Tuesday, October 27, 2009

MUNCUL KEMBALI (462) - DIKEMASKINI DENGAN PEMTLAN EJAAN

3 hari tanpa maklumat

ALHAMDLILLAH, saya dapat muncul kembali setelah tiga hari hidup tanpa maklumat. bermula Ahad sampai Selasa saya tidak membaca akhbar atau menonton tv pun. Walaupun bertolak awal ke Shah Alam untuk hadiri konvokesyen anak kelima saya di UiTM, kami anak beranak terpaksa berpusing sehari suntuk cari hotel untuk bermalam.

Saya ninta maaf kepada Saudara Mohd. Sayuti Omar yang berpesan supaya jangan lupa ke rumah beliau di Wangsa Maju atau bermalam di rumahnya. Sebenarnya kami sekeluarga (anak-anak, menantu dan cucu turun semuanya) dan orang rumah saya segan untuk buat lambakkan di rumah sahabat akrab saya itu. Saya terpaksa hormati pandangannya walaupun ianya mungkin melukakan hati sudara Mohd. Sayuti suami isteri. Saya minta maaf banyak-banyak kerananya.

Ikut janji kami akan berjumpa kerana saya perlu berbincang dengan rakan yang memiliki firma guaman (rakan Mohd.Sayuti dan juga menjadi rakan saya) bagi membincang perihal saya akan menghadapi perbicaraan ekoran tindakan mahkamah yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) atas tuduhan saya menerbitkan majalah Fajar Islam tanpa permit. Saya diarahkan hadir ke mahkamah di Kota Bharu pada 23 November nanti.

Yang saya terbitkan adalah akhbar mingguan Fajar Islam, bukannya majalah. Saya bukan terbit kerana tidak ada permit tetapi kerana permit saya yang telah diluluskan penyambungan permitnya lambat dikeluarkan walaupun saya sudah membuat bayaran. Salah sayanya kerana buat pembayaran agak lambat dari tempoh yang ditetapkan kerana perniagaan saya kurang stabil, perkara biasa yang dihadapi oleh usahawan Melayu.

Selepas rampasan lebih 1,900 naskah Fajar Islam dibuat, pihak KDN telah memulangkan semula bayaran yang dibuat untuk permit berkenaan berjumlah RM800 dengan dibank-inkan ke akaun syarikat saya selaku penerbit Fjar Islam yakni Meli Infomedia setelah hampir dua tahun kes itu berjalan.

Baru-baru ni ada pegawai KDN datang jumpa saya dan minta saya mengaku salah yang kononnya dendanya dijangka tidak lebih RM2,000. Jika saya memilih dibicarakan dan jika didapati sabit kesalahan, saya boleh didenda tidak lebih dari RM20,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Begitulah risiko yang terpaksa dihadapi dalam menjadi penerbit akhbar dan majalah yang pro haluan kiri, tambah-tambah pitih pula tidak berapa sakan dan tidak rakan di kalangan orang ternama.

Kebetulan ada konvo anak, cadangnya saya nak jumpa peguam berkenaan untuk meminta pandangan sama ada saya patut mengaku salah atau saya patut lawan KDN. Gara-gara tindakan pihak KDN, perjalanan perniagaan saya terganggu, malah kerana faktor itulah juga perniagaan saya terbantut dan kena diberhentikan sementara.

Tetapi hasrat berjumpa dengan lawyer tidak kesampaian kerana kesukaran saya anak beranak dapat tempat bermalam. Semua hotel di Shah Alam pnuh kerana ibubapa lain juga datang untuk memberi sokongan moral kepada anak masing-masing yang menerima ijazah atau diploma pada konvokesyen itu. Silapnya hotel tidak ditempah awal kerana ingatkan bandar besar dan maju dengan hotelnya pula banyak, tak mungkin semuanya hotel penuh.

