Wednesday, October 28, 2009

MUNCUL KEMBALI (464) - KEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Kenapa Pakatan Pembangkang 'GILA SEPEROH' di Perak?

GILA 'seperoh' saya petik dan ulang-guna dari apa yang sering disebut oleh rakan setugas saya semasa di UPKn dulu, Saudara Suahimi Abdul Hadi (Adik Mi Comel). Gila 'separoh' maknanya gila yang tidak sepatutnya gila tetapi digilakan juga kerana ada maksud-maksud tertentu. Setakat ini saya belum ketemui makna sebenar kepada 'gila seperuh' itu sendiri.

Sebagaimana saya sukar faham kenapa bekas menteri besar, bekas speaker dan bekas barisan anggota exco Pakatan rakyat Perak masih jadi 'ayam gila sangkak' dan apa faedahnya kepada rakyat dan negeri Perak dengan ditunjukkan sikap yang memeluatkan mereka yang waras, maka untuk waktu ini saya melabelkan mereka sebagai kelompok manusia 'gila seperoh'.

Yang boleh menyebabkan Kerajaan Pakatan Rakyat tumbang di Perak bukan kerana Umno, sebaliknya kerana wakil rakyat dari pakatan Rakyat isytihar keluar parti dan menjadi ahli Bebas dan menyokong kerajaan Umno/BN. Mereka tidak masuk Umno pun.

Yang patut diserang dan diganyang termasuk diusung tahok ke laut rumah mereka (kalau tindakan itu paling praktikal) adalah ADUN-ADUN yang mufarakah dari parti anggota tanpa ikatan resmi Pakatan Rakyat. Merekalah yang menyebabkan bekas speaker, mb dan barisan exco Pakatan rakyat Perak hilang sangkak.


Soalnya kenapa mereka berpaling tadah dan sanggup keluar dari parti sendiri. Itu yang kena ditanya dan didapatkan jawapan dari wakil-wakil rakyat yang mufarakah itu sendiri. Umno tidak berhak untuk jawab bagi pihak mereka. Kalu ditanya pun umpama orang mati pucuk dinikahkan dengan ratu cantik, setakat boleh gosok dan jamah tetapi tidak dapat berbuat apa yang sepatutnya dapat dibuat oleh seorang suami normal terhadap isteri.

Lagi pun ADUN-ADUN yang keluar parti itu tidak ada senarai sebagai bekas penghuni hospital mental tetapi tidak kena gayanya, mereka yang 'gila seperoh' yang akhirnya terpaksa menerima rawatan mental. Tentu ada sebab kenapa mereka sanggup mufakarah. Kalau dalam sembahyang, makmum kena mufarakah antaranya kalau mendapati imam tidak berkelayakkan menjadi imam atau imam terbatal sembahyangnya.

Ekoran dari berlakunya mufarakah di kalangan ADUN Pakatan rakyat, maka dengan sokongan wakil-wakil rakyat yang memilih keluar dari parti asal mereka untuk jadi wakil rayat Bebas, mahu tidak mahu jumlah kerusi Umno/BN melebihi jumlah kerusi Pakatan Rakyat. Ianya mungkin kesan dan bayaran tunai daripada kempen lompat parti dibawah projek 16/9 yang telah menjadi umpama senjata memakan diri.

Kerana sakit oleh kesan perancangan tidak cerdik sendirilah, maka bekas speaker, menteri besar dan anggota exco serta para pendukung dan penyokong Pakatan Rakyat yang cuba tegakkan benang basah melakukan tindakan dan perbuatan yang boleh menjadikan bukan sahaja para pengundi di Perak meluat dan nampak wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat tidak cerdik, gon, sasau dan sasan tetapi para pengundi seluruh negara pun akan ikut rasa seperti apa yang dirasakan oleh pengundi di Perak.

