Wednesday, October 28, 2009

MUNCUL KEMBALI (463) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAAN EJAAN

Pemimpin Umno lebih akur kepada tuntutan agama

SELEPAS round kawasan dusun di jajahan Pasir Mas sperti di Padang Jelapang, Kampung Apam, Kelar Tok Raja, Kangkong, Chekok, Kubang Gendang, Kampung Rasal, Sipol dan Perol (walaupun badan masih letih) kerana meninjau buah manggis ekoran permintaan dari seorang taukeh buah-buahan yang mahukan jumlah buah manggis pada jumlah yang banyak untuk dipajak (sesiapa yang ada buah mangis yang masih belum masak, sila hubungi saya melalui telefon 017-9871322, dibuka 24 jam), saya melayari blog/laman web untuk dapatkan maklumat terkini.

Ketinggalan maklumat selama tiga hari, bila kembali ke dunia maklumat, terasa diri ini tertinggal lebih tiga tahun dari sudut maklumat semasa. Semasa minum di kedai kopi mamak dekat rumah pada sebelah pagnya, ada yang tanya pasal jambatan runtuh di Perak, tentang pro dan kontra mengenai cadangan Mursyidul Am Pas Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Pas mengadakan muktamar khas: saya terpinga dan si yang bertanya nampak kehairanan kerana saya tidak tahu mengenainyasedngkan lazimnya bila tanya hal ehwal semasa pada saya, akan saya jelaskan satu persatu.

Saya sedikit kaget bila ditanya tentang komen penjenguk dalam blog MSO yang kononnya ada cerita bahawa gemulah Tok Guru Haji Lah Pondok Lubuk Tapah semasa hayatnya pernah memberitahu kepada seorang Tok Guru Pondok Berangan bernama Haji Yaakob, ayah kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang supaya mengawasi Dato' NikAziz. Kononnya arwah ada kata ‘mu tengok mmolek sikit Nik Aziz ni dia kuat berpolitik dan tak sempat mengaji dengan mendalam. Pengikut dia ramai dan kalau dia sesat maka sesatlah semua yang memujanya sebagai tok guru ’.

Bila saya ditanya begitu, maka saya berkata dalam hati saya sendiri, patutlah bukan semua orang Pondok Lubuk Tapah pro Pas, termasuk yang sering hantar komen ke blog saya dengan menamakannya Budak Pondok Lubok Tapah (mungkin juga ada pihak yang guna nama Budak Lubuk Tapah tetapi bukan duduk dalam kawasan pondok) di samping saya mendapat maklumat rambang mengenainya ketika sesekali berkunjung ke rumah mertua saya yang kampungnya tidak jauh dari Pondok Lubuk Tapah. Sejauh mana sahihnya pemberitahuan arwah Tok Guru Haji Lah itu sukar untuk saya pastikan.

Sepanjang saya bertugas dengan Urustia Penerangan Kerajaan negeri Kelantan (UPKn) dulu, saya acapkali juga datang ke Pondok Lubuk Tapah kerana ada ceramah yang membabitkan Dato' Nik Aziz sebagai penceamah pertama, juga ketika Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang jadi penceramah utama. Bila sembahyang, termasuk sembayang hajat, seigat sayalah lazimnya Tok Guru Haji Lah yang jadi iman dan berdoa, termasuk bila sembhyang hajat dan munajat diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV. Kalau dengan Dato' Muhammad Daud (Ustaz Mat Iraq) pun, Dato' Haji Nik Aziz akan jadi makmum dan Mat Iraq jadi imam. Lazimnya yang lebih alimlah yang akan jadi imam bila bersembahyang. Bagi saya dalam soal alim dan pemilikan, Mat Irq walaupun tidak dipanggil tok guru, lebih alim dan lebih banyak ilmu dari Dato' Nik Aziz, dalam bercakap pun Mat Iraq lbih menjaga lidahnya.

Berdasarkan kefahaman saya yang ilmu agama tak seberapa, kalau anggap Pas itu Islam dan Islam itu Pas atau pun hanya penyokong Pas layak masuk syurga dan kalau nak masuk syurga kena sokong Pas, kalau sokong Umnotidak berpahala adalah sesuatu yang amat sesat lagi menyesatkan. Yang layak masuk syurga adalah orang Islam yang beriman dan bertakwa. Pas ke Umno bukan syarat masuk syurga atau neraka. Ditokok-tambah apa yang nabi tak kata dalam soal hukum hakam BIDA'AH yang sangat nyata.

