Kalau sekadar bloggers yang laporkan, saya tidak akan percaya
SELAMA kira-kira sembilan tahun (1982 hingga 1991) dengan Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA) menjadikan saya yakin laporan tentang kesediaan Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup Pas pecah berikutan cadangannya mengadakam muktamar khas adalah bukanya salah lapor.
Kalaulah laporan itu dibuat oleh para bloggers, terutama yang tidak ada pengalaman dalam bidang kewartawanan/kemediaan, godam tujuh kali pengsan tujuh kali sedar semula pun saya tidak akan percaya. Tetapi saya yakin sebagai agensi berita resmi negara, BERNAMA jarang melakukan kesilapan dalam membuat sesuatu laporan.
Dalam melaporkan semula laporan BERNAMA, saya bold dan italickan untaian catatan kata yang tidak akan saya percaya kalau bukan BERNAMA yang laporkan;
Nik Aziz Sanggup PAS Pecah Berikutan Cadangannya Mengadakan Muktamar Khas
KOTA BAHARU, 23 Okt (Bernama) -- Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya PAS mengadakan Muktamar Agung Luar Biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.
Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.
Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.
"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan.
"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk Presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat sini, Jumaat.
Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya semalam, kerana kecewa dengan sikap beberapa pemiMpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.
Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam Muktamar Aung parti itu tahun lepas.
Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan: "Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur Presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk Presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar"
Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.
"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.
Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu. -- BERNAMA .
"Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat..........." kalau dibahasa-standardkan adalah seperti berikut; "Nak berpecah (berpuak-puak), berpecahlah, apa boleh buat..........". Hanya kerana mahu cadangannya dilaksanakan, maka Dato' Nik Aziz sebagai Mursyidul Am Pas, sanggup Pas berpecah.
Pemimpin apa namanya kalau semua pimpinan berusaha berhempas pulas bagi membendung pecah-belah dalam parti, beliau pula sanggup Pas berpecah semata-mata kerana mahu cadangannya dilaksanakan.
Seandainya beliau berada pada kedudukan Dato' Seri Haji Hadi Awang, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Dato Mustapha Ali dan Dato' Haji Hassan Ali atau pun ada cadangan diadakan mesyuarat khas bagi memecat beliau dari jawatan Mursyidul Am Pas, apakah beliau akan bersetuju muktmar khas dan luar biasa diadakan?
Saya yakin kalau muktamar khas diadakan dan undi sulit diadakan untuk mengeluarkan tokoh-tokoh tertentu keluar dari kepemimpinan Pas, nama Dato' Haji Nik Aziz adalah yang akan keluar dan undian untuk keluarkan beliau antaranya akan datang dari perwakilan Kelantan sendiri.
Ini didasarkan kepada muktamar agung Pas yang lepas yang mana calon-calon yang dibayangi beliau bagi merebut jaatan dalam barisan kepemimpinan Pas semuanya kalah. Satu-satunya calon dari kelantan yang menanghanya Dato' Kamaruddin Jaafar.
Bukan semua orang Pas Kelantan bersetuju dengan beliau terus menerajui kepimpinan negeri, malah bukan semua orang Pas Kelantan setuju dengan ulasan dan pendirian politik beliau tetapi mereka tidak tergamak dan malu mata untuk menyatakan secara terbuka. Beliau kena ingat, ubat pun kalau lama sangat akan jadi dawas.
Dalam soal kepemimpinannya, bila terlalu lama duduk di atas boleh menimbulkan rasa meluat, malah dalam berceramah dan mengulas sesuatu isu akan jadi melalut. Tun Dr Mahathir kurang disenangi kerana beliau terlalu lama jadi Perdana Menteri dan Presiden Umno waaupun dari segi kepemimpinan, kehebatannya sukar ditandingi.
Atas kesedaran itulah, maka beliau berundur dan keberunduran telah menjadikan negara,terutama Umno dan Barisan Nasional (BN) merasa kehilangan. Sebagai pesara PM dan Presiden Umno, buah fikiran beliau kini dihargai.
Dato' Nik Abdul kebelakangan ini pada mata rakyat Kelantan (kcuali bagi taksub totok) tidaklah sehebat mana berbanding dengan pandangan dari kalangan mereka dari luar Kelantan terutama yang jarang terdedah dengan ceramah-ceramahnya, sebabnya adalah kerana beliau terlalu lama sebagai MB, di samping terlalu diperdewakan sebagai pemimpin parti.
