masjid Nabawi di Madinah serta Masjidil Haram di Mekah kerana jumlah jemaah yang tidak seberapa.
Namun begitu, kaedah yang sama barangkali boleh digunakan untuk wujudkan gerai kepunyaan masjid di pasar-pasar malam, pasar minggu, pasar borong, bazzar dan sebagainya.

Pokoknya masjid di negara ini kena turut bergiat aktif dalam bidang perniagaan dan meningkatkan pendapatan untuk manfaat ahli-ahli kariah masjid sebagaimana yang disarankan oleh Datuk Mukhriz supaya setiap masjid ada pendapatan sendiri dan tidak terus bergantung kepada pungutan derma sepanjang hayat.

2 comments:

Unknown said...

16 SEPTEMBER CUTI AWAM 2010 : NAJIB

Najib Razak mengumumkan Hari Malaysia akan disambut mulai 16 September 2010 sebagai cuti awam untuk seluruh negara.

Rakyat Malaysia akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Dr. Marcus Majigoh (BN-Putatan) di Dewan Rakyat di sini hari ini.

KAH KAH KAH…

KAH KAH KAH….

woit…. INI DASAR SELIPAR JEPUN…. kah kah kah..

kah kah kah… 31 OGOS FLIP….. 16 SEPTEMBER FLOP…. kah kah kah….

woit… INI KEJAYAAN WARGA SABAH DAN SERAWAK...SYABAS ! kah kah kah…

woit…. INI KEJAYAAN KEMPEN BLOGGER….SYABAS... kah kah kah..

nota:
lepas ini kita kempen:
kenapa orang asal di semenanjung tidak ada hari cuti resmi?
dicadangkan:
hari menuba - untuk orang asal di pahang
hari menapai - untuk orang asal di semenanjung
hari melegok - untuk orang temuan
hari mengehek - untuk orang senoi

akhirnya 10 Oktober sebagai Hari Bangang
untuk meningati melayu kena tipu oleh
mat isa kah kah kah...


Nuffnang Ads

Abuzar said...

MKJ, saya setuju dgn cadangan supaya masjid perlu adakan program berdikari & perluas aktiviti berbentuk ekonomi, sosial, kemasyarakatan dan kenegaraan sebagai sunnah Nabi SAW.

Janganlah masjid dikongkong aktivitinya. Masjid/surau bukan sekadar untuk solat jumaat/ berjemaah/ tarawih/ hari raya saja .. tapi diberi ruang cukup untuk mendalami ilmu dan menyebar dakwah Islam yg hakiki dan menyeluruh. Masjid2 yg tidak dimakmurkan @ tak diimmarahkan mengikut sunnah Nabi SAW itulah yg kaku/ mati programnya, ....

Sebagaimana petikan dari laman: http://trumedia.blogspot.com

...... -"Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.; "Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali". Di riwayatkan oleh al Baihaqi.

Cuba kita renungkan hadis diatas. Perkataan ‘ulama mereka’ ditujukan kepada ulama pada zaman Islam sudah tinggal nama, Al Quran hanya tinggal tulisan dan mesjid tersergam indah tapi kosong daripada hidayah. Perkataan ‘fitnah’ di dalam hadis diatas pastinya dikaitankan dengan fahaman yg disampaikan oleh ulama tersebut pada umat Islam dizaman itu sehingga berlakunya tiga masalah seperti yg disebut didalam hadis diatas. “Ulama mereka” dan Ulama Pewaris Nabi adalah dua kategori ulama yg berbeza.

..... Oleh kerana pada masa itu ... umat Islam melantik orang-orang yg mempunyai ilmu agama tetapi belum sempurna Islamnya untuk menjadi ‘ulama mereka’.

Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." Di riwayatkan oleh Muslim.

Di dalam hadis diatas menerangkan Allah SWT akan mencabut atau menghilangkan ilmu agama daripada umat Islam dengan mematikan ulama. Bagaimana istilah ulama ini nak ditakrifkan pada zaman ini? Ada 2 kategori ulama dimana yg satunya berkhidmat didalam kerajaan dan yg satu lagi tidak berkhidmat didalam kerajaan. Setelah Sistem Khulafa dihapuskan oleh Yahudi, British dan Freemason, maka Khalifah Islam pun tenggelam sama. Apabila Khalifah tiada maka tiadalah wakil Rasulullah saw didunia ini. Dengan siapa ulama nak berbai'at? Ulama sepatutnya mewakili Rasulullah saw utk menyambung tugas Rasulullah saw didunia ini. Itu sebab ianya di panggil Ulamak Pewaris Nabi. Bagaimana pula Ulama Pewaris Nabi boleh terhubung dengan Raulullah saw setelah kewafatan Baginda?

Rasulallah saw bersabda:

"Sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua buah benda peninggalan yang berat kadarnya, pada lain riwayat, sesungguhnya aku meninggalkan bagi kamu dua peninggalan yang jika kamu berpegang padanya tidak akan kamu sesat sepeninggalanku. Salah satunya lebih besar dari yang kedua, yaitu kitab Allah azza wajalla seumpama tali penghubung yang kokoh terentang dari langit sampai kebumi dan keluargaku ahlil baitku, keduanya tidak akan terpisah satu dengan yang lain hingga bertemu denganku diakhirat ditelaga Haudh/kautsar maka perhatikanlah kamu bagaimana kamu sepeninggalku memperlakukan keduanya". (Diriwayatkan oleh Muslim danTarmidzi)" ... -