Saya memohon keampunan dari Allah sekiranya pandangan dan pendirian saya adalah bercangah dengan Islam dan mana-mana alim ulamak berfardhu kifayah untuk membetulkan saya dan mereka yang terpengaruh dengan pandangan serta pendirian saya. Bagaimanapun saya berharap para penjenguk blog saya supaya jangan mudah menerima dengan mudah pandangan dan pendirian saya. Bertanyalah pada mereka yang alim dan rujuklah al-Quran dan Hadis. Kalau betul pakailah, kalau tak betul tahok buang jauh-jauh.

Menyedari betapa tertinggalnya saya dalam makumat semasa, maka dalam keadaan letih dan sementara menunggu tibanya Pok Sid Tukang Urut di rumah saya untuk betulkan urat saraf, maka dalam keadaan penat saya ambil kesempatan layari blog/website untuk medapatkan hal-hal yang paling terkini. Antaranya saya tertarik dengan laporan Bernamaonline sebagaimana berikut;

Terserah Kepada Masyarakat Islam Nilai PAS, Kata Muhyiddin

GENTING HIGHLANDS, 28 Okt (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada masyarakat Islam untuk menilai sikap pemimpin PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan Umno demi perpaduan ummah.

Timbalan Perdana Menteri berkata Umno sebagai parti yang memperjuangkan bangsa Melayu dan umat Islam, bersedia bekerjasama dengan parti pembangkang itu ke arah tersebut.

"Kita sudah nyatakan kesediaan, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) pun sudah nyatakan kesediaan tetapi kalau mereka (PAS) kata tidak mahu, okay. Setidak-tidaknya kita menunjukkan hasrat baik dan niat yang ikhlas.

"Itu terserah kepada mereka (PAS)...tidak menjadi masalah. Kita nak beritahu masyarakat Malaysia dan Islam, Umno parti yang mendukung prinsip perpaduan ummah," katanya.Beliau mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam , bahawa isu kerajaan perpaduan mahu pun cadangan bekerjasama dengan Umno tidak lagi wujud dalam kamus parti itu.

Abdul Hadi juga berkata beliau tidak tahu mengenai kesediaan pemimpin Umno sekarang kerana cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan itu dikemukakan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.Mengenai kenyataan Abdul Hadi yang tidak tahu sikap pemimpin Umno sekarang berhubung cadangan kerajaan perpaduan itu, Muhyiddin berkata kenyataan Presiden PAS itu hanya alasan semata-mata.

"Selepas Pak Lah, Perdana Menteri dan saya telah nyatakan kesediaan yang sama. Sebenarnya mereka ada masalah dalaman dan perbezaan pendapat antara Abdul Hadi dan (Mursyidul Am PAS) Datuk Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat), jadi Umno sebagai kambing hitam dalam masalah mereka," katanya.

Ditanya mengenai tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Jeffrey Kitingan yang meletakkan semua jawatannya dalam parti itu, Muhyiddin berkata keadaan itu menyerlahkan lagi kepincangan yang berlaku dalam parti berkenaan."Saya sudah jangka lebih awal. PKR tidak boleh survive kerana parti itu memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan bukan ideologi sejagat," katanya.-- BERNAMA

Kenyataan TPM itu menampakkan pemimpin Umno lebih akur kepada tuntutan Islam apabila menyambut baik gagasan kerajaan perpaduan yang datangnya dari Umno walaupun kalau ibarat timun dengan durian, hakikatnya bagi gelanggang politik negara, duriannya adalah Umno dan timunnya adalah Pas, malah bila Pas tolak gagasan sendiri,diserahkan keada orang Pas dan umat Islam menilainya.

Sama ada gagasan itu direalitikan atau bersifat kokokkan ayam jantan yang hanya berkokok tetapi bertelurnya tidak, Umno tidak rugi apa-apa. Kecuali kalangan yang taksub totok, tidak ada yang percaya kalau ada yang mendakwa Pas lebih kuat dan lebih berpengaruh berbanding dengan Umno. Jika dibanding jumlah bilangan kerusi yang ditandingi pada setiap kali pilihanraya pun sudah boleh dapat jawapan parti mana yang lebih kuat dan berpengrauh.

Apabila Umno memberi respon kepada gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden Pas, maknanya Umno telah mencemar duli, tentunya atas kepentingan agama, bangsa dan negara. Secara tidak langsung Umno nampaknya lebih terbuka dan lebih faham mengenai tuntutan perpaduan sesama umat manusia yang memang dituntut oleh agama.

