Friday, October 23, 2009

MUNCUL KEMBALI (460) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Padah tolak kerajaan perpaduan, Pas terdedah kepada berantakkan

SEMASA gagasan penubuhan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, Dato' Seri Haji Abdul Awang ditolak, apatah lagi apabila Timbalan Presiden Pas,Ustaz Nasharuddin Mat Isa diseranah, diperlekeh, diperhina, malah diperambat dari Pas macam anjing dan kucing buruk kepala berulat nyunyak-nyunyak, saya mula nampak Pas bakal terdedah kepada keberantakkan yang akan terus kronik dan sukar untuk dibbetul stesen semula.

Walaupun yang menentang gagasan kerjaan perpaduan secara tidak sopan (miskipun penolakkan secara berhemah dan berhikmah boleh digunakan) terdiri kalangan yang kononnya ada ilmu 'laduni'. mantiq dan alimnya lebih dari iman masjid Mekkah, tetapi dalam nada suara, tatacara dan pendekatan yang digunakan dalam penentangan, bagi saya bersalut suara syaitan dan iblis.

Kenapa saya kata begitu? Kerana nabi-nabi dan rasul tidak diutus untuk melebarkan pepecahan sesama manusia, sebaliknya diseru supaya mewujud dan mengukuh kesepakatan dan saling sayang menyayangi walaupun manusia dicipta dalam pelbagai bentuk rupa yang mengamalkan kepelbagaian budaya berdasarkan iklim dan muka bumi di mana kelompok manusia itu tinggal.

Bila ada gagasan untuk perpaduan, tiba-tiba ditentang dengan bengis dan lebih berdasarkan kepada tindakan pakai kepala lutut, bukannya pakai kepala berotak yang dilengkapi akal, maka saya mula nampak ada bibit-bibit kesyaitanan dan keiblisan dalam penentangan itu, apatah lagi bila ditegur dan diberi peringatan, maka dibalas dengan respon merimau dan menyinga. kecuali bila berada di medan perang berdepan dengan musu umat Islam kena belagak bagaikan singa, dalam suasana yang lain umat Islam kena serba terbuka, santun dan toleran.

Tetapi siapalah saya untuk menegur walaupun teguran dan peringatan itu sangat diperlukan oleh pemimpin yang benar-benar telus dan tulus, malah saya melakukannya atas tuntutan fardhu kifayah tetapi sering disukat-timbang dan dinilai-andai dengan serba negatif, serba busuk lagi membusukkan, kerana saya dilihat hnya sebagai penulis cabuk dan bloggers yang tidak mencapai piawan profesionalisme.

Walhal Umar al-Khattab yang bengkeng boleh menerima teguran, peringatan dan amaran mata pedang dari seorang yang tempang. Allah sendiri memperingatkan melalui Surah al-Asyr bahawa sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali yang saling ingat memperingatkan. Kenapa Umar yang bengkeng boleh jadi tidak bengkeng menerima peringatan dan ancaman dari seorang yang lekeh (tempang)? Jawabnya kerana Umar menggunakan pertimbangan kepala yang berotak dan dilengkapi akal, bukannya menggunakan kepala lutut.

Kalau nak kira alim antara Umar dengan tok-tok guru Pas, tentulah Umar lebih alim kerana baginda berguru terus dengan Rasulullah s.a.w., malah telah diberi jaminan sebagai ahli syurga sewaktu baginda masih hidup lagi. Kalau nak kira bengkeng antara Umar dengan tok-tok guru Pas, Umar lagi bengkeng sehinggakan syaitan, iblis dan jin kafir dikatakan akan mengelak dari berselisih jalan dengan baginda. Malangnya dalam Pas, bila ditegur sikit maka dengan bengkengnya akan dianggap pro Umno selalu.

Malah akan ditanya apa kelayakkan pihak yang membuat teguran. Apa kelayakkan saya untuk tegur Pas? Secumak mana ilmu yang saya ada jika berbanding dengan ustaz-ustaz muda dalam Pas, apatah lagi jika mahu didampingkan dengan keilmuan Dato' Nik abdul Aziz yang kononnya sangat 'mantiq' lagi 'laduni'. Apa sumbangan saya terhadap Pas?. Apa kaitan saya dengan Pas? Saya bukan orang parti politik, malah itulah yang saya sentiasa perakukan, saya bukan orang parti politik dan tidak ada kepentingan dalam mana-mana parti politik.