Jangan terkejut kalau kerananya kalau pun tidak akan tumbang, Kerajaan Pas Kelantan akan hanya mampu memerintah dengan majoriti hanya satu kerusi sebagaimana yang pernah dialaminya dalam pilihanraya umum ke-11, demikian juga di Kedah dan Selangor. Kalau dapat bertahan pun Pulau Pinang kerana cara orang Cina orang politik agak advance, walaupun nampak berkucah, dalam soal kepentingan bangsa, mereka akan bersatu hati.

Hati kecil saya kuat mengatakan, harapan untuk pertahankan kerajaan Kedah dan Selangor oleh Pakatan Rakyat amat sukar, malah Kelantan pun boleh jatuh pada pilihanraya umum ke-13 nanti kalau apa yang sedang berlaku tidak dibetulkan dengan segera. Jika ada pilihan raya kecil di Cempeka pun belum tentu Pas menang, apatah lagi kalau diadakan di Salor.

Kalau tidak percaya, cuba kosongkan kerusi-kerusi bekenaan atau mana-mana kerusi sekali pun dan sebagai penghormatan kerana kesudian wakil-wakil rakyat berkenaan kosongkan diri untuk uji kekuatan sebenar Pakatan Rakyat sekarang, Dato' Ibrahim Ali barangkali boleh kosongkan kawasan Parlimen Pasir Mas untuk kikis lambang bulan yang kononnya menyebabkan beliau menang dalam pilihanraya umum ke-12 dan akan bertanding kembali guna lambang Umno atau guna lambang Bebas di kawasan yang serupa.

Umno/BN kena bentuk kerajaan di Perak kerana tidak ada sejarah dalam dunia ini, parti yang mempunyai jumlah kerusi lebih sedikit membentuk kerajaan dan parti yang jumlah kursinya lebih banyak jadi pembangkang. Mahu tidak mahu, suka atau tidak suka, keadaan di Perak menterpaksakan Umno/BN membentuk kerajaan manakala Pakatan Rakyat yang sudah rendah bilangan kerusinya dari Umno/BN kena terima hakikat untuk menjadi pembangkang.

Mendesak DUN Perak dibubarkan adalah satu lagi tindakan berunsur 'gila seperoh' kerana ianya akan melibatkan pembiayaan, lagi pun kerajaan yang ada tidak ada masalah dengan istana atau dengan rakyat serta para pegawai kerajaan, yang sengaja timbulkan masalah adalah Pakatan Rakyat. Tak 'kanlah kerana nak puaska hati Pakatan rakyat DUN kena dibubarkan. Kenapa semasa masih ada kuasa, Pakatan Rakyat tidak bubarkan DUN untuk mendapatkan majoriti yang lebih kukuh.

Bekas speaker, bekas MB dan bekas barisan exo Kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidaklah nampak 'gila seperoh' sangat kalau hanya mendesak bekas ADUN-ADUNnya yang kini jadi ADUN Bebas yang letak jawatan supaya dapat diadakan semula pilihanya semula . Yang sakitnya cuma gigi, kenapa pula supaya dibelah kepala.

Macam mana pun ADUN-ADUN yang mufarakah itu berhak untuk tidak letak jawatan, kecuali pengundi di kawasan masing-masing yang mahukan mereka berbuat demikian, kalau tidak letak jawatab juga, akan dilancarkan perang pembebasan.

Mungkin kerana ada 'semangat gila sangkak' dan 'gila seperoh' maka bekas speaker, bekas MB dan bekas barisan exco serta ADUN-ADUN, pendukung dan penyokong Pakatan Rakyat Perak ingat apa yang mereka lakukan adalah perbuatan kalangan yang bergelar 'hero' dan pejuang rakyat.

Tetapi rakyat tidak bodoh dan boleh diperbodohkan, kecuali sebilangan kecil yang enggan menerima hakikat amalan demokrasi yang barangkali seronok untuk ikut sama-sama jadi 'gila seperoh', yang lain pasti akan mula merasa meluat dan marah yang nantinya akan diterjemahkan pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Kita tunggu dan lihat nanti.

