Tuesday, November 10, 2009

MUNCUL KEMBALI (492)

(bahagian 6) Jangan cederakan akidah kerana bai'ah

SETELAH kira-kira seminggu isu bai'ah diperisukan, akhirnya pimpinan tertinggi Pas mula bercakap mengenainya. Setaiusaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali berkata Pas Pusat mengakui mengamalkan konsep bai'ah sebagai akujanji dan taat setia kepada parti tetapi secara rasminya tiada arahan cerai talak tiga jika wakil rakyatnya keluar parti.

Prsiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pula memberi responnya melalui Setaiusaha Agung sebagaimana kata Mustapha: "Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengarahkan saya supaya menyiasat perkara ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan kerana Pas Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi untuk bai'ah cerai talak tiga.

"Kita memang ada bai'ah untuk memberikan taat setia kepada parti sebelum kita melantik mana-mana pihak mewakili parti tetapi tidaklah sebagaimana yang dilaporkan,"

Berdasarkan kepada kenyataan Setaiusaha Agung dan juga Presiden Pas melalui Setiausaha Agung bahawa bai'ah memang ada tetapi Pas pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi untuk bai'ah jatuh talak tiga terhadap wakil-wakil rakyat yang mengkhianati parti, maknya secara rasminya bai'ah itu tidak pernah wujud secara rasmi.

Arahan rasmi bermakna arahan bertulis dan bergezet. Bagaimana dengan arahan yang tidak rasmi yakni arahan lisan. Atau apakah tidak mungkin arahan bai'ah sedemikian dilakukan pada peringkat negeri-negeri. Umum kena diperjelaskan supaya Pas dilihat benar-benar suci dengan bawaan dan dakwaan sebagai parti politik yang kononnya Islamik.

Mursyidul Am Pas yang memang sikapnya tidak mudah melatah dan akan hanya membuat ulasan besifal pukul mati atau simpul mati memberi ulasan sebagai mana berikut yang dipetik dari Harakahdaily;

Bai'ah talak: "Tiada dalam kepala saya"-Nik Aziz
Harakahdaily

KOTA BHARU, 10 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga, segaja ditimbulkan oleh pihak yang dengki kepada PAS.

Dalam satu sidang media di pejabat Menteri Besar Kelantan siang tadi, Nik Aziz memberitahu perkara itu tidak ada dalam pengetahuan beliau dan tidak pernah kedengaran di negeri itu.

“Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah -bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan,” katanya.Isu tersebut dakwanya dicetus pihak sekular anti Islam yang berusaha mencari jalan untuk menggugat kedudukan PAS.

PAS yang sedang berkembang menjadi sebuah parti Islam yang diterima semua kaum sudah pasti dicemburui oleh pihak lawan.Yang ada ujarnya sekadar bai'ah biasa bagi menunjukkan taat setia seperti akujanji yang dilaksanakan terhadap kakitangan awam.

"Mana ada parti ke, kakitangan kerajaan ke yg tak buat bai'ah ni.....mcm aku janji lah, semua ada buat tapi tak sampailah bai'ah taklik," ujarnya lagi.

"Kita kahwin dengan orang pun ada tanda tangan, ijab qabul, qabul tu baih'a lah," katanya.PAS minggu ini dipalit pula dengan dakwaan melaksanakan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga kepada wakil rakyat mereka sekiranya berhenti dan keluar daripada parti itu.

Selain Nik Aziz, setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini juga menafikan wujudnya bai'ah taklik tersebut dan beliau diberi tanggungjawab untuk menyiasat dakwaan terbaru itu.Isu ini dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger.

Rakyat yang sedang keliru tentang isu ini bukan mahukan jawapan politik tetapi mahukan jawapan dalam bentuk hukum hakam.

Boleh atau tidak, halal atau haram, berpahala atau berdosa, itu yang orang nak tahu kerana yang membuat pendedahan itu adalah orang tokoh-tokoh Pas sendiri.