Yang peliknya gagasan yang datang dari Presiden Pas ditentang menggunakan lorong sehala dan mandatori oleh mursyidul am dari parti yang sama. Pelik dan anih apabila dua pemimpin penting dalam sebuah parti tiak sehaluan pendapat. ibarat sebuah kapal dikendalikan oleh dua nakhoda. Kalau terdapat percanggahan pendapat kerana menerima gagasan dari Umno tidak pelik sangatlah jadinya.

Saya nampak Dato' Seri Haji Hadi menggunakan laluan dan lorong yang betul kerana menggagaskan kerajaan perpadan kerana bersatu dan menjalin silatul-rahim adalah antara tuntutan agama. Yang saya jadi kelabu asap dan tiak jelas adalah macam mana Dato' Haji Nik Aziz boleh menentangnya sedangkan dengan DAP boleh pula bekerjsama.

Apakah munasabah DAP lebih baik, apatah lagi lebih Islamik dai Umno. Apakah kesanggupan bekerjaama dengan syaitan yang pernah diungkapkan adalah merujuk kepada DAP yang merupakan parti anti Islam sebagai syaitan. Tetapi untuk tujuan apa kesaggupan bekejsama dengan DAP, apakah DAP yang anti Islam akan mmbantu dalam mengembangkan syiar Islam.

Di sini timbul kekeliruan dan munasabah kalau arwah Tok Guru Haji Lah membuat pesanan yang mungkin kalau Tok Guru Pondok Lubuk Tapah itu masih hidup akan berlaku percanggahan pendapat, tidak mustahil arwah akan dilabel sebagai tok guru atau ulamak terompah kayu, setidak-tidak akan dilabel macam Mufti Kerajaan Perak, Tan Seri Harunsani Zakaria, malah Dr Mohd. Asri Zainul Abidin pun dah mula jadi sasaran cebih tonye pimpinan dan penyokong Pas apabila pandangannya tidak melabakan politik Pas.

Timbul persoalan dalam kepala saya apakah punca dendam Dato' Nik Aziz terhadap Umno. Hebat sangatkah Dato' Nik Aziz berbanding dengan Umno. Kalau dia hebat kenapa Malaysia tidak boleh ditawan, malah kenapa dia tidak pernah melawan perdana menteri dalam pilihanraya supaya dia akan dilihat lebih hebat dan berpengaruh dari perdana menteri dan tiada butir mata yang lebih hebat darinya.

Atau apakah setelah sekian lama dipuja dan ditaksubi, identiti sebenarnya akan mula terbongkar dan terserlah satu demi satu dan akhinya beliau akan menjadi seorang tokoh yang asalnya dipuji akan bertukar dengan tokoh yang dikeji oleh penyokong dan pentaksub totoknya sendiri?

Kalau Umno bersalah kepada Nik Aziz, maka beliau ada hakkah untuk menyekat sebuah parti menjalin kerjasama dengan parti yang lain yang didukung dan disokong oleh bangsa yang sama dan menganut agama yang sama demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Kalau pun seandainya tanpa Dato' Nik Aziz, maka Pas akan adi umpama kereta kehabisan minyak atau umpama beteri kondem atau pun macam jantan mambar dan mati pucuk, apakah beliau tidak boleh maafkan Umno dalam rasa hebatnya dengan merujuk apa yang dituntut oleh Islam.

Lagi 'kan nabi ampunkan umat ini 'kan pula Dato' Nik Aziz. Kalau nabi boleh ampunkan umat sedangkan Dato' Nik Aziz tidak boleh maafkan kesalahan atau kesilapan lawan, jadi siapa antara keduanya lebih hebat dan lebih patut diteladani, sunnah mana yang Dato' Nik Aziz ikut dan rujuk.

Walaupun Presiden Pas menganggap gagasan kerajaan perpaduan sudah tutup buku, namun saya yakin beliau kecewa kerana idea yang begitu besar dan penting demi kepentingan agama, bangsa da agama telah diperlekehkan oleh seorang yang kalau 'diikut ere' akan punah parti kerana ketaksuban melampau penyoong Pas terhadap Dato' Nik Aziz.

Nampaknya walaupun beliau presiden yang dilantik melalui pemilihan para perwakilan, namun beliau tetap mengalah kepada Mursyidul Am yang perlantikkannya kena atas persetujuan presiden. Mengalah bukan bermakna kalah tetapi membuktikan kewibawaan dan kesucian hati serta tidak mabuk vetosme oleh seorang presiden parti yang baangkali kerana pengalaman telahmenjadkannya leih rasionalisme walaupun terkenal dengan keredikalannya.

