Thursday, October 22, 2009

MUNCUL KEMBALI (459)

Semacam usaha mahu caukan Ayah Chik & The Gangs dari kepemimpinan Pas direstui

MARI sama-sama kita perhatikan bahagian akhir yang menjadi catatan Dato' Haji Nik Abdul Aziz melalui blognya sebagai respon kepada apa yang dikupas oleh Abdul Aziz Bari yang antaranya melabelkan Presiden dan Timbalan Presiden Pas pro Umno:

........Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS.Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu.Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”

Pandangan Saya;

Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini'

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.

Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini.

Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG.

Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.

Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009.

Melihat kepada intipati kepada catatan Dato' Haji Nik Aziz pada kefahaman saya, rentetan pertembungan semasa Muktamar Agung Pas yang melihat kegagalan tokoh yang dilihat sebagai sebahagian dari Dato' Nik Aziz kecundang dalam usaha untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden masih berkudis, kalau pun di luar nampak sudah sembuh tetap dalamannya masih buruk dan bernanah, malah ianya sukar untuk sembuh.

Saya juga nampak bahawa dan fahaman bahawa ada usaha-usaha untuk caukan Presiden Pas, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang atau Ayah Chik dan Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan mereka yang bepihak kepada mereka berdua. Jika usaha itu diaktifkan, Dato' Nik Aziz tidak akan menghadangnya.

Saya nampak Dato' Seri Haji Hadi dan ustaz Nasaruddin dan yang menyokong mereka, termasuk dato' Haji Hassan Mohd. Ali cuba diletakkan dalam keadaan umpama hidung tidak mancung, pipi tersorong-sorong dalam Pas. Dalam menghadapi kes tiban meniban dalam Pas sekarang, nampaknya Dato' Nik abdulziz tidak berkecuali sebagai seorang Mursyidul Am Pas.

Dalam memasang angan-angan mahu menumbangkan Umno/BN bersama-sama dengan PKR dan DAP, perkembangan terbaru dalam Pas sekarang bagi saya umpama bini baru lepas pantang, suami pula diserang uluran kronik.

Kenapa keadaan itu berlaku? Pada saya dalam keadaan memburu berkat, ada yang tidak berkatnya tindak tanduk Pas, mungkin kafarah kerana terlalu mudah senaraikan kalangan yang tidak sokong Pas sebagai ahli neraka yang bermaksud ada di kalangan pimpinan Pas yang cuba beli kerja Allah dalam soal syurga neraka.

Untuk selamatkan Pas kekal pada wajah, tujuan dan matlamat pengasasnya, maka Pas kena berhenti 'berak besar' nak tumbangkan Umno/BN, sebaliknya pimpinan Pas perlu memuhasabah diri serta perlu jaga lidah dan jangan cuba beli kerja Allah.

Kalau asyik didesak dan diasak, tidak mustahil Dato' Seri Haji Had dan Ustaz Nasaruddin akan melangkah masuk ke dalam Umno yang mana pintu parti itu pasti sentiasa luas terbuka untuk beliau.

Presiden Pas masuk Umno bukan seperkara yang luarbiasa kerana ianya pernah berlaku tetapi Presien Umno masuk Pas belum ada dalam catatan sejarah lagi. Kalau menggunakan platform Umno lebih mudah untuk kembangkan syiar Islam adalah lebih afdal kalau ayah Chik dan Ustaz Nasa enggunakan platform Umno.

Seandainya Ayah Chik dan Ustaz Nasa masuk Umno, saya rasa untuk tepoh 10 atau 50 tahun, Pas akan hadapi masalah tenaga yang mencukupi untuk usung wakaf untuk pungut durian di kebun durian gemulah Tok Awang Belulang, apatah lagi apabila kedudukan cucunya dalam Pas pun cuba dilabelkan umpama hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Kalau kurang percaya, cubalah Ayah Chik dan ustaz Nasa realitikan tohmahan kalangan tertentu dalam Pas dan kedua-duanya acu-try-test masuk Umno sengoti, kita sama-sama tengok macam mana nasib Pas dalam pilihanraya umum ke-13 atau pada pilihan-pilhanraya kecil yang mungkin terpaksa diadakan sebelum tibanya pilihanraya umum ke-13.

Saya melihat Abdul Aziz Bari telah dijadikan denak atau menjadikan dirinya sebagai denak atau lepasan belalang memberas dalam tukil tahi di tengah umum bagi menjayakan usaha untuk caukan Dato' Seri Haji Hadi dan Ustaz Nasa dari kepemimpinan Pas.

2 comments:

Anonymous said...

GEWANA WEI TOK GURU KITA TU,KABA KE TU...

Anonymous said...

Itu firasat nurani dan detikan hati tok guru sejak dulu .... bila "orang2 yang kluk-klik itu" selalu sangat bersendiwara didepannya.... sedangkan kecenderungan hati2 mereka itu ..masih didalam kotak pemikiran assobiyah UMNO.

Pesan tok guru .. andainya Nabi SAW berpegang kepada assobiyyah Arab.. sudah pasti ... orang melayu, cina, india, pakistan, afghanistan, sudan, parsi, turki, barat, dll.. tak merasa masuk surga! Rasul SAW akan dulukan keluarganya, kemudian bangsanya ... termasuk bapa saudaranya Abu Talib, Abu Lahab, dan musuhnya Abu Jahal, Mughairah kerana bangsa arab..! Apakah perjuangan Islam, PAS dengan saf pimpinan sekarang akan terheret kedalam kerangka assobiyyah UMNO?

Puok2 hok tak endah ko nasihat2 tok guru sebelum ni patut muhasabah diri ..tok payahlah dok penat2 moqabalah dengan kepura-puraan UMNO tuh! Dah nampok doh tembelang & kedegilan terhadap ajaran Islam!