Sunday, November 1, 2009

MUNCUL KEMBALI (472)

Kenaikan harga rokok akan bebankan perokok, kayakan pemain industri berkaitan

SAYA bercanggah pendapat dengan beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyambut baik cadangan harga sekotak rokok 20 batang dijual RM30 yang dipercayai boleh mengurangkan jumlah rokok yang dihisap dan akhirnya menghentikan tabiat merokok.

Bagi saya, pendapat/pandangan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam), Tan Sri Mohd. Najib Abdul Aziz dan lain-laia bahawa harga rokok yang tinggi boleh menjadi faktor utama mencegah dan menghentikan tabiat merokok adalah tidak tepat.

Sebenarnya perokok merokok kerana mereka ketagih. Untuk menghentikan ketagiah/gian bukan seperkara yang tidak mudah sebagaimana tidak mudahnya untuk membanteras kegiatan penagihan dadah. Orang kagih sudah hilang kewarasan.

Berbanding dengan harga dan bahaya serta hukuman yang dikenakan terhadap perokok, harga dan bahaya serta hukuman terhadap penggunan, penjualan dan pembekalan dadah jauh lebih berat dan mandaori tetapi kegiatan dadah masih juga menjadi masalah utama kepada negara.

Menaikkan harga rokok tidak akan membantu mengurangkan jumlah perokok, sebaliknya akan menjadikan pemain industri penghasilan tembakau, pengeluaran rokok, pengedaran dan peruncitan rokok akan mendapat lada berganda. Perokok yang ketagih dan gian akan tetap membeli rokok walau semahal mana pun harga rok. Sekarang ini pun khabarnya perokok sanggup membayar sehingga RM50 ringgit untuk sebatang cerut.

Prcayalah, kalau pnjualan rokok diharamkan sebagaimana diharamkan penjualan dadah, para penagih rokok akan tetap mencari dan mendapatkannya, malah akan sanggup untuk tidak membayar yuran sekolah anak, tidak membeli peralatan persekolah dan keperluan dapur demi untuk memastikan keperluan mendapatkan rokok dipenuhi.

Berdasarkan perangkaan oleh pihak yang membuat kajian mengenainya, kira-kira 4.6 juta perokok di negara ini membeli tdak kurang 16 bilion (16,000 juta) batang rokok setahun, bernilai RM8 bilion (RM8,000 juta), satu jumlah perdagangan yang bukan keciljumlahnya.

Melihat kepada nilai dagangan rokok yang begitu besar, tidak mudah untuk berperang membasmi tabiat merokok kerana mereka yang terlibat dalam industri rokok akan menggunakan apa jua cara bagi memastikan jumlah perokok akan sentiasa bertambah kerana apabila jumlah perokok menokok, maka industri penghasilan tembakau, pembuatan, pengedaran dan peruncitan rokok dengan sendiriya akan berkembang dan pemain industri akan bertambah kaya.

Tabiat merokok di kalangan perokok barangkali hanya boleh dibasmi apabila perokok akan melihat rokoksebagai sesatu yang menjijikan sebagaimana jijiknya mereka melihat babi diilapah. Selagi perokok tidak melihat rokok sejijik melihat daging babi, maka walaupun dijual RM1,000 sekotak rokok sekali pun, perokok tetap akan wujud dan tetap akan tetap membeli rokok.

Sehubungan dengan itu itu, pada saya menaikana jumlah harga rokok tidak akan membantu mengurangkan jumlah perokok, sebaliknya akan memberi peluang pemain industri rokok menambah kekayaan, malah tidak mustahil kenaikan harga rokok akan menyumbang kepada perlakuan jenayah kerana perokok yang ketagih dan gian tidak mustahil akan sanggup menjadi peragut, penyamun dan pencuri sebagai penagih dadah demi untuk mendapatkan wang bagi membeli rokok hilangkan ketagih dan gian.

Pendekatan, langkah dan usaha yang paling wajar dan perlu ialah mencari formula supaya perokok akan melihat rokok sebagai sesuatu yang menjijikkan, supaya nantinya jangkan mah membeli, kalau diberi percuma pun tidak akan ada yang sanggup menjamah kotak, apatah lagi mengisap rokok.

Bolehkah ianya menjadi realiti? Kenapa tidak boleh kalau usaha dibuat secara sungguh-sungguh, bukannya kempen anti merokok dibuat menggunakan pelbagai cara dan menggunakan wang yang banyak tetapi pada masa yang sama industri penanaman tembakau dikembang dan dimodenkan supaya pengeluaran hasilnya meningkat.

1 comment:

Anonymous said...

TOKSAH LE ISAP ROKOK TUU .... PEKERJAAN YG 'BODOH' ..TUNGGU BALA DUNIA & AKHIRAT..