Apa subangan saya dan kaitan saya dengan Pas hanya Tuhan yang Maha Tahu. Barangkali yang boleh saya sebutkan (bukan mahu tunjuk takbur atau riak), ketika ustaz-ustaz muda yang kemaruk berjihad yang pada saya banyak betukar jadi 'berjahat' kepada perjuangan Pas, ketika masing-masing masih bertukar antara hilir dengan hulu, ketika 'konet' masing-masing masih berkulup, saya sudah pun berdepan ancaman pemuda tahan lasak Umno yang ganas.

Kerana itu bila kalangan yang berusia 50 tahun ke bawah pamer kehebatan, kerbersungguhan dan kekemarukkan dalam perjuangan Pas, membuatkan saya ketawa geli hati, apatah lagi bagi mereka yang menyertai Pas atau mencapai usia baru 'luruh pusat' setelah Pas menang mewah pada bulan Oktober 1990 dan berjaya bentuk kerajaan semula di Kelantan pada 21 Oktober 1990, lagilah membuatkan saya ketawa sendiri.

Saya pernah tanya ustaz-ustaz muda yang nak kira kuatnya Pas sehinggakan baju dan seluar warna biru dan songkok tidak mahu dipakai kononnya itu warna dan menandakan ciri-ciri ke-Umno-an: siapa pengasas Pas, siapa Presiden Pertama (dulu dipanggil Yang Dipertua), siapa Ahmad Badawi Abdullah Fahim, siapa Burhnauddin Al-Helmy, siapa Ahmad Puad, siapa Prof. Zulkifli Mohamad, jawabnya tak pasti.

Paling memilukan kalangan yang bekerja di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPkn) yang tugasnya adalah memaklumatkan orang ramai tentang Pas dan Kerajaan Pas juga tidak tahu. Apatah lagi kalau ditanya sejarah penubuhan Pas serta tujuannya, malah siapa yang meluluskan pendaftarannya dan kerana pegawai pendaftaran pertubuhan malu mata kepada siapa, maka membolehkan Pas didaftarkan.

Kalau ubi kayu dan ragi pun tak kenal, maka macam mana boleh nak buat tapai. Macam mana kalau tiba-tiba ubi kayu yang ditanam secara terbaik, yakni yang bahagian pucuk dicucuk ke tanah, kerana tidak tahu padahnya, maka dibuat tapai, alamatlah setiap yang makan tapai akan mabuk. Malah jika dimakan pucuknya atau dimakan isinya yang direbus ubi kayu yang ditanam cara tadi, pemakannya akan mabuk. Kalau kambing makan pun kambing akan 'mmutar itik' jadinya.

Demikian juga dengan Pas, kalau tidak kenal apa itu Pas dan sejarah penubuhan serta matlamat penubuhannya, macam mana boleh jadi orang kuat Pas. Kalau jadi kuat pun akan jadi orang kuat jenis 'mmutar itik' macam orang mabuk tapbai ubi kayu yang ditanam terbalik. Saya sangat dan amat terkejut bila dtanya apa itu Pas, ramai yang jawab Pas parti Tok Guru Nik Aziz, kalau nak masuk syurga kena sokong Pas, sokong parti Tok Guru. Soalnya betulkah begitu?.

Betulkah Pas parti Tok Guru Nik Aziz? Betulkah nak masuk syurga kena sokong Pas? Apakah kerana anggapan itu menjadikan Dato' Nik Aziz semacam menganggap parti itu miliknya dan pendapat serta kemahuannya terhadap Pas menjadi veto? Kalau melihat kepada apa yang sedang berlaku kepada Pas sekarang ini memang ada benarnya wujud unsur-unsur sebagaimana yang dipercayakan oleh orang Pas sekarang.