Tapi jangkaan saya meleset. Dari satu hotel ke satu hotel dijajat, semuanya penuh. Akhirnya dapat hotel yang entahkan ada kelulusan/kebenaran atau tidak, di Damansara. Nakcall Mohd. Sayuti dan lawyer berkenaan pun tak sampai hati kerana hari sudah tengah malam. Anak bongsu saya agak meradang kerana pada awalnya dijanjikan akan bemalam di Kualiti Hotel, Bluewave atau Concord. Kononnya untuk bilik yang disewa, baik sikit dari 'bilik abah' , merujuk kepada bilik saya di rumah yang penuh sesak dengan buku, suratkhabar dan majalah.

Isteri saya memang tak berani nak bersihkan bilik saya kerana kadang-kadang kertas yang dah tegumpal pun masih lagi saya perlukan. Kalau dibuang atau dibakar kertas yang dianggap sampah dalam bilik kerja saya, maka bila saya mencari apa yang saya mahukan tidak ditemui dan diberitahu mungkin apa yang dicari sudah dibuang atau dibakar, dalam keadaan meradang saya akan kata yang dibuang dan dibakar itu adalah 'otak kepala saya'.

Saya agak terkilan kerana terpaksa mugkir janji dengan anak bongsu saya yang turut menjadi kemanjaan dan pujaan kakak-kakak mereka. Menghampakan harapannya bermakna saya menghampakan seisi keluarga 'Meli'. Sebagai ganti, saya kena tunaikan janji kedua, tamat majlis konvokesyen kakaknya, akan segera meninggalkan Shah Alam dan akan bemalam di Cameron Highland.

Tetapi majlis konvo untuk sesi yang anak saya terlibat, tidak sebagaimana yang dijadualkan. Ikut jadual akan bermula pada pukul 12.00 tetapi dekat pukul 3.00 baru bermula dan tamatnya agak lewat. Saya merungut sendiri macam mana di sebuah gedung ilmu yang begitu gah, soal masa dibuat main-main. Saya yakin bakal penerima ijazah dan diploma yang sudah berada dalam dewan sekitar pukul 12.00 terpaksa tidak solat Zohor, malah 'Asyar juga tidak sempat.

Malah ibubapa yang hadir juga tidak solat kerana tidak tahu di mana letaknya surau universiti. Yang datang dari luar Shah Alam dan layak jamak pun terpaksa tidak jamak solat Zohor dan 'Asyar kerana tidak sempat. Ini adalah kerana selepas selesai majlis, kena tunggu giliran naik bas lagi untuk ke tempat kenderaaan di parking sebelum ke tempat penginapan masing-masing atau untuk cari masjid.

Waktu makan tenghari berlalu tanpa perut di isi, kecuali air mineral yang dibawa. Kerana tidak biasa, rata-rata saya dan ibubapa yang lain sukar untuk ke kedai makan. Lagi pun kereta diarahkan diparking jauh dari dewan konvokesyen, ibubapa diangkut dengan bas ke dewan tenpat diadakan konvokesyen.

Selesai majlis konvesyen dan sempat mengucapkan tahniah untuk anak ala kadar, begitu juga dengan anak bongsu saya yang mengucapkan tahniah untuk kakaknya, mungkin kerana terlalu lapar, anak bongsu saya ajak saya membetis menuju ke tempat parking kereta. Tak payah naik bas katanya. Kalau jumpa kedai boleh isi perut.

Dalam perjalananan,kami memang ada jumpa kedai tetapi kocek pula kosong. Terlupa ambil balik dompet duit yang dimasukan dalam beg tangan bini sewaktu ke nak tandas. meradang sakan anak bongsu saya. Mujurlah saya dapat satu akal dengan menceritakan kesusahan saya ke sekolah masa kecil dulu.

Waktu itu jangankan kereta atau motsikal, basikal pun tidak ada. Kena melalui celah-celah semak sampai baju dan seluar basah kena air embun yang melekat pada daun-daun. Waktu itu tidak ada buku, hanya bawa sekeping 'papa loh' dan satu pensel yang agak keras dan diasah pada simen atau dinding sekolah bila tumpul. Lepas tulis dan habis satu mata pelajaran kena padam, maknanya setia pelajaran kena hafallah.