Kalau orang Umno yang buat pendedahan, orang tidak akan ambil kisah kerana ianya akan dilihat sebagai antara permainan politik lawan kepada Pas.

Tetapi bila tokoh-tokoh Pas sendiri yang buat pendedaan dan timbul pula percanggahan ulasan dan respon dari pimpinan Pas, maka orang akan keliru, kenapa untuk sesuatu isu, kepimpinan Pas yang mendakwa berjuang berpandukan al-Quran dan hadis boleh tidak seragam pendapat.

Apakah mereka merujuk al-Quran dan Hadis yang berbeza. Ada berapa buah al-Quran dan kumpulan hadis yang wajib dimani dalam Islam bagi orang Pas?.

Bila ada percanggahan pendapat sesama sendiri untuk satu isu, dengan sendirinya akan memberi makna ada pihak dalam Pas sendiri yang bercakap tidak benar, kelentong dan cuba menegakkan benang basah.

Bagi orang tua-tua dan kalangan yang malas berfikir yang mana bila keluar sahaja dari mulut orang berserban dan berjubah maka akan dianggap Islamik belaka dan berdosa kalau tak percaya, termasuk kalangan yang percaya kononnya tatap gambar tok guru pun dah boleh pahala, mereka akan mudah percaya dengan apa pun penjelasan yang diberikan, mereka tak akan lari dari untuk terus setia kepada Pas.

Tetapi bagaimana dengan golongan muda yang berpendidikan tinggi dan puak-puak yang rajin berfikir. Mereka dari golongan ini mengutamakan kelojikan, malah sebelum percayakan sesuatu kenyataan barangkali mereka akan buka al-Quran, buka hadis dan kitab-kitab agama dulu, mereka tidak akan mudah kunyah dan teguk apa yang dihidangkan kepada mereka.

Bukankah Pas sedang mengalami kemerosotan dan kehakisan keyakinan dan sokongan dari golongan ini. Mereka kena diberi penjelasan yang kena dibezakan antara penjelasan berkepentingan politik dan penjelas berteraskan hukum hakam.

Apakah Pas boleh menang hanya dengan begantung kepada pengundi yang taksub dan golongan yang rajin berfikir tidak penting buat Pas kerana mereka lebih payah untuk diurus, dijinak dan ditaksubkan berbanding dengan golongan yang sudah tua atau kalangan yang malas berfikir dan yang baru berjinak-jinak dengan masjid, surau dan madrasah yang kadang-kadang lebih Pas dari orang Pas sengoti?.

Datuk Nik Aziz kata isu bai'ah talak tiga terhadap isteri itu sengaja ditimbulkan oleh pihak yang yang dengkikan Pas. Bagi saya ianya suatu jawapan yang pelik dan nampak sngat beliau tidak mendapat maklumat tentang pemula isu itu timbul, bersifat bila kena kencing manis disalahkan kepada gula sedangkan yang salah adalah pengguna gula yang mengambil gula berlebihan.

Yang membuat pendedahan kepada Utusan Malaysia tentang isu itu adalah pemimpin Pas. Orang ada keratan akhbar mengenainya.

Kalau pun pendedahan itu dibuat dengan rasa dengki terhadap Pas adalah di kalangan pemimpin Pas sendiri.

Kenapa pemimpin Pas boleh dengki kepada Pas, lagilah mengelirukan. Khalid Samad,Setiausaha Badan Perhubungan Pas Selangor dan yang mempertahankan bai'ah berkenaan yakni Ketua Dewan Muslimat dan naibnya bukankah orang Pas.

Kalau dilempar tuduhan dan tanggapan liar terhadap Umno atau mana-mana pihak untuk memikul tanggungjawab sebagai pemula kepada bebangkitnya isu yang didedahkan oleh pimpinan Pas sendiri, ianya adalah suatu perbuatan yang amat tidak bermoral dan tentulah akan berdosa.

Supaya tidak berlaku kes-kes ulasan dan respon bersifat limpar batu sembunyi tangan atau orang mengarah ke barat dan menghala songsang ke timur, saluran maklumat sama ada akhbar, majalah, radio, tv, laman da blog yang kita anggap milik dan senjata musuh pun kena dibaca, didengar dan ditonton belaka.