Jika beliau tidak mengambil keutusan untuk bersara dari kepimpinan kerajaan dan parti pada waktu ini, saya yakin penghormatan total pendukung dan penyokong Pas akan mnjadi sebaliknya, terutama ekoran dari terbangkitnya isu terkini.
Dalam memberi kuliah agama memang semua orang akan hormati isi kuliahnya,kalau beliau bersara pun jika terus memberi Kuliah Jumaatnya orang akan tetap datang dengan ramainya. Tetapi bila berceramah politik bukan semua orang bersetuju sebagaimana orang di luar Kelantan setuju dengannya.
Sebelum mejelang pilihanraya umum ke-12, beliau sediri pasti tahu betapa kasiknya jumlah kehadirian orang ramai, malah pada satu majli s di Dewan Perniagaan Cina, jumlah kehadiran tidak sampai pun 20 orang. Waktu itu penceramah termasuk Dato' Nik Aziz yang terpaksa mnunggu orang yang nak dengar ceramah.
Maka untuk menarik orang ramai, lalu diadakan persembahan pantomin yang mana ketika itu sayalah yang sediakan skip dan bertindak sebagai pengarah persembahan manakal kakitangan UPKn bertindak sebagai pelakon dengan menggunakan suara latar pelakun drama tersoho Puan Shamsiah Choyuotoma.
Bagaimanapun selepas selesai persembahan, orang ramai tetap tinggalkan majlis dan hanya beberapa kerat sahaja yang sanggup terus berada dalam dewan untuk dengar ceramah. Dengan situasi sekarang, tidak mustahil keadaan serupa akan kembali berulang.
Saturday, October 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Aku sokong 100 peratus saranan TGNA
utk membuat muktamar khas bagi
menentukan kedudukan puak2 yg cinta
kan UG. Pandangan saudara 'Meli
Kapak Jangak' utk tidak menyokong
saranan TGNA utk mengadakan muktamar khas adalah melambangkan,
saudara saorang Blogger yg cintakan
UG. Tulisan dan pandangan saudara
tentang muktamar khas ini tidak
perlu diadakan. Respon saudara
hanya berkisarkan puak2 ini telah
pun dipilih dlm muktamar agong
PAS yg lalu. Tapi pada pandangan
aku, TGNA hanyalah memberi saranan
nya saja supaya mandat ini dikembalikan semula kpd ahli2
PAS utk membuat penilaian semula
terhadap pemimpim2 PAS yg belok.
Biarkan ahli2 PAS dan jawatan kuasa PAS pusat yg menentukan
samada sokong atau tidak puak2 UG
ini. Mungkin pandangan TGNA ini,
kalau dibiarkan masaalah ini
berlarutan, akan menjadi barah yg
tidak bolih diubati lagi. Sebelum
penyakit ini menjadi kritikal, hendaklah diubati terlebih dahulu.
Apa yg nak ditakutkan dgn muktamar
khas ini. Orang yg takut kebiasaannya, dia dah tahu kekalahanya. TGHNA juga ada kelemahanya sebgai saorang pemimpin. Dia hanyalah manusia
biasa. Tidak ada didunia mana
sekali pun pemimpin yg disukai
raayatnya seratus peratus. Kalau
saudara sendiri pun ada yg suka dan
ada yg tidak. Persoalan tua atau
muda sekali pun lama sebagai
pemimpin tidak perlu dipersoalkan,
yang penting jujor, amanah,beriman,
tidak rasuah dan adil sebagaimana
yg ditutut dlm islam. Kalau saudara
saorang penulis yg baik, tulisan2
saudara mestilah adil dan mempunyai
fakta yg lengkap. Apakah fakta
saudara yg menyokong puak2 UG ini?
Kalaulah saudara masih ingat, puak2
inilah yg selalu mengkritik UMNO
dgn lantang dan emosi. Apa yg puak
ini tidak kata pada UMNO, perasuah,
sekular, zalim, tolak islam,tolak
hudup, tidak adil dan bermacam2
lagi. Ehhh selepas tu nak bersama2
UMNO pulak dan saudara sebagai
pembela dan penyokonnya. Inilah
puak2 yg tidak ada prinsip dlm
perjuangan..
Nak ada muktamar khas ke, muktamar luar biasa ke tak ada halangan kalau itu kehendak majoriti ahli, bukan datang dari seorang Mursyidul Am yang sanggup Pas berpecah pun demi untk tunjuk gedebenya. Pemmpin taik anye apa lagu ni sapai sanggup parti berpecah kerana mahu menjadi veto.