Walaupun bukan orang parti politik tetapi saya bukan jahil sangat dalam berpolitik. Sepanjang kira-kira 30 tahun bergelumang dengan dunia kemediaan, maka selama itulah saya bermain poliik dan dengan orang politik dari pelbagai parti politik. Sebaik sahaja Pas menang mewah saya mula renggangkan diri dari Pas. Rasanya orang seperti Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman, Zain LPP, Mat Sahak dan beerapa orang yang lain tahu siapa saya dan peranan saya sebelum Pas menang mewah pada tahun 1990. Muka saya dan wartawan sin Chew Jit Pohyakni Mr Chua (kini bersara dari duniakewartawa dan membuka restoran di Johor) yang sentiasa bole dilihat di pejabat Badan Perhubungan Pas di jalan dato' Pati. wartawan tidak dibenarkan naik ke pejabat Pas.

Kenapa saya renggangkan diri selepas itu? Sebabnya saya tidak ada apa-apa kepentingan dan tidak mengharapkan apa-apa balasan dari segala sumbangan yang lazimnya akan disembunyikan agar tidak diketarai kerana saya sentiasa teringatkan pesanan ustaz saya, kerja yang ikhlas adalah yang dibuat oleh tangan kanan tetapi tidak diperasani pun oleh tangan kiri, macam juga dalam pemberian sedekah, malah sumbangan dalam perjuangan sama dan seerti dengan sedekah juga.

Kerana itu saya masuk ke Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKn) pun bila diajak dan dipujuk dengan syarat saya kena kata 'yes' dan tidak boleh kata 'no'. Bukan salah kerajaan Pas Kelantan ketika mula wujud maka keadaan itu berlaku tetapi kerana saya sendiri yang renggangkan diri kerana merasakan sumbangan bakti yang ditabur menjadi tidak ikhlas jika dibalas, malah kalau pun ada sumbangan yang diberikan, ianya tidak lebih dari umpama melukut di tepi gantang atau umpama sesudu garam dicampak ke lautan sahaja bai saya.

Rakan-rakan media terperanjat bila Pas menang, saya masih juga kekal sebagai stringer sepenuh masa di Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA) yakni petugas berjawatan sambilan tetapi bertugas sepenuh masa dengan diberi sedikit imbuhan tetap dan pendapatan bergantung kepada jumlah kerja yang dibuat.

Kononnya sepatutnya saya berada di UPKn sebaik sahaja Pas bentuk kerajaan. Tetapi saya kata saya bukan orang Pas pun untuk mendapat keistimewaan diberikan apa-apa jawatan. Saya diajak masuk UPKn kira-kira lapan tahun selepas Pas memerintah Kelantan dan kontrak saya tidak disambung (kerana saya banyak menulismengkritik Pas dan kerajaan Pas) selepas lapan tahun memberi khidmat kepada UPKn. Saya menerima apa yang berlaku kepada saya dengan syukur dan gembira.

Saya sangat hormati saudara Mohd. Sayuti Omar (saya mendapat tahu selepas saya tidak lagi dengan UPKn bahawa beliaulah yang membuka jalan memasukkan saya ke UPKn setelah saya berhenti dari jawatan Ketua Biro Harian Watan bagi Negeri Kelantan dan ketika itu diberi tugas sebagai Pengarang Perunding majalah Al-Fununiah terbitan Pondok Tunjug dengan gaji di PUkn jauh lebih rendah dari yang diberikan oleh majalah Al-Fununiah kepada saya) walaupun beliau nyaris-nyaris buta mata (terpercik minyak panas kerana menggoreng ikan kering di markas Pas di Besut) tetapi beliau tidak menuntut sebarang jawatan dalam kerajaan Pas sebagai balasan terhadap jasa baktinya.

Kerana itu bila beliau tegur dan kritik Pas, saya tidak nampak beliau berniat menjahati Pas. Demikian juga bila saya tegur dan kritik Pas dan pimpinan parti, saya yakin beliau tidak akan melihat saya menjahati Pas. Kerana itu dia guna tageline hanya kita yang mengerti kita'. Yang mudah pandang negatif terhadap teguran dan peringatan yang dibuat adalah kalangan yang ketika Pas berada pada tahap 'ayam tak patuk itik tak sudu' dan ketika 'Pas tidak laku di pajak gadai' yang mana ketika itu 'konet' masing-masing masih berkulup, yang mudah nak menampal label Umno pada dahi kalangan yang membuat kritikan dan teguran terhadap Pas.