Anak bongsu saya tanya masa saya berjalan kaki ke sekolah dulu kena turun dan naik bukit macam yang sedang dialaminya kerana memilih berjalan kaki untuk ke tepat parking kereta. Saya kata tidak, cuma ada semak dan dalam semak ada macam-macam binatang buas, termasuk harimau. Dalam berjalan kaki dengannya walaupun tidak ada semak dan binatang buas tetapi ada bahayanya yakni kereta yang meluncur laju.

Mungkin kerana keletihan, anak bongsunya tidak lagi banyak bertanya sedangkan tepat yang dituju belum nampak bayangnya. Atau mungkin dia bayangkan betapa susahnya kehidupan pada zaman saya kecil dulu. Anak bongsu saya memang daya khayalnya tinggi, tengok cerita Hindustan yang sedih di kaca tv pun dia boleh menangis terisak-isak.

Jalan laluan yang sehala dengan tujuan kami sesak dengan kenderaan, mungkinan kenderaa kakitangan universiti dan seahagian dari kenderaan i uapa yang menerima keistimewaan berereta hingga ke dewan konvokesyen. Tiba-tiba seorang gadis manis menyapa dari tingkat keretanya, saya lupa jenisnya, bentuknya seakan Kenari, berwarna biru.

"Pakcik nak ke mana? Biar saya tolong hantar. Kesian adik nampak macam keletihan" mesra sapaannya.

Mula saya menolak bila dia tawarkan untuk tumpangkan saya dan anak bongsu saya. Tetapi kerana anak saya nampak macam tidak setuju dengan penolakkan saya, maka saya terpaksa juga tumpang. Tambah-tambah gadis manis itu semacam mendesak, mungkin dianggap saya jual mahal dengan keikhlasannya mahu membantu dengan menyuarakan simatinya pada anak saya.

"Terima kasih kerana tumpangkan kami. Anak Saya nak jalan kaki"
"Dari mana tadi?"
"Tempat konvo"
"Konvo anak?"
"Ha ah"
"Jadi nak ke tempat parking kereta?"
"Ya"
"Oi jauh tu, Pakcik"
"Jauh ke?"
"Kesian adik"
"Dia pilih sendiri nak jalan kaki'
"Agaknya dia ingat dekat"
"Saya pertama kali datang ke sini. Studen atau petugas di sini?"
"Studen lagi"
"Bidang apa?"
"Kejuruteraan. Anak pakcik?"
"Dulu teknologi maklumat di kampus Machang, konvo diploma ari ni. Sekarang sambung pengajian media (penyiara) di sini"

Tidak ada sepatah kata pun keluar dari mulut anak bongsu saya yang keletah dan lazimnya banyak bertanya ketika naik, ketika berada dalam kereta dan ketika turun dari kereta. Mungkin dia rasa menyesal kerana memilih berjalan kaki, apatah lagi sewaktu berjalan tadi saya sering tertinggal di belakangnya, maklumlah dalam usia dah 53 tahun, kekuatan saya tidak seperti dulu lagi.

Pada mulanya si gadis tadi yang saya lupa tanya namanya dan percakapannya menggunakan bahasa standard hantar saya di Padang Kawad tetapi terpaksa berpatah balik bila diberitahu kereta diparking di padang pintu masuk ke UiTM. Lepas turun dari kereta si gadis cantik molek tadi dan keretanya meluncur pergi, barulah anak bongsu saya membuka mulut katanya saya tidak sepatutnya hanya ucap terima kasih tetapi kena hulurlah wang sikit kerana kakak yang baik tu pelajar lagi.

Dia lupa bahawa kocek saya kosong, malah ketika dia nak beli air da roti di sebuah kedai tadinya terpaksa dibatalkan kerana tidak ada duit. Sebagai respon dia hanya garu kepala. Jika gadis manis yang menumpangkan saya dan anak bongsu saya terbaca posting ini, saya ambil kesempatan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan saya doakan agar beliau akan dapat anugerah dekan. Mudah-mudahan Allah akan mempertemukannya dengan anak saya dan akan menjadi rakan yang baik. Anak saya pun perempuan.