Saya bukan orang parti politik tetapi kehidupan penuh dengan rempah ratus politik dengan menggauli pendukung dan penyokong pelbagai parti politik di samping saya banyak bergaul dan mendapat respon dari peringkat akar umbi yang merupakan kumpulan penentu dalam memenangkan atau megalahkan mana-mana parti dan calon yang bertanding.

Saya berpengalaman melihat sekaligus melaporkan kejatuhan khusususnya kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional di Kelantan dan bibit-bibit bermulanya siri penolakkan rakyat. Saya juga berpengalaman dan melaporkan kecemasan yang dihadapi oleh Kerajaan Pas Kelantan pada pilihanraya umum ke-11 dan bibit-bibit bermulanya kecemasan itu.

Saya yakin, tindak tanduk bekas speaker, mb dan barsan exco Perak bukan sahaja membuatkan rakyat Perak akan timbul rasa benci dan meluat tetapi rasa benci dan meluat turut sama akan berjangkit ke negeri-negeri lain.

Tindaktanduk kalangan 'gila seperoh' di Perak bagi saya lebih bersifat sabotaj kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang serta kelantan, seolah-olah ada sikap biar sama-sama 'ssajo'. Tindak tanduk mereka bukannya akan melemahkan Umno/BN tetapi akan menyebabkan sebaliknya.

Apa yang sedang berlaku di Perak bukannya satu permainan politik yang wajar, bukannya tindakan yang cerdik, bukan langkah yang bijaksana, bukan sesuatu yang rasional dan profesional tetapi lebih menyumbang kepada kerosakan reputasi Pakatan Rakyat dan simpati rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Hakikatnya rakyat tidak mahu sebuah kerajaan atau perjuangan yang 'gila' dan 'babuk' sifatnya, rakyat tidak mahu kawasan atau negeri yang mereka mastautini sentiasa berkucah, berombak, begelombang, condong, senget dan bermasalah kerana ianya akan menjejaskan imej, reputasi dan harga diri mereka.

Mereka mahukan keamanan dan apa yang mereka inginkan adalah segala keperluan mereka, teutama kemudahan asas akan sampai kepada dan dapat dinikmati satu keperluan terdesak untuk diambil peduli.

Oleh itu demi kepentingan reputasi dan simpati rakyat sebagai pengundi, maka bekas speaker, mb dan barisan exco Kerajaan Pakatan Rakyat Perak kena segera berhenti jadi 'gila seperoh' dan 'gila sangkak'., kena ada rasa malu kerana apa yang berlaku akan tersebar ke seluruh dunia dengan cepat dalam keadaan dunia tanpa sempadan sekarang ini.

Pilihanraya umum ke-13 sudah tidak lama lagi. Kalau benar merekalah (Pakatan Rakyat) yang menjadi pilihan majoriti rakyat, Umno/BN akan tumbang juga nanti, bukan sahaja di Perak tetapi di semua negeri. Yakinlah kemenangan akan menjadi milik orang yang sanggup bersabar dan hebat tanpa dipamerkan kehebatan manakala kegagalan lazimnya melanda orang yang gelojoh dan suka bikin kecoh, nampak 'berjurus' tetapi fe'el udoh'.

Laporan berikut sekurang-kurangnya pada firasat dan hemat saya akan menyebabkan simpati terhadap Pakatan Rakyat akan mengalami tambahan kesusutan;


Provokasi Pembangkang Gagal Halang Perjalanan Sidang Dun Perak

IPOH, 28 Okt (Bernama) -- Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang bersidang selama sehari Rabu meluluskan Bajet 2010 yang dibentangkan kerajaan Barisan Nasional Negeri walaupun berdepan tindakan provokasi dan kekecohan daripada kesemua 28 anggota pembangkang yang mengadakan "sidang" sendiri pada waktu rehat.

Belanjawan negeri itu dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (BN-Pangkor) sejurus selepas persidangan dimulakan oleh Speaker Datuk G. Ganesan.

Kesemua 28 ADUN pembangkang memilih untuk berada di luar dewan ketika Zambry membentangkan belanjawan dan hanya masuk pada kira-kira pukul 10.30 pagi apabila Menteri Besar selesai membuat pembentangan.