Saya mengaku saya adalah orang yang tidak sukakan Dato' Haji Hadi kerana sikapnya yang agak agresif dan redikal. Tetapi bila beliau tidak mempertahankan gagasan dan sanggup mengalah kepada kehebatan dan pengaruh seorang yang pada penyokong taksubnya 'bertempuh dengan kepala keretapi tidak rebah' atas sifatnya sebagai mursyidul am, rasa tidak suka saya kepada Dato' Seri Hadi bertukar dengan suka.

12 comments:

Anonymous said...

Tuan meli, orang2 PAS tak taksub kpd Nik aziz, tp meletakkan ulamak sepertinya pada tempat yg betul. Muliakan dia kerna iman, ilmu, amalan & perjuangannya yg lebih baik dari pemimpin2 fasik dlm umno tuu... Bukan spt umno, alim mreka buat tropah kayu gi jamban saja.. tukang baca doa, talkin, tahlil, .. bila calun ADUN/MP, buat undang2, kuasa pentdbiran serah kpd para penyangak 'kaki rasuah' dan 'kaki maksiat'...

Budak Pondok Lubuk Tapah said...

Pengikut Rasul Melayu, Ayah Pin, Hassan Anak Rimau, Al-Arqam dan ajaran-ajaran lain pun kata mereka bukan taksub,bukan sesat tetapi yang kata mereka sesat itulah yang sesat.

Saya rasa MKJ acapkali juga tulis tentang kebimbangan ada golongan yang menyangkakakan berbuat perbuatan ahli syurga tetapi sebenarna melakukan perbuatan ahli neraka dan sebaliknya.

Bina Islam,iman dan takwa bukan kerana tok guru teapi binalah keraa alah dan rasul-Nya, jangan ikut apa sahaja yang tok guru buat tetapi kena rujuk al-Quran dan hadissebagai rujukan mutlak.

Syaitan dan iblis yang mengguda para tok guru bukan dari kelas kemacar, bukan kelas sebarangan, mula-mula akan ditebuk lubang riak dan takbur untukmenyelinap masuk ke hati sanubri dan meracuni akal,

Berjuang untuk Islam kerana tok guru TAK BETUL, yang betul berjuang untuk Islam atas nama alah dan rasul-Nya adalah yang dituntut,

Wallahu-alam!

Budok Sekolah Sekular Malaysia (MRSM) said...

Berjuang untuk Islam kerana tok guru TAK BETUL, yang betul berjuang untuk Islam atas nama alah dan rasul-Nya adalah yang dituntut,

doh UMNO BEER END JUANG ATAS DASAR BEGAPO ?

Budak Pondok Lubuk Tapah said...

Bakpo pulok nak banding perjuangan Pas dengan Umno/BN, parti yang tidak dabk dada sebagai parti Islam.

Lloni Pas kata parti Islam, maknanya kena Islam betul-betullah. Kalau nak Islam sikit jah dai Umno/BN, layak ke Pas dabik dada dan namanya parti Islam?

Anonymous said...

Yang meli letak tajuk umno lebih Islam tuu apaa? Yang melayu islam sampai bertumbuk2, bermati2an pertahankan umno lawan pas tuu apaa pulak? orang2 umno ni tak fanatik dan pelampau ke? program2 tak senonoh anjuran/ sokongan kerajaan umno tuu, alim2 umno spt nakhaei, yusuf nor, hamid osman, zainal abidin, jamil khir.. tak boleh nasihat/ kata apa2 ke kpd pembesar2 umno yg dijilat oleh pengikut2 mereka tuu ? .. itulah rupa kesongsangan UMNO yang penuh egoistic kuasa tuu..

Anonymous said...

BACA BERITA NI WAHAI SEMUA AHLI PAS

PAS disciplinary panel begins probe on Selangor
By Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, Oct 29 — The PAS disciplinary committee today confirmed that it has begun investigations into allegations related to the party’s Selangor liaison body.
Committee chairman Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man told The Malaysian Insider the investigations are for “making statements detrimental to the party” and the complaint was lodged recently.
Tuan Ibrahim, however, refused to name the state party leaders who are under investigation.
“We have identified the people who need to be called, and we will verify the evidence tendered to the committee,” he said.
“About five to six people are expected to be called, but just because they are called doesn’t mean they are guilty,” he added.
He said the committee will meet this Saturday and the investigation will be completed as soon as possible.
“We have received commitments from those involved in the investigation that they will co-operate,” said Tuan Ibrahim.
He hoped all party members who make complaints to the committee will furnish their reports with evidence.
“We cannot just act based on media statements or blog entries,” he said.