Pada saya gara-gara tidak boleh ditegur dan diperingatkan (Dato' Nik Aziz baru catatkan dalam blognya tentang hak dan kewajipan menegur selepas orang macam saya dan macam saudara Mohd. sayuti Omar juga telah dilihat terlalu jahat dan busuk lagi membusukkan kepada Pas kerna menegur dan mempeinatkan), maka berlakulah kes-kes-kes sebagaimana laporan-laporan berikut;

Nik Aziz mahu adakan EGM tukar pemimpin Pas

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
dan MOHD. RAFIE AZIMI
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 23 Okt. – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nekad mahu Pas dibersihkan daripada kumpulan prokerajaan perpaduan melalui Muktamar Agung Khas (EGM) walaupun ia akan menyebabkan parti berusia 58 tahun itu berpecah.

Malah, Mursyidul Am Pas itu mahu EGM diadakan segera bagi mendapatkan keputusan sama ada pemimpin Pas yang menyokong perpaduan dengan UMNO diterima atau ditolak daripada parti itu.

Beliau menamakan tiga pemimpin bermasalah itu yang perlu ‘dibersihkan’ iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau sedih dengan tindakan pemimpin terbabit kerana tidak menghargai keputusan Muktamar Agung Pas di Ipoh, Perak tahun lalu yang menolak kerjasama dengan UMNO.

“MCA lagi buat (EGM), UMNO lagi buat. Kalau pecah, pecahlah, apa boleh buat tetapi saya tidak suka orang tegur saya, parti atau presiden kemudian buat senyap. Saya nak jelas, kalau benda ini orang tolak, tolaklah. Kali kedua orang itu tidak berani hendak buat tidak tentu pasal lagi.

“Ia bukan ditujukan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi berdasarkan tulisan Profesor Dr. Abdul Aziz Bari (pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) yang merujuk kepada Hassan, Nasharuddin dan Mustafa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kelantan itu dalam blognya http://www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar ‘dua tiga kerat’ pemimpin parti itu yang bermasalah.

EGM Pasbukan kuasa individu

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menggantikan pucuk pimpinan Pas bukan boleh ditentukan oleh sesiapa termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebaliknya ia bergantung kepada hasil mesyuarat Majlis Syura parti tersebut.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa berkata, sebarang perubahan yang melibatkan perkara-perkara dasar parti tidak boleh dibuat secara individu.

"Dasar yang besar perlu kepada keputusan mesyuarat. Presiden tak boleh, timbalan presiden tak boleh dan tiada sesiapa boleh membuat keputusan secara individu.

"Saya berpegang kepada prinsip kita (Pas) ada cara dan kaedah untuk menentukan sebarang perubahan dalam parti," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok diminta mengulas cadangan Nik Abdul Aziz dalam blognya yang meminta Pas mengadakan EGM untuk membersihkan parti daripada 'dua tiga kerat' pemimpin bermasalah yang merujuk kepada kumpulan prokerajaan perpaduan.

Nik Abdul Aziz menamakan tiga pemimpin berkenaan iaitu Nasharuddin, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Menteri Besar Kelantan itu ketika mengemukakan cadangan tersebut turut menyifatkannya sebagai persiapan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut Nasharuddin menjelaskan, parti itu akan mengadakan mesyuarat Majlis Syura secepat mungkin bagi mendengar sendiri perkara yang dibangkitkan oleh Nik Abdul Aziz.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bila mesyuarat tersebut akan diadakan kerana tarikh mesyuarat akan diputuskan Setiausaha Agung parti.

"Setakat ini kami hanya membaca tulisan dalam blognya dan kita hendak dengar sendiri cadangan dan maksud dari mulut beliau sendiri. Maka, sebab itu kita perlu mesyuarat Majlis Syura," katanya sambil memberitahu belum membaca sepenuhnya cadangan Nik Abdul Aziz itu.

Menjawab soalan sama ada pucuk pimpinan selesa dan menerima kenyataan terbuka Mursyidul Am Pas itu, Nasharuddin berkata: ''Tiada siapa pun 'katok' (belasah) Tok Guru".

Sementara itu Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub memberitahu, beliau akan menemui Menteri Besar Kelantan itu esok atas kapasitinya sebagai Naib Presiden.