Sebelum itu, Ganesan yang duduk di kerusi Speaker bagi mengendalikan sidang dewan meminta kesemua ADUN bertafakur selama seminit atas tragedi jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar, kelmarin yang mengakibatkan seorang pelajar mati dan dua pelajar masih hilang.

Suasana di dalam dewan persidangan hingar bingar apabila anggota pembangkang mulai masuk untuk mengambil tempat masing-masing dan kedengaran beberapa ADUN pembangkang menjerit meminta Ganesan meninggalkan dewan.

ADUN Pantai Remis Nga Kor Ming dan ADUN Tronoh V. Sivakumar, kedua-duanya daripada DAP, pula mengadu kepada media dengan mendakwa mereka dikasari pihak polis dan Sivakumar mendakwa jubah dan songkok Speaker yang dipakainya dirampas oleh polis.

Kesemua ADUN pembangkang mengambil tempat masing-masing di sebelah kiri Speaker. Sivakumar yang menganggap dirinya 'Speaker' duduk di kerusinya yang terletak di barisan hadapan paling jauh daripada tempat duduk Speaker.

ADUN Buntong A. Sivasubramaniam (DAP-Buntong) kemudiannya terus berdiri menjelaskan mengapa Ganesan adalah speaker 'haram". ADUN Pakatan menyokongnya dengan menepuk meja.

Ganesan kemudian memaklumkan bahawa sidang DUN ditangguhkan selama satu jam sehingga pukul 11.20 pagi.

Sebaik sahaja sidang ditangguhkan sementara, Sivakumar memulakan 'sidang' pada pukul 10.45 pagi daripada tempat duduknya dengan meminta seisi dewan bertafakur atas tragedi di Kuala Dipang kelmarin sambil beberapa ADUN BN melaungkan "tadi dah buat" dan dibalas "itu Speaker haram yang buat" oleh ADUN pembangkang.

ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS) kemudian bangun dan memohon untuk merakamkan ucapan takziah dan simpati atas kejadian jambatan runtuh di Kuala Dipang dan meminta semua program perkhemahan 1Malaysia serta Program Latihan Khidmat Negara dihentikan sehingga siasatan berhubung kejadian itu selesai.

Beliau kemudiannya bercakap mengenai laporan Ketua Audit Negara 2008, dengan berkata pentadbirannya telah mentadbir dengan baik sepanjang Perak di bawah pentadbiran pembangkang.

Sementara itu, ADUN pembangkang Abdul Yunus Jamhari membawa 'usul' untuk melantik bekas Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman sebagai senator dan 'diluluskan' sebulat suara kesemua ADUN pembangkang.

Gelagat wakil rakyat pembangkang itu bagaimanapun tidak mendapat reaksi daripada wakil rakyat BN dan Bebas yang hanya berbual sesama sendiri manakala Ganesan tidak berganjak daripada kerusinya sepanjang "sidang" berkenaan.

Ini menyebabkan ADUN pembangkang menghentikan 'sidang' mereka dan keadaan kembali tenang.

Bagaimanapun, ketika persidangan disambung semula pada 11.20 pagi untuk sesi perbahasan bajet, wakil rakyat pembangkang kembali membuat kecoh dengan menjerit perkataan seperti 'Speaker haram' dan 'lanun' setiap kali Ganesan dan Zambry bercakap.

Tidak seperti persidangan DUN Mei lepas, wakil rakyat pembangkang pada persidangan hari ini tidak lagi menyeberang ke kawasan ADUN BN untuk membuat kacau tetapi sebaliknya hanya membuat bising daripada tempat duduk mereka di sebelah kiri Speaker.

Wakil rakyat pembangkang juga membuat bising ketika ADUN Temenggor Datuk Hasbullah Osman dan ADUN Slim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, kedua-duanya daripada BN, membahaskan usul bajet itu sehingga mendorong Mohd Khusairi meminta Ganesan mengambil tindakan tegas terhadap wakil rakyat pembangkang jika terus bersikap biadap dan menjadikan persidangan DUN seperti sarkas.