TOK GURU NIK AZIZ PALING UTAMA DIHADAP KE JK TATATERTIB PAS ATAS KESALAHAN “making statements detrimental to the party” NI. HANYA SATU KENYATAAN DIA BUAT TERUS MENDATANG MUDARAT PADA PARTI, TERUS BAGI PELUANG PADA MUSUH KONDEM PARTI. JIKA BENAR JK TATATERTIB PAS ADIL, SIASAT DAN AMBILLAH TINDAKAN PADA TOK GURU NIK AZIZ SAMA. TAK KIRALAH DIA MURSYIDUL AM. TAK KIRALAH PENGERUSI JK TATATERTIB ANAK SAUDARA CIK YAH (BINI) DIA PUN!

Anonymous said...

Meli, demo tau dok Nik Aziz dah lantik menantu dia arif fahmi jadi CEO PMBK start 1 syawal lepas? dulu kawan tu COO jah, tak dok kuasa belah mana. Loni CEO, orang paling berkuasa dalam PMBK, semo benda buleh buat, buleh lulus gotu lulus goni. Guano nak kata ni Meli?

Anti Al-Liwati Al-Juburi Al-Taiki said...

Tanya Meli apa yang Meli boleh buat. Paling hebat pun Meli boleh tulis tai tak ;kan orang Pas percaya.

Boktan Arif Fahmi menantu Tok Guru takdok apa-apa. Tak 'kan Tok Guru tak tau kalau ianya tak halal.

Acu try menantu Najib, menantu Dr Mahathir atau menantu Pak Lah masa jadi PM diberi jawatan macam Arif Fahmi, bokali tak cukup seratus gerabak kereta kertas aduan dan laporan kepada BPR dibuat.

Anonymous said...

CUBA BACA BLOG KICKDEFELLA. TULISAN DAN KOMEN2 DALAM BLOG DIA (KEBANYAKAN KOMEN DIA BUAT SENDIRI TAK NAK ORANG TAU DIA YANG TULIS) MENUNJUK SEOLAH2 DIA BERGADUH BESAR DENGAN ARIF FAHMI. DAN SEOLAH2 ARIF FAHMI ADA BUAT RASUAH. KICKDEFELLA NI PULAK SEKARANG PEGAWAI KHAS HUSAM. MUNGKIN ADA BENDA AKAN MELETUP, LI?

Anonymous said...

husam dan annual bakri dalang hasut tok guru gesa pas buat egm

mereka dari puak2 IRc/JIM nih..

chobaan pertama gagal..senyap..kemudian timbul balik..gagal lagi..senyap..lepas bagan pinang..timbul balik..berselindung belakang nama tok guru mursyidul 'am..bila tok guru jumpa pimpinan dan diberi maklumat yg sah..tenang semula..ni lepas ni tenang sekejap..tunggulah sikit hari lagi..dia akan timbulkan balik..sampailah matlamat depa ni tercapai..

mintak perhatian dan berjaga/jaga dgn agen-agen ni...

kedah:amirudin hamzah/dr hayati
penang:mujahid rawa
perak:kahirudin malik
selangor:khalid samad/saari sungib/hatta ramli)dah kena cantas kat gombak)/izham/Dr rani/Dr mariah
N9: Zulkifly Mohd omar(tu yg depa marah sgt tu org proxy depa kalah teruk)

ah..cukup la yg ni dulu..yg len-len..

dr zulkifly ahmad MP Kola selangoq
dr lo' lo' ghazali MP titiwangsa (moga allah sembuhkan penyakit mu)
hanipa maidin
YB zailah

master mind: husam musa/annual bakri haron/

ustaz wan ji (tgh bekerja dgn annual bakri di anbakri publika) dan tulang besi (anak usrah ustaz wan ji)

fuh..mantap sungguh network depa noh...

Anonymous said...

Timbul persoalan dalam kepala saya apakah punca dendam Dato' Nik Aziz terhadap Umno. Hebat sangatkah Dato' Nik Aziz berbanding dengan Umno. Kalau dia hebat kenapa Malaysia tidak boleh ditawan, malah kenapa dia tidak pernah melawan perdana menteri dalam pilihanraya supaya dia akan dilihat lebih hebat dan berpengaruh dari perdana menteri dan tiada butir mata yang lebih hebat darinya.

INI SATU DAKWAAN NAKAL YANG CUBA MENYINDIR DAN MENJATUHKAN IMEJ TUAN GURU NIK AZIZ. HARAP TUAN DAPAT TARIK BALIK DAN BERTAUBAT.

Anonymous said...

mana boleh Nik aziz tawan Malaysia spti unmo buat, kerana ramai lagi melayu yg beramal dgn islama umno,,,,,