Selangor tolak cadangan Muktamar Agung Khas Pas
SHAH ALAM 23 Okt. - Pas Selangor menolak cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Muktamar Agung Khas (EGM) diadakan bagi membincangkan kedudukan beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali.


Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, cadangan sedemikian tidak perlu kerana tidak wujud pergolakan kepimpinan parti itu sama ada di peringkat pusat mahu pun di negeri itu ketika ini.

"Pada pandangan saya, tidak perlu ada EGM kerana dalam Pas pusat termasuk di Selangor, tidak nampak sebarang pergolakan atau masalah di peringkat kepimpinan parti.

"Sebaliknya, Pas sama ada di peringkat pusat atau negeri kini pada tahap yang terbaik daripada segi kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP," katanya ketika dihubungi ketika diminta mengulas cadangan Nik Abdul Aziz menerusi laman blognya, http://

www.blogtokguru.com/ supaya diadakan muktamar agung khas bagi membolehkan perubahan dilakukan terhadap kepimpinan parti itu di peringkat Pas pusat.

Menurut Nik Abdul Aziz, keperluan muktamar khas atas nama 'tajdid' (pembaharuan) itu harus diadakan ekoran wujud 'beberapa kerat' pemimpin dalam parti itu yang dikatakannya 'bermasalah'.

Malah, Nik Aziz turut membayangkan perubahan terhadap jawatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang perlu diputuskan dalam mesyuarat berkenaan selain kedudukan Hassan serta Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang dikatakannya tidak habis-habis menyuarakan isu kerjasama Pas-UMNO serta pembentukan kerajaan perpaduan.

Pemuda bincang Selasa

KUALA LUMPUR 23 Okt. - Dewan Pemuda Pas Pusat akan bermesyuarat Selasa depan bagi menyatakan pendirian terhadap gesaan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menukar kepimpinan parti itu.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, ketika ini, pihaknya tidak akan membuat sebarang ketetapan berhubung gesaan Mursyidul Am Pas itu kerana sedang menilai keadaan semasa kemelut yang berlaku.

Beliau bagaimanapun tidak menolak pandangan bahawa kemelut kepimpinan yang berlaku di dalam parti itu kini berada pada tahap serius.

"Kami (Pemuda Pas) belum mengambil sebarang ketetapan kerana masih di peringkat menilai keadaan (kemelut) dan akan bermesyuarat bagi menentukan langkah yang wajar diambil.

"Saya tidak menolak keadaan itu kini berada pada tahap serius, tetapi ia adalah masalah dalaman yang mendatangkan pengajaran dan perlu dihadapi dengan tenang oleh jemaah Pas," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz dalam blognya, mahu Pas mengadakan EGM bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin parti itu yang didakwa bermasalah.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, Pas kini berhadapan dengan isu kepimpinan dan beliau berasakan perlu ada perubahan terhadap 'pemain-pemain' penting yang menduduki kerusi kepimpinan parti tersebut.

Sementara itu, Nasrudin turut meminta ahli Pas bertenang dan memberi masa kepada kepimpinan parti untuk menyelesaikan kemelut yang melanda.

Menurutnya, masalah yang timbul bukanlah sesuatu yang penting, tetapi kebijaksanaan pemimpin dalam menyelesaikan masalah itu perlu diberi perhatian.

Apakah kecelaruan sebagaimana yang menjadi kandungan laporan yang dipetik sepenuhnya di atas, mudah untuk dipulihkan?. Bukankah mencegah lebih baik dari memulihkan apa yang telah berlaku? Apakah orang macam saya telah menjahati Pas selama ini atau apa yang saya lakukan sebenarnya bertujuan mencegah dari hal-hal yang sedang berlaku sekarang, berlaku?

Orang Pas tepuk dada tanyalah selera. Menang atau Pas kalah saya tetap akan kekal jadi saya. Pas kalah saya tak rugi Pas menang saya tak untung, sama jugalah kalau Umno/BN terus berkuasa saya tak laba kalau Umno/BN kalah pun saya tak rugi apa-apa.