Ketika sesi pengundian untuk meluluskan bajet, kesemua 31 wakil rakyat BN dan Bebas mengangkat tangan sambil menjerit 'setuju' ketika diminta bersuara oleh Ganesan manakala 28 wakil rakyat pembangkang hanya diam apabila Ganesan meminta mereka yang tidak bersetuju bajet itu diluluskan agar bersuara.

Apabila Ganesan mengumumkan Bajet 2010 Perak diluluskan pada pukul 12.05 tengah hari tanpa digulung oleh Menteri Besar, kesemua wakil rakyat pembangkang bangun meninggalkan dewan dengan beberapa orang di kalangan mereka dilihat membuang dokumen bajet negeri ke dalam bakul sampah ketika melalui pintu keluar Dewan sebagai tanda protes.

Tanpa mempedulikan tindakan ADUN pembangkang yang keluar dari dewan itu, Ganesan meneruskan persidangan dengan pembentangan usul pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Enakmen Kolej Islam Darul Ridzuan.

Sejurus pindaan untuk kedua-dua enakmen itu diluluskan, Zambry kemudiannya membawa usul untuk melantik semula Senator Datuk Azian Osman dan Senator Heng Seai Kie menjadi anggota Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun lagi dan ia dipersetujui.

Ganesan kemudiannya meneruskan persidangan dengan sesi soal jawab lisan, yang meliputi tiga soalan masing-masing dikemukakan oleh Datuk Ahamad Pakeh Adam (BN-Lintang), Datuk Rosli Husin (BN-Trong) dan Datuk Mohd Najmuddin Elias (BN-Batu Kurau) yang dijawab oleh Zambry dan Datuk Ramly Zahari selaku Exco kerajaan negeri.

Selepas selesai sesi soal jawab lisan, Ganesan meminta Zambry menggulung sesi perbahasan bagi Bajet 2010 namun Zambry memohon untuk tidak menggulung dan terus memohon supaya sidang itu ditangguhkan.

Ganesan kemudian menangguhkan sidang DUN pada pukul 1 petang ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian selepas persidangan berlangsung kira-kira tiga jam.

Sementara itu, keadaan di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan hari ini tenang dan terkawal meskipun terdapat kira-kira 200 orang penyokong pembangkang berkumpul berhampiran pejabat DAP Perak.

Selepas sebahagian menunaikan solat hajat di sebuah kawasan meletak kereta dan melaungkan pelbagai slogan, kumpulan berkenaan bersurai pada waktu tengah hari.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias berkata keadaan keseluruhannya terkawal, dengan lebih 200 anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan bangunan itu dan semua arahan yang dikeluarkan oleh polis dipatuhi semua pihak.

Mengenai helikopter Polis Diraja Malaysia yang berlegar di ruang udara sekitar bangunan berkenaan, Azisman berkata ia bertujuan memantau laluan trafik kerana sekatan jalan dilakukan sejak awal pagi di beberapa jalan utama. -- BERNAMA
.

Media tidak boleh disalahkan kerana membuat laporan sedemikian kerana tugas media adalah merakamkan peristiwa semasa untuk dimaklumatkan kepada umum kerana memang itulah fungsi media.

Sama ada disukai atau tidak apa yang dilaporkan, terpulang kepada kepentingan penerima maklumat. Kalau tidak mahu pihak media laporkan, malah sensasikan sesuatu pertistiwa, maka langkah terbaik adalah jangan cuba mencipta peristiwa.

4 comments:

john said...