Aku rasa Nik Azizperasaan dia berpengauh telajak, mugo boleh senarai orang masuk syurga dan neraka. Dulu doa supaya lawan berpecah belah, suruh buta mata biar nampak buLan sajalah, doa yang dilarang oleh Allah dan rasul-Nya. Padahnya menimpa Pas dan atas kepala pendoa sendiri.
Relakan majoriti ahli Pas menghadapi kelahiran parti serpihan lagi sepertimana lahinya Berjasa, Hamim, Akim, Islah dan sebagainya hanya kerana suara seorang yang lupa diri, lupa tentang kepentingan berjemaah kerana mahu jadi veto.
Orag Pas kena tepuk dada tanya selera. Melikapakjangk kena terus sental kepala otak orang yang sudah dalam tidur, dalam jaga, dalam makan, dalam minu, dalam berak kencing pun tidak boleh pisahkan diri denan Nik Aziz, orng taksb jenis ini boleh baa kepada kesatan.
Pemimpin2 PAS atau ahli2 PAS atau
penulis ruangan ini, Meli Kapak
jangak, atau orang2 yg tidak berparty atau orang atas pagar yg
menyokong K'jaan Perpaduan {UG}
samalah saja dgn orang yg menyokong
UMNO dan sama jugak menerima dasar2
UMNO yg zalim, perasuah dan pengkianat kpd bahasa melayu..
Mengenai isu idea "Kerajaan Perpaduan (Unity Government)" .. tuu .... -sungguh celaru- strategi politik lalang - "KLUK-KLEK", "FLIP-FLOP", "tak lekat unjak" - mula2 TGHH kata "kita perlu kerajaan perpaduan", ahli geger, kemudian TGHH tarik balik, kemudian TGHH sebut balik di muktamar PAS ke-55, geger pemimpin2 PR, kemudian SUA PAS kata "isu tutup-jangan bincang", .... siasah apa nih? sepatutnya rakyat semakin jelas, Islam dilihat semakin berwibawa, tapi, semakin celaru oleh puak2 nih ... tuu yang TGNA marah!
Dolak dalik= bohong = dusta = "kazab" dalam Bahasa Arab.
Diulang-ulang oleh Allah SWT didalam al Quran- kalimah yang suci tentang kejinya orang2 yang berbohong atau golongan MUKAZZIBIN - orang2 yang membohongi/mendustai ayat2 / perintah2 Allah!
Salah satu sifat wajib bagi rasul adalah Siddiq iaitu benar. Bercakap benar, bertindak benar, beramal yang benar, berhukum yang benar, ..... Lawan sifat benar adalah dusta, kazab, @ kazibun ....
PAS berpegang kepada prinsip Islam, beramal dengan syariat Islam .. semestinya ahli2nya hendaklah bercakap, bertindak, beramal, berakhlak dan berhukum yang benar disisi Allah belaka.
Ahli2 PAS dan kaum muslimin sekelian perlu bertaubat jika tersalah dari kehendak Islam, kembali menghayati Islam sesungguh hati, memperjuangkannya dengan iman, ilmu dan akhlak yang benar.
Untuk menjaga kemurnian dan solidariti jemaah PAS, adalah wajar disarankan para pemimpin yang tiada lagi kepercayaan ummah perlu mengundur diri secara terhormat. Isu politik dan pentadbiran Islam amat sensitif sejak dahulu lagi. Walaupun dizaman Rasulullah & Sahabat2nya. Saidina Abu Dzar alGhifari seorang alim lagi zuhud tak dilantik memegang jawatan politik kerana Nabi sebut " kau lemah" seperti disebut didalam hadist yang masyhur itu. Saidina Saad Abi Waqqas, governor Iraq pernah diarah letak jawatan oleh Khalifah Umar kerana ada fitnah dari rakyatnya disana. Saidina Muaz bin Jabal pun pernah dipanggil balik dari Yaman kerana ketidakserasian kaedah urusan pengendalian harta rakyatnya.
Banyak lagi bukti2 syarie yang dilihat penting bagi menjaga ’maslahah ammah’. Pertukaran kepimpinan politik dan tentera amat lumrah /biasa dizaman kegemilangan Islam dulu disebabkan atas keperluan maqasid assyarieyyah dan kepentingan ummah.
Apakah PAS tidak mahu menghayatinya jika masih pertahan beberapa individu tertentu yang kontroversi dalam pentadbirannya, kerajaan yang dibentuk atau didokongannya, atau gerakerja dakwah & politik Islam kontemporari hanya atas justifikasi yang disempitkan maqasidnya iaitu "WALA'" atau "KEPIMPINANAN ULAMAK"?