Kadang-kadang ada benarnya juga kata orang bila kita sering bantu orang dalam kesusahan, bila kita dalam kesusahan, tanpa di duga akan ada yang bantu kita pula. Anak saya pun tanya macam mana bila kereta saya (meter minyaknya rosak) kehabisan minyak masa hantar dia ke sekolah, ada orang pinjamkan keretanya walaupun yang pinjamkan tidak kenal kami. cuma kebetulan kereta gabis minyak di depan rumahnya. Bila dia letih dan saya pun lebih masa jalan kaki di kawasan UitM shah Alam, ada orang tolong tumpangkan juga.

Saya kata kerana itulah kena buat buat baik kerana setiap kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan baik juga. Kerana itulah bila jumpa anak kucing di mana-mana pun anak saya akan bawa pulang k rah dan mandikan. Dia sanggup sorok anak kucing dalam selmutnya kerana bimbang mamanya tahu. Kebetulan mamanya tidak sukakan kucin.

Peristiwa berjalan kaki dalam kawasan UiTM dan dibantu oleh seorang gadis studen itu membolehkan saya memberi motivasi secara tidak langsung kepada anak saya yang terpaksa tunggu mamanya tiba d padang tempat parking kereta dengan bas terakhir yag telah diumumkan hanya memberi hdmat setakat pukul 6.30 sahaja.

Selepas ke tempat penginapan anak perempuan saya yang kini sambung belajar di UitM Shah Alam, kira-kira pukul 8.00 malam kami berlepas dari Shah Alam menuju ke Cameron Highland. Pukul 12.45 tengahmalam baru sampai di Caneron highland dan dapatkan hotel yang jauh lebih baik berbanding dengan semasa di Damansara. Mulanya anak bongsu saya komplen kerana hotel tidak ada aircond. Tapi saya kata di Cmerond Hghland tidak perlu aircond.

Semasa salin baju barulah dia tahu betapa sejuknya sehingga air paip yang dijamah katanya macam air daam peti sejuk. Bila hari cerah, kami ambil masa agak panjang melawat ladang strawbery dan menikmati strawbey segar, lawat ladang bunga, ladang sayur-sayuran dan ladang teh. Anak bongsu saya cukup berpuashati kerana Cameron Highand yang hanya dibaca dalam buku sebelumnya, kini dia benar-benar berada di kawasan tanah tinggi itu. Dia meminta keizinan membeli cenderamata untuk rakan-rakan sekelas.

Bagi anak saya barangkali mengembirakan kerana hajatnya kesampaian tetapi saya agak dukacita kerana kekayaan sebagai pekebun di tanah tinggi Cameron Highland bukan milik bangsa saya. Yang menguasanya adalah rakan-rakan kita dari kaum Cina dan India. Bayangkan untuk hasil kobis sahaja seorang peladang dapat hasil sehingga sejuta bagi sekali pungut hasil, Belum kira lagi hasil kacang bucis, cili dan tomato.

Timbul persoalan dalam kepala saya kenapa saya tidak jumpa bangsa bersaing dalam membina kekayaan di Cameron Highland sama ada sebaagai pengusaha ladang, pengusaha hotel dan cabang-cabang yang boleh menjadikan mereka kaya sama seprti saudara-saudara berketrunan India dan Cina. nak cari kedaimakan milik orang Melayu pun bukan satu kerja yang mudah.

Apa yang menjadi harapan saya, biarlah Lojing di sebelah Kelantan yang bersempandan dengan Cameron Highland (Pahang) akan semaju Cameron Highland tetapi biarlah hendaknya bangsa saya akan menjadi leader bagi pmilikan kekayaan ekoran pembangunan Lojing di samping jangan lupakan saudara-saudara dari keturuna Orang Asli.

Sebelum hembuskan nafas terakhir, kalau boleh saya mahu bawa anak bongsu saya ke Lojing untuk bermalam dan menikmati suasana kawasa tanah tinggi sbagaimana yang dirasakan di Cameron Highland. Tidak ada sebab untuk Lojing untuk jadi macamCameron highland jika usaha yang bersungguh-sungguh dilakukan bagi tujuan itu.