PANDANGAN JOHN:

'gilo-seperoh' ko 'gilo sakok' ko, ambo sokong PR perak buat lagu tu. kito keno tengok prinsip demokrasi abe li. Ya umno ado majoriti dari segi sokongan ahli dun, tapi keno ingat..nok buleh supayo dio (umno) secara sah mengambil alih pemerintahan ialah dengan 1. nizar letak jawatan. 2.pembubaran dun dan ngundi smula. Lagipun lo ni jawatan MB perak tu sepatutnyo tok soh lagi kerana dalam proses rayuan.

speaker pulok ore yang berkuasa dalam dun. bukan buleh tukar suko2. ado caro dio. ini berlaku sebab UMNO tok ser nak mengaku kesilapan dia.perlembagaan di dicemari. prinsip pemisahan kuasa antara legislatif dengan eksekutif di campur-adukkan. Konsep pemisahan kuasa tak berlaku dalam demokrasi di Malaysia. Ambo raso baik kito 'pattern' demokrasi Malaysia ni.

terpulang ko abe li la nok sokong hok mano dengan hujoh abe li. ambo dengan hujoh ni. ambo kalu ngundi smula kaloh PR pun tak po. Baru ore tok bunyi! alah ko UMNO tahu pulok pembaziran kalu tok untung ko dio. Alh ko projek kroni hok rugi juto2 tok bunyi pulok!

p/s: abe li tok ser hurai ko laporan audit 2008.

Anonymous said...

DASAR AUTOMOTIS(PITIS)......Orang susah akan bertambah susah

Orang yang pakai kereta lama nie KEBANYAKAN bukan orang senang, kalau senang mesti depa pakai keter baru. Bila nak renew Cukai Jalan dengan mewajibkan masuk ke PUSPAKOM.
Bila nak masuk PUSPAKOM...semua kena "CLEAR"...baru LULUS......Maka ini akan memerlukan perbelanjaan lebih untuk persedian pergi ke PUSPAKOM.


Dah la Cukai keter lama meningkat sejak 2 tahun kebelakangan ini berbanding keter baru.

Persoalan

Bagi orang yang susah...antara Kereta dan Makan/Belaja sekolah Anak...
mesti dia pilih makan dan Belanja sekolah anak....?

Sapa dalam Malaysia nie nak pakai Kereta Lama kalau ada senang sikit?

Bayangkan peniaga-peniaga Pasar malam/ petani-petani/pekerja buruh / yang mengunakan kenderaan mereka untuk Mencari Makan?

Kesulitan yang dialami jika tiada kenderaan ( jika duit tak mencukupi bagi proses tersebut) ?

Berapa banyak kenderaan akan berada dia atas jalanraya tanpa Cukai Jalan..?

Betulkah kebanyakan kemalangan disebabkan kenderaan itu telah berusia? Yang kita selalu nampak kereta baru yang kerap berlaku kemalangan ngeri...?

Berapa ramai pemilik kenderaan terpaksa mengambil cuti untuk menguruskan hal tersebut? Bukankah ini juga penyumbang kepada pembaziran tenaga kerja? HIDUP BEER END BEER END IDUP BEER END

Anonymous said...

Bila Krajaan UBN Perak kalah pd PRU12 Mac 2008,.. penyakit "gila sakok" telah tumbuh... cari jalan,, halal ke, haram ke.. tak kira janji boleh "sakok" tu balik.. mula2 cari kes adun2 bermasalah/ cetek minda.. guna ugtan BPR sprm loni),.. culik 3 adun "bermasalah" .. brainwashed... isytihar skong ubn,.. kerah orang istana,, paksa MB Nizar letak jawatan,,... HORREYY..Pemimpun2 unmo AKU DAH RAMPAS KUASA.. cari hakim yg boleh kata rampas kuasa tuu SAAAAH!! Tp hati kecik puok UBN menjadi kecut bila PR kata kembalikan kuasa rakyat melalui piliharaya baru .... sahkan mandat kerajaan Perak yg dirampas tu melalui proses demokrasi... tapi Umno yg sering dapat kuasa secara "tak gentelmen" tu mana berani .... berkokok saja bersih, tapi ekoq bergeluman al-taiki. PR dikatakan gila tuu mungkin lebih bersih & waras dari otak puok2 umno yg rampas kuasa dgn peluru "rasuah wang poltik" tuu...

Anonymous said...

buke seperoh ni kain tempat lapik hidangan time makan kan meli? lagu mana pulok orang boleh gila kat benda gitu. macam-macam la meli ni, haha,.