Kerana itu walaupun Pas adakan kempen biokot khbar Utusan Melayu yang dinaakan dengan macam-macam nama oleh orang Pas termasuk Utusan Meloya, orang Umno tidak pernah pun kempen boikot Harakah, Suara Keadilan atau akhbar yang pro pemerintah. Kenapa? jawabnya kerana makumat penting.benar atau tidak apa yang disiarkan, pembaca fikir sendiri dan kerana itulah dikurniakan akal.

Sesungguhnya orang juga tidak persoalkan tentang kata Datuk Nik Aziz: “Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah -bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan,” . Ada dalam kepada beliau atau tidak bunyi khabar di Kelantan bukannya seperkara yang minta diperjelaskan.

Yang rakyat, khususnya pendukung da penyokong Pas mahu tahu ialah apakah bai'ah sedemikian dari segi hukumnya boleh atau tidak, yes or no, na'am au la'. Kalau boleh, yes dan na'am, mana nasnya.kalau tidak boleh, no dan la' pula, mana nasnya. Tambah-tambah apbila bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan kata bai'ah sedemikian tidak dibenarka oleh syarak.

4 comments:

Anonymous said...

jawapannya perkara sebegini sememangnya tidak boleh dilaksanakan ... politik punya pasal isteri jadi mangsa? kejam la islam PAS kalau macam ni..

http://unitmediasiber.blogspot.com/

Anonymous said...

Tuan meli kata...."Yang rakyat, khususnya pendukung da penyokong Pas mahu tahu ialah apakah bai'ah sedemikian dari segi hukumnya boleh atau tidak, yes or no, na'am au la'. Kalau boleh, yes dan na'am, mana nasnya.kalau tidak boleh, no dan la' pula, mana nasnya. Tambah-tambah apbila bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan kata bai'ah sedemikian tidak dibenarka oleh syarak. " .....

KITA PUN TENGUK JUGAK DALIL ALQUR'AN & ALHADIST BAGI ORANG YG SANGAT MENYIBUK "MENGHARAMKAN" DAN MENGHURAIKAN DALAM ISU BAI'AH PAS NI........

KITA NAK TANYA JUGAK TOK MUFTI.. DALIL DARI NAS MANA .. HUKUM MENGAKU BERZINA ... 6 ROTAN ATAU DENDA DENGAN SEJUMLAH WANG?

ITU TAK BINCANG LAGI SOAL HUKUM MINUM ARAK, QISAS, MENUDUH ORANG BERZINA/ LIWAT, JINAYAH MEMBUNUH, MENCURI, ...

Anonymous said...

Pembetulan...

KITA PUN nak TENGUK JUGAK DALIL2 ALQUR'AN & ALHADIST dari ORANG YG SANGAT MENYIBUK "MENGHARAMKAN" DAN MENGHURAIKAN DALAM ISU BAI'AH PAS NI........

Anonymous said...

DUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA INDIVIDU YANG SPONSOR TOK GURU NIKM AZIZ KE MEKAH ADALAH INSAN BERNAMA DIN MARDI (DIA PERNAH KERJA DENGAN MARDI MASA DIA KAYAP DULU) YANG HIDUP MEWAH JASA DAPAT KONSESI MEMBALAK DARI KERAJAAN NEGERI KELANTAN, BUKAN SEKALI DAPAT TAPI BANYAK KALI. NAK KENAL DIA SENANG SAJA, DIA SUKA TUNGGU UNTUK BAWA TOK GURU KE MANA-MANA DENGAN KERETANYA SAMPAI BERGADUH DENGAN PEMANDU RASMI TOK GURU (DOLLAH) KERANA BEREBUT NAK BAWA TOK GURU. DIA JUGA SUKA BELIKAN MAKANAN PELIK2 DAN HADIAH2 LAIN UNTUK TOK GURU. DLL. WALLAHUA'LAM.