Thursday, October 22, 2009

MUNCUL KEMBALI (457)

Kerajaan tutup rahsia demi keselamatan, pembangkang asyik bongkar

BUKAN semua hal ehwal negara boleh didedahkan, apatah lagi yang melibatkan soal-soal keselamatan. Berapa jumlah anggota tentera, berapa kereta kebal, kereta perisai, jet pejuang, peluru berpandu dan sebagainya yang dimiliki dalam membina kekuatan ketenteraan negara, kena dirahsiakan.

Kalau segala tentang ketenteraan diumumkan kepada rakyat secara terperinci hanya semata-mata kerana mahu mengelak dari dituduh menyalahkan peruntukkan untuk pertahanan negara, maka samalah seperti sengaja membuka rahsia pertahanan kepada musuh.

Atas dasar itulah, demi keperluan kerahsiaan pertahanan negara, maka pembeliaan Scorpene (kapal selam) tidak ditender secara terbuka. Kerana itu pembelian dua kapal Scorpene yang dinamakan KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak itu dan isukan sering dipertikaikan oleh pihak pembangkang.

Pembelian dibuat secara tender tidak terbuka itu, kepada pembangkang kononnya kerana kalangan tertentu, malahperdana menteri dan isteri dikaitkan dengan tuduhan liar mengaut keuntungan dari pembelian kapal selam itu yang bertujuan bagi melengkapi keperluan pertahanan negara.

Walhal tender tidak terbuka itu adalah atas dasar kerana dikhuatiri ia akan mendedahkan sistem pertahanan negara kepada musuh dan penjelasannya mengenainya dibuat di Dewan Rakyat oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Keadaan dan prosedur yang sama dalam pembelian kapal selam juga turut diamalkan oleh negara lain seperti India, Chile dan Brazil, malah mana-mana negara pun akan menyembunyikan kekuatan sebenar keteneraan masing-masing.

Kalau tender terbuka dibuat bagi pembelian kelengkapan perang, maknanya sengaja mendedahkan rahsia pertahanan negara kepada musuh dan ianya adalah suatu tindakan dan tuntutan ketelusan yang kurang cerdik.

Tetapi sayangnya kerana terlalu prejudis terhadap kerajaan, nampaknya pembangkang di negara ini semacam sengaja mahu membocorkan rahsia pertahanan negara yang cuba disorok dan disembunyikan oleh pihak kerajaan.

Asakan demi asakan dibuat oleh pembangkang ekoran dari pembelian kapal selam menyebabkan apa yang patut dirahsiakan akhirnya terbongkar. Walaupun ianya dibangkitkan dalam parlimen tetapi ianya tetap akan terkeluar dan tersebar di luar parlimen.

Seandainya negara diserang, musuh pasti akan mudah mencari kelemahan kapal selam berkenaan apabila diketahui pengeluarnya. Sehebat dan sekuat mana pun hasil ciptaan manusia tetap akan ada kelemahannya dan dalam perbalahan atau perang, musuh akan mencari kelemahan bagi memudahkan lawan dikalahkan.

Tindakan pembangkang yang asyik mengasak dan mendesak sehingga pembelian kapal selam yang sepatutnya menjadi rahsia pertahanan seolah-olah pembangkang sengaja mahu mendedahkan rahsia pertahanan negara.

Kini jumlah keanggotaan gunatena ketenteraan kapal selam itu, kos penyelenggaraan dan alat ganti bagi kapal selam serta lokasi penyelenggaraan sudah tidak menjadi rahsia lagi, sekaligus pertahanan negara yang sepatutnya menjadi rahsia sudah tidak rahsia.

Dengan kata lain, wakil-wakil rakyat tidak kira ianya dari pembangkang atau pun dari parti kerajaan kena mempunyai ilmu batu supaya hal-hal yang tidak sepatutnya dirahsiakan , terutama yang brkaitan dengan kepentingan keselamatan negara tidak perisukan, tidak diceramahkan , malah tidak menjadikan pihak yang menjaga kerahsiaan terpaksa mendedahankannya kerana tuntutan demokrasi.

3 comments:

pemudacakna said...

Teringat kepada cerita datuk nenek kita dahulu, iaitu pada zaman ebelum merdeka dahulu, ketika kedatangan Jepun ke Tanah Melayu, ramai orang Melayu berasa gembira dengan penaklukan Jepun itu. Sebab Jepun menang, salah satunya kerahsiaan tentera Inggeris diketahui oleh Jepun melalui orang-orang Melayu yang anti Inggeris. Mereka ingat pemerintahan Jepun lebih adil dan hebat daripada pemerintahan Ingeris. Tetapi malang sekali, harapan mereka berkecai kerana Jepun lebih kejam dari Inggeris hingga ekonomi di Tanah Melayu jatuh merudum. Duit Jepun banyak tetapi barang yang hendak dibeli tiada.
Adakah cerita ini akan kembali di rasai pada masa akan datang. Tidak mustahil jika rakyat negara ini tidak betul-betul cinta kepada negaranya.
Saya dapati dan rasakan antara rakyat yang tidak begitu cintakan tanah airnya ialah daripada penyokong pembangkang! Kalau tidak masakan mereka sanggup lupa kepada kerahsiaan ketenteraan negara sampai benda yang rahsia hendak dikorek supaya tidak menjadi rahsia lagi.
Dalam Islam, patutlah kita disuruh tutup aurat untuk merahsiakan apa yang ada pada kita kerana bila rahsia terbongkar mudah untuk musuh menceroboh ke atas diri kita.
Kalau sesetengah daripda anggota diri kita sendiripun patut diahsiakan daripada orang lain barangkali begitulah dengan negara kita.

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki said...

Kita juga digalakkan kurang bercakap, kalau peru bercakap pun bila-bila enar perlu. Galakan kurang brcakap juga ada kaitan dengan kerahsiaan. Bila banyakbercakap banyak pa yang patut menjadi rahsia, banyak sangat berceramah akan banyak caci cerca, banyak sangat buat desakan, banyak kerahsiaan bolg terbongkar.

Anonymous said...

Yg dok sibuk tayang & beri publisiti media.. nak menunjuk2 kita ada kapal selam,.. kapal terbang pejuang, .. dll tu sapa? pembangkang ko? Hei puok2 mata rabung dekat, otak singkat ! .. Yg rakyat Jepun, Thailand, USA, Turki, dll.. dok pangkah pembangkang, dan asyik dok tukar krajaan tu tak patriotik ko? demo & puok2 demo saja yg patriotik ko ... patutlah bank bumiputera bangkrap kerana puok2 pemimpin umno pinjam duit tak nak bayar, kira right-off gitu saja .. berjuta2 RM duit negara untuk pelaburan bumiputra .. skandal BMF .. skandal Perwaja ... dll,, yg terbaru skandal PKFZ ..