Sesungguhnya tiga hari tanpa maklmat tentang apa yang berlaku di negara ini dan seluru dunia menjadikan kepala saya diisi dengan impian mahu melihat Lojing sebangat mungkin akan dapat diwajahkan sama seperti Cameron Highland kalau pun tidak dapat diwajakan dengan lebih baik lagi!

3 comments:

Anonymous said...

Dr Asri ulas krisis dalaman PAS




Satu perkara yang wajar PAS akui, jelasnya, ialah ramai orang dalam PAS yang sangat sensitif jika ada teguran luar. Jika tidak disambut teguran itu dengan maki hamun pun, unsur-unsur mengutuk pemberi pendapat itu akan muncul.

"Bukan sahaja orang bawahan, bahkan pihak atasan PAS. Sebagai contoh yang terkini, lihatlah jawapan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap pandangan seorang tokoh akademik yang terkenal cenderung kepada PR, Prof Dr Aziz Bari.

"Dalam menjawab kritikan kekalahan PAS di Bagan Pinang, Ketua Penerangan PAS itu menulis: “Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.

"Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang.

"Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah...”

"Inilah layanan terhadap kritikan yang saya kira jujur dari Prof Dr. Aziz Bari," kata Dr Asri.

Dr Asri berkata, ini tidak bermakna beliau setuju atau tidak dengan pandangan Dr. Aziz Bari, tetapi cuma beliau hairan melihat bahasa sindir dan kutuk yang digunakan ke atas Dr Aziz pada hal tokoh akademik itu boleh dikategorikan sebagai rakan mereka.

"Jika pun kita tidak bersetuju, gunakanlah uslub atau gaya bahasa yang lebih terhormat," katanya.

Soalnya lagi, "Bagaimanakah nanti jika PAS berjaya membentuk kerajaan, dan orang-orang awam, ahli akademik serta berkecuali ingin menyampaikan pandangan? Saya bimbang ruang demokrasi atau bersuara akan menjadi semakin sempit. Pun begitu, alhamdulillah dalam suasana krisis ini, sudah ada pihak dalam PAS juga yang cuba menilai pandangan luar."

Akhirnya, kata Dr Asri, PAS hendaklah benar-benar tahu siapakah musuhnya yang sebenar.

Dr Asri turut menggariskan beberapa perkara berikut yang patut difikirkan oleh PAS:

1. Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?2. Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?3. Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?4. Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?5. Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?6. Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?7. Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?

john said...

TUBIK JUGOK- nok tanyo abe li pasal pelajar perempuan uitm. lagu mano 'dressing' kebanyokan pelajar uitm ni?
ambo hok ado adik ipar produk uitm dan jugok ambo dok di kaw. dekat dengan uitm ni buleh buat satu kesimpulan dressing pelajar2 tino ni kalu hok bertudung terutamonyo ramai jenis paka seluar jean yg agak ketat dan berbaju kecik! kalu hok jenis tok bertudung pulok gak macam2 persepsi ore lempar ko budok2 uitm ni. dari segi pergaulan pulok, ambo tengok macam tak dok kawalan antara lelaki dan perempuan

bukan nok kato ko sapo2. rama jugok hok berjurusnyo. tapi pemerhatian ambo terutamonyo kalu budok2 uitm terutamonyo shah alam gak...mmmm berat sikit la.

niat ambo bukan nok tuju ko sapo2 ni sekadar pandangan. lagu mano ore lain?..lagu mano nok suruh budok2 uitm biar timbul 'kesedaran'. Apo cadangan abe li ko kerajaan m'sia?..kot2 supayo lebih mengambil berat soal akidah dan pengurusan masa ko?

p/s: untuk maklumat lanjut, abe li buleh tanyo anok abe li hok grad tu..tahniah john ucapkan!

Anonymous said...

assaalamualaikum
seronok baca cerita santai saudara mkj
tahniah buat abg li sekeluarga
tahniah buat anak abg li

a.m