Rasanya perlu dicatatkan bahawa gara-gara kekalahan Pas dan jatuhnya kerajaan Pas pada tahun 1978 membawa kepada kematian bapa saudara bongsu saya, Abdul Rahman Abdul Latif yang tinggal di Kampung Seberang Jeli. Beliau amat kecewa dengan kekalahan itu dan menyebabkan beliau demam dan akhirnya membawa kepada kematiannya!

8 comments:

Anonymous said...

Bukan Pro_Umno, tapi Pro kepada kemimpinan Ulama' pro kepada PAS dan perjuangan asal PAS..

Tapi bila Pas Pro-Ulama' ini menentang apa-apa yang di ideakan oleh anwar dan DAP, maka mereka ini dikatakan Pro-Umno.

Kita sebagai rakyat akan terus tengok, sehingga tahap mana anwar dan DAP akan mencucikan PAS atau dapatkah anwar dan DAP mengubah PAS kepada bentuk yang mereka kehendaki.

Tetapi jika Pro-Ulama (digelar Pro-Umno) kuat dan terus mendapat sokongan ahli, anwar & DAP akan teruskan usaha sia-sia mereka.

Ingat tak, anak Tuan Guru sendiri menegur 'ada orang' di belakang ayahndanya. Orang ini lah yg dikatakan Pro kepada anwar dan DAP.

Gu Rapat Cikgu Wan Rahim dan Ustaz Halim said...

Pas perlu dielamatk pada landasan asal tujuan ianya diwujudkan. Pas tidak mungkin hancur kerana lawan tetapi akan hancur oleh kerenah dalam Pas sendiri.

bibit-bibit itu mula menerlah. bangkitlag wahai Melikapakjangak dan MSO sebagai kebangkitan Ramli Abdul Halim pada era 1990-an. Dalam keadaan beginiorang seperti anda dipelukan oleh perjuangan.

Saya sentiasa ikuti tulisan anda, ketika Ustaz Halim, Cikgu Rahim dan haji Fatah kena belasah, anda telah muncul sebagai pembela. Ketika Nik Adli kena ISA, anda terbit buku pembelaan terhadapnya.

Khabarnya Tok Guru Nik Aziz tak suruh dan tidak ada siapa yang srh anda, tetapi anda terbit guna duit sendiri. Bila anda tegur Pas, ramai yang labelkan anda Umno. Saya nampak teguran anda kerana bimbang apa yang sedang berlaku akan berlaku,tetapi sekarang perkara sudah berlaku.

suatu ketika anda belasah Tok Guru haji Hadi tetapi dalam keadaan sekarang napaknya anda bela Tok Guru Haji Hadi. Saya napak anda tidak ada sebarang kepentingan dengan mana-mana pihak tetapi pada saya anda sangat sayangkan Pas.

Kasturi said...

Kepimpinan atasan PAS perlu lebih agresif bersuara menyanggah orang-orang yang menyerang peribadi dan kepimpinan mereka. Takkan nak biar sahaja orang dok serang dan tindas. Anda semua yang memimpin halatuju parti bukannya orang lain. Pimpinan baru saja dipilih dalam muktamar lepas, nak suruh buat pemilihan lagi? Ini menunjukkan TG Nik Aziz menganggap perwakilan yang memilih tempoh hari terdiri daripada orang yang bangang dan tak pandai dalam membuat pilihan.

Orang Tak Jauh dengan TGNA said...

Mengadakan muktamar khas kerana pandangan dari seorang yang bukan pemain Pas dan atas kehendak seorang Mursyidul Am yang dianugerahkan jawatan dan bukannya dimenangi atas pemilihan perwakilan adalah suatu tindakan yang sangat bangang.

Sepatutnya Nik Aziz dipecat kerana menyuarakan penentangan tehadap presiden, timbalan presiden dan naib presiden yang dipilih oleh para erwakilan. Tindakannya boleh memecah-belahkan Pas, malahboleh meleburkan parti.

Abuzar said...

Tok guru nik aziz bawa hala tuju PAS yg betul parti politik Islam yg bersesuai waqi' semasa iatu masyarakat majmuk dan negara demokratik Malaysia. PAS semakin diterima umum dgn kaedah dakwah interaksi positif dan terbuka yg dimulakan oleh Allahyarham Dato' Ustaz Fazdhil Noor dengan dokongan penuh para aktivis Islam semua peringkat rakyat bawahan, masyarakat menengah, profesional, ulamak haraki & konservertif.