Kebijakan dan kematangan dakwah & politik TGNA adalah model pejuang Islam Malaysia kontemporari yang amat praktikal, relevan dan konsisten! Perlu dicontohi oleh semua. Mengapa ada pemimpin2 utama PAS yang lain masih bercelaru, berdolak dalik, "kluk-klek" dan flip flop- ( ..kazib..? )??? Ada pemimpin PAS yang masih berfikiran dalam kotak assobiyah UMNO... mempamirkan isu2 yang sempit spt "membela pegawai2 melayu yang korup", merela diri dialatkan untuk mengekal umno-pendokong "kezaliman", ...
PAS perlu pembetulan dan perubahan yang selari dan serasi dengan aspirasi rakyat yang inginkan Islam yang hakiki dan syumul memimpin ummah ini!
Memang sah Abang Li 'kapak Jangak'
ini saorang penulis yang menyokong
k'jaan perpaduan. Saranan TGHNA
supaya diadakan muktamar khas bukanlah tujuan utk memecah belahkan PAS dan beliau hanya
memberi cadangan semata2 utk
menyelamatkan PAS dari pecah belah
dgn munculnya semula k'jan perpaduan. Cadangan utk diadakan
muktamar khas ini hanyalah utk
memberi mandat baru kpd ahli PAS,
samada setuju atau tidak k'jaan
perpaduan ini. Biarlah ahli2 PAS
yg menentukan. PAS bukanlah milek
individu atau milik presiden dan
bukankah PAS milek semua? Jadi
utk mengadakan mandat baru, cara
nya mestilah melalui muktamar khas.
PAS adalah sebuah parti yg berlandaskan islam, pemilihan yg
berlandaskan demokrasi adalah salah
satu tuntutan islam. Apa yg puak2
ni takutkan.Soal menang atau kalah,
itu adat pertandingan.
Masaalah tua atau muda utk jadi
pemimpin bukanlah persoalannya.
Yang penting jadi saorang pemimpin
ialah iklas,amanah, jujor dan ber
iman. Saya jugak tidak tolak
pandangan Abng meli kapak jangak
tentang ada raayat kelantan yg
tidak suka pada Tuan Guru N Aziz.
Memang setiap pemimpin bukan semua
nya perfect atau betul. Setiap
pemimpin, carilah didunia mana pun
ada kelemahannya. Rasulullah sendiri ada jugak org tidak menyukainya, apa lah lagi Tuan Guru
N Aziz saorang pemimpin yg kerdil.
Kalau Abang Meli kapak jangak rasa
ada pemimpin yg seratus peratus hebat atau seratus peratus disukai
raayatnya, cuba nyatakan disini..
Mungkin ada tapi diahkirat nanti..
Dengar sini Abang Meli.. Puak PAS
yg sokong k'jan perpaduan ini adalah yg ada kepentingannya. Cuba
Abang meli fikir, jumpa cara senyap
ikut pintu belakang dgn puak2 UMNO,
itu tidak salah?. Muzkarah dituntut
dlm islam tapi biarlah dgn cara
betul barulah tidak timbul soal
fitnah. Mungkin kalaulah orang
menaiki rumah Abnag meli ikut
tingkap, mungkin abang Meli katakan
ianya saorang pencuri. Saya nak
tanya Abang meli.. cara dan tulisan
abang meli memang abang meli saorang penyokong k'jaan perpaduan.
Saya nak tanya.. apakah kebaikan
k'jaan perpaduan? Salah saorang
dari puak ini peranah mengeluarkan
fatwa bahawa menyokong UMNO samalah
jugak menyokong orang kafir. Ehh..
dia yg meludah, dia jugak yg menjilatnya. Orang ini tidak ada
prisip dlm perjuangan, walaupon
sebesar mana serbannya, sepanjang
mana jubahnya tanpa keimanan,
perjuangannya akan putus ditengah
jalan, ahkhirnya harta dan pangkat
jugak yg dicari.. puak2 ini jugak
yg abang meli kapak jangak agong2kan..
Nasib laaa.. PAS,Adaaa pemimpin pun Bangang2 Belaka.
Ni aku nak habaq kat hangpa,Pas tu bukannya parti kuat pun.
Menang pun pasai pengundi menyampah Kat BN.
Ini Fakta bukan Auta.
Kalu Pas nak juga simpan pemimpin2 yg bangang tu, simpan laa sampai pru13 nanti.elok sangat,,,,
Jgn plak nyesal kalu pengundi boikot calon Pas...
Post a Comment