Penerusan dakwah bil hal dan interaktif kepada masyarakat majmuk Malaysia ini diterjemahkan secara berkesan dengan gaya pimpinan Tuan guru Nik Abdul Aziz sebagai MB Kelantan. Usaha2 sejak kemenangan PAS di Kelantan pada 1990, berlanjutan hampir 20 tahun ini cukup banyak pengalaman yang mengajar erti sebuah perjuangan Islam yang berdepan dengan kerenah UMNO. Bila mana rakyat sudah mula membuka mata kepada intipati prinsip asas perjuangan PAS terutama pada PRU 12 yang lepas, maka UMNO & agennya sudah memainkan jarun halus beracun kepada sesetengah pemimpin PAS kini. Ada yang berjaya meloloskan dari perangkap samar ini, ada yang mabuk kepayang kerananya. Itulah puncanya.

Gerakan sulit "Segelintir pimpinan PAS bermuqabalah dengan UMNO" dan idea "Kerajaan Perpaduan" telah mengundang polemik yang berlarutan.

Sebenarnya kredibiliti pemimpin2 PAS yang pro UMNO sudah sangat dicurigai dan dipertikaikan walau sebahagian besar perwakilan muktamar PAS ke55 menyokong mereka. Keputusan perwakilan tidak menggambarkan realiti ahli dan rakyat. Perwakilan mungkin dijerat dengan takrifan "kepimpinan ulamak" yang sempit.

Kekecewaan dan kemarahan TGNA semakin ketara dengan gelagat dan langkah sumbang dalam permainan politik semasa seperti tindakan beberapa individu, spt Ustaz Nasarudin Mat Isa, Mustafa Ali dan Hassan Ali..... mungkin puak2 ni dirasakannya macam la Boneka UMNO. Bercakap berdolak dalik & tidak pegang janji (ikrar/aqad) dalam muamalat. Mengkhianati ikatan persahabatan. Mengkhianati amanah ahli PAS dan harapan rakyat.

Dengan tindakan segelintir pemimpin yang membelakangkan aspirasi rakyat ini, segala usaha puluhan tahun dakwah Islam melalui PAS kepada seluruh rakyat Malaysia akan terenjat. TGNA amat sedar akan bahaya golongan & pimpanan PAS yang menjurus kepada acuan/boneka UMNO ini!

Apakah PAS hendak menunggu parah dulu baru sedar dan bertindak?

Wakil Rakyat Pas Serabut Perut said...

Belum tentu yang dianggap boneka Umno itu betul-betul boneka Umno. Itu hanya angapan liar dan rambang.

Kena ingat yang pernah kerja dengan umno adalah Nik Aziz. Yang kata kalau Umno ubah dasar kepada dasar Islam beliaulah pemimpin Pss pertama akan masuk umno, malah Pas pun haram wujud lagi adalah Nik Aziz.

Yang paling gembira bila Umno dilanda krisis adalah Nik Aziz sedangkan kita umat Islam tidak digalakkan gembira kerana musibah menimpa orang lain, sebaliknya kita dituntut megucapkan lahkhuawalawalakhuati'iilahil-alim-yulazimmm,

selain dari melihat keburukkan kita dalamjemaah,kena lihat dulu diri sendri. Ingatlah ketika sebatang jari dituding ke arah orang lain, empat batang jari lagi tertuding pada diri kita sendiri.

Anonymous said...

mengapa belum tentu boneka umno/bn .. jika puak2 pro-umno dlm PAS berselindung di sebalik proulamak) tak berapa seronok dgn berpakat dgn PR, asyik dok buat 'ghok-ghak' saja dan dok seronok dan impikan kerajaan perpaduan dgn umno/bn ....? Sama spt Berahm Ali tu ... pro PR ke cara & gaya tindakannya? Hujah demo ni sesuai kpd yg buta politik .. atau skdar politik pak turut saja..

Panglima Perang Cyber said...

hebat tulisan tuan meli..tahniah!

ada masa harap komen blogger hebat di artikel saya.

mana tahu boleh